Anda di halaman 1dari 11

KOLEJ VOKASIONAL SEGAMAT

KM 5 JALAN GENUANG,
85000 SEGAMAT,
JOHOR.

KERTAS PENERANGAN
( INFORMATION SHEET )

KOD DAN NAMA


PROGRAM / PROGRAM B-010-1 JURUBINA BANGUNAN
CODE AND NAME

TAHAP / LEVEL TAHAP 1

NO. DAN TAJUK DUTY /


DUTY NO. AND TITLE 17 : WALL AND FLOOR FINISHING

17.01 : IDENTIFY AND SELECT MATERIALS


17.02 : PREPARE VERTICAL BACKING SURFACE
17.03 : PREPARE ADHESIVE FOR TILING AND MOSAIC
NO. DAN PERNYATAAN FIXING
TUGASAN / TASK(S) NO. 17.04 : SET OUT AND LAY TILES ON WALLS
AND STATEMENT 17.05 : PERFORM RENDERING AND APPLY FOR BACKING
SURFACE
17.06 : SET OUT AND LAY TILE ON FLOOR
17.07 : SET OUT AND LAY MOSAIC ON FLOOR

NO. KOD / CODE NO. B-010-1 / M04 / KP (1/7) Muka : 1 drp 11

TAJUK / TITLE:
BAHAN-BAHAN UNTUK KEMASAN TEMBOK DAN DINDING

TUJUAN / PURPOSE:
Pelatih yang berjaya menamatkan modul ini boleh mengenalpasti, memilih dan menyenarai
peralatan dan bahan bahan yang digunakan dalam kerja menjubin serta boleh melekatkan jubin
mengikut kaedah yang betul supaya ia menepati spesifikasi yang ditetapkan.
NO. KOD / CODE NO. B-010-1 / M04 / KP ( 1/7 ) Muka Surat / Page : 2 drp / of 11

PENERANGAN
1.0 PENDAHULUAN
Kebanyakan bangunan kini dibina daripada batu-bata yang dikemaskan dengan simen lepa sebelum
diturap pula dengan kemasan kedua. Proses ini merupakan adalah sebahagian dari kerja kemasan.
Bagaimanapun coak dan gaya kemasan sebegini dianggap biasa dan ketinggalan khusus untuk ruang-
ruang yang lebih ekslusif. Oleh itu corak kemasan yang lebih elegan dengan penggunaan bahan-bahan
kemasan pelbagai yang banyak diperkenalkan dipasaran perlu diaplikasi dan diadaptasi bersesesuaian
dengan tuntutan semasa.

2.0 JENIS-JENIS /BAHAN KEMASAN DINDING DAN TEMBOK


Kemasan terbahagi kepada dua kumpulan iaitu Kemasan Lembut dan Kemasan Keras Kemasan
keras dan semula jadi sesuai bagi dinding luar kerana tahan cuaca. Berikut adalah diantara jenis-jenis
bahan kemasan dinding/tembok yang biasa digunakan;

Jenis -jenis Kemasan Lembut;


i. Cat
Cat merupakan medium kemasan dinding yang paling mudah dan murah. Pengunaan cat banyak
mempengaruhi fizikal ruang yang dicat. Cat bewarna terang dapat meluaskan ruang, meninggikan
siling dan menjauhkan jarak, manakala cat yang bewarna gelap akan menyempitkan ruang,
merendahkan siling dan mendekatkan jarak.
Namun cat yang berwarna terang lazimnya membawa mood panas dan ringan berbanding cat yang
berwarna gelap lebih cenderung membawamood sejuk, ekslusif dan tenang. Ciri-cirinya
dijelaskan seperti berikut:
 Cat terdiri dari dua kumpulan iaitu cat berasaskan air dan cat berasaskan minyak. Cat minyak
adalah jenis cat yang digunakan bagi tujuan kemasan kayu dan cat air lebih sesuai untuk
permukaan bata atau konkerit.
 Cat terdiri daripada 3 kategori iaitu cat asas, cat alas dan cat kemasan. Proses
pengeringannya berlaku melalui proses penyejatan pelarutnya dan pengoksidaan.
Akan dijelaskan dengan terperinci dalam kompetensi 10 dan 11

