Anda di halaman 1dari 4

2.

0 ALIRAN PEMIKIRAN BARAT


Sejarah Pemikiran Barat
Menurut para penulis sejarah, aliran pemikiran barat dapat dibahagikan kepada tiga
fasa:
 Zaman klasik
 Zaman pertengahan
 Zaman moden
Akan tetapi,ketiga-tiga zaman ini tidak dapat dihuraikan dengan secara mendalam.
Terdapat pendapat sebahagian penulis sejarah mengatakan bahawa sejarah
zaman pemikiran barat bermula semenjak Renaissane pada akhir abad 15 atau awal
abad 16 M sampai hari ini. Renaissance berlaku apabila runtuhnya kekuasaan Romawi
Barat pada tahun 476 M apabila rakyat menentang pentadbiran gereja.[1]
Secara umum, kelahiran pemikiran Barat bermula daripada Roger Bacon dan Rene
Descartes yang terkenal dengan Cogito ergu Sum-nya. Kemunculan
Descartes menandakan bahawa berakhirnya pemikiran Skolastik yang sangat kuat
dipengaruhi gereja.
Setelah kemunculan Descartes, pada awal abad 17 M, ramai ahli-ahli
falsafah yang mengambil teori “pengetahuan fitri’ dari Descartes. Di antara mereka
adalah Spinoza, Leibniz dan Wolf. Selain itu, pada abad yang sama, kemunculan kaum
empirisme yang diketuai oleh John Lock, George Barkeley dan David Hume. Setelah
itu, pada abad 18 dan 19 M, terdapat banyak kemunculan aliran-aliran pemikiran
barat lainnya, terutama di England, Perancis dan jerman, seperti idealisme, positivisme,
empirisisme, materialisme dan sebagainya.[2]

2.1 RASIONALISME
Rasionalisme adalah suatu kaedah penyelidikan dan ujikaji yang mengatakan
bahawa akal adalah sumber utama ilmu pengetahuan. Bertentangan dengan
empirisisme secara teorinya, ia menafikan pengalaman pancaindera sebagai sumber
pengetahuan. Konsep utama yang menjadi pegangan ini ialah kepercayaan terhadap
kemampuan dan autoriti akal fikiran untuk menyingkap ilmu dan kebenaran.
Rasionalisme mengukur bahawa daya intelek yang wujud secara semula jadi didalam
diri manusia mampu mencari dan menanggapi kebenaran. Rasionalisme menganggap
akal sebagai sumber tertinggi untuk mendapatkan kebenaran dan mencapai segala ilmu
pengetahuan. Rasionalisme yang berasaskan nilai-nilai saintifik menolak adanya
wahyu dan mukjizat kerana dianggap tidak logic. Ukuran samaada sesuatu itu saintifik
atau tidak juga terletak pada samaada ia logic ataupun tidak.[3]
Dari sudut sejarah, perintis awal aliran rasionalisme ialah Heraclitus, yang
meyakini akal melebihi pancaindera sebagai sumber ilmu. Menurut beliau akal
manusia boleh berhubung dengan akal ketuhanan yang memancarkan sinaran cahaya
tuhan dalam diri manusia. Pada zaman pertengahan rasionalisme Yunani berkembang
di tangan tokoh-tokoh Socrates, Plato dan Aristotle.
Rasionalisme mencapai zaman kemuncaknya pada zaman Aristotle yang berusaha
menangkis serangan pemikiran aliran Sufastho’iyyun yang menyebarkan pegangan
bahawa ‘Sesuatu perkara itu adalah dianggap baik bila manusia mengira ia adalah baik’,
dengan kata lain ‘Manusia adalah kayu pengukur segala perkara’.Hasil dari pengaruh
tersebut, Aristotle telah memperkemaskan rasionalisme dengan menyusun kaedah ilmu
logic secara sistematik dalam karyanya yang terkenal iaitu Organaon.
Rasionalisme telah menguasai tamadun Yunani sehinggalah kepada zaman
Helenisme. Di antara aliran moden yang berpaksi kepada rasioanalisme ialah aliran
idealisme yang dipelopori oleh Spinoza (1632-1677) dan Leibniz (1646-1716). Tokoh
lain yang mengembangkan rasionalisme ialah Descartes (1596-1716). Edward de Bono
dalam bukunya, Thinking Course menyatakan bahawa logik ialah satu cara menjana
maklumat daripada sesuatu keadaan. Maklumat yang hendak dijana ialah sesuatu yang
benar dan diterima akal.[4] Kebiasaannya, tokoh-tokoh yang mengembangkan
rasionalisme mereka digelar sebagai seorang idealis.

