Anda di halaman 1dari 5

SMK SEKSYEN 10 KOTA DAMANSARA

47810 PETALING JAYA SELANGOR

KERTAS KERJA CADANGAN

SUKANEKA IKATAN GAJET

ANJURAN :

KADET REMAJA SEKOLAH (KRS)


&
PERSATUAN BULAN SABIT MERAH (PBSM)

TARIKH :

27 JUN 2018

Disediakan oleh,

MARIANA AHMAD
GURU PENASIHAT
KADET REMAJA SEKOLAH
0 Sukaneka Gajet
KERTAS KERJA CADANGAN PROGRAM

1. TAJUK PROGRAM

Sukaneka Ikatan Gajet

2. PENGENALAN

Aktiviti perkhemahan adalah di antara aktiviti yang menarik dan diminati oleh
sebahagian besar pelajar yang terlibat dalam aktiviti kokurikulum khususnya ahli-ahli
Unit Beruniform seperti Kadet Remaja Sekolah, Persatuan Bulan Sabit Merah,
Pengakap dan Puteri Islam. Apabila kita melakukan aktiviti perkhemahan, beberapa
perkara harus diberi perihatian serius dan dilaksanakan secara terancang dan selamat
antaranya;
1. Kaedah menyimpan dan menyusun kelengkapan makan dan minum seperti
pinggang, cawan, sudu dan garfu, kuali dan sebagainya.
2. Kekemasan susunan kasut dan peralatan perkhemahan seperti cangkul, pencakar
dan seumpamanya
3. Tempat makan dan menyidai pakaian dan papan kenyataan.

Susunan dan penyimpanan peralatan dan bahan perkhemahan boleh dibuat dan
disediakan dengan membina atau membuat rak dan penyangkut daripada bahan-bahan
yang ada di sekitar kawasan perkhemahan seperti pokok buluh, pokok bertam, anak-
anak kayu, rotan, daun nipah atau rumbia dan sebagainya. Bagi memenuhi tuntutan ini
maka terciptalah binaan gajet. Gajet adalah binaan yang dibuat menggunakan bahan-
bahan sekitar perkhemahan dan dicantum atau dikukuhkan menggunakan tali pengikat
bagi menggantikan perabot rumah di tapak perkhemahan.

Oleh itu pembinaan gajet adalah elemen penting dalam penguasaan sukatan
pelajaran unit beruniform. Atas kesedaran itu maka Unit Kadet Remaja Sekolah
bersama Persatuan Bulan Sabit Merah berhasrat menganjurkan Sukaneka Ikatan Gajet
sempena memenuhi Aktiviti Semusim Unit Kokurikulum

2. OBJEKTIF

1. Murid dapat membina gajet perkhemahan


2. Murid dapat belajar mengikat gajet dengan betul dan kemas
3. Murid dapat memupuk semangat berpasukan dalam kalangan mereka

3. TARIKH /MASA : 27 JUN 2018 / 2.30 petang – 4.30 petang

4. TEMPAT : Padang Sekolah

1 Sukaneka Gajet
5. KUMPULAN SASARAN : Pelajar Tingkatan 1 hingga 5

6. STRATEGI PELAKSANAAN

1. Mengemukakan Kertas Kerja Cadangan


2. Menubuhkan Jawatankuasa Khas
3. Menetapkan tarikh,masa dan aktiviti
6. Menyediakan bahan-bahan berkaitan
7. Menjalankan aktiviti
8. Menyediakan laporan dan dokumentasi bergambar
9. Penilaian oleh Tuan Pengetua

7. AHLI JAWATANKUASA

PENGERUSI : PN. HAJAH ROS BT LIZAN (Pengetua)

NAIB PENGERUSI : PN. NORHANIZA BT ARIFFIN (PK Kokurikulum)

SETIAUSAHA I : PN. MENAKA A/P RAMAIAH (GPM)

SETIAUSAHA II : PN. SAADIAH BT SAID

BENDAHARI : PN NUR SAFAWATI BT SHUKOR

AHLI JAWATANKUASA : PN NORMAINI BT MOKHTAR


PN. MAZNI ABD WAHAB
PN. MARIANA AHMAD
PN.ZURAINI BT TAIB

2 Sukaneka Gajet
8. ANGGARAN KOS

BIL PERKARA UNIT KOS/(1 UNIT) JUMLAH


RM RM

1 Hamper (Tempat Pertama) 1 150.00 150.00


2 Hamper (Tempat Kedua) 1 120.00 120.00
3 Hamper (Tempat Ketiga) 1 90.00 90.00
4 Hamper (Saguhati) 5 60.00 300.00

JUMLAH RM660.00

9. SUMBER KEWANGAN

BIL PERKARA JUMLAH

1 BPL –Bayaran Tambahan (Ko Kurikulum) RM 660.00

JUMLAH RM 660.00

3 Sukaneka Gajet
10. AKTIVITI PROGRAM
 Pelajar dibahagikan kepada kumpulan kecil
 Pelajar diberi taklimat mengenai format pertandingan
 Pelajar diuji membina gajet masing-masing
 Juri pertandingan memilih memenang berdasarkan kriteria yang ditetapkan
 Pemenang diumumkan dan sesi penyampaian hadiah

11. PENUTUP

Adalah diharapkan kertas kerja program ini diterima dan diluluskan demi
menjayakan hasrat memantapkan ilmu dan pengetahuan peringkat sekolah dan
sekali gus menjadikan Unit Kokurikulum sebagai medium utama untuk
menjayakan proses pengajaran dan pembelajaran murid SMK Seksyen 10 Kota
Damansara.

Disediakan oleh Disokong oleh

(MARIANA AHMAD) (NORHANIZA ARIFFIN)


Guru Perpustakaan dan Media Penolong Kanan Kokurikulum
SMK Seksyen 10 Kota Damansara SMK Seksyen 10 Kota Damansara

Diluluskan oleh

(HAJAH ROS BT LIZAN)


Pengetua
SMK Seksyen 10 Kota Damansara

4 Sukaneka Gajet