ii. Kertas Hiasan DInding


Kertas Dinding iaitu salah satu alternatif mengantikan kemasan dinding lain seperti cat. Walaupun
pemasangannya agak sukar kerana membabitkan bahan pelekat tetapi kemasan ini menjadi pilihan
kerana keunikan warna, tekstur dan corak yang menarik. Kertas dinding kebanyakannya diperbuat
dari bahan seperti vinil dan tekstil dan juga bahan daripada fabrik. Pilihan terhadap jenis bahan
kertas dinding itu dibuat bergantung kepada kesesuaian dinding, kegunaan ruang, pilihan terhadap
corak yang ada pada kertas dinding dan yang penting sekali adalah kos.
NO. KOD / CODE NO. B-010-1 / M04 / KP ( 1/7 ) Muka Surat / Page : 3 drp / of 11

Jenis-jenis Kemasan Keras:


iii. Jejalur Kayu
Kemasan ini terdiri daripada papan jalur sama ada dipakukan pada beloti kayu yang telah sedia ada
pada permukaan dinding.Papan yang digunakan mesti bertanggam lidah atau lurah ataupun lekap.
Lebar papan tidak melebihi 100mm.Jenis ini boleh dikemaskan dengan sempang atau lekar.Jenis
kayu yang digunakan adalah kayu keras seperti jati, cengal dan kempas.
iv. Parket
Kemasan parket dibuat dengan kepingan kayu beroti disusunkan seperti yang ditunjukkan dalam
Rajah 13.4. Kayu ini dilekatkan pada kertas selebar 300 mm x 300 mm supaya senang dilekatkan
kepada dasar konkrit dengan menggunakan sejenis glu. Permukaan parket perlu diasah dengan
mesin canai sehingga rata dan licin. Permukaan parket yang licin dan bersih boleh dikemaskan
dengan sampan, lekar atau lilin.
v. Mozek
Dibuat daripada tanah liat dan bahan campuran seperti serami, kaca dan marmar melalui proses
pembakaran.Ini merupakan kepingan jubin kecil disusun dengan pelbagai rekabentuk. Mozek
biasanya diletakkan pada kertas bersaiz 300mmx300mm.Terdapat pelbagai bentuk seperti segi
empat sama dan tepat dan juga segi enam. Pembinaan dilakukan dengan adunan simen 1:3 untuk
meletakkan mozek didasar konkrit. Di celah-celah sambungan diletakkan semin dan pasir halus.
Digunakan pada dinding dapur, tangga dan tandas.

vi. Jubin Tanah liat Bergilap


Diperbuat daripada tanah liat semulajadi halus dalam bentuk kepingan segi empat sama.Jubin-jubin
ini diatur diatas lapisan setebal 20mm dan diturapkan dengan cairan simen dan air.Kemasan ini
mempunyai kualiti haus yang baik dan tidak rosak pada minyak dan lemak.Ia juga tahan terhadap
asid dan alkali.Dindingnya tidak mudah tercakar dan mudah dibersihkan tetapi bising dan sejuk.

