Anda di halaman 1dari 6

TUGASAN 1 : PENULISAN ILMIAH

Penyakit hipokinetik merupakan penyakit yang berhubungan dengan kurangnya


seseorang itu bergerak (inacitvity) atau gaya hidup sedenter (sedentary). Kehidupan
sehari-hari yang kurang aktif bergerak atau berolahraga menjadi faktor risiko terjadinya
penyakit hipokinetik ini. Masyarakat sedentari yang malas bersenam dan kurang bergerak
sering dikaitkan dengan penyakit hipokinetik. Menurut Wee (2001), istilah penyakit
hipokinetik terbahagi kepada dua iaitu ‘hipo’ bererti kurang dari tahap normal dan ‘kinetik’
bermaksud aktif. Apabila dirangkumkan ia menjadi satu penyakit akibat daripada amalan
hidup yang kurang aktif. Di antara jenis-jenis penyakit hipokinetik termasuklah sakit jantung
(kardiovaskular), tekanan (stres), tekanan kolestrol yang tinggi, kegemukan (obesiti),
tekanan darah tinggi (hipertensi), kencing manis (diabetes mellitus), sakit sendi dan sakit
tulang belakang.

Menurut Nurhasan cit. Risal dan Ferianto (2013) kurangnya gerak menyebabkan
terjadinya gangguan proses metabolisme tubuh sehingga terjadi penurunan kesegaran
jasmani, kesihatan, keterampilan dan bahkan mempengaruhi kualiti tubuh badan yang pada
akan menimbulkan penyakit Hipokinetik, iaitu penyakit yang timbul kearana kurang gerak
seperti jantung, hipertensi, obesiti, kecemasan dan tekanan dan penyakit mengenai tulang

Kondisi hipokinetik juga dikenali sebagai pounch potato disease, yang merujuk
kepada gambaran kehidupan yang malas. Maksudnya, penyakit hipokinetik berhubungan
dengan kelakuan hidup seharian yang kurang melakukan aktiviti fizikl. Dari segi penyebab
penyakit ini bukan disebabkan oleh kuman penyakit dan tidak menular sehingga disebut
juga penyakit tidak menular (non-communicable disease). Penyakit-penyakit ini timbul
sehubungan dengan gaya hidup yang kurang melakukan pergerakan fizikal, disertai dengan
berbagai faktor. Penyakit ini terjadi kerana gaya hidup yang kurang gerak, namun pola
sedentery .

Menurut Nurhasan cit. Risal dan Ferianto (2013) sejak bayi, kanak-kanak hingga
dewasa, pergerakan sangat mempengaruhi semua aspek jasmani, emosi, rohani, intelek
dan sosial. Tambahan pula dengan kecanggihan teknologi yang semakin menningkat.
Pergerakan manusia menjadi semakin terbatas. Tekknologi telah membawa perubahan
kepada sikap manusia dari banyak bergerak kepada tidak perlu bergerak. Seawal usia,
kanak-kanak telah diajar untuk kurang bergerak ini akan memberi kesan besar kepada
komposisi badan manusia. Sekirannya mereka telah terbiasa dengan cara sebegini mereka
tidak akan gemar melakukan aktiviti fizikal dan menjadi kurang pasif. Manusia menyalah
gunakan teknologi, sememangnya teknologi memudahkan kerja dan mmenjimatkan masa
dan kos namun, tidak menghalang untuk manusia terus bergerak aktif. Mereka sering
menggantikan mesin dan alatan untuk membuat kerja seharian menyebabkan merka tidak
akan bergerak. Sebagai contoh, mereka hanya menekan remote untuk menghidupkan
kipas, lampu, tv dari jarak jauh. Mereka tidak perlu bergerak kesana kemari walaupun
didalam rumah mereka bagii menyelesaikan tugas mereka.

Kemajuan dunia teknologi sekarang bukan satu-satunya faktor terjadinya penyakit


hipokinetik ini. Segala pekerjaan yang dilakukan oleh manusia secara hanya duduk
dipejabat lebih daripada 8jam juga mempengaruhi. Mereka hanya duduk ditas kerusi dan
mengadap komputer sahaja tanpa melakukan pergerakan dan menjalinkan hhubungan
sosial dengan orang lain. Pada kebanyakan negara sekarang diseluruh dunia antara 60%
hingga 85% orang dewasa mempunyai fizikal yang aktif ianya tidak cukup untuk memelihara
fizikal mereka ditambah pula dengan adanya faktor merokok dan pola pemakanan yang
tidak sihat (Hasibuan, 2010).

Sikap masyarakat kini yang sangat malas untuk melakukan senaman ataupun kerja
fizikal. Mereka beranggapan membuang masa, tidak penting dan sebaagainya. Mereka
tidak mengambil berat mengenai senaman daan kesihatan diri mereka sendiri dan akhirnya
memberi kesan negatif seperti penyakit hipokinetik. Seperti yang kita sering dengar
sekarang mengenai penyakit ini ialah, penyakit ini semakin menular dikalangan masyarakat
Malaysia kita. Iannya mennjadikan manusia yang bersikap malas dan pasif. Sejak dari
kanak-kanak lagi mereka terbiasa dengan penyakit hipokinetik. Sebagai seorang guru
Pendidikan Jasmani dan kesihatan di sekolah sangat berperanan penting dalam menangani
isu sebegini. Guru PJK merupakan ejen perubahan kearah yang lebih baik dan dapat
meningkatkan kesedaran kepada murid-murid dan guru di sekolah mengenai bahayanya
penyakit hipokinetik.

Terdapat pelbagai cara bagi mengatasi dan memberi kesedaran kepada murid dan
guru-guru di sekolah. Antaranya, ialah guru perlu menerapkan sikap satu sikap yang
mencintai diri sendiri. Sayang akan diri sendiri. Sekirannya seseorang itu sayang akan
tubuh badan mereka akan menjaadanya sebaik mungkin. Mereka tidak akan membenarkan
pelbagai penyakit mendekati mereka. Guru perlu menerapkan sikap ini melalui kempen-
kempen ataupun mana-mana slot disekolah agar warga sekolah mengetahui perkara ini.
Semasa perhimpunan mingguan setiap minggu, sebagai guru PJ disekolah perlu mengambil
sedikit masa untuk berkongsi betapa pentingnya kita menjada diri kita sendiri. Perkongsian
ini sedikit sebanyak menjaadikan peringatan kepada mereka.

Selain itu, Guru turut boleh merancang dengan melakukan kegiatan aktif seperti
olahraga, senaman pagi dan sebagainya. Segala aktiviti bersifat yang sederhana dan santai
juga boleh dilakukan baik sebelum waktu persekolahan mahupun selepas waktu
persekolahan. Hal ini tentu akan membuat tubuh kita menjadi sihat dan sudah tentu
memberikan kesan positif kepada seseorang itu. Aktiviti ini sangat mengembirakan murid
kerana selepas penat belajar seharian. Kegiatan harian di sekolah ini juga boleh dilakukan
dimana-mana sahaja tidak kira tempat mahuppun usia. Ianya berupa satu permainan
rekreatif, permainan tradisional, dan kesenian, serta pekerjaan seperti gotong-royong dan
pembersihan.

Seterusnya, sebagai seorang guru kita mestilah hebat dalam menarik murid dan
warga sekolah yang lain supaya mereka juga turut mengamalkann gaya hidup sihat.
Sekirannya masyarakat mengamalkan pola hidup yang betul, kita semua akan terhindar
daripada penyakit hipokinetik. Guru perrlu mendedahkan kepada murid bahawa pergerakan
fizikal bolehh dilakukan dirumah sahaaja ataupun banyak lagi tempat-tempat terbaik untuk
melaksanakan program gaya hidup sihat ini. Sebagai contoh, boleh berbasikal ke sekolah
tidak kira murid mmahupun guru-guru yang dimulakan dari keluarga mereka sendiri-sendiri.

Gaya hidup aktif yang boleh dimulakan dengan menerapkan di dalam kehidupan sehari-hari,
Segala tabiat negatif yang pernah dilakukan perllu ditukar kepada tabiat positif yang luar
biasa. Selain dari memenuhi masa lapang ianya merupakan suatu aktiviti yang berguna
kepada diri kita sendiri. Sebagai contoh, dirumah selepas bangun dari tidur, semua anggota
keluarga harus membuat kerja rumaah sperti menyapu halaman, membersihkan
kandang/memberi makan haiwan peliharaan. Mencuci pinggan sendiri sesudah makan.
Selain hidup jadi lebih aktif, ini juga mengajarkan anak kita untuk berdikari. Sempat
meluangkan masa bermain bersama anak-anak. Tidak hanya di waktu-waktu cuti, tapi
setelah pulang dari kerja. Untuk pekerja pejabat atau sekolah yang biasanya duduk lama di
meja, perlu sesekali satu jam untuk bangun dari tempat duduk lalu jalan-jalan menemui
teman sambil berbual. Lakukan gerak kerja seperti meregangkan kepala, badan, tangan,
dan kaki selama kurang lebih 5 minit.

Guru juga perlu menekanan mengenai penglibatan murid perempuan/ kaun wanita.
Mereka juga tidak terkecuali untuk mengamalkan gaya hidup sihat. Guru boleh
mengasingkan sukan kaum perempuan supaya ereka tidak malu untuk menyertai. Kaum
perempuan turut ditegaskan untuk mengamalkan polahidup sebegini. Pendedahan bahawa
kaum perempuaan turut perlu megamalkan gaha hidup sihat ini, bagi menghindari mereka
dari pelbagi masalah dalaman dan luaran.

