Anda di halaman 1dari 4

BIL BENDERA NEGERI LATAR BELAKANG JATA NEGERI LATAR BELAKANG

1 Bendera Negeri Sabah berbentuk empat persegi bujur Lambang Negeri Sabah terdiri dari dua
pada kada 1 : 2. Petak utama dalam bendera ini bahagian iaitu atas yang berupa dua lengan
luasnya separuh bendera dan buka lebarnya 2/3 berwarna kuning sedang menjulang Bendera
Negeri yang terletak di atas satu susunan
bendera. Petak ini berwarna biru salji sebagai latar
lima warna Negeri iaitu biru zirkon, merah
belakang kepada bentuk Gunung Kinabalu berwarna cili, putih, biru salji dan nilakandi. Di
nilakandi yang berada dalam kedudukan 1/4 dari bawahnya iaitu tubuh utama lambang ini
sempadan atas dan sempadan bawah petak utama. yang berbentuk sebuah perisai. Bahagian
Bahagian lain dalam bendera ini terbahagi kepada tiga atas perisai ini tersusun tiga warna Negeri
jalur warna melintang yang mana jalur yang paling iaitu biru zirkon, putih dan merah cili
bawah memenuhi kaki bendera. Jalur paling atas dalam bentuk V. Bahagian bawah perisai ini
berwarna biru zirkon, jalur tengah berwarna putih dan terdapat bentuk Gunung Kinabalu berwarna
nilakandi yang berlatarbelakangkan warna
jalur bawah berwarna merah cili.Warna biru zirkon
biru salji. Perisai itu dipangku oleh sehelai
melambangkan keamanan dan ketenteraman, putih skrol berwarna merah yang tertulis dengan
melambangkan kemurnian dan keadilan, manakala cogankata negeri Sabah "Sabah Maju Jaya"
merah cili melambangkan keberanian dan keyakinan. berwarna putih.Dua lengan yang menjulang
Warna biru salji melambangkan perpaduan dan Bendera Negeri itu melambangkan
kemakmuran sementara warna nilakandi perpaduan dan kerjasama di kalangan
melambangkan kekuatan dan semangat masyarakat berbagai kaum di negeri ini ke
kerjasama.Lima jenis warna itu melambangkan lima arah kemajuan dan kejayaan.Lima warna
yang tersusun itu bermakna lima buah
buah Bahagian Pentadbiran Negeri ini dan bentuk
Bahagian Pentadbiran Negeri Sabah. Warna
Gunung Kinabalu melambangkan Negeri Sabah. biru zirkon melambangkan keamanan dan
ketenteraman, warna putih melambangkan
kemurnian dan keadilan. Merah cili
melambangkan keberanian dan keyakinan.
Biru Salji melambangkan perpaduan dan
kemakmuran sementara nilakandi
melambangkan kekuatan dan semangat
kerjasama.Bentuk Gunung Kinabalu
melambangkan Negeri Sabah.

2 Warna merah melambangkan keberanian, kesungguhan Lambang negeri menjunjungkan


dan pengorbanan rakyat dalam daya usaha mereka kemegahan "Bumi Kenyalang: terbang
yang berterusan untuk mengejar serta tinggi dengan aspirasi dan pencapaian
mempertahankan kemajuan dan ketinggian maruah dalam semua lapangan daya usaha,
dalam proses membina Sarawak sebagai negeri berpandukan ideologi "politik
contoh.Warna kuning menggambarkan keagungan pembangunan". Lencana negeri ini
Perundangan dan Peraturan (Order), perpaduan serta juga boleh membezakan keunggulan
stabiliti dalam masyarakat yang berbilang kaum.Warna Sarawak daripada negeri-negeri lain di
hitam melambangkan kekayaan sumber asli Sarawak dunia.
seperti minyak mentah, balak dan sebagainya yang
merupakan landasan bagi memajukan
rakyatnya.Bintang yang berwarna kuning bermuncung
sembilan melambangkan sembilan bahagian di mana
rakyatnya tinggal di dalam harmonis.Simbol bintang
juga merupakan cita-cita tinggi rakyat kita dan hasrat
perjuangan kita untuk meninggikan mutu kehidupan
selepas merdeka.
3 Latar belakang berwarna putih maksudnya D.Y.M.M. Bulan bintang menunjukkan negeri
Sultan. Ia melingkungi tanah hitamyang bermakna Islam. Mahkota menandakan
rakyat - oleh itu bermakna Sultan adalah memberi pemerintahan Di Raja. Pedang, Keris
perlindungan kepada seluruh rakyat baginda. Anak Panjang dan Cokmar pula merupakan
bulan dan bintang tanda Agama Islam, agama negeri. Alat Kebesaran Negeri. Manakala di
sebelah kanannya ialah Quran
melambangkan Undang-undang. Buku
Undang-undang di sebelah kiri pula
melambangkan keadilan.
Wali/Selampai melambangkan Alat-
alat Istiadat Kebesaran.
4 Empat bahagian yangberwarna kuning dan merah itu Anak bulan dan bintang tanda Agama
maksudnya daging dan darah iaitu unsur-unsur yang Islam, agama negeri. Tombak merah di
perlu untuk memberi jiwa dan tenaga kepada negeri tengah-tengah ialah Sambu-warna. Di
ini. Bulan bintang pula ialah sebagai Agama Islam, sebelah kanan ialah Keris Pendek dan
iaitu agama rasmi negeri dan kesucian Agama Islam di Kiri pula Keris Panjang. Ketiga-
ditunjukkan dengan warna putih. tiganya adalah Alat Kebesaran Negeri.
Tulisan Jawi yang berbunyi "Dipelihara
Allah" ialah cogan negeri. Di bawah
cogan pula ialah tali bengkong yang
dipakai sebagai iakt pinggang oleh
pahlawan-pahlawan zaman dahulu.
5 Warna biru muda maksudnya warna laut yang indah di Pohon pinang ialah tanda asal nama
sekeliling pulau itu. Warna putih maksudnya negeri pulau itu. Petak yang berwarna kuning
Pulau Pinang yang aman damai. Warna kuning tanda mengandungi gambar Jambatan Besar
kemakmuran. Pohon pinang ialh pohon dari mana Pulau Pinang yang mempunyai dua (2)
pulau itu mendapat namanya. tiang dan empat (4) kabel yang
menegakkan tiang tersebut. Dua (2)
tiang ini melambangkan Serampang
Dua Mata di dalam Dasar Ekonomi Baru
iaitu pembasmian kemiskinan dan
penyusunan semula masyarakat. Empat
(4) kabel pula menggambarkan empat
(4) jenis keturunan di negeri ini iaitu
Melayu, Cina, India dan lain-lain.Jalur-
jalur biru dan putih yang menjadi
simbol lautan berjumlah lima (5) tiap-
tiap satu warna yang memberi makna
simbol lima prinsip Rukunegara dan
lima daerah pentadbiran yang terdapat
di Pulau Pinang.
6 Warna kuning maksudnya D.Y.M.M. Raja. Warna biru Lengkaran padi itu maksudnya
maksudnya rakyat. Bendera itu maknanya kerjasama pekerjaan utama dan hasil utama
yang erat di antara Raja dengan Rakyat baginda. negeri iaitu padi. Perisai tanda
kebanggaan negeri itu kerana
kekayaan hasil padinya.

