Anda di halaman 1dari 9

PENGELASAN UNSUR

Semua benda di bumi ini terdiri daripada jirim. Semua jirim terdiri daripada unit yang sangat
kecil yang dikenali sebagai atom.
STRUKTUR ATOM
1. Atom ialah unit asas bagi semua jirim.
2. Atom tidak dapat dilihat dengan mikroskop biasa kerana siaznya yang terlalu kecil.
3. Atom terdiri daripada satu nuklues di tengah yang dikelilingi oleh electron.
4. Elektron bergerak mengelilingi nucleus mengikut orbit yang tertentu.

ZARAH SUBATOM
1. Atom terdiri daripada zarah-zarah yang lebih kecil yang disebut zarah subatom.
2. Terdapat tiga jenis zarah subatom iaitu proton, neutron dan electron.
3. Proton dan neutron membentuk nucleus di pusat atom.
4. Elektron bergerak mengelilingi nucleus dengan kelajuan yang tinggi.
5. Proton bercas positif, electron bercas negative dan neutron bersifat neutral.
6. Nuklues atom bercas positif kerana mengandungi proton yang bercas positif.

7. Atom sebarang unsur adalah neutral kerana bilangan proto dan electron di dalam atom
adalah sama.
ATOM DAN MOLEKUL.
1. Atom merupakan zarah yang paling kecil dalam suatu unsur.
2. Atom yang berlainan jenis mempunyai struktur atom yang berlainan.
3. Molekul merupakan gabungan sekumpulan atom.
4. Molekul terdiri daripada satu atau lebih atom yang sama atau berlainan jenis.
5. Terdapat dua jenis molekul, iaitu molekul yang terdiri daripada atom yang sama seperti
oksigen dan molekul yang terdiri daripada atom yang berlainan seperti karbon dioksida.

Molekul oksigen terdiri daripada dua atom oksigen

Molekul ozon terdiri daripada tiga atom oksigen.

Molekul sulfar terdiri daripada lapan atom sulfar.

Molekul karbon dioksida terdiri daripada satu atom karbon


dan dua atom oksigen.

Molekul ammonia terdiri daripada satu atom nitrogen dan tiga


atom hydrogen.

UNSUR
1. Unsur ialah bahan yang paling ringkas. Unsur tidak dapat dipecahkan keoada bahan
yang lebih ringkas melalui sebarang kaedah fizikal atau tindah balas kimia.
2. Unsur ialah bahan yang terdiri daripada sejenis zarah sahaja. Zarah-zarah dalam suatu
unsur terdiri daripada atom atau molekuldaripada jenis yang sama.
3. Atom merupakan zarah yang terkecil dalam suatu unsur.
4. Perak, kuprum, besi, plumbum, emas, zink dan aluminium merupakan contoh unsur
yang terdiri daripada atomjenis yang sama.
5. Oksigen, hydrogen, nitrogen, sulfur, klorin, bromin dan iodin merupakan contoh-
contoh unsur yang terdiri daripada molekul daripada jenis yang sama.

SEBATIAN
1. Sebatian merupakan bahan yang mengandungi dua atau lebih unsur yang berpadu secara
kimia.
2. Contoh-contoh sebatian ialah air, nitruim klorida, magnesium oksida, dan karbon
dioksida.
3. Jadual di bawah menunjukkan contoh sebatian, unsur-unsur yang membentuknya dan
keadaannya pada suhu bilik.

4. Rajah di bawah menunjukkan contoh-contoh sebatian dan unsur-unsur yang


membentuknya.
PENGELASAN UNSUR DALAM JADUAL BERKALA.
1. Rajah di bawah menunjukkan Jadual Berkala yang digunakan untuk mengelaskan unsur-
unsur yang telah ditemui di kerak bumi.

