Anda di halaman 1dari 2

CONTOH SURAT PENCERAMAH PROGRAM KEMPEN ANTI

ROKOK/ ANTI DADAH


CONTOH SURAT PENCERAMAH PROGRAM KEMPEN ANTI ROKOK/ ANTI DADAH

KEPALA SURAT
......................................................

KEPADA
Pegawai Kesihatan Daerah ....................

Tuan,

PERMOHONAN PENCERAMAH JEMPUTAN

Perkara di atas adalah dengan hormatnya dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan, pihak sekolah akan mengadakan Kempen Antirokok Sekolah-Sekolah Daerah
................... sempena program selepas UPSR pada:-

Tarikh :
Hari :
Masa :
Tempat :

3. Sehubungan itu, pihak sekolah ingin memohon pihak tuan sebagai Penceramah untuk menyampaikan
Taklimat/ Ceramah yang bertajuk “Perkembangan Remaja dan Gejala Sosial- Rokok dan Dadah.

4. Mohon juga pihak tuan dapat mengadakan Pameran dan Pemeriksaan Kesihatan di sekolah kami.

5 Segala jasa baik pihak tuan amatlah kami hargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian,terima kasih

“ BERKHIDMAT UNTUK NEGARA ”

Saya yang menurut perintah,


CONTOH SURAT PENGHARGAAN DAN TERIMA KASIH
Tuan,

UCAPAN PENGHARGAAN DAN TERIMA KASIH SEMPENA PROGRAM KEMAHIRAN BELAJAR

Dengan segala hormatnya perkara diatas dirujuk.

2. Sehubungan dengan itu, kami merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih
atas sumbangan tuan sebagai Penceramah bagi aktiviti anjuran bersama Unit Kaunseling
SK................................. yang telah diadakan pada butiran berikut;

Program :
Tarikh :
Masa :
Tempat :

3. Sumbangan dan kerjasama tuan dalam menjayakan program tersebut, amat-amat dihargai.

Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai