Anda di halaman 1dari 64

LnP03.

04
KABEL DAN SISTEM
PENDAWAIAN ELEKTRIK

SPE1034 - LA3 : PENDAWAIAN ELEKTRIK FASA TUNGGAL DISEDIAKAN OLEH : SHARIDA BINTI JOHARI
Unit Teknologi Elektrik, Kolej Komuniti Arau
ISI KANDUNGAN
Mengenalpasti sistem pendawaian elektrik fasa
tunggal :
 Pendawaian Permukaan / Surface Wiring
 Pendawaian Tersembunyi / Concealed Wiring
 Pendawaian Pembuluh (Konduit) / Conduit Wiring
 Pendawaian Sesalur / Trunking Wiring

SPE1034 - LA3 : PENDAWAIAN ELEKTRIK FASA TUNGGAL DISEDIAKAN OLEH : SHARIDA BINTI JOHARI
Unit Teknologi Elektrik, Kolej Komuniti Arau
PENGENALAN SISTEM PENDAWAIAN DI
MALAYSIA
SISTEM PENDAWAIAN

• Takrif - Sistem pendawaian adalah sistem pemasangan litar-litar elektrik


termasuklah pengalir penebat dan perlindungan mekanik bagi sesuatu jenis
kabel dan juga aksesori –aksesori elektrik .
• Sistem pendawaian boleh dijalankan dengan berbagai-bagai cara mengikut
jenis-jenis perlindungan mekanikal ,keadaan pemasangan dan jenis – jenis
penebat kabel yang digunakan.
• Jenis sesuatu sistem pendawaian boleh dinamakan dengan berpandukan
kepada kaedah- kaedah pemasangan kabel dan jenis salutan pada kabel.
Tetapi tiada satu sistem pun yang boleh dianggap sebagai unggul dibawah
semua keadaan.

SPE1034 - LA3 : PENDAWAIAN ELEKTRIK FASA TUNGGAL DISEDIAKAN OLEH : SHARIDA BINTI JOHARI
PENGENALAN SISTEM PENDAWAIAN DI
MALAYSIA
FAKTOR PEMILIHAN

Untuk memilih sesuatu sistem pendawaian ia perlu dirancang dahulu agar tidak merugikan .
Sebaliknya sistem ini mengawal kecekapan dan selamat. Diantara pekara –pekara yang
perlu diperhatikan adalah seperti berikut

1) Jenis beban yang hendak dipasang


2) Keadaan tempat pemasangan
3) Kos perbelanjaan
4) Tempoh ketahanan pemasangan
5) Kekemasan dan kecantikan
6) Keadaan sekeliling
7) Tempoh masa menyiapkan
8) Perubahan atau penambahan litar
9) Jenis voltan bekalan
10) Keselamatan dan kelulusan TNB/JKR

SPE1034 - LA3 : PENDAWAIAN ELEKTRIK FASA TUNGGAL DISEDIAKAN OLEH : SHARIDA BINTI JOHARI
PENGENALAN SISTEM PENDAWAIAN DI
MALAYSIA
JENIS-JENIS SISTEM PENDAWAIAN

• Jenis-jenis sistem pendawaian yang disenarai dibawah ini seperti yang


dinyatakan ,ia bergantung kepada jenis kabel atau kaedah pemasangan
kabel atau perlindungan mekanikal yang diberi .
• Berikut ialah senarai jenis-jenis sistem pendawaian yang umum digunakan:

1) Sistem permukaan
2) Sistem tersembunyi
3) Sistem penyokong katenari
4) Sistem konduit
5) Sistem sesalur
6) Sistem salur
7) Sistem kabel penebatan mineral pelapik kuprum
8) Sistem kabel penebatan mineral pelapik plumbum

SPE1034 - LA3 : PENDAWAIAN ELEKTRIK FASA TUNGGAL DISEDIAKAN OLEH : SHARIDA BINTI JOHARI
PENDAWAIAN PERMUKAAN /
SURFACE WIRING
Sistem pendawaian permukaan ialah satu sistem dimana kabel-
kabel di gunakan dalam satu pemasangan yang dipasang
pada permukaan dinding atau siling tanpa sebarang
perlindungan tambahan .

SPE1034 - LA3 : PENDAWAIAN ELEKTRIK FASA TUNGGAL DISEDIAKAN OLEH : SHARIDA BINTI JOHARI
PENDAWAIAN PERMUKAAN /
SURFACE WIRING
CIRI-CIRI PEMILIHAN

• Berikut adalah beberapa ciri yang dianggap sesuai bagi sistem


pendawaian permukaan
1) Bekalan voltan voltan jenis satu fasa tunggal
2) Banggunan diperbuat daripada kayu atau batu
3) Kos perbelanjaan murah
4) Bilangan kabel atau litar yang perlu dipasang adalah sikit
5) Kerosakan mekanikal kemungkinan amat kurang
6) Memerlukan masa yang singkat untuk menyiapkan pendawaian
7) Kadar kuasa beban yang dipasang kecil

SPE1034 - LA3 : PENDAWAIAN ELEKTRIK FASA TUNGGAL DISEDIAKAN OLEH : SHARIDA BINTI JOHARI
PENDAWAIAN PERMUKAAN /
SURFACE WIRING
JENIS-JENIS KABEL YANG DIGUNAKAN

• Kabel-kabel yang digunakan mestilah daripada jenis bersalut


• Ini adalah kerana kabel yang dipasang secara sistem permukaan akan
terdedah kepada keadaan sekeliling dan kerosakan mekanikal .
• Jenis kabel yang sesuai digunakan di bangunan rumah kediaman adalah
kabel bersalut pvk atau getah.

SPE1034 - LA3 : PENDAWAIAN ELEKTRIK FASA TUNGGAL DISEDIAKAN OLEH : SHARIDA BINTI JOHARI
PENDAWAIAN PERMUKAAN /
SURFACE WIRING
KAEDAH PEMASANGAN KABEL

• Kaedah pemasangan kabel bagi sistem ini dibuat dengan disokong oleh klip
kepermukaan dinding atau siling .
• Sebelum sistem ini dijalankan pastikan permukaan pendawaian bukan daripada
jenis logam .Bagi pendawaian permukaan yang dibuat dibangunan batu atau simen
kabel akan diklipkan atas satu bilah papan (wooden batten) yang sebelum itu
dipakukan kedinding atau siling
• Terdapat dua jenis klip yang biasa digunakan iaitu klip aluminium dan plumbum.
Saiz klip yang digunakan perlu dipilih agar sesuai dengan jumlah bilangan kabel
yang perlu disokong
• Jarak maksimum diantara klip yang menyokong kabel bolehlah dirujuk pada jadual
( 1a )

SPE1034 - LA3 : PENDAWAIAN ELEKTRIK FASA TUNGGAL DISEDIAKAN OLEH : SHARIDA BINTI JOHARI
PENDAWAIAN PERMUKAAN /
SURFACE WIRING
Jenis Pendawaian Ringkas

Terdapat 6 jenis pendawaian ringkas iaitu :

(a) Pendawaian Menegak


Jarak antara klip plumbum untuk pendawaian menegak ialah 100mm hingga
120mm
(b) Pendawaian Melintang
Jarak antara klip plumbum untuk pendawaian
melintang ialah 120mm hingga
150mm.

SPE1034 - LA3 : PENDAWAIAN ELEKTRIK FASA TUNGGAL DISEDIAKAN OLEH : SHARIDA BINTI JOHARI
PENDAWAIAN PERMUKAAN /
SURFACE WIRING
Jenis Pendawaian Ringkas

(c) Pendawaian Bengkok 90° (d) Pendawaian Simpang 3.

SPE1034 - LA3 : PENDAWAIAN ELEKTRIK FASA TUNGGAL DISEDIAKAN OLEH : SHARIDA BINTI JOHARI
PENDAWAIAN PERMUKAAN /
SURFACE WIRING
Jenis Pendawaian Ringkas

(e) Pendawaian Simpang 4

SPE1034 - LA3 : PENDAWAIAN ELEKTRIK FASA TUNGGAL DISEDIAKAN OLEH : SHARIDA BINTI JOHARI
PENDAWAIAN PERMUKAAN /
SURFACE WIRING
Jenis Pendawaian Ringkas

(f) Double Offset 135°

SPE1034 - LA3 : PENDAWAIAN ELEKTRIK FASA TUNGGAL DISEDIAKAN OLEH : SHARIDA BINTI JOHARI
PENDAWAIAN PERMUKAAN /
SURFACE WIRING
Jarak maksimum bagi klip
Garis Kabel getah tanpa perisai pvk Kabel beperisai Kabel penebat mineral
pusat atau plumbum - bersalut salut kuprum atau
Ke salut aluminium
seluruh umum Dalam kawalan
an
Mendatar Memugak Mendatar Memugak Mendatar Memugak Mendatar Memugak
Kabel 2 3 4 5 6 7 8 9
1
Mm Mm Mm Mm Mm Mm Mm Mm Mm
9 250 400 600 800
9 15 300 400 350 450 900 1200
15 20 350 450 150 250 400 550 500 2000
20 40 400 550 450 600

Jadual ini menerangkan jarak bagi penyokong kabel yang dibawa.Sebagai amalan baik, maksima
12 kabel boleh diklipkan bersama.

SPE1034 - LA3 : PENDAWAIAN ELEKTRIK FASA TUNGGAL DISEDIAKAN OLEH : SHARIDA BINTI JOHARI
PENDAWAIAN PERMUKAAN /
SURFACE WIRING
PENERANGAN TENTANG CIRI-CIRI PEMILIHAN SISTEM PENDAWAIAN
1) Jenis-jenis beban yang hendak dipasang.
- Samada beban itu menggunakan arus yang besar, kecil, berubah atau
tetap pada tempatnya ( pegun ), beban kapasitor, beban aruhan dan
sebagainya.

2) Keadaan tempat yang hendak dibuat pemasangan.


- Samada bangunan baru, lama, rumah batu, dalam tanah, dalam dinding
dan sebagainya.

