Anda di halaman 1dari 19

LAPORAN PROJEK INOVASI BAHAN BANTU PEMBELAJARAN DOKTOR MUDA

KONVENSYEN KELAB DOKTOR MUDA 2015

1.0 Tajuk projek

Projek inovasi Bahan Bantu Pembelajaran doktor muda:

“Mengenali Demam Denggi dan Puncanya”

2.0 Pengenalan

Sistem pendidikan di Malaysia masa kini sedang mengalami perubahan yang


amat pesat sekali. Pelbagai kaedah baru telah diperkenalkan serta digunakan supaya
pengajaran seseorang pendidik menjadi lebih berkesan dan pembelajaran murid
menjadi lebih mudah dan menyeronokkan. Penggunaan komputer dalam pengajaran
dan pembelajaran semakin penting pada masa kini. Sebagaimana menurut Musa
(2001), cara yang paling berkesan untuk memanfaatkan keupayaan komputer adalah
dengan menjadikannya alat untuk membantu kerja-kerja kita supaya menjadi lebih
mudah dan berkesan. Dengan itu, produktiviti dapat dipertingkatkan.

Sejak beberapa tahun yang lalu kaedah pengajaran dan pembelajaran


berbantukan komputer telah mula diperkenalkan dan kini dengan era teknologi
maklumat dan komunikasi (ICT) yang semakin pesat, ianya semakin mendapat
perhatian dalam proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah (Norhayati, 2003).
Untuk itu beberapa perubahan kurikulum telah dibuat oleh pihak Kementerian Pelajaran
Malaysia (KPM). Matapelajaran Teknologi Maklumat (IT) mula di perkenalkan oleh KPM
sebagai mata pelajaran pilihan di sekolah menengah bermula pada penghujung tahun
1998. (Pusat Perkembangan Kurikulum (PPK), 2000). Ini adalah permulaan yang
menunjukkan kesungguhan KPM menerapkan penggunaan ICT dalam pendidikan.
Kesinambungan daripada memperkenalkan matapelajaran Teknologi Maklumat,
kementerian telah melaksanakan lagi beberapa program yang berkaitan dengan ICT
seperti program pengenalan kepada computer pada tahun 1986, projek literasi
komputer 1992,

1
Menurut KPM, era perkembangan teknologi masa kini telah mempengaruhi
setiap bidang kehidupan. Aspek teknologi digabungkan dalam kurikulum sekolah
sebagai satu daya usaha ke arah menyemai da memupuk minat serta sikap yang positif
terhadap perkembangan teknologi. Budaya persekolahan seharusnya diubah daripada
sesuatu yang berdasarkan memori kepada yang berpengetahuan, berfikiran kreatif dan
penyayang dengan menggunakan teknologi terkini.

Selaras dengan hasrat KPM, program inovasi dalam Bahan Bantu Pembelajaran
(BBP) perlu dilaksanakan untuk membawa pembaharuan kepada proses Pengajaran
dan Pembelajaran (PdP). Inovasi ialah kaedah mencari jalan menghasilkan bahan
bantu pembelajaran yang lebih baik sama ada melalui pengubahsuaian atau
penambahbaikan. Ia adalah hasil cetusan idea yang kreatif dan inovatif. Idea ini boleh
merangkumi apa-apa perubahan dalam bentuk system dan prosedur, kaedah dan cara
belajar.

3.0 Latar belakang

Wabak denggi telah menjadi ancaman manusia pada masa kini.Selangor sahaja
terus mencatat negeri tertinggi kes demam denggi tahun ini dengan jumlah kematian
seramai 29 orang sehingga 21 Februari 2015 berbanding 8 kematian dalam tempoh
sama tahun lalu. Ketika ini, Daerah Petaling mencatat kes denggi sebanyak 5967,
diikuti Hulu Langat 2222, Klang 1824 dan Gombak 1238.

Daerah Klang menduduki tangga ketiga membabitkan kes demam denggi


sehingga Jun 2014 di negeri Selangor.Di peringkat Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)
pula, Majlis Perbandaran Klang (MPK) berada di tangga keempat daripada tujuh PBT di
negeri ini. Kedudukan ini berada dalam keadaan membimbangkan apatah lagi bermula
Januari hingga Jun tahun ini, lima kematian sudah direkodkan. Menurut Sumber
Jabatan Kesihatan MPK, dalam tempoh enam bulan bermula Januari hingga Jun 2014
lalu, tiga lelaki dan dua wanita disahkan meninggal dunia akibat wabak denggi. Semua
mangsa berusia lingkungan sembilan hingga 52 tahun dan tiga daripadanya meninggal
dunia pada awal Februari lalu manakala dua lagi pada Mei dan Jun.