Penyakit hipokinetik kini mudah menyerang mereka yang tidak aktif. Ini telah
mendorong masyarakat pada zaman moden supaya meluangkan masa untuk bersukan dan
bersenam supaya terhindar dari penyakit sebegini. Seperti di Malaysia sendiri telah memilih
moto “Malaysia Cergas” sebagai slogan dalam kempen memerangi penyakit hipokinetik ini
sejak tahun 1983 lagi. Dengan meningkkatnya penyakit jantung, kencing manis, darah
tinggi dan kanser, banyak usaha untuk mendidik masyarakat untuk menjada kesihatan.
Gaya hidup sedentari kerana kemewahan dan kemudahan tanpa banyak menggunakan
tenaga fizikal teelah melahirkan penyakit ini. Malah penyakit kardiovaskular telah dikenali
sebagai penyakkit utama punca kematian.

Walaubagaimanapun, sebagai seorang guru PJ disekolah. Guru perlulah kreatif


dalam menarik minat murid kearah dunia mereka. Guru perlu tahu apakah perkara yang
mereka gemar buat dan sebagainya, guru perlu menyediakan pelbagai aktivit yang
melibatkan semua warga sekolah agar tiada siapa bakal ketingglan. Sebagai contoh aktivit
yang menarik ialah aktiviti sukan sekolah, olahraga sekolah, hari senamrobik sekolah, dan
sebagainya. Mewajibkan semua murid berpakaian sukan iaitu sehari seminggu dan murid
terlibat didalam segala aktiviti ini. Segala aktivit mestilah berbeza pada setiap perbezaan.
Sebelum masuk ke kelas guru akan menyuruh murid berada di dataran dan akan membuat
pergerakan agar murid segar dan bersemangat ke kelas. Guru-guru lain juga turut
membiasakan mereka. Penyakit hipokinetik juga akan dapat dibenduNG sekiraya murid
mendengar arahan dan disiplin mengikuti segalanya.

Kesimmpulannya, saranan diutarakan kepada Masyarakat, diharapkan supaya kita


sama-sama membiasakan perlakuan gaya hidup aktif, baik saat bekerja maupun saat
beraktivitis di dalam kehidupan seharian dan akan lebih baik lagi meluangkan waktu
berolahraga secara rutin sehingga dapat terhindar dari pelbagai penyakit hipokinetik demi
kesihatan yang optimal.

Penyakit hipokinetik penyebab timbulnya pelbagai jenis penyakit kronik yang


berkaitan dengan pola hidup kurang aktif (sedenter). Di dalamnya termasuk kegemukan,
diabetes mellitus, hipertensi, penyakit jantung, stroke, osteoporosis, osteoarthritis, dan
kanser. Penyakit-penyakit ini timbul sehubungan dengan gaya hidup sedenter, disertai
dengan pelbagai faktor lain. Pelbagai penyakit disebabkan hipokinetik biasanya cenderung
meningkat, hal ini membuktikan bahawa gaya hidup sedentari semakin meningkat dan tidak
boleh dipandang remeh.

Perilaku gaya hidup aktif merupakan kunci penting dari pola/gaya hidup sihat, namun
demikian hingga saat ini belum dilaksanakan secara optimal, baik secara peribadi, kelompok
masyarakat maupun institusi. Namun, jika usaha ini tidak dijalankan diamalkan bersama
seperti akan sangat percuma dan sia-sia sahaja. Jika usaha mengatasi gaya hidup kurang
bergerak ini hanya dilakukan disekolah dalam mata pelajaran pendidikan jasmani sahaja
tidak akan membuahkan hasil malah hanya membuang masa sahaja. Selain itu, dorongan
daripada semua pihak amat penting dalam menyadarkan betapa pentingnya gerak tubuh
sentiasa aktif kepada anak-anak muda sekarang merupakan usaha yang perlu dilakukan
bersama.
SUMBER :

BUKU :

Mahendra, A. (2012). Asas dan Falsafah Pendidikan Jasmani. Bandung: FPOK.

WHO. 2000. Obesity: Preventing and Managing The Global Epidemic, WHO Technical Report Series
2000; 894, Geneva Wiseman

INTERNET :

http://dahlanforum.wordpress.com/2009/04/06/istilah-istilah-dalam-bidang-kesehatan/

http://taufikrachmans.blogspot.com/2014/04/usaha-pendidikan-jasmani-dalam-mencegah.html

https://sportclinic.wordpress.com/2011/12/24/sedenter-dan-faktor-risiko-penyakit-hipokinetik/