2. Lajur menegak dalam jadual berkala dikenali sebagai kumpulan.


3. Baris mengufuk dalam Jadual Berkala dikenali sebagai kalA.
4. Dalam Jadual Berkala, terdapat 18 kumpulan (Kumpulan 1 hingga Kumpulan 18) dan 7
kala (Kala 1 hingga Kala 7).
a. Kumpulan 1 – Logam-logam alkali.
b. Kumpulan 2 – Logam-logam alkali Bumi
c. Kumpulan 17 – Halogan
d. Kumpulan 18 – Gas nadir
e. Kumpulan 3 hingga 12 – Unsur peralihan
LOGAM DAN BUKAN LOGAM
1. Unsur dapat dibahagikan kepada logam dan bukan logam.
2. Jadual di bawah menunjukkan contoh-contoh unsur logam dan bukan logam, serta tiga
keadaan yang berbeza bagi unsur unsur logam dan bukan logam ini.
3. Rajah di bawah menunjukkan contoh logan dan bukan logam.

SIFAT-SIFAT LOGAM.
1. Rajah dibawah menunjukkan sifat-sifat logam.
SIFAT-SIFAT BUKAN LOGAM
1. Rajah di bawah menunjukkan sifat-sifat bukan logam.

CAMPURAN
1. Campuran ialah bahan yang terdiri daripada dua atau lebih bahan yang tidak berpadu
secara kimia.
2. Bahan-bahan dalam suatu campuran hanya bercampur secara fizikal pada sebarang
nisbah.
3. Ciri-ciri komponan yang terdapat dalam suatu campuran tidak berubah.
4. Jadual di bawah menunjukkan contoh campuran, komponan-komponannya dan
keadaannya pada suhu bilik.
5. Suatu campuran boleh mengandungi unsur, sebatian atau kedua-duanya sekali.

PENGASINGAN SEBATIAN
1. Proses elektrolisis boleh digunakan untuk mengasingkan suatu sebatian kepada unsur-
unsurnya dengan menggunakan arus elektrik.
2. Contoh:

3. Aktiviti di bawah dijalankan untuk mengasingkan sebatian melalui elektrolisis.


PERUBAHAN KIMIA.
1. Perubahan kimia ialah perubahan jirim yang menghasilkan satuatau lebih bahan baru.
2. Sifat kimia dan komposisi bahan baharu adalah berbeza daripada bahan asalnya.
3. Bahan tindak balas biasanya mengalami perubahan warna semasa perubahan kimia.
4. Perubahan kimia yang berlaku biasanya melibatkan penyerapan atau pembebasan haba.
5. Dalam sesetengah perubahan kimia, sumber tenaga seperti tenaga haba diperlukan untuk
memulakan tindak balas kimia.
6. Bahan baharu yang terbentuk biasanya tidak boleh ditukar semula menjadi bahan asal.
7. Contoh perubahn kimia ialah:
a. Pembakaran kertas
b. Perubahan warna pada hirisan epal
c. Pengaratan besi
d. Pencemaran makanan
e. Fotosintesis
PERUBAHAN FIZIK
1. Perubahan fizik ialah perubahan yang mengubah bentuk atau rupa sesuatu bahan tetapi
tidak menghasilkan bahan baharu.
2. Komposisi kimia bagi bahan yang terhasil itu masih sama.
3. Warna bahan masih sama dan bentuknya dapat ditukar semula kepada bentuk asalnya dan
mengubah keadaannya.
4. Perubahan fizik biasanya melibatkan perubahan tenaga yang sedikit dan tidak melibatkan
perubahn tenaga.
5. Contoh- contoh perubahn fizikal ialah
a. Peleburan ais
b. Penyejatan air
c. Pembentukan awan
d. Pendidihan air
e. Kitaran air

PERBEZAAN ANTARA PERUBAHAN KIMIA DENGAN PERUBAHAN FIZIK.


PERBEZAAN ANTARA CAMPURAN DENGAN SEBATIAN.

Anda mungkin juga menyukai