Anda di halaman 1dari 9

INSTITUT PENDIDIKAN GURU

Kampus Bahasa Antarabangsa

KERTAS KERJA CADANGAN


PENERBITAN MAJALAH
LAGENDA PISMP 2

Disediakan oleh:
SIDANG REDAKSI PISMP 2

1.0 LATAR BELAKANG

Projek penerbitan majalah Lagenda PISMP 2 merupakan projek dokumentasi


peristiwa, program dan aktiviti yang telah dilalui oleh guru-guru pelatih PISMP Pengajian
Sosial Kohort 2 sepanjang 11 semester berada di Institut Pendidikan Guru – Kampus
Bahasa Antarabangsa (IPG-KBA). Tempoh masa ini merangkumi program persediaan
selama 3 semester dan program pengijazahan selama 8 semester bermula dari Mei 2005
sehingga Disember 2010.

IPG-KBA telah menawarkan kursus major Pengajian Sosial Sekolah Rendah bermula
pada Januari 2007. Seramai 20 orang pelajar yang telah lulus dalam kursus persediaan
telah diterima menjadi kumpulan pertama dalam kursus ini yang bernaung di bawah
Jabatan Kajian Sosial. Sebagai kumpulan perintis bagi kursus PISMP yang dikendalikan
sepenuhnya oleh IPG, kami banyak terlibat dengan pelbagai aktiviti sama ada yang
berkaitan dengan kurikulum, kokurikulum dan kepimpinan. Antara aktiviti tersebut ialah,
aktiviti persatuan, unit beruniform, Program Bina Insan Guru (BIG), Program Citra Guru,
MPP, kajian lapangan, KAGUM, SIPMA dan sebagainya.

Semoga dengan adanya penerbitan majalah ini dapat memangkin motivasi guru
pelatih lain untuk menjalani latihan perguruan dengan rasa komited dan bersemangat.
Malah, segala peristiwa dan aktiviti yang dicatat juga akan menjadi tanda kenangan yang
ingin kami kongsikan bersama seluruh warga IPG-KBA.

2.0 TUJUAN

2.1 Kertas kerja ini dikemukakan untuk mendapatkan persetujuan daripada Pengarah
IPG-KBA bagi menerbitkan majalah yang bertajuk “Lagenda PISMP 2”.

2.2 Memohon kebenaran dari pihak pentadbiran IPG-KBA untuk membuat kutipan
sumbangan daripada pensyarah-pensyarah daripada jabatan yang pernah menjadi
tenaga pendidik bagi kursus PISMP Kohort 2 untuk menampung kos penerbitan
majalah tersebut.

2
3.0 ASAS-ASAS PERTIMBANGAN

3.1 Projek ini dikendalikan oleh Sidang Redaksi yang diterajui oleh guru pelatih PISMP Kohort
2 dengan kerjasama Jabatan Kajian Sosial (Lampiran 1).

3.2 Seperti yang telah dipersetujui oleh Jawatankuasa Sidang Redaksi, nama yang telah dipilih
untuk tajuk majalah ini ialah “Lagenda PISMP 2”.

3.3 Isi kandungan Majalah Lagenda PISMP 2 adalah seperti berikut:


a) Perutusan Pengarah IPG – KBA
b) Kata Pengantar Ketua Jabatan Kajian Sosial
c) Kata-kata Aluan Ketua Editor
d) Jawatankuasa Sidang Redaksi
e) Biografi Guru Pelatih
f) Catatan Peristiwa dan Gambar Sepanjang Program Persediaan (2005 – 2006)
g) Catatan Peristiwa dan Gambar Sepanjang Program Ijazah (2007 – 2010)
h) Sumbangan Karya Guru Pelatih

4.0 OBJEKTIF

4.1 Mendokumentasi segala aktiviti yang telah diikuti sepanjang tempoh pengajian (program
persediaan dan program ijazah).

4.2 Menyimpan maklumat biografi setiap pelajar merangkumi maklumat peribadi, latar belakang
pendidikan, pengalaman dan pencapaian.

4.3 Memberi peluang kepada guru pelatih PISMP Kohort 2 untuk menghasilkan dan menerbitkan
hasil karya masing-masing.

4.4 Memberi latihan dan pengalaman kepada guru pelatih tentang prosedur penerbitan majalah.

4.5 Menjadi cenderamata dan tanda kenang-kenangan kepada guru-guru pelatih PISMP Kohort
2 dan warga IPG-KBA.

3
5.0 CADANGAN

5.1 Cadangan edaran 35 buah majalah adalah seperti berikut:


a) Pengarah IPG-KBA – 1 buah
b) Timbalan Pengarah IPG-KBA – 1 buah
c) Jabatan Kajian Sosial – 3 buah
d) Jabatan Ilmu Pendidikan – 2 buah
e) Jabatan Hal Ehwal Pelajar – 1 buah
f) Jabatan Bahasa Inggeris – 1 buah
g) Jabatan Penyelidikan dan Pembangunan – 1 buah
h) Kelas PISMP Kohort 2 – 20 buah
i) Perpustakaan IPG-KBA – 5 buah

5.2 Cadangan bagi pengumpulan dana dan sumbangan adalah seperti dalam Lampiran 3.

6.0 IMPLIKASI

6.1 Menjadi bahan bukti tentang rekod penglibatan dalam pelbagai program dan aktiviti guru
pelatih PISMP Kohort 2 sepanjang tempoh pengajian.