7 Tanah kuning itu maksudnya D.Y.M.M. Raja. Bahagian Sembilan tangkai padi di dalam perisai
tiga segi yang berwarna merah bermakna rakyat. itu maksudnya sembilan buah negeri
Sementara bahagian tiga segi yang berwarna hitam dalam Gabungan Negeri Sembilan yang
maksudnya Datuk-datuk Undang bagi Luak-luak yang lama. Warna merah dalam perisai
menjadi bahagian-bahagian negeri ini. menunjukkan hubungan-hubungan
pada masa yang lalu dengan British.
Warna hitam maksudnya Datuk-datuk
Undang. Warna kuning maknanya Yang
Di Pertuan Besar. Bintang Pecah
Sembilan itu adalah juga menunjukkan
sembilan buah negeri dalam gabungan
lama. Pedang dan sarungannya di atas
perisai itu tanda keadilan. Di tengah-
tengah antara pedang dan sarung ialah
"Changgai Putri" tanda Kebesaran Yang
Di Pertuan Besar.

8 Warna-warna merah, putih, kuning dan biru adalah Warna merah, putih, kuning dan biru
warna-warna Bendera Persekutuan dan menunjukkan maknanya Melaka sebuah negeri dalam
bahawa Melaka ialah sebuah negeri dalam Malaysia. Lima bilah keris maksudnya
Persekutuan, sementara anak bulan dan bintang pecah lima orang pahlawan termasyhur di
lima itu pula ialah tanda Agama Islam, agama negeri Melaka pada zaman dahulu. Anak
dan Malaysia. bulan dan bintang pecah lima tanda
Agama Islam, agama rasmi negeri.
Pokok Melaka ialah pohon dari mana
negeri itu mendapat namanya. Dua
ekor pelandok yang memegang perisai
ialah untuk memperingati riwayat tua
iaitu pelandoklah yang telah
menyebabkan Raja Melaka yang
pertama mengambil keputusan untuk
menetap dalam negeri ini dan
membukanya.
9 Latar belakang berwarna merah maksudnya kejujuran Mahkota itu tanda Kedaulatan Sultan.
penduduk, rakyat Raja. Lambang kebesaran berwarna Dua tombak dan dua keris maksudnya
putih itu tanda kesucian Raja negeri ini. kekuatan orang-orang Melayu
Kelantan. Anak bulan dan bintang
adalah tanda Islam. Dua pucuk meriam
maknanya bahawa negeri ini adalah
sentiasa sedia untuk mempertahankan
dirinya. Dua ekor kijang mengingatkan
kembali kepada sejarah tua negeri ini
tatkala Che' Wan Kembang (atau Che'
Siti) Permaisuri Kelantan (kira-kira
pada akhir kurun yang ke 14) yang
kerana terlalu kasih kepada kijang
kesayangannya, telah memerintahkan
wang emas dicap dengan gambar
binatang itu.
10 Bendera negeri Pahang Darul Makmur mengandungi
dua warna iaitu putih di atas dan hitam di bawah.
Kedua-duanya sama lebar.Hitam adalah warna
kebesaran Bendahara melambangkan bahawa pada
suatu ketika dahulu pemerintahan di negeri Pahang
adalah seorang yang bertaraf Bendahara.Putih adalah
melambangkan Raja. Tambahan warna putih di atas
hitam ini membawa makna bahawa negeri Pahang
adalah negeri yang mempunyai kedaulatan sendiri dan
pemerintahan Beraja. Ini juga membawa erti bahawa
negeri ini ada mempunyai keistimewaan-
keistimewaan, undang-undang, adat istiadat, adat
resam, tata susila serta kuasa-kuasa yang tertentu
yang ada pada Raja sebagai negeri beraja dan
berdaulat.

Anda mungkin juga menyukai