2
Pemilihan sesuatu isu atau tajuk dibuat berdasarkan situasi yang berlaku di
kawasan setempat.Begitu juga yang dibuat oleh Kelab Doktor Muda SKSB bagi
menjayakan projek komuniti sempena Konvensyen Doktor Muda 2015.Kami memilih isu
denggi atas beberapa faktor dan merujuk kepada data yang telah diperolehi daripada
Unit Vector, Pejabat Kesihatan Daerah Klang dalam tempoh dua tahun iaitu 2014 dan
2015.

Berdasarkan data yang diberikan oleh Pegawai Unit Vector PKD Klang, jumlah
kes denggi di Meru untuk sepanjang tahun 2014 adalah sebanyak 655 kes termasuk 7
kes di SK Sungai Binjai dicatatkan. Manakala tahun 2015, Unit Penguatkuasaan
Pejabat Kesihatan Daerah telah merekodkan sebanyak 31 kes dan Majlis Perbandaran
Klang telah merekodkan sebanyak 156 kes dan menjadikan jumlah kes denggi di Meru
Klang adalah sebanyak 187 kes. Namun data sebenar pada tahun 2015 dalam tempoh
januari sehingga awal April telah mencatatkan sebanyak 312 kes termasuk 2 kes di SK
Sungai Binjai.

Dengan adanya data sebegini, kita wajar membuat kesimpulan bahawa kes
demam denggi yang dilaporkan masih berada di tahap yang membimbangkan.
Walaupun tiada kes kematian, sekiranya jumlah kes tidak dikurangkan dan kesedaran
masyarakat masih di peringkat rendah maka kes yang lebih besar sehinnga meragut
nyawa tidak mustahil akan berlaku.

4.0 Objektif

4.1 Penghasilan idea dan bahan inovasi yang dapat diaplikasikan dalam
mendidik ahli Doktor Muda, rakansebaya, warga sekolah dan masyarakat.

4.2 Membina dan mewujudkan kaedah baru yang berasaskan Bahan Bantu
Pembelajaran.

4.3 Menarik minat murid serta ahli Dr Muda dalam proses PdP.

3
5.0 Isi Kandungan

BIL TAJUK MUKA


SURAT
1 TAJUK PROJEK 1
2 PENGENALAN 1-2
3 LATAR BELAKANG 2-3
4 OBJEKTIF 3
5 ISI KANDUNGAN 4
6 ISU DAN PERMASALAHAN – SEBELUM INOVASI 4-7
7 PROSES PERLAKSANAAN INOVASI – SEMASA INOVASI 8-15
8 IMPAK – SELEPAS INOVASI 15-17
9 KEWANGAN 18
10 KESIMPULAN 18
11 RUJUKAN 18
12 PENGHARGAAN 19

6.0 Isu dan Permasalahan – Sebelum Inovasi

Proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) bagi Dr Muda telah pun


dilaksanakan dengan pelbagai kaedah dan cara. Salah satu kaedah PdP yang telah
dilaksanakan adalah menerusi penglibatan ahli-ahli kelab Dr. Muda di dalam pelbagai
jenis program yang berkaitan dengan topik yang telah dipilih iaitu “Denggi”. Melalui
kaedah ini, ahli-ahli Dr. Muda disasarkan untuk sekurang-kurangnya memahami
tentang isu denggi ini dan melalui penglibatan mereka di dalam program ini, mereka
diharapkan agar dapat mendidik dan memupuk rakan-rakan mereka tentang isu ini.