6.2 Menjadi suatu warisan yang memaparkan pencapaian dan kejayaan yang telah diraih.

6.3 Menjadi penanda aras untuk melahirkan guru-guru permulaan yang kompeten.

6.4 Menjadikan guru pelatih sentiasa bersedia sekiranya diberi amanah untuk terlibat dalam
penerbitan majalah sekolah, jurnal dan sebagainya.

6.5 Menyerlahkan bakat yang ada dalam diri guru pelatih melalui penghasilan karya.

6.6 Dengan penerbitan majalah ini, akan membantu mengekalkan hubungan antara guru pelatih
dan pihak institut.

7.0 ANGGARAN KOS


Anggaran perbelanjaan program ini adalah seperti dalam Lampiran 2.
4
8.0 KESIMPULAN
Projek yang dirancang ini akan memberi manfaat kepada guru pelatih PISMP Kohort 2 dan
warga IPG-KBA amnya. Diharap agar permohonan ini diluluskan dengan segera supaya
tindakan selanjutnya dapat dilaksanakan bagi merealisasikan projek penerbitan buku ini.

Disediakan oleh,

………………………..
(Taiebah bt. Mohamad Sagir)
Ketua Editor Majalah Lagenda PISMP 2

Disemak oleh,

……………………………
(En. Selvaraj a/l Palaniappan)
Mentor PISMP Kohort 2

Disahkan oleh,

…………………………..
(Dr. Azita b. Amrin)
Ketua Jabatan Kajian Sosial
IPG – Kampus Bahasa Antarabangsa

Diluluskan oleh,

….……………………
(Dr. Maznah bt. Abd. Samad)
Pengarah,
IPG – Kampus Bahasa Antarabangsa
Kuala Lumpur.

5
LAMPIRAN 1

JAWATANKUASA SIDANG REDAKSI


Majalah Lagenda PISMP 2

Penaung : Dr. Maznah bt. Abd. Samad


(Pengarah IPG-KBA)
Penasihat : Dr. Azita b. Amrin
Penyelaras : En. Selvaraj a/l Palaniappan

Ketua Editor : Taiebah bt. Mohamad Sagir

Editor 1 : Mohd. Hanif b. Mohd. Mahpot (K)


(Catatan Peristiwa) ‘Aizat Fikri b. Jamaluddin
Mohd. Nor Fadzli b. Osman

Editor 2 : Shazatul Shima bt. Zamani (K)


(Fotografi) Mohd. Azrizad b. Noor
Nurul Shamimi bt. Ismail
Hamzah b. Mohamad

Editor 3 : Wan Muhamad. Nor Amali b. Wan Ismail (K)


(Karya) Shamsiah bt. Masnan
Noor Nadihah bt. Hj. Salleh
Mohd. Taufik b. Osman

Grafik : Muhammad Syafiq b. Md. Zulkiflee

Dana / Sumbangan : Mazlinda bt. Nan @ Adnan (K)


Hasfatasha bt. Halim
Siti Nurzahira bt. Mohd. Basarudin

Percetakan : Muhamad Iqhwan b. Muhamad Hanapi (K)


Sharizan b. Zakaria
Khairul Idzhar b. Abdullah

6
LAMPIRAN 2

Anggaran Kos Penerbitan :

PERKARA KOS

Kos sebuah buku = RM 50

Jumlah yang diperlukan 35 buah :


a) Pengarah IPG-KBA – 1 buah
b) Timbalan Pengarah IPG-KBA – 1 buah
c) Jabatan Kajian Sosial – 3 buah RM 50 x 35 buah
d) Jabatan Ilmu Pendidikan – 2 buah
e) Jabatan Hal Ehwal Pelajar – 1 buah
f) Jabatan Bahasa Inggeris – 1 buah
g) Jabatan Penyelidikan dan Pembangunan – 1 buah
h) Kelas PISMP Kohort 2 – 20 buah
i) Perpustakaan IPG-KBA – 5 buah

JUMLAH KESELURUHAN RM 1750

7
LAMPIRAN 3

Kutipan dana dan sumbangan:

8
Bil. PERKARA KOS

1. Dana daripada guru pelatih PISMP Kohort 2 (20 orang) : RM 30 x 20 orang


= RM 600
Seorang = RM 30

2. Sumbangan daripada jabatan-jabatan seperti berikut :


RM 300 + RM 250 + (RM 200 x 3)
Jabatan Kajian Sosial = RM 300 = RM 1150
Jabatan Ilmu Pendidikan = RM 250
Jabatan Bahasa Inggeris = RM 200
Jabatan Penyelidikan & Pembangunan = RM 200
Jabatan Hal Ehwal Pelajar = RM 200

JUMLAH KESELURUHAN RM 1750