vii. Jubin PVC


Kebiasaannya digunakan sebagai kemasan lantai. Kemasan ini diperbuat daripada campuran
pelekat polivini klorida yang disebatikan dengan gentian asbestos, pelikat mineral dan
perwarna. Ia dipotong menjadi segi empat sama. Jubin ini dihasilkan dengan rupa siap berkilat,
berwarna daripada warna biasa sehingga warna marmar. Ia agak hangat,tahan dan telap kepada
air,minyak,alcohol,kebanyakkan bahan kimia dan tidak mudah terbakar.Ia juga mudah tergaris dan
tercalar.Ia sesuai dilekatkan pada semua jenis simen lantai dengan syarat lantai kering,aras dan
tidak tertakluk pada pengecutan dan pengembangan
NO. KOD / CODE NO. B-010-1 / M04 / KP ( 1/7 ) Muka Surat / Page : 4 drp / of 11

viii. Jubin marmar


Kepingan jubin marmar yang berupa papak sekata ataupun papak tidak sebentuk dilekatkan
didasar konkrit denagn menggunkan adunan simen. Permukaan dinding perlu diasah dengan
menggunakan mesin canai dengan batu asah gred kasar (No.24) ke gred halus (No.350) sehingga
rata dan licin kemudian dikemaskan dengan lilin.

ix. Jubin granit


Terdiri daripada simen Portland dan batu serpihan granit halus atau bahan keras lain di campur
dengan air yang cukup supaya mempunyai keplastikan yan sesuai untuk diratakan diatas lapisan
alas setebal 25mm hingga 38mm menjadi panel berukuran 3.6m.Batu serpihan hendaklah bergred
daripada 6.4mm hingga kepada ayak no. 200 (75µm).Contoh campuran 2 simen dengan 5 granit
atau 1 simen, 1 pasir dan 2 batu baur.

x. Jubin Kaca
Jubin yang dibuat daripada kaca dengan pelbagai saiz, bentuk dan warna adalah pilihan lazim bagi
bilik mandi dan dapur kerana ia didatangi dengan pelbagai warna dan kemasan disamping boleh
dikitar semula.Jubin mozek kaca bergilap cukup sesuai untuk lantai bilik mandi kerana mudah
dibersihkan dan tidak mudah lusuh. Perlu diingat gilap jubin lantai adalah tidak sama dengan gilap
jubin dinding. Jubin lantai perlu selamat apabila berjalan di atasnya

xi. Jubin Seramik


Jubin yang dihasilkan dari tanah liat atau campuran tanah liat dengan bahan tambahan yang
kemudian dibakar dalam relau.Amat sesuai untuk trafik ringan dan sederhana seperti dalam bilik
air dan di sebarang ruang dan persekitaran yang sentiasa basah. Mudah dibersih dan pasang,
kalis air, teguh dan mempunyai gaya estetika.Kurang sesuai untuk ruang lasak kerana mudah
serpih,mudah haus dan mempunysi sifat serap air yang tinggi.

xii. Jubin Porcelain


Dikelasifikasi sebagai jubin seramik. Dihasilkan melalui proses tekanan habuk tanah liat porcelain.
Bersifat tahan fros dan sejuk dan terdiri dari jenis gilap atau tanpa gilap
Mengandungi tiga jenis iaitu:
 Jubin porcelain bergilap- pemukaan disalut
 Jubin porcelain tanpa gilap- permukaan tidak disalut
 Jubin Porcelain sepenuhnya
NO. KOD / CODE NO. B-010-1 / M04 / KP ( 1/7 ) Muka Surat / Page : 5 drp / of 11

Parket Mozek Jubin Marmar

3.0 PEMILIHAN BAHAN


Penggunaan jubin memberikan pemandangan yang berbeza-beza pada ruang.Pemilihan yang
menepati keperluan sudah pasti menjadikan ruang lebih terserlah keunikannya. Bagaimanakah
pemilihan bahan dibuat ?. Beberapa kriteria menjadi pertimbangan pemilihan seperti dinyatakan
dibawah;

i. Stail dan corak bahan - corak dan warna jubin akan memberi gaya estetika kepada ruang,
mewujudkan penampilan yang menarik ,moden dan tampak lebih elegan.

