Anda di halaman 1dari 3

PANDUAN KESELAMATAN ICT

TATACARA PENGGUNAAN “THUMBDRIVE”


KEMENTERIAN PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI
(MITI)

TUJUAN

Garis panduan ini ialah untuk menerangkan tatacara penggunaan “thumbdrive” atau
juga disebut “flash drive” atau “USB stick” di kalangan pegawai dan kakitangan MITI
bagi menjamin keselamatan data yang disimpan di dalamnya.

TATACARA PENGGUNAAN “THUMBDRIVE”

1. “Thumbdrive” merupakan media storan yang membolehkan pegawai/kakitangan


menyimpan dan menyalin semula data atau kandungan fail. Maka keselamatan
media storan ini berserta kandungannya perlu diberi perhatian khusus. Untuk
menjamin keselamatan kandungan pegawai/kakitangan adalah dinasihatkan supaya
mengikuti garis panduan berikut:

2. Berikut adalah tatacara yang perlu dipatuhi:

• Pegawai/kakitangan dilarang menyalin dan mendedahkan maklumat


kepada pihak yang tidak dibenarkan serta menyimpan rekod, bahan bukti
yang boleh mengancam keselamatan MITI. Ini adalah untuk mengelak
dari berlakunya pembocoran rahsia;

• “Thumbdrive” yang diperoleh adalah untuk tujuan rasmi sahaja;

• “Thumbdrive” yang mengandungi maklumat atau rahsia rasmi mestilah


disimpan dengan selamat;

• “Thumbdrive” yang mengandungi maklumat yang tidak diperlukan lagi,


perlulah dipadam (delete) sebelum digunakan untuk tujuan lain;

• Memastikan setiap fail yang di salin ke “thumbdrive” bebas daripada virus;

• “Thumbdrive” perlu diimbas (scan) sebelum digunakan bagi mengelakkan


penyebaran virus dan spyware;
• Pengguna dilarang sama sekali daripada menggunakan “thumbdrive” di
tempat awam contohnya cybercafé kerana ia antara penyebab
berlakunya pembocoran rahsia dan penyebaran virus atau spyware;

• Elakkan daripada menarik keluar “USB drive” dari “USB port”. Jika
menggunakan WinXp atau Vista, sila klik kanan pada tetikus anda dan
klik pada “Safely Remove Hardware”. Anda juga boleh terus mencabut
“thumbdrive” itu, tetapi jika terdapat keadaan di mana USB masih
“writing” atau “reading” ia akan menyebabkan kerosakkan pada alat
tersebut. Sila rujuk Lampiran A untuk penggunaan cara yang betul;

• Memaklumkan kepada Bahagian Pengurusan Maklumat dengan segera


jika berlaku sebarang kehilangan atau kecurian untuk tindakan
selanjutnya; dan

• Bahagian Pengurusan Maklumat tidak akan bertanggungjawab atas


kecuaian disebabkan kehilangan dan kecurian “thumbdrive”.

3. “Thumbdrive” akan dibekalkan kepada semua pegawai dan kakitangan


dengan mendapatkan kebenaran secara bertulis daripada pengarah masing-masing
sekali sahaja dalam perkhidmatannya di MITI dan tidak akan dibekalkan untuk kali
kedua jika berlaku sebarang kehilangan atau kecurian.

4. “Thumbdrive” boleh dinaik taraf (saiz), mengikut keperluan


pegawai/kakitangan dengan memulangkan “thumbdrive” yang sedia ada dalam
keadaan yang baik.

5. “Thumbdrive” perlu dipulangkan kepada Kementerian jika pegawai/kakitangan


bertukar ke jabatan atau ke kementerian lain.

6. Kementerian mempunyai kuasa untuk menarik balik penggunaan


“thumbdrive” berkenaan jika mendapat aduan tentang penyalahgunaan
“thumbdrive”.

7. Sebagai penjawat awam, pegawai/kakitangan tertakluk kepada akta rahsia


dan keselamatan. Jika pegawai/kakitangan tidak patuh kepada tatacara yang
dikeluarkan maka tindakan tatatertib atau surcaj boleh dikenakan.
LAMPIRAN A

Sila ikut langkah- langkah seperti rajah di bawah:

Langkah 1: Rajah 1

Langkah 2: Rajah 2

Langkah 3: Rajah 3

Anda mungkin juga menyukai