Anda di halaman 1dari 1

Huraikan proses globalisasi Kepentingan fungsi pembangunan wilayah Di bawah MyNDS,

peewwefwmbentukan strategi didorong oleh kreativiti dan inovasi, dan pelaksanaan strategi
mematuhi prinsip fair process. Dengan mengubah sempadan konvensional yang wujud dalam
organisasi awam dan swasta, kerajaan berupaya meningkatkan potensi dan menggandakan
sumber negara. Kos dapat dikurangkan dengan jalinan kerjasama di antara kementerian dan
agensi kerajaan serta mengagihkan semula secara kreatif sumber yang tidak digunakan dengan
optimum. Ini membolehkan kerajaan mencapai status negara maju berpendapatan tinggi dan
sejahtera.

National Blue Ocean Strategy: Pencapaian Pendapatan Tinggi dan Kesejahteraan Rakyat.

Sidang Kemuncak NBOS merupakan platform strategi yang unik dan dinamik yang melibatkan
semua peringkat kementerian, jabatan dan agensi kerajaan, serta sektor swasta secara sukarela
untuk membangunkan dan memantau inisiatif yang berimpak tinggi, berkos rendah, boleh
dilaksanakan dengan pantas dan mampan. Sidang Kemuncak NBOS, dilancarkan pada tahun
2009, memastikan jalinan kerjasama di antara kementerian dan agensi kerajaan, dipacu oleh idea
kreatif dan mengiktiraf sumbangan organisasi. Sehingga kini, lebih 90 inisiatif NBOS telah berjaya
dilaksanakan untuk menangani pelbagai isu ekonomi dan sosial. Inisiatif NBOS yang telah
dilaksanakan sejak 2009 membolehkan kerajaan Malaysia mencapai aspirasi menjadi sebuah
negara maju berpendapatan tinggi dan sejahtera.

Anda mungkin juga menyukai