ii. Lokasi penggunaan - Tentukan dengan tepat dimana lokasi jubin perlu ditempatkan. Adakah
jubin akan diguna untuk backsplash? Kaunter? lantai? dinding / tembok?. Kebanyakan batu,
seramik dan porcelain diguna untuk kaunter dan lantai. Kaca kebanyaknya diguna untuk dinding
dan backsplash (Seksyen yang dipasang pada tembok dibelakang sink atau kaunter dapur bagi
menyediakan permukaan yang mudah dibersih disebabkan minyak dan sebagainya). Jubin tanah
liat adalah pilihan terbaik untuk lantai dan tembok dapur. Jubin batu adalah sesuai untuk
kemasan tangga,ruang tamu dan bilik tidur.

iii. Kesempurnaan fizikal – Pilih Jubin yang tidak serpih ,tiada lubang-lubang kecil atau tompokan
pada permukaan yang menampakkan kecacatan permukaan

iv. Memenuhi spesifikasi – Telitikan pada kotak pembungkusnya. Biasa terdapat label yang
mencatat spesifikasi/ gred piawai. Bahan – bahan perlu menepati spesifikasi yang diperlukan
kerana ia menjelaskan tahap kualiti jubin berkenaan dan sejauh mana kesesuaian jubin boleh
diguna pada ruangan yang dirancang..

v. Bajet/Kos
Nilai bajet yang diperuntukan akan mempengaruhi jenis dan jenama bahan yang akan
digunakan.Bajet yang rendah akan terhad kepada penggunaan bahan yang kurang berkualiti
NO. KOD / CODE NO. B-010-1 / M04 / KP ( 1/7 ) Muka Surat / Page : 6 drp / of 11

berbanding bajet yang lebih terbuka . Dalam mengira bajet atau kos, kaedah berikut perlu
dilakukan:
 Pengiraan anggaran harga jubin dan harga upah.
Harga upah secara umum dinyatakan seperti dibawah.Bagaimanapun kadar upah adalah
berubah-ubah mengikut pasaran semasa.
Jenis Kerja Saiz Jubin Kadar Upah(RM)ka.per.
Upah pemasangan sahaja 300x300 dan 300x600 2.50
Upah pemasangan sahaja 600 x 600 3.00
Upah pemasangan dan 300x300 dan 300x600 3.50
membekal simen
Upah pemasangan dan 600 x 600 4.50
membekal simen
Pemasangan jubin untuk 900.00
Tangga standard 19 anak
tangga
Pemasangan jubin untuk bilik 900.00 (termasuk pemasangan
air lantai & dinding barangan bilik air

 Menyediakan peruntukan tambahan 20% .


Apabila membeli jubin, tambahan 20% perlu diberikan untuk kerosakan bahan. Jubin perlu
dipotong apabila memasang pada ruang-ruang kecil dan kita tidak boleh menjangka yang
keratan kepada dua keratan dapat dilaku dengan baik dan dapat diguna keduanya. Sekeping
jubin mungkin perlu dipotong melebihi 50% dan selebihnya akan tinggal sebagai skrap. Oleh itu
pastikan membeli jubin melebihi 20% daripada diperlukan

vi. Sejauh mana kekerapan ruang berjubin digunakan.


 Kebanyakan jubin diklasifikasikan menggunakan perkadaran PEI (Percelain Enamel Institute)
dalam 5 kumpulan iaitu:

Kumpulan 1- Tiada laluan kaki, sesuai untuk bilik air kediaman


Kumpulan 2- Trafik ringan, sesuai untuk kawasan kediaman, kecuali dapur dan sebarang ruang
yang tertakluk dengan kegunaan berat.
Kumpulan 3- Sesuai untuk kawasan kediaman dan komersil ringan
Kumpulan 4- sesuai untuk ruang komersial sederhana dan aplikasi ringan seperti restaurant,
hotel dan lobi hospital.
Kumpulan 5- sesuai untuk trafik berat dan ruang lembap yang memerlukan kawalan
keselamatan dan prestasi maksimum seperti pusat beli belah dan laluan masuk bangunan
NO. KOD / CODE NO. B-010-1 / M04 / KP ( 1/7 ) Muka Surat / Page : 7 drp / of 11

Kebanyakan jubin porcelain diklasifikasikan pada tahap 4 atau 5. Jadi untuk lokasi yang berada
pada tahap berkenaan akan memerlukan jenis jubin tersebut.