Antara program yang dilaksanakan adalah seperti berikut:

1. Dengue Patrol
2. Kayuhan Denggi
3. Karnival Merdeka Tanpa Denggi

4
4. Lawatan ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) dan Pejabat
Kesihatan Daerah (PKD)
5. Mengedarkan risalah di Pasar Pagi Meru
6. Gotong-royong bersama Warga Emas sekitar Meru
7. Cari Jentik-Jentik
8. Program Taman Angkat

Tujuan utama diadakan program-program yang berikut adalah untuk


menambahkan ilmu ahli Dr. Muda tentang denggi di samping meluaskan lagi
pengalaman mereka apabila mereka berpeluang untuk melihat sendiri keadaan yang
berlaku di kawasan sekeliling. Mereka juga dapat melakukan sendiri langkah-langkah
pencegahan yang perlu diambil bagi membanteras masalah ini. Program ini dijalankan
sepanjang tahun 2014 hingga ke bulan Mac 2015.

Lawatan ahli Dr. Muda ke HTAR

5
Lawatan ahli Dr. Muda ke PKD Klang

Ahli Dr. Muda mengedarkan risalah kepada pesakit di Klinik Meru

6
Pada awal bulan April yang lalu, seramai 20 orang ahli kelab Dr. Muda yang
telah mengikuti program-program ini dipanggil untuk menjalani Ujian Pra (rujuk
lampiran). Ujian ini dilaksanakan bagi mengetahui sejauh mana tahap kefahaman ahli
Dr. Muda dalam memahami isu denggi.

Keputusan Ujian Pra


9
8
7
6
Jumlah Murid

5
4
3
2
1
0
Tahap

Cemerlang (80%-100%) Baik (60%-79%) Sederhana (50%-59%)


Lemah (40%-49%) Sangat Lemah (0%-39%)

Rajah 1: Keputusan Ujian Pra

Rajah di atas menunjukkan hasil keputusan Ujian Pra yang telah dijalankan.
Mereka dikira lulus jika mereka Berjaya mencatat keputusan lemah, sederhana, baik
dan cemerlang. Ini bermakna mereka akan dianggap sebagai lulus jika mereka
mendapat 40% dan ke atas. Daripada 20 orang ahli Dr. Muda yang diuji, hanya 4 orang
sahaja berjaya mencatat keputusan cemerlang.

Ini membuktikan bahawa masih terdapat segelintir ahli Dr. Muda yang masih
belum mencapai tahap yang memuaskan kerana 50% daripada jumlah ahli Dr. Muda
mencatat keputusan sederhana, lemah dan sangat lemah. Oleh itu, kami telah
merancang dan melaksanakan satu inovasi Bahan Bantu Pembelajaran (BBP) bagi
melihat tahap penguasaan mereka dalam topic yang diajar.

7
7.0 Proses pelaksanaan Inovasi – Semasa Inovasi

Projek inovasi telah dijalankan dengan menggunakan bantuan ICT di dalam


proses pengajaran dan pembelajaran (PdP). Hal ini adalah kerana ianya adalah selaras
dengan keperluan murid yang lebih terdedah di zaman kemajuan teknologi kini. Di
dalam proses PdP yang dijalankan, guru menerangkan kepada murid tentang
pengetahuan denggi serta punca berlakunya denggi dengan menggunakan perisian
Microsoft Powerpoint yang lebih interaktif dan dekat kepada murid. Sepanjang
berlangsungnya proses PdP tersebut, murid kelihatan memberi tumpuan penuh
terhadap pengajaran guru di hadapan.

Ketika proses PdP dijalankan, guru telah menggunakan beberapa kaedah


supaya murid dapat melibatkan diri dalam proses PdP tersebut. Kaedah seperti soal
jawab, kuiz dan pembentangan ‘powerpoint’ sangat membantu dalam proses tersebut.

Sesi PdP menggunakan Bahan Bantu Pembelajaran (BBP) oleh guru

8
9
Setelah guru mengajar murid menggunakan BBP yang disediakan, beberapa
orang ahli Dr Muda telah dipanggil untuk melaksanakan proses PdP yang sama
menggunakan BBP yang sama terhadap murid yang berbeza. Ini adalah untuk
membuktikan bahawa BBP yang disediakan itu mudah untuk digunakan di samping
melatih ahli Dr Muda mendidik rakan-rakan mereka terhadap kepentingan pengetahuan
tentang denggi.

