Anda di halaman 1dari 1

Aku sebuah tong sampah.

Aku sebuah tong sampah. Aku diperbuat daripada plastik. Aku berwarna hijau.
Badan aku setinggi 0.8 meter.
Aku tahan lasak daripada cuaca sejuk dan panas.
Aku dilahirkan di sebuah kilang Sibu. Setelah siap diproses, aku bersama
rakan-rakanku dihantar ke sebuah pasar raya.
Pada suatu hari, aku dibeli oleh seorang perempuan bernama Alia. Aku
telah dibawa pulang ke rumahnya. Apabila sampai di rumahnya, dia meletakkan
aku di bawah sebuah meja.
Aku dijaga dengan baik oleh tuanku. Setiap hari, tuanku akan mencuci
badanku dengan bersih.
Aku berasa sangat gembira kerana dapat tuan yang sangat baik hati.

Cara-Cara Mengamalkan Amalan Berjimat Cermat


Amalan berjimat cermat merupakan suatu amalan yang amat penting dalam
kehidupan kita. Amalan ini perlu disemai dalam jiwa kita.
Cara yang terutama dan biasanya digunakan oleh orang ramai ialah
menabung sama ada di dalam tabung ataupun di dalam bank. Ini merupakan cara
yang berkesan kerana wang ini dapat digunakan apabila kita memerlukan pada
masa depan.
Selain itu, kita juga perlu berjimat cermat dalam air. Air merupakan
sumber yang amat penting dan dikurnia oleh Tuhan kepada kita. Ia boleh
digunakan semasa memasak, menyiram pokok bunga, mencuci, mandi dan
sebagainya.
Tambahan pula, kita juga harus menjimatkan penggunaan elektrik. Kita
perlu memadamkan lampu dan menutup suis peralatan elektrik seperti television,
radio, komputer dan lain-lain lagi apabila kita tidak menggunakannya.
Oleh hal demikian ,kita harus berjimat cermat supaya dapat menjamin
masa depan kita yang cerah.

Anda mungkin juga menyukai