 Terdapat beberapa lokasi lain yang mempengaruhi sejauh mana kekerapan penggunaan
berlaku. Kaunter atau dapur mungkin memerlukan jubin yang sederhana lasak,jadi jubin
seramik heavy duty boleh digunakan, begitu juga jubin seramik biasa yang dikelasifikasi pada
tahap 2 adalah sesuai bagi bilik air yang dianggap tidak lasak .Jadi pilihan ditangan pengguna
dengan berpandukan konsultasi dari pakar.
 Adalah penting memilih jubin lantai yang boleh bertahan dengan kelasakan harian. Calar,
tumpahan makanan,geseran dan sebagainya perlu diambil kira.Semakin kerap ruang yang
dipasang dengan bahan-bahan ini digunakan maka kelasakan yang menyebabkan kelusuhan
semakin cepat berlaku. Oleh itu pastikan memilih jubin yang secara spesifik diformulasi untuk
penggunaan pada lokasi tertentu contohnya dinding atau lantai.
 Pilih Jubin padu yang mempunyai warna sekata bagi ruang trafik berat. Elakkan menggunakan
jubin berwarna merah atau coklat dengan warna gilap ringan untuk lantai kerana kesan calar
atau serpih akan mudah kelihatan.

4.0 PENYEDIAAN BAHAN- JUBIN


Penyediaan jubin yang cukup untuk sesuatu lokasi adalah langkah terbaik dan cekap. Pihak
kontraktor perlu melakukan penilaian tepat melalui proses anggaran bahan.
i. Anggaran bahan adalah satu cara menilai jumlah bahan yang diperlukan berbanding dengan
ruang yang terlibat. Dengan cara ini penyediaan bahan akan dapat dilakukan secukupnya.
Apabila membuat anggaran, langkah utama adalah memahami kaedah pengiraannya dimana :

FORMULA PENGIRAAN JUBIN: LUAS KAWASAN LUAS ÷ JUBIN


Contoh 1: Jika saiz jubin 300 mm x 300 mm
Luas Kawasan = panjang x lebar
= 25 m x 3 m
= 75 M²
Luas Jubin = 300mm x 300mm
= 0.300 m x 0.300 m
= 0.09 m²
Bilangan Jubin = Luas ruang ÷luas jubin
= 75 m² ÷ 0.09 m²
= 834 keping
NO. KOD / CODE NO. B-010-1 / M04 / KP ( 1/7 ) Muka Surat / Page : 8 drp / of 11

5.0 KUALITI BAHAN KEMASAN


Perkara utama yang dititik beratkan dalam memilih kemasan dinding/tembok ialah bahan yang
tahan dan kuat.yang juga penentu kepada kualitinya. Oleh itu, kualiti bahan kemasan adalah
penting bagi menghasilkan dan mendapatkan ruang dalaman yang baik dan lebih
selesa.Pemeriksaan dan penelitian terhadap kualiti dilakukan melalui beberapa kaedah seperti
dinyatakan dibawah:

5.1 Menentu Kualiti Jubin


Jubin diperiksa bagi menentu kualiti keseluruhannya. Apabila memilih jubin seramik, adalah penting
membanding pada semua aspek bagi mendapatkan jubin terbaik melalui penelitian dan kaedah-
kaedah berikut:
i. Memeriksa Gred Jubin
Periksa gred jubin pada kotak pembungkus jubin. Jubin digred kepada tiga peringkat
berasaskan ketebalan dan kualiti.
 Gred Standard memenuhi standard minimum yang diperlukan. Ia adalah Gred 1 adalah
kualiti terbaik dan paling tebal tersedia adalah sekitar 20mm. Ia boleh diguna pada sebarang
lokasi.
 Second grade - Gred 2 dikelaskan terdapat beberapa kecacatan minor wujud tetapi jubin
masih boleh digunakan. Jubin dalam gred ini mempunyai Gilap dan saiz yang tidak sekata,
ketebalan tidak konsisten atau kecacatan kesepadanan warna.Tebalnya adalah 12mm.
Gred 3 adalah paling nipis iaitu 6mm tebal dan hanya sesuai diguna pada tembok atau
dinding.
 Cull Grade- tidak memenuhi standard minimum