Sesi PdP menggunakan BBM oleh ahli Dr Muda

10
11
Antara ‘slide’ pembentangan BBM

12
Di dalam slaid interaktif ini ada diselitkan beberapa karakter Dr. Muda yang
sebagai “navigator” untuk menerangkan sedikit mengenai topic atau sub-topik yang
disediakan. Setiap tajuk ada disediakan sub topik bagi membolehkan pelayar slaid
13
mengetahui mengetahui lebih lanjut mengenai Demam Denggi. Beberapa topik telah
disediakan seperti “Mengenali Nyamuk Aedes”, “Tanda-Tanda Demam Denggi” dan
sebagainya. Pada setiap topik ada disediakan sub-topik seperti jenis demam Denggi
dan sejarah demam Denggi di Malaysia. Pada setiap slaid, setiap point ada diselitkan
animasi “fading” di mana setiap point hanya akan muncul apabila pelayar klik pada
slaid.

Slaid ataupun BBP ini telah dimasukkan ke dalam ‘site’ Dr. Muda dalam laman
VLE Frog SK Sungai Binjai. Semua ahli Dr. Muda SKSB boleh mengakses ‘site’
tersebut dengan memasukkan ID dan Kata Laluan mereka sendiri. Apabila mereka
membuka laman VLE Frog, mereka berpeluang untuk mengalami dan menggunakan
sendiri slaid yang telah dicipta. Di penghujung sesi PdP tersebut, mereka perlu
menjawab beberapa soalan kuiz dan mereka boleh mengetahui tahap pencapaian
mereka berdasarkan markah yang mereka perolehi. Mereka juga berpeluang untuk
mengetahui jawapan yang betul kepada soalan-soalan yang diberi.

Bagi meluaskan lagi penggunaan Bahan Bantu Pembelajaran, kami telah


memasukkan BBP ini ke dalm bolg Dr. Muda sekolah kami dan kami kongsikan laman
blog itu bersama rakan-rakan di sekolah lain. Projek ini sebenarnya tidak tertumpu
hanya di dalam daerah Klang sahaja. Kami juga telah dapatkan kerjasama bersama
sekolah-sekolah di daerah lain untuk menggunakan BBP ini. Antara sekola yang
menggunakan BBP ini adalah SMK Dato’ Harun (Kuala Selangor), SK Bandar Anggerik
Seksyen 6 (Petaling Perdana) dan SMK Pandamaran (Klang). Perkara ini juga dapat
dilaksanakan atas kerjasama yang diberi oleh pihak Pejabat Pelajaran Daerah (PPD)
Klang kerana mereka telah memberi kelulusan kepada kami untuk memuat naik BBP ini
ke dalam ‘site’ mereka. Rata-rata dari mereka yang telah menggunakan BBP ini
menyatakan bahawa mereka sangat berpuas hati dan mereka mendapati bahawa BBP
ini sangat membantu mereka dalam memahami isu denggi. Berikut adalah antara
komen yang ditulis oleh pengguna yang telah menggunakan BBP kami:

14
8.0 Impak – Selepas Inovasi

Setelah melaksanakan inovasi BBP ini, 10 orang ahli Dr. Muda yang terlibat
dipanggil sekali lagi untuk menjawab Ujian Pos. Keputusan ujian adalah seperti berikut:

15
Keputusan Ujian Pos
12

10

8
Jumlah Murid

0
Tahap

Cemerlang (80%-100%) Baik (60%-79%) Sederhana (50%-59%)


Lemah (40%-49%) Sangat lemah (0%-39%)

Rajah 2: Keputusan Ujian Pos

Ujian Pra Ujian Pos


Murid A 82 90
Murid B 70 80
Murid C 74 88
Murid D 36 54
Murid E 76 86
Murid F 88 94
Murid G 64 76
Murid H 62 72
Murid I 54 70
Murid J 88 94
Murid K 56 64
Murid L 64 80
Murid M 86 90
Murid N 48 66
Murid O 58 70
Murid P 66 82
Murid Q 52 68
Murid R 42 58
Murid S 78 90
Murid T 50 68
Jumlah 1294 1540
Skor min 64.7 77.0
Jadual 3: Skor Murid bagi Ujian Pra dan Ujian Pos (%)

16
Perbandingan Ujian Pra dan Ujian Pos
100
90
80
70
Markah (%)

60
50
40
30
20
10
0

Ujian Pra Ujian Pos

Rajah 4: Perbandingan Ujian Pra dan Ujian Pos

Berdasarkan Jadual 3 dan Rajah 4, 4 orang ahli Dr. Muda berjaya mencatat
keputusan cemerlang dalam ujian pra. Jumlah tersebut meningkat kepada 10 orang
dalam ujian pos. Oleh itu, sebanyak 20% Dr. Muda Berjaya mencatat keputusan
cemerlang dalam ujian pra manakala bagi ujian pos pula, sebanyak 50% Dr. Muda
berjaya mencatat keputusan cemerlang. Berdasarkan keputusan tersebut, dapat dilihat
bahawa Dr. Muda mencatat keputusan yang lebih baik dalam ujian pos berbanding
dengan ujian pra. Jumlah Dr. Muda yang mendapat keputusan gagal dilihat menurun
jika dibandingkan dari ujian pra dan ujian pos. Skor min bagi ujian pos iaitu 77.0
ternyata lebih tinggi berbanding dengan skor min yang dicatat dalam ujian pra iaitu
sebanyak 64.7. Ini menunjukkan bahawa penggunaan slaid interaktif sebagai BBP
ternyata berkesan dalam membantu ahli Dr. Muda dalam memahami isu denggi.

17
9.0 Kewangan

*Tiada perbelanjaan digunakan sepanjang proses pembikinan projek ini. Projek ini
100% menggunakan ICT.

10.0 Kesimpulan

Secara kesimpulan, penggunaan BBM dapat membantu dalam proses PdP. Di


dalam projek ini, inovasi yang ditonjolkan dengan menggunakan ICT dan penggunaan
perisian Microsoft Powerpoint yang interaktif ternyata berkesan dalam menigkatkan
kefahaman murid dan ahli Dr Muda dalam topic dan isu yang diajar. Hal ini telah
dibuktikan apabila murid dapat memberi sepenuh tumpuan dan perhatian sepanjang
proses PdP berlangsung. Ahli Dr Muda yang dipilih untuk menggunakan BBM ini juga
ternyata berasa selesa apabila mereka dilihat bersemangat dalam mendidik rakan-
rakan mereka tentang pentingnya mengenali sejenis penyakit iaitu denggi.

11.0 Rujukan

Musa Muhamad (2001). Teknologi: Gunakan Kemudahan Sebaik Mungkin. Utusan


Malaysia 28/6/2001.

Norhayati Yaacob (2003). Penggunaan Komputer Di Kalangan Pensyarah-


PensyarahPoliteknik Johor Bahru, Dalam Proses Pengajaran Dan Pembelajaran
– Satu Kajian Kes.Tesis sarjana muda tidak diterbitkan. Universiti Teknologi
Malaysia.

Pusat Perkembangan Kurikulum (2000) Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah


Matematik, Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia.

18
12.0 Penghargaan

Assalamualaikum W.B.T

Bersyukur ke hadrat Illahi kerana dengan limpah dan kurnia-Nya dapat saya
siapkan Projek Inovasi Bahan Bantu Pembelajaran Konvensyen Dr Muda pada tahun
2015 ini. Projek ini sangat penting kerana ia adalah salah satu kriteria yang
dipertandingkan dalam Konvensyen Dr Muda pada tahun 2015 ini.

Ribuan terima kasih diucapkan kepada individu yang banyak membantu dalam
proses menyiapkan projek ini. Pertama sekali kepada Dr Norashikin Bt Md Said,
Pegawai Kesihatan Daerah Klang yang banyak membimbing saya dan ahli Dr Muda
SK Sungai Binjai yang lain. Segala tunjuk ajar dan bimbingan beliau sangat memberi
makna kepada pihak SK Sungai Binjai khususnya.

Sekalung penghargaan diucapkan kepada guru-guru Kelab Dr Muda SK Sungai


Binjai kerana sudi memerah keringat dan tenaga bagi memastikan segalanya berjalan
dengan lancer. Tidak dilupakan juga kepada pihak pentadbir SK Sungai Binjai kerana
memberi sokongan dan dorongan kepada guru-guru dan ahli Kelab Dr Muda SK Sungai
Binjai. Jasa tuan puan sangat dihargai.

Akhir sekali, jutaan terima kasih diucapkan kepada mana-mana pihak yang
membantu secara langsung dan tidak langsung dalam proses menyiapkan projek ini.
Tanpa bantuan mereka, projek ini tidak dapat disiapkna dengan jayanya.

Sekian, terima kasih.

19

Anda mungkin juga menyukai