Anda di halaman 1dari 3

TEKS PENGERUSI MAJLIS

MAJLIS PENUTUPAN PROGRAM TRANSISI TAHUN 1 2019

TARIKH : 17 JANUARI 2019


MASA : 1.30 PETANG
TEMPAT : FOYER SK BUKIT MUTIARA
CUE ANN
Assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh dan Salam
Sejahtera
Yang Dihormati, Encik Anuar bin Bejo,
Guru Penolong Kanan Petang,
Seterusnya guru-guru dan murid-murid yang dikasihi sekalian.
PROTOKOL
MAJLIS Alhamdulillah, dipanjatkan kesyukuran kerana dengan izin serta
limpah rahmat Nya kita diberikan kekuatan untuk berhimpun dalam
Majlis Penutupan Program Transisi Tahun 1 SK Bukit Mutiara bagi
tahun 2019. Tujuan Program Transisi Murid Tahun 1 adalah untuk
membantu kanak-kanak menghadapi perubahan daripada
pendidikan tidak formal di rumah atau di tadika kepada pendidikan
lebih formal di Tahun Satu sekolah rendah. Dengan terlaksananya
program ini, murid-murid diharap telah dapat menyesuaikan diri
dengan persekitaran sekolah, guru-guru, dan kawan-kawan baru
dalam masa yang singkat.
NYANYIAN Bagi memulakan majlis, marilah kita sama-sama berdiri bagi
menyanyikan lagu Bangsa Johor, Negaraku, Lagu Sekolah.dan
Lagu Tema Program Transisi (Kami Murid Baru)
 Semua guru dan murid dipersilakan untuk duduk.
Bagi memohon limpah rahmat daripada Ilahi, kini majlis ingin
menjemput Ustaz Abdul Hadi untuk memimpin bacaan doa.
BACAAN DOA  Amin Ya Rabbalalamin. Majlis mengucapkan terima kasih
atas pimpinan bacaan doa sebentar tadi.
Kalau tuan memikat kenari,
Jangan patahkan batang jerami,
Kepada tuan sembah diberi,
UCAPAN Sampaikan amanat buat putera dan puteri
PENUTUP
Untuk tidak melengahkan masa, marilah kita sama-sama
mendengar ucapan perasmian penutupan daripada Yang
Dihormati En. Anuar bin Bejo, Guru Penolong Kanan Petang.
Majlis dengan penuh takzim mempersilakan.

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada En Anuaratas


kesudian merasmikan majlis penutup sebentar tadi.kita
IKRAR WAKIL
MURID

PENYAMPAIAN
HADIAH
Dengan berakhirnya majlis penyampaian hadiah sebentar tadi,
maka berakhirlah majlis Perasmian Penutup Program Transisi
Tahun 1 2019. Sekalung tahniah dan ucapan terima kasih kepada
PENUTUP semua yg terlibat sepanjang berlangsungnya program ini.
Sekian wabilahitaufiq walhidayah, wassalamualaikum
warahmatullahiwabarakatuh dan salam

Anda mungkin juga menyukai