Anda di halaman 1dari 2

Aplikasi modul berasaskan teori erik erikson

Proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) yang berkesan merupakan sesuatu perkara
yang penting. Kepelbagaian kaedah pengajaran yang berkesan dapat membantu meningkatkan
kefahaman dan kemahiran murid. Selain itu guru harus menguasai kaedah pengajaran yang
berkesan bagi memastikan proses pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan dengan lancar
serta memberi impak yang positif kepada murid. Terdapat pelabagai kaedah pengajaran yang
dapat dilaksanakan oleh sesorang guru semasa proses P&P iaitu kaedah perbincangan,simulasi,
projek,modul, main peranan, kuliah, demonstrasi dan sebagainya.
Berdasarkan modul yang dihasilkan ini, menunjukkan murid menjadi lebih proaktif dan
tertarik dengan kaedah yang digunakan terutamanya dalam permainan. Modul ini berdasarkan
teori perkembangan psikososial dan kognitif Erik Erikson dimana perkembangan individu
bergantung kepada tindak balas terhadap keperluan-keperluan asas. Mengikut kitaran teori
perkembangan psikososial, murid berada di pering ke empat iaitu kerja keras vs rendah diri
dimana kecekapan murid dapat di lihat di peringkat ini terutamanya di sekolah. Modul ini telah
diaplikasi di tiga buah sekolah iaitu sekolah swasta, sekolah integrasi (Program Pendidikan
Khas Integrasi) dan sekolah kebangsaan pendidikan khas (masalah pendengaran).
Pada permulaan modul, guru memulakan set induksi pengajaran dengan membuat
aktiviti Brain Gym di mana murid meniru perlakuan guru. Aktiviti ini dapat merangsang
kognitif murid sebelum memulakan pembelajaran. Setelah itu, murid akan dipaparkan gambar
yang menunjukkan beberapa aktiviti masa lapang seperti membaca buku, menonton televisyen
dan sebagainya. Kemudian murid dikehendaki menyebut aktiviti-aktiviti yang dipaparkan.
Setelah itu, murid diminta main peranan dimana murid memilih satu aktiviti yang disukai dan
lakonkan. Rakan sekelas dikehendaki meneka dan menyebut aktiviti yang dilakukan. Interaksi
yang berterusan diantara murid dan guru akan meningkatkan keyakinan dan menggalakkan
murid untuk melibatkan diri dengan lebih aktif.
Di langkah dua pula, murid dipaparkan pula petikan ayat mudah. Murid membaca
bersama guru dan seterusnya murid membaca bersama rakan. Murid juga membaca secara
perseorangan dan sekiranya salah bacaannya, rakan lain akan membantu membetulkan bacaan.
Setelah itu murid di bahagikan kepada dua kumpulan kecil. Murid perlu memahami petikan
ayat tersebut dan bercerita semula ayat mudah serta dipersembahkan kepada kumpulan lain.
Bagi murid masalah pendengaran, murid diminta mencantum dan menyambung ayat dengan
betul dan bacakan menggunakan bahasa isyarat. Secara tidak langsung dapat mewujudkan
suasana pembelajaran secara berkumpulan. Murid di beri peluang untuk memikul
tanggungjawab untuk melibatkan diri dalam perbincangan dan menggalakkan hubungan sosial.
Pada langkah ketiga, murid bermain permainan Daduku Sayang. Menurut Samni Bin
Suraji (2015), aktiviti bermain perlu sesuai dan mudah difahami dengan keupayaan murid perlu
diambil kira semasa melakukan pengajaran dan pembelajaran berasaskan pendekatan bermain.
Dalam permainan ini murid diminta membaling dadu ke lantai dan menulis perkataan di papan
putih berdasarkan paparan LCD mengikut bilangan dadu yang diperolehi. Menggunakan
lembaran juga dilakukan dimana murid membaling dadu dan menulis bilangan perkataan
mengikut bilangan dadu. Setelah itu, murid membaca semula perkataan yang ditulis dengan
kuat. Konsep permainan ini sangat memberi keseronokan kepada murid dan murid berasa yakin
dengan tindak balas yang ditunjukkan. Murid diberi peluang yang sama setiap kali balingan
dadu. Peluang ini meningkatkan keyakinan diri dan melawan rasa rendah diri selain membina
pengetahuan baru.
Langkah keempat pula, murid dibahagikan secara berpasangan untuk membaca ayat
yang diberikan. Kemudian murid menyusun ayat berbentuk sebuah cerita yang lengkap dan
membaca ayat tersebut dengan kuat. Murid diberikan masa untuk membuat perbincangan bagi
menyusun ayat tersebut. Setelah itu, murid diberi lembaran kerja untuk menulis kembali ayat
mudah yang sesuai dengan gambar. Penyediaan soalan yang sesuai dengan aras murid sangat
penting supaya murid akan menjadi aktif dalam pembelajaran dan pengajaran guru akan
menjadi lebih berkesan. Emosi murid yang terganggu akan menyebabkan murid menjadi lebih
pasif dan sukar meningkatkan kecekapannya.
Langkah terakhir pula murid diberikan lembaran pengayaan dan pemulihan untuk
melihat kefahaman murid. Murid perlu melengkapkan lembaran yang diberikan dengan betul.
Kemudian rakan lain akan bersama guru membetulkan jawapan yang dilengkapkan. Guru
memberi peneguhan positif kepada murid diakhir pembelajaran. Penehugan positif yang
diberikan dapat membantu meningkatkan motivasi murid dalam pembelajarannya. Pemberian
gred dan peneguhan positif akan mempengaruhi motivasi eksintrik bagi menggalakkan minat
murid untuk belajar (Nurul Ain & Azizi Yahya, 2012).Bagi memastikan murid mempunyai
motivasi dalm pembelajarnnya, guru perlu memastikan berlakunya kolaborasi antara pelajar,
kesesuaian masa pembelajaran dan faktor peneguhan positif perlu dipertimbangkan supaya
menggalakkan minat murid untuk belajar.
Kesimpulannya, pengajaran guru yang berkesan dapat membantu meningkatkan
keyakinan murid dan emosi murid akan menjadi lebih stabil. Emosi murid yang stabil akan
menggalakkan murid lebih aktif dan menggalakkan pembentukan menyelesaikn masalah.

Samni Bin Suraji Abdul Razaq Ahmad Mohd Mahzan Awang. 2015. Literasi Sejarah Dalam
Pendidikan Kanak-Kanak Prasekolah: Satu Analisis Keperluan Terhadap Modul
Pengajaran Dan Pembelajaran Tunjang Kemanusiaan Berasaskan Pendekatan Belajar
Melalui Bermain. Proceeding: 7th International Seminar On Regional Education,
November 5-7,
Nurul Ain Hamsari & Azizi Yahaya. 2012. Peranan Motivasi Pembelajaran, Gaya
Keibubapaan dan Sikap dengan Pencapaian Akademik. Journal of Educational
Psychology & Counseling. Volume 5 March 2012. 30-57.
Muhammad Sabiq Mohd Noor, Megat Aman Zahiri Megat Zakari.2018. Tinjauan Motivasi,
Sikap Dan Peningkatan Prestasi Murid Sekolah Rendah Melalui Penggunaan Halaman
Celik Akal (VLE). Bschool Of Education, Faculty Of Social Science And Humanities