ii. Menguji Perintang gelincir


Pilih jubin yang telah di kelas sebagai mempunyai perintang gelincir yang duji di makmal oleh
pengilang. Ia boleh diteliti pada kotak pembungkus “slip-resistance" atau Perintang

gelincir.Perintang gelincir diistilahkan sebagai jumlah perintang pada jubin yang dihasilkan
sebagai alas tapak kasut terhadap lantai basah atau kering.. Berpandukan Coefficient of friction
(COF), nilai COF 0.60 dan lebih adalah mempunyai pemerikatan rintangan gelincir yang tinggi
dan memenuhi standard.

iii. Menguji Kekerasan dan Rintangan calar


 Rintangan calar didefinasikan sebagai kadar kekerasan jubin ditentukan oleh ujian skala
Moh yang menggunakan 10 galian/mineral. Paling lembut adalah Talc (#1) dan paling
keras adalah berlian (#7).
 Ujian ini bagi menentukan dan membandingkan kekerasan antara dua bahan dimana
sesuatu bahan diuji dengan melihat sejauh mana ianya mampu mencalar bahan yang lain
NO. KOD / CODE NO. B-010-1 / M04 / KP ( 1/7 ) Muka Surat / Page : 9 drp / of 11

 Gunakan skala kekerasan Moh bagi mengkelaskan bahan dari 1 -10, dengan 10 adalah
paling keras. Jika kekerasan melebihi skala 6, ia cukup sesuai untuk lantai lasak.
 Nilai numerikal #5 atau lebih adalah sesuai untuk kediaman
 Nilai numerikal #7 atau lebih adalah sesuai untuk aplikasi komersil

Perbandingan
 Jika specimen A boleh mencalar specimen B, bermakna specimen B lebih keras daripada
specimen B.
 Jika specimen A tidak mencalar specimen B, bermakna specimen B lebih keras dari specimen
A.
 JIka dua specimen sama keras, ia tidak akan memberi kesan atau sukar mengesan jika
terdapat calaran.
 Jika specimen A boleh dicalar oleh specimen B tetapi tidak boleh dicalr oleh spesiemn C,
kekerasan specimen A adalah diantara kekerasan specimen B dan C

Prosedur Ujian boleh dirujuk dalam kertas amali


iv. Teliti persamaan dan perbezaan
Letak 10-15 jubin di atas lantai. Teliti setiap permukaan jubin. Adakah terdapat tompokan atau
sebarang kecacatan. Adakah jubin-jubin tersebut kelihatan sama atau terdaoat perbezaan. Jubin
berkualiti akan kelihatan sama tanpa kecacatan luar biasa.

v. Periksa sisi jubin


Jubin berkualiti mempunyai sisi yang lurus. Periksa sisi jubin pastikan ketebalan pada sisi tidak
beralung.Sisinya perlu lurus kerana ia akan menjejas keseragaman tebal mortar antara celah jubin

vi. Uji Kerataan Jubin


Letak 10-15 keping jubin di atas lantai dan berjalan di atasnya. Adakah jubin-jubin ini kelihatan
tertekan dengan berat yang diterima? Adakah jubin retak atau serpih. Ini adalah cara mudah bagi
menentukan yang jubin-jubin ini benar-benar rata.

vii. Periksa Saiz Jubin


Letak beberapa keping jubin di atas lantai. Lihat dan teliti , cara ini akan dapat mengesan saiz jubin
yang tidak sama. Jubin berkualiti seharusnya mempunyai saiz yang seragam dengan had terima
1/32". Jika melebihi had terima, mata akan dapat mengesan garisan sambungan jubin yang
beralung selepas pemasangannya
NO. KOD / CODE NO. B-010-1 / M04 / KP ( 1/7 ) Muka Surat / Page : 10 drp / of 11

viii. Periksa Kesempurnaan gilap


Letak beberapa jubin di atas lantai dan perhatikan pada permukaan jubin adakah permukaannya
kelihatan berbeza antara antara satu ruang dengan ruang yang lain atau kehilangan gilap pada
ruang tertentu. Kecacatan ini biasanya disebabkan proses salutan pada permukaan yang tidak
sempurna.

ix. Periksa Kadar Serapan Air


Pemerikatan Jubin terhadap Penyerapan air akan menentukan sejauh mana jubin sesuai untuk
dipasang dalam ruang-ruang tertentu. Contohnya jubin Porcelain mempunyai kadar serapan air
kurang dari 0.5% dan diguna untuk penjubinan lantai dan tembok.

Pemerikatan dikira berdasar berapa banyak air menyerap jubin berbanding beratnya. Jubin
diperingkatkan kepada empat.
 Bukan Kekaca/Non vitreous- Kadar serapan tinggi. Tidak akan mampu bertahan pada
persekitaran lembapan tinggi seperti bilik air kerana ia menyerap melebihi 7% daripada
beratnya. Oleh itu ia hanya sesuai untuk ruang kering sahaja .Bagi ruang yang lembap jubin
yang diguna mestilah bersifat kekaca atau kedap.
 Separa kekaca/ Semi Vitreous – Kadar serapan sederhana antara 3-7%. Boleh diguna
pada kebanyakan ruang dalam rumah.
 Kekaca/Vitreous- kadar serapan rendah antara 0.5-3%. Sesuai untuk ruang basah dan
aplikasi luaran.
 Kedap/ Impervious- kadar serapan terendah kurang dari 0.5%. Sesuai untuk semua tempat
dan ruang
Ujian ini disempurnakan dengan mendedahkan jubin kepada air untuk tempoh
sehingga 16 jam dan kemudian periksa

6.0 MENYIMPAN BAHAN –BAHAN KEMASAN


Organisasi stor bahan yang baik adalah penting bagi mengatasi masalah penyimpanan bahan secara
tetap atau sementara. Kecederaan mungkin dapat dikurangkan jika pengendalian berkurangan
terutama bagi kendalian bahan-bahan bertoksid secara manual. Susunan bahan yang disimpan
seharusnya tidak menghalang laluan, tangga, kelengkapan pemadam api, kelengkapan rawatan
kecemasan dan sebagainya. Diantara perkara-perkara yang dperlu diberi perhatian adalah:
 Semua kawasan stor khusus untuk bahan –bahan kemasan ditanda dengan jelas kerana ia
adalah bahan sensitif
 Bahan-bahan mudah terbakar seperti thinner,cat dan turpntine yang diguna sebagai pencair cat
hendaklah disimpan dalam bekas yang telah disahkan selamat ditempat yang telah ditetapkan
NO. KOD / CODE NO. B-010-1 / M04 / KP ( 1/7 ) Muka Surat / Page : 11 drp / of 11

Bahan-bahan bukan kemasan seharusnya juga disimpan secara terurus, diantaranya


 Kepingan panel hendalah disusun berlapis rata , dilapik bagi menjarakkannya dari permukaan
tanah dengan pelapik kayu yang diletak pada jarak mak.400mm
 Panel mesti disimpan kering. Jika disimpan diluar stor, ia perlu dilindungi dari dedahan cuaca.
 Penjagaan hendaklah diberikan bagi mengelakkan kerosakan (serpih atau pecah) pada hujung
dan sisi.