Anda di halaman 1dari 1

Vanilla Butter Cake

Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
230gm butter (salted) - lembutkan
200gm telur tanpa kulit (4 biji gred B)
50gm + 150gm gula kaster
200gm tepung naik sendiri - ayak
60ml susu segar/wholemilk
1 sk vanilla extract

Panaskan oven pada 170C. Lapik loyang 8x8" dan lenser mentega termasuk di
sekeliling loyang.

Asingkan kuning dan putih telur. Masukkan putih telur dalam mangkuk dan pukul
sehingga kembang dan tidak jatuh bila diterbalikkan. Masukkan 50gram gula sedikit
demi sedikit sehingga kembang. Ketepikan.

Pukul mentega dan 150 gram gula sehingga kembang. Masukkan vanilla extract dan
pukul seketika.

Masukkan telur kuning satu persatu sambil terus diputar.

Masukkan separuh dari tepung dan kacau dengan kelajuan perlahan. Masukkan susu
dalam 2 kali sebelum dimasukkan baki tepung gandum.

Masukkan separuh dari adunan telur putih dan putar dengan kelajuan perlahan.
Masukkan baki telur putih dan dikaup balik menggunakan sudip sahaja sehingga sebati.

Tuang adunan ke dalam loyang dan ratakan. Bakar pada suhu 170C selama 45 minit
atau sehingga masak. Boleh kurangkan suhu pada 15 minit terakhir.

Anda mungkin juga menyukai