2.2 EMPERIKALISME
Kata empirikalisme berasal dari kata Yunani Empirikos, yang bermaksud
pengalaman. [5] Manusia memperoleh pengetahuan melalui pengalamannya dan
pengalaman yang dimaksudkan ialah pengalaman pancaindera. Dengan pancaindera
manusia dapat melihat sesuatu yang fizikal semata-mata walaupun masih sangat
sederhana. Setiap pancaindera manusia mempunyai keistimewaannya tersendiri.hal ini
menyebabkan pengetahuan pancaindera berbeza mengikut sensibiliti organ-organ
tertentu.
Menurut Ahmad Syadali, Empirisme diambil dari bahasa Yunani Empiria, yang
bermaksud mencuba-cuba atau pengalaman. Aliran ini menekankan peranan
pengalaman dalam memperoleh pengetahuan dan mengecilkan peranan akal. Penganut
empirisme berpandangan bahawa pengalaman merupakan sumber pengetahuan bagi
manusia dan mengatasi akal fikiran manusia itu sendiri. Tanpa pengalaman manusia
tidak memiliki kemampuan untuk memberi gambaran tertentu. [6]
John Locke mengatakan bahawa pada waktu manusia dilahirkan, keadaan
akalnya masih bersih, sebagaimana kertas yang kosong yang belum tertulis apapun.
Pengetahuan muncul ketika pancaindera manusia menimba pengalaman dengan cara
melihat dan mengamati pelbagai kejadian dalam kehidupan. Kertas tersebut mulai
dicorak dengan pelbagai pengalaman pancaindera. Seluruh sisa pengetahuan diperoleh
dengan jalan menggunakan serta memperbandingkan idea-idea yang diperoleh dari
pancaindera.[7]

2.3 HUMANISME
Humanisme adalah satu agenda yang berasal dari Eropah. Ia mula berkembang
pada zaman Renaissance pada abad ke-15 dan 16 Masihi. Humanisme adalah satu
agenda yang berpusatkan kepada nilai manusia dalam membuat keputusan. Menurut
Harun Yahya dalam bukunya Ancaman Global Freemasonary, humanisme merupakan
satu ancaman dan serangan ke atas agama. Ini berikutan fahaman ini yang menolak
agama dan Tuhan yang mencipta mereka.[8]
Fahaman humanisme ini bukanlah satu fahaman yang baru muncul. Fahaman
humanisme ini berasal daripada doktrin Kabbalah yang berasal daripada Mesir Kuno.
Fahaman ini telah muncul lebih awal daripada falsafah Yunani yang dibawa oleh Socrates,
Plato dan Aristoteles. Humanisme memasuki Eropah melalui sumber Kabbalah.
Keyakinan masyarakat Kristian berdasarkan kepada kewujudan Tuhan. Manusia pula
adalah hamba ciptaan Tuhan yang bergantung kepada-Nya. Bagaimanapun, pengaruh
pemikiran Kabbalah mula menguasai masyarakat Barat. Pada abad ke-15, arus
humanisme mula bertapak dalam pemikiran Barat dan Eropah.
Pemikiran humanisme meletakkan kehendak manusia sebagai matlamat dan
pusat kehidupan. Kebebasan kehendak dijadikan sembahan. Negara, kerajaan dan ritual
agama hanya timbul setelah berlaku pertembungan dalam kehendak-kehendak tersebut.
Tetapi dengan kemajuan teknologi, mereka mempromosikan globalisasi dan ianya menuju
ke arah mengecilkan kembali kuasa kerajaan dan fungsi agama untuk memberi ruang
kembali kepada kehendak manusia.[9] “Materialisme, sekularisme, komunisme,
sosialisme, kapitalisme, liberalisme, demokrasi, pluralisasi dan globalisasi ; semuanya
lahir dari kefahaman humanisme. Nampak berbeza, tetapi sebenarnya mempunyai
persamaan di satu noktah.
Selepas pertengahan abad ke-17, meskipun humanisme terus mencorakkan
pemikiran Eropah, tetapi pengaruhnya tidak dominan lagi setelah munculnya corak
pemikiran lain, seperti kapitalisme, absolutism dan nasionalisme.

