Anda di halaman 1dari 6

TEKS EMCEE

MAJLIS PROGRAM JALINAN PINTAR KORPORAT BERSAMA INSTITUT AMINUDIN BAKI

MENGUMUMKAN KETIBAAN YANG BERBAHAGIA PUAN TAH NIA BINTI HAJI JAMAN,KETUA
PEGAWAI PENDIDIKAN DAERAH TUARAN DIIRINGI YANG BERUSAHA EN SUHAIMI BIN
ABDULLAH,GURU BESAR SK PEKAN TELIPOK DAN YANG DIHORMATI ENCIK YAKUP BIN IBRAHIM,
YANG DIPERTUA PIBG SK PEKAN TELIPOK MASUK KE DEWAN.

BAGI MEMULAKAN MAJLIS KITA PADA HARI INI, MARILAH KITA BERSAMA-SAMA MENYANYIKAN
DUA BUAH LAGU IAITU LAGU NEGARAKU DAN SABAH TANAH AIRKU.HADIRIN DIJEMPUT
BERDIRI.

HADIRIN DIPERSILAKAN DUDUK

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM,

Indah berbalam si awal petang,

Berararak di celah pepohon ara;

Pemanis kalam selamat datang,

Awal bismillah pembuka bicara.

ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH

*SALUTASI*

YANG BERBAHAGIA PUAN TAH NIA BINTI HAJI JAMAN,


KETUA PEGAWAI PENDIDIKAN DAERAH TUARAN

YANG BERUSAHA
ENCIK SUHAIMI BIN ABDULLAH,
GURU BESAR SK PEKAN TELIPOK

YANG DIHORMATI
ENCIK YAKUP BIN IBRAHIM
YANG DIPERTUA PIBG SK PEKAN TELIPOK
YANG DIHORMATI
PARA PEGAWAI PPD,BARISAN GURU PENOLONG KANAN,GURU-GURU, PARA IBU BAPA, PARA
PELAJAR, TUAN TUAN DAN PUAN PUAN SEKALIAN.

ALHAMDULILLAH DAN SYUKUR KE HADRAT ALLAH S.W.T KERANA DENGAN LIMPAH


KURNIAANNYA, DAPATLAH KITA BERSAMA-SAMA DALAM MENJAYAKAN PROGRAM JALINAN
PINTAR KORPORAT BERSAMA INSTITUT AMINUDIN BAKI DAN SK PEKAN TELIPOK BAGI TAHUN
2018.

Tetak buluh kajang sepuluh,

Laksana dititng kias barat;

Angkat tangan jemari sepuluh,

Doa di pohon biar selamat.

BAGI MEMOHON KEBERKATAN MAJLIS PADA PAGI INI, DIJEMPUT


USTAZ…………………………………………….... UNTUK MEMBACAKAN DOA. MAJLIS MEMPERSILAKAN.

*BACAAN DOA*

AMIN AMIN YA RABBAL ‘ALAMIN

TERIMA KASIH DIUCAPKAN KEPADA USTAZ……………………………………………….. ATAS BACAAN DOA


SEBENTAR TADI.

HADIRIN SEKALIAN,

OBJEKTIF PROGRAM
HADIRIN YANG DIHORMATI,MAJLIS DENGAN INI MENJEMPUT YANG DIHORMATI, ENCIK YAKUP
BIN IBRAHIM, YANG DIPERTUA PIBG SK PEKAN TELIPOK UNTUK MENYAMPAIKAN SEPATAH DUA
KATA. DENGAN SEGALA HORMATNYA DIPERSILAKAN.

TERIMA KASIH DIUCAPKAN KEPADA YANG DIHORMATI ENCIK YAKUP BIN IBRAHIM, YANG
DIPERTUA PIBG ATAS UCAPAN SEBENTAR TADI.

Terbang di awan burung jentayu,

Di atas papan batang selisih,

Tampillah Tuan kami merayu,

Bersama ucapan pengikat kasih.

SETERUSNYA MAJLIS DISERIKAN LAGI DENGAN UCAPAN ALUAN YANG AKAN DISAMPAIKAN
OLEH YANG BERUSAHA EN SUHAIMI BIN ABDULLAH, GURU BESAR SK PEKAN TELIPOK. MAJLIS
DENGAN SEGALA HORMATNYA MEMPERSILAKAN.

MAJLIS MENGUCAPKAN TERIMA KASIH ATAS UCAPAN YANG TELAH DISAMPAIKAN OLEH YANG
BERUSAHA ENCIK SUHAIMI BIN ABDULLAH, GURU BESAR SK PEKAN TELIPOK.
BESAR LANGIT DITEPI BUSUT,

DIATAS PAPAN BATANG JERAMI,

BESAR HAJAT KAMI MENJEMPUT,

TIBA MASANYA BICARA PERASMI.

HADIRIN SEKALIAN,

MAJLIS DENGAN SUKACITANYA MENJEMPUT YANG BERBAHAGIA PUAN TAH NIA BT HAJI
JAMAN, KETUA PEGAWAI PENDIDIKAN DAERAH TUARAN UNTUK MENYAMPAIKAN UCAPAN
SEKALIGUS MERASMIKAN PROGRAM JALINAN PINTAR KORPORAT BERSAMA INSTITUT
AMINUDIN BAKI DAN SK PEKAN TELIPOK. MAJLIS DENGAN INI MEMPERSILAKAN.

MAJLIS MERAKAMKAN JUTAAN TERIMA KASIH KEPADA YANG BERBAHAGIA,PUAN TAH NIA
BINTI HAJI JAMAN DI ATAS UCAPAN BELIAU SEBENTAR TADI.
DENGAN BERAKHIRNYA ACARA _________________________________ ITU TADI, MAKA
BERAKHIRLAH SUDAH MAJLIS KITA PADA HARI INI.

Banyak keluk ke penarik,


Keluk tumbuh pohon kuini;
Nan elok bawalah balik,
Nan tak elok tinggallah sini.

Bunga dedap di atas para,


Anak dusung pasang pelita;
Kalau tersilap tutur bicara,
Jemari disusun maaf dipinta.

MAJLIS SEKALI LAGI INGIN MENGUCAPKAN JUTAAN TERIMA KASIH KEPADA YANG BERBAHAGIA
PUAN TAH NIA BT HAJI JAMAN, KETUA PEGAWAI PENDIDIKAN DAERAH TUARAN KERANA SUDI
HADIR BAGI MEMERIAHKAN SUASANA MAJLIS PADA HARI INI.

MAJLIS MENJEMPUT YANG BERBAHAGIA PUAN TAH NIA DAN KESEMUA AJK PELAKSANA UNTUK
BERSAMA DALAM SESI BERGAMBAR SETERUSNYA MENIKMATI SEDIKIT JAMUAN YANG TELAH
DISEDIAKAN SEBENTAR LAGI.

SEKIAN TERIMA KASIH