3) Harga pendawaian.
- Walaupun harga tidak merupakan faktor yang diutamakan untuk mencapai
sesuatu matlamat, tetapi jika berjimat dan disesuaikan tentulah akan lebih
menguntungkan. Perkara ini termasuklah mendapatkan pekerja, alat-alat
yang termurah dan alat-alat ganti yang mudah diperolehi.

4) Tempoh ketahanan pemasangan.


- Ini bererti pemasangan yang hendak dibuat itu untuk tempoh yang lama
atau pendek. Perbezaan tempoh boleh memberikan perbezaan penggunaan
kabel dan sistem pendawaian.

SPE1034 - LA3 : PENDAWAIAN ELEKTRIK FASA TUNGGAL DISEDIAKAN OLEH : SHARIDA BINTI JOHARI
PENDAWAIAN PERMUKAAN /
SURFACE WIRING
PENERANGAN TENTANG CIRI-CIRI PEMILIHAN SISTEM PENDAWAIAN

5) Keadaan khusus .
- Keadaan khusus ialah keadaan tertentu yang dihadapi ditempat
pemasangan itu seperti keadaan berasap, lembap, panas, berminyak,
bahaya mekanikal dan sebagainya. Pemilihan yang salah boleh membawa
akibat yang buruk pada kabel, pemasangan dan pengguna.

6) Masa menyiapkan.
- Jika pendawaian itu perlu disiapkan dengan segera, adalah merugikan jika
disiapkan lewat daripada masa yang ditetapkan. Oleh itu penentuan yang
tepat masa menyiapkan perlu diambil kira.

7) Tambahan litar atau perubahan litar.


- Jika pemasangan ini berkehendakan perubahan yang kerap, pemilihan
sesuatu jenis sistem pendawaian yang mudah ditambah atau diubah bagi litar
itu perlulah diteliti.

SPE1034 - LA3 : PENDAWAIAN ELEKTRIK FASA TUNGGAL DISEDIAKAN OLEH : SHARIDA BINTI JOHARI
PENDAWAIAN PERMUKAAN /
SURFACE WIRING
PENERANGAN TENTANG CIRI-CIRI PEMILIHAN SISTEM PENDAWAIAN

8) Kekemasan dan kecantikan.


- Jika pengguna memerlukan ppendawaian yang tidak menjejaskan
kecantikan bangunan, pemasangan sistem pendawaian yang kemas perlulah
dilakukan.

9) Voltan bekalan .
- Voltan bekalan yang berbeza misalnya 1 fasa, 3 fasa 3 dawai, A.T.,A.U. dan
besar atau kecilvoltannya, boleh memberikan perbezaan cara pendawaian.
Sebagai contoh pendawaian bagi voltan lampau rendah tidak boleh
disatukan dengan pendawaian voltan rendah. Oleh kerana itu pemilihan
sesuatu jenis pendawaian mestilah sesuai dengan voltan bekalan

SPE1034 - LA3 : PENDAWAIAN ELEKTRIK FASA TUNGGAL DISEDIAKAN OLEH : SHARIDA BINTI JOHARI
PENDAWAIAN TERSEMBUNYI /
CONCEALED WIRING
Bagi sistem pendawaian tersembunyi, kabel-kabel litar dipasang
didalam dinding atau siling dan tidak kelihatan langsung, kecuali
penghujung kabel yang digunakan untuk sambungan ke terminal
aksesori-aksesori.

SPE1034 - LA3 : PENDAWAIAN ELEKTRIK FASA TUNGGAL DISEDIAKAN OLEH : SHARIDA BINTI JOHARI
PENDAWAIAN TERSEMBUNYI/
CONCEALED WIRING
CIRI-CIRI PEMILIHAN SISTEM TERSEMBUYI

1) Bekalan voltan jenis 1 atau 3 fasa


2) Keseluruhan bangunan diperbuat daripada batu dan simen
3) Memerlukan suasana bangunan yang kemas dan cantik
4) Kerosakan mekanikal dapat dikurangkan
5) Bilangan kabel yang perlu dipasang banyak
6) Memerlukan tempoh ketahanan kabel lebih lama
7) Kadar kuasa beban yang dipasang kecil

JENIS-JENIS KABEL YANG DIGUNAKAN

Jenis kabel yang digunakan bagi sistem ini adalah sama dengan sistem
permukaan berkantung kepada kaedah pendawaian dan perlindungan
mekanikal yang dibuat:
- pendawaian tersembunyi menggunakan konduit : kabel pvk
- pendawaian tersembunyi tanpa konduit : kabel pvk/pvk

SPE1034 - LA3 : PENDAWAIAN ELEKTRIK FASA TUNGGAL DISEDIAKAN OLEH : SHARIDA BINTI JOHARI
PENDAWAIAN TERSEMBUNYI/
CONCEALED WIRING
KAEDAH PEMASANGAN KABEL

• Pendawaian tersembunyi boleh dibuat samada semasa bangunan sedang di


bangunkan atau bangunan sudah siap.

• Jika bangunan itu sedang dalam pembinaan kondiut hendaklah diletakkan sebelum
dinding di “plaster”. Ini memudahkan dan melancarkan kerja-kerja pendawaian di
lakukan .

• Jika bangunan itu telah siap proses memecah dinding konkrit hendaklah dilakukan
mengikut saiz dan ukuran kondiut dan ketebalan kabel yang hendak ditanam.

• Bagi kedalaman lurah dinding untuk memasukkan kondiut berukuran saiz 1 inci ialah
kedalamannya 1 ½ inci dan bagi kondiut berukuran ¾ inci kedalaman lurah dinding
ialah 1 ¼ inci.

• Bagi kedalaman lurah dinding untuk menanam kabel ia biasanya berukuran antara ½
inci hingga ¾ inci juga mengikut ketebalan kabel yang hendak ditanam.

SPE1034 - LA3 : PENDAWAIAN ELEKTRIK FASA TUNGGAL DISEDIAKAN OLEH : SHARIDA BINTI JOHARI
PENDAWAIAN TERSEMBUNYI/
CONCEALED WIRING
PENDAWAIAN TERSEMBUNYI DENGAN MENGGUNAKAN KONDIUT

PENDAWAIAN TERSEMBUNYI TANAM KABEL

SPE1034 - LA3 : PENDAWAIAN ELEKTRIK FASA TUNGGAL DISEDIAKAN OLEH : SHARIDA BINTI JOHARI
PENDAWAIAN TERSEMBUNYI /
CONCEALED WIRING
KEBAIKAN - KEBAIKAN PENDAWAIAN TERSEMBUNYI:

• Pendawaian jenis ini lebih kemas

KEBURUKAN – KEBURUKAN PENDAWAIAN JENIS INI:

• Apabila ada kerosakan sukar untuk di perbaiki


• Memerlukan kos yang tinggi untuk membaiki kerosakan
kabel
• Sukar untuk dikesan apabila berlakunya kerosakan.

SPE1034 - LA3 : PENDAWAIAN ELEKTRIK FASA TUNGGAL DISEDIAKAN OLEH : SHARIDA BINTI JOHARI
PENDAWAIAN TERSEMBUNYI /
CONCEALED WIRING
LARIAN KABEL

• Dimana kabel perlu melepasi siling melalui lubang yang dibuat


menggunakan bahan tahan api (fire barrier) untuk mengelak kemerebakan
kebakaran.
• Hujung konduit dipasang dengan sesendal getah / pvc bagi mengelakkan
kabel luka semasa kerja penarikan kabel dilakukan.
• Larian kabel diatas kayu lantai atau siling mestilah bersesuaian bagi
mengelakan kerosakan kabel disebabkan sentuhan lantai atau siling.
• Kabel yang menerusi sambungan kayu mestilah melalui lubang sekurang-
kurangnya 50mm dari atas atau bawah sambungan kayu

SPE1034 - LA3 : PENDAWAIAN ELEKTRIK FASA TUNGGAL DISEDIAKAN OLEH : SHARIDA BINTI JOHARI
PENDAWAIAN TERSEMBUNYI/
CONCEALED WIRING
Peralatan-peralatan untuk membuat alur atau lurah adalah seperti berikut :-

1. Tukul ( Club Hammer )


• Ianya juga dikenali sebagai tukul ‘lump’ atau
‘mesh’ dan digunakan untuk mengetuk bantalan
atau pahat sejuk untuk memotong bata .
• Hujung kepala tukul direncongkan dan
mempunyai berat di antara 1.13 kg hingga 1.36 kg

2. Pahat besi (Cold Chisel)


• Ianya digunakan untuk memotong batu dan
bahan-bahan sepertinya, memotong dan
memangkas paip saliran, genting lantai atau
dinding.
• Ia diperbuat daripada besi tempa, berbentuk
bulat atau lapan segi dengan satu hujung
sebagai matanya dimana bentuk dan ukurannya
mengikut kerja yang dilakukan.
• Jangan biarkan kepala pahat menjadi kembang
kerana ia bole menyebabkab berlakunya
kecederaaan kepada diri sendiri dan untuk
keselamatan asah semula mengikut bentuk
cendawan sehingga rata semula.

SPE1034 - LA3 : PENDAWAIAN ELEKTRIK FASA TUNGGAL DISEDIAKAN OLEH : SHARIDA BINTI JOHARI
PENDAWAIAN TERSEMBUNYI/
CONCEALED WIRING
TEKNIK MELEPA ALUR PENDAWAIAN TERSEMBUNYI

• Setelah kerja-kerja pendawaian dipasang secara tersembunyi ini siap dilaksanakan, kerja-kerja
penyudah mestilah dilakukan.
• Ini bertujuan untuk menutup semua lurah-lurah yang dibuat dengan menggunakan lepaan motar
kompo.
• Dalam melaksanakan kerja melepa alur pendawaian tersembunyi,pengetahuan dan ketelitian
semasa membancuh adalah penting untuk menjamin kekuatan serta mutu hasil kerja yang
diperlukan .
• Oleh itu nisbah bancuhan perlu ditentukan untuk kesesuai dalam melepa alur pendawaian konduit
tersembunyi.
1) Penyediaan Bahan Lepaan

• Kerja-kerja melepa alur pendawaian tersembunyi ini merupakan satu kerja yang paling
mustahak. Salah satu cara membancuh motar ini ialah dengan menggunakan tangan.
• Penggunaan mesin pembancuh hanya untuk kerja-kerja pembinaan besar, sedang kerja-kerja
lepaan alur ini adalah kerja kecil sahaja. Bahan-bahan yang digunakan untuk lepaan ini ialah
simen Portland, kapur dan pasir
• Membancuh bahan lepaan (motar) boleh dilakukan disuatu permukaan rata samaada diatas
lantai, atau permukaan tanah yang bersih, atau diatas platform dari papan lapis dan
sebagainya.
• Kadar nisbah bancuhan motar ini ialah 1:1:4 (1 simen: 1kapur : 4 pasir halus).
• Gaulkan kesemua bahan ini dengan menggunakan sekop (showel) sehingga betul-betul sebati.
Setelah itu masukkan air secukupnya dan bersesuaian dengan keadaan motar yang
diperlukan. Seterusnya kerja-kerja “Plaster” boleh dilakukan.

SPE1034 - LA3 : PENDAWAIAN ELEKTRIK FASA TUNGGAL DISEDIAKAN OLEH : SHARIDA BINTI JOHARI
PENDAWAIAN TERSEMBUNYI/
CONCEALED WIRING
2) Sekop ( Showel )

Diperbuat daripada logam dengan pemegang kayu dan digunakan untuk mencedok
bahan-bahan seperti pasir , simen , tanah dan lain-lain.

3) Teknik Melepa & Peralatan

• Kemahiran kerja-kerja melepa amatlah perlu. Disamping teknik-tenik kerja yang betul,
penggunaan peralatan yang sesuai perlulah diketahui.
• Peralatan lepaan yang biasa diguna ialah seperti iron float (perata logam) wood float
(perata kayu) Hawk (samaada jenis kayu, plastik atau logam) dan trowel (sudip).
• Kegunaan peralatan tersebut adalah seperti berikut:

SPE1034 - LA3 : PENDAWAIAN ELEKTRIK FASA TUNGGAL DISEDIAKAN OLEH : SHARIDA BINTI JOHARI
PENDAWAIAN TERSEMBUNYI/
CONCEALED WIRING
4) Hok ( Hawk )

Diperbuat daripada papan berukuran 230 mm x 230 mm dengan satu pemegang


dilekatkan bersudut tepat sama ada di bawah atau di tepinya dan digunakan untuk
meletak motar semasa membuat lipaan.

5) Sudip Bata

Sudip bata digunakan untuk menerap bata . Ukurannya adalah di antara 229mm
hingga 356 mm panjang . Cara kegunaannya :
Mengambil motar dari papan motar meletakkan pada hawk.
Melepa pada lurah yang hendak dilepa.

SPE1034 - LA3 : PENDAWAIAN ELEKTRIK FASA TUNGGAL DISEDIAKAN OLEH : SHARIDA BINTI JOHARI
PENDAWAIAN TERSEMBUNYI/
CONCEALED WIRING
6) Kayu Perata ( Floats )

Diperbuat daripada kayu atau logam dan ianya digunakan dalam kerja-kerja kemasan untuk
menghasilkan permukaan yang rata tetapi tidak licin kepada lepa

7) Perata Logam

Perata Logam digunakan untuk kerja-kerja lepaan yang besar. Bagi kerja-kerja lepaan lurah,
iron float ini sekada untuk kerja-kerja melicin permukaan lepaan.

SPE1034 - LA3 : PENDAWAIAN ELEKTRIK FASA TUNGGAL DISEDIAKAN OLEH : SHARIDA BINTI JOHARI
P E NDAWAIAN P E MBULUH (KONDUIT) /
CONDUIT WIR ING
Sistem pendawaian ini di gunakan di tempat yang terdapat bahaya
kerosakan mekanik atau kimia,misalnya di kilang-kilang, makmal, bengkel
dan sebagainya. Sistem ini boleh dipasang dipermukaan atau tersembunyi.

SPE1034 - LA3 : PENDAWAIAN ELEKTRIK FASA TUNGGAL DISEDIAKAN OLEH : SHARIDA BINTI JOHARI
P E NDAWAIAN P E MBULUH (KONDUIT) /
CONDUIT WIR ING
Kebaikan :-

 Pembuluh/konduit boleh dijadikan pengalir pelindung litar.


 Mudah untuk di ubahsuai bentuk permukaan atau di buat
tambahan.
 Tahan lama:dapat mengelakkan daripada kebakaran.
 Kabel tidak mudah cacat.

Kelemahan :-

 Perbelanjaan yang mahal berbanding pendawaian permukaan.


 Mengambil masa yang lama untuk menyiapkannya.
 Bentuk tidak kemas (cantik).
 Memerlukan pekerja mahir.
 Memerlukan alat-alat dan alat tambahan khas.
 Akan merosakkkan bangunan jika pemasangan ini di buat sesudah
bangunan disiapkan.

SPE1034 - LA3 : PENDAWAIAN ELEKTRIK FASA TUNGGAL DISEDIAKAN OLEH : SHARIDA BINTI JOHARI
P E NDAWAIAN P E MBULUH (KONDUIT) /
CONDUIT WIR ING
KONDUIT TERBAHAGI KEPADA 2 JENIS:-

• Konduit Logam.
• Konduit Bukan Logam.

KONDUIT LOGAM

Terdapat berbagai-bagai jenis logam yang dijadikan konduit antaranya


termasuklah keluli tolok ringan, keluli mudah lentur, aluminium dan kuprum.

KONDUIT KELULI TOLOK BERAT (KELAS B)

• Konduit jenis ini mampu menahan bahaya kerosakan mekanik yang lebih kuat,ia
tidak mudah kemik,pecah atau bengkok.
• Sambungan konduit ini sesamanya atau pada suatu alat dibuat secara cantuman
berpateri,memejal terus atau skru bebenang.
• Saiz piawai garis pusat adalah 16mm(1/2 inci),20mm(3/4 inci) serta 25mm(1 inci)
dan panjang secara rawak 4-80 meter (12 kaki).

SPE1034 - LA3 : PENDAWAIAN ELEKTRIK FASA TUNGGAL DISEDIAKAN OLEH : SHARIDA BINTI JOHARI
P E NDAWAIAN P E MBULUH (KONDUIT) /
CONDUIT WIR ING
Kelemahan konduit jenis ini:

 Sukar untuk memperolehi keterusan bumi yang berkesan sekiranya


sambungan itu di buat secara skru bebenang.
 Hanya dapat dibengkokkan dengan menggunakan alat khas.
 Bilangan pelana(saddle) penyokong dan pekerja perlu ditambah kerana
konduit ini berat.
 Harganya lebih mahal.
 Tempoh menyiapkkannya lebih lama.
 Tidak cantik jika dipasang di permukaan.

Kelebihan konduit jenis ini:

 Tahan lasak.
 Memberikan perlindungan mekanik yang berkesan.
 Alat-alat pelengkapnya tahan lasak.
 Dapat digunakan ditempat berair atau mudah
meletup,terbakar,berkimia,berhabuk serta lembab.
 Dapat ditanam secara terus ke bumi.

SPE1034 - LA3 : PENDAWAIAN ELEKTRIK FASA TUNGGAL DISEDIAKAN OLEH : SHARIDA BINTI JOHARI
P E NDAWAIAN P E MBULUH (KONDUIT) /
CONDUIT WIR ING
KONDUIT BOLEH LENTUR (FLEXIBLE CONDUIT)

Pada keselurujannya konduit ini dibuat daripada logam tetapi ada juga yang
bersarungkan PVC bagi kegunaan ditempat-tempat yang berminyak.

Kegunaan :-

1) Sambungan bagi penghujung beban-beban yang bergerak atau ditempat-ditempat


yang bebannya selalu diubah suai
2) Untuk pemasangan konduit yang sukar dibuat dengan menggunakan konduit biasa.
3) Mudah dibentuk bergantung kepada penggunaannya.

Material :-

1) Keluli galvani bertolok ringan.


2) Bergelung pilin dan berkait punca antaranya
3) Kalis air
4) Bahan PVC
5) Sambungan konduit ini kepada konduit biasa dibuat melalui penyesuai(adaptor)

SPE1034 - LA3 : PENDAWAIAN ELEKTRIK FASA TUNGGAL DISEDIAKAN OLEH : SHARIDA BINTI JOHARI
P E NDAWAIAN P E MBULUH (KONDUIT) /
CONDUIT WIR ING
Kelemahan :-

1) Tidak sesuai bagi pemasangan yang memerlukan perlindungan mekanikal yang


baik.
2) Boleh melebihi 1 meter (mengikut peraturan yang ditetapkan)

Kebaikan :-

1) Tidak perlu mengadakan pengalir pelindung litar bagi konduit kerana ia tidak
dianggap logam keseluruhannya.
2) Dapat mengelakkan daripada merebaknya kebakaran kerana ia merupakan
sambungan yang putus-putus.
3) Pemasangan yang cepat,tidak perlu bengkokkan dan bebenang.
4) Mudah digayakan mengikut bentuk yang dikehendaki tanpa alat khas(aksesori)
5) Konduit kecil boleh disambungkan dengan melalui pengganding teles. Jika
hendak menyambungkan ke konduit bersaiz besar, boleh menggunakan
kelongsong.

SPE1034 - LA3 : PENDAWAIAN ELEKTRIK FASA TUNGGAL DISEDIAKAN OLEH : SHARIDA BINTI JOHARI
P E NDAWAIAN P E MBULUH (KONDUIT) /
CONDUIT WIR ING
CIRI-CIRI PEMILIHAN SISTEM PENDAWAIAN KONDUIT.

Sistem pendawaian konduit adalah amat penting di dalam memasang


pendawaian terutamanya kerana ianya :

1) Memudahkan penyelenggaraan pada bangunan yang mempunyai


punca kerosakan mekanikal yang banyak
2) Hanya memerlukan satu sistem pembumian yang baik
3) Memudahkan penambahan litar pada masa akan datang
4) Boleh digunakan bagi sistem dwifungsi iaitu satu fasa atau tiga fasa
5) Dapat memaksima penggunaan kadar kuasa beban yang lebih
apabila sistem dipasang

SPE1034 - LA3 : PENDAWAIAN ELEKTRIK FASA TUNGGAL DISEDIAKAN OLEH : SHARIDA BINTI JOHARI
P E NDAWAIAN P E MBULUH (KONDUIT) /
CONDUIT WIR ING
JENIS-JENIS KABEL YANG DIGUNAKAN.

Semua jenis kabel boleh digunakan sama ada bersalut ( bertebat ) atau tanpa
salut ( tanpa tebat)

JENIS-JENIS CONDUIT.

• Terdapat 3 jenis konduit yang biasa digunakan iaitu konduit logam tolok berat ,
konduit logam tolok ringan dan konduit boleh lentur .
• Di antara ketiga-tiga jenis konduit , konduit logam tolok berat (Heavy Gauge )
pada umumnya digunakan secara meluas sebagai satu sistem pendawaian .
• Manakala konduit bukan logam bahannya adalah diperbuat daripada polivinil
klorid dan bagi konduit boleh lentur ( Flexsible Core ) pula digunakan sebagai
konduit penyambung di antara konduit tetap atau pengasing ke motor-motor
elektrik .
• Saiz nominal konduit pula ialah 16 mm , 20 mm dan 32 mm .
• Pemilihan saiz nominal konduit bergantung kepada bilangan kabel yang
diperlukan sewaktu pemasangan dan ini perlulah dirujuk daripada jadual 12A ,
12B , 12C dan 12D Peraturan IEE ( Edisi 16 ).

SPE1034 - LA3 : PENDAWAIAN ELEKTRIK FASA TUNGGAL DISEDIAKAN OLEH : SHARIDA BINTI JOHARI
P E NDAWAIAN P E MBULUH (KONDUIT) /
CONDUIT WIR ING
CARA-CARA PEMILIHAN SAIZ NOMINAL KONDUIT

1) Kabel penebat pvk teras tunggal di dalam konduit larian lurus dengan panjangnya tidak lebih 3
meter perlu rujuk pada jadual 12A dan 12B.
- pastikan faktor kabel yang perlu digunakan daripada jadual 12A
- campurkan ke semua faktor kabel tersebut dan bandingkan dengan faktor konduit
daripada jadual 12B
- saiz nominal konduit yang sesuai sekiranya faktor konduit sama atau lebih daripada
jumlah faktor kabel

2) Kabel penebat pvk teras tunggal di dalam konduit larian lurus dengan panjangnya lebih daripada 3
meter atau sebarang panjang larian lurus dengan panjangnya lebih daripada 3 meter atau sebarang
panjang larian yang mengandungi bengkok atau offset.
- pastikan faktor kabel yang perlu digunakan daripada jadual 12C
- campurkan kesemua konduit daripada jadual 12D mengikut panjang larian dan jumlah
bengkok serta offset dalam larian
- saiz nominal konduit yang sesuai sekiranya faktor konduit sama atau lebih daripada
jumlah faktor kabel

SPE1034 - LA3 : PENDAWAIAN ELEKTRIK FASA TUNGGAL DISEDIAKAN OLEH : SHARIDA BINTI JOHARI
P E NDAWAIAN P E MBULUH (KONDUIT) /
CONDUIT WIR ING

SPE1034 - LA3 : PENDAWAIAN ELEKTRIK FASA TUNGGAL DISEDIAKAN OLEH : SHARIDA BINTI JOHARI
P E NDAWAIAN P E MBULUH (KONDUIT) /
CONDUIT WIR ING

SPE1034 - LA3 : PENDAWAIAN ELEKTRIK FASA TUNGGAL DISEDIAKAN OLEH : SHARIDA BINTI JOHARI
P E NDAWAIAN P E MBULUH (KONDUIT) /
CONDUIT WIR ING
KAEDAH PEMASANGAN KABEL
1. Konduit-konduit yang telah ditentukan saiz dan panjangnya akan dibebenangkan
di kedua-dua penghujung.
2. Apabila kerja-kerja bebenang siap pada kesemua konduit yang diperlukan ,
sambungkan konduit tersebut mengikut keperluan dengan menggunakan aksesori
tertentu ( sesiku , tee dan sebagainya ) dan pasangkan ke permukaan dinding
atau siling dengan disokong oleh pelana dan bar .
3. Jarak maksimum di antara pelana dan bar yang menyokong konduit bolehlah di
rujuk daripada jadual 11C .
4. Setelah kesemua kerja pemasangan siap barulah kerja menyalurkan kabel
dijalankan.
5. Pastikan kabel-kabel daripada satu litar di masukkan atau disalurkan ke dalam
konduit yang sama ia adalah bertujuan untuk menggelakkan daripada terhasilnya
aruhan di sekeliling konduit tersebut.

SPE1034 - LA3 : PENDAWAIAN ELEKTRIK FASA TUNGGAL DISEDIAKAN OLEH : SHARIDA BINTI JOHARI
P E NDAWAIAN P E MBULUH (KONDUIT) /
CONDUIT WIR ING

SPE1034 - LA3 : PENDAWAIAN ELEKTRIK FASA TUNGGAL DISEDIAKAN OLEH : SHARIDA BINTI JOHARI
P E NDAWAIAN P E MBULUH (KONDUIT) /
CONDUIT WIR ING
PERKAKAS-PERKAKAS UNTUK KERJA PEMASANGAN KONDUIT

SPE1034 - LA3 : PENDAWAIAN ELEKTRIK FASA TUNGGAL DISEDIAKAN OLEH : SHARIDA BINTI JOHARI
P E NDAWAIAN P E MBULUH (KONDUIT) /
CONDUIT WIR ING
PERKAKAS-PERKAKAS UNTUK KERJA PEMASANGAN KONDUIT

SPE1034 - LA3 : PENDAWAIAN ELEKTRIK FASA TUNGGAL DISEDIAKAN OLEH : SHARIDA BINTI JOHARI
P E NDAWAIAN P E MBULUH (KONDUIT) /
CONDUIT WIR ING
AKSESORI-AKSESORI UNTUK KERJA PEMASANGAN KONDUIT.

SPE1034 - LA3 : PENDAWAIAN ELEKTRIK FASA TUNGGAL DISEDIAKAN OLEH : SHARIDA BINTI JOHARI
P E NDAWAIAN P E MBULUH (KONDUIT) /
CONDUIT WIR ING
AKSESORI-AKSESORI UNTUK KERJA PEMASANGAN KONDUIT.

SPE1034 - LA3 : PENDAWAIAN ELEKTRIK FASA TUNGGAL DISEDIAKAN OLEH : SHARIDA BINTI JOHARI
P E NDAWAIAN P E MBULUH (KONDUIT) /
CONDUIT WIR ING
KOTAK BULAT PEMERIKSAAN KONDUIT KELULI

SPE1034 - LA3 : PENDAWAIAN ELEKTRIK FASA TUNGGAL DISEDIAKAN OLEH : SHARIDA BINTI JOHARI
P E NDAWAIAN P E MBULUH (KONDUIT) /
CONDUIT WIR ING
KOTAK BULAT PEMERIKSAAN KONDUIT KELULI

SPE1034 - LA3 : PENDAWAIAN ELEKTRIK FASA TUNGGAL DISEDIAKAN OLEH : SHARIDA BINTI JOHARI
P E NDAWAIAN P E MBULUH (KONDUIT) /
CONDUIT WIR ING
PERATURAN ELEKTRIK DAN KESELAMATAN DALAM PENDAWAIAN
KONDUIT.
1) Semua konduit mestilah disiapkan sepenuhnya sebelum dimasukkan kabel ke
dalamnya dengan ini masalah kesukaran pendawaian ini dapat diatasi.

2) Semua alat kelengkapan jenis pemeriksa seperti sambungan tee , sesiku dan kotak
simpang mestilah dipasang pada kedudukan yang mudah dicapai bagi tujuan
pemeriksaan atau pendawaian semula.

3) Bilangan kabel maksimum yang dimuatkan ke dalam konduit boleh ditentukan


daripada pemilihan saiz nominal konduit dengan merujuk kepada jadual 12A , 12B ,
12C dan 12D .

4) Jejari dalam bagi setiap selekoh konduit mestilah tidak kurang daripada 2.5 kali garis
pusat luar conduit dan tidak kurang daripada 4 x garis pusat kabel yang terbesar
dalam pemasangan itu.Ini berdasarkan kehendak Jadual 12A hingga 12D dan 52C.

5) Faktor ruangnya hendaklah tidak lebih daripada 40% dan dapat dikira dengan
formula ini :
Faktor ruang = Jumlah luas keratan rentas kabel pemasangan
Luas keratan rentas dalam conduit

SPE1034 - LA3 : PENDAWAIAN ELEKTRIK FASA TUNGGAL DISEDIAKAN OLEH : SHARIDA BINTI JOHARI
P E NDAWAIAN P E MBULUH (KONDUIT) /
CONDUIT WIR ING
PERATURAN ELEKTRIK DAN KESELAMATAN DALAM PENDAWAIAN
KONDUIT.
5) Hujung konduit yang tajam mestilah dibersihkan dan gunakan pvc brush untuk
menggelakkan daripada kabel rosak.

6) Bagi konduit jenis logam , mestilah dibumikan dan setiap sambungan samada jenis
skru atau klam mestilah mempunyai keselanjaran elektrik yang baik.

7) Kabel dalam konduit yang membawa arus ulang alik mestilah dipasang supaya
semua fasa bagi satu litar masuk ke dalam konduit yang sama.

8) Konduit bukan logam boleh digunakan jika konduit itu boleh tahan suhu sekeliling
( ambient temperature )

9) Apabila lampu dipasang pada konduit bukan logam ia mestilah ditentukan bahawa
suhu ambiennya tidak melebihi 60 0 