3.0 Kesan pemikiran barat kepada akidah umat islam

Pemikiran humanism lahir dari revolusi hasil tindakan kejam gereja dan golongan
bangsawan terhadap para ilmuwan dan rakyat jelata di zaman Feudal Eropah.
Penolakan yang amat ekstrem terhadap agama membawa Eropah kepada kecintaan
yang tidak terhingga terhadap diri sendiri. Kecintaan yang membawa kepada satu
bentuk penyembahan kehendak diri atau apa yang diistilahkan oleh sebahagian
pengkaji sebagai humanisme. Kapitalisme amat jelas dalam memberikan ruang kepada
kehendak manusia. Persaingan tanpa rahmat membawa kepada jurang yang amat jauh
dalam struktur masyarakat. Riba dan monopoli menjadi asas yang tidak boleh ditolak
oleh dunia. Komunisme mungkin dilihat lebih adil memberikan hak persamaan kepada
semua manusia.[10]

4.0 penutup
Dari penjelasan tentang pemikiran Islam di atas dapat kita simpulkan bahawa
pemikiran barat adalah pemikiran yang berbahaya bagi akidah umat Islam, dan
menyalahi prinsip-prinsip Islam baik dalam bidang akidah, mahupun dalam bidang
syariah dan akhlak. Pemikiran barat adalah merupakan bentuk bidaah yang besar dalam
agama yang boleh menjejaskan akidah umat Islam hari ini dan generasi akan datang.
Bidaah bukan hanya berlaku dalam amalan, tetapi juga dalam akidah dan pemikiran.
Malah bidaah dalam akidah dan pemikiran lebih berbahaya daripada bidaah dalam
amalan kerana ia boleh merosakkan iman dan mengeluarkan seseorang daripada
keyakinan agamanya. Jika pada zaman dahulu pelopor kepada bidaah akidah dan
pemikiran ialah golongan Muktazilah, Jabariyah, Murji’ah dan sebagainya, maka pada
zaman hari ini bidaah pemikiran dipelopori oleh golongan Islam liberal yang membawa
masuk belbagai ideologi asing dalam masyarakat muslim seperti pemikiran dan
ideologi sekular, rasionalisme, demokrasi, pluralisme, hermeneutika, dan sebagainya
yang bertentangan dengan akidah Islam.

Akhirnya , umat Islam harus selalu waspada terhadap segala bentuk pemikiran yang
akan merosak keyakinan. Tidak kira sama ada pemikiran tersebut mempunyai
nama-nama yang telah berganti seperti Islam Moden, Islam Liberal, Islam Rasional,
Islam Post-Moden dan sebagainya. Jalan Islam hanya satu, iaitu Islam yang sesuai
dengan nas-nas kitab suci al-Quran, dan sesuai dengan ajaran yang disampaikan oleh
Rasulullah SAW dalam hadis-hadis yang mutawatir, di samping yang telah dijelaskan
dan ditempuh oleh ulama-ulama mujtahid ahli sunah waljamaah.

Anda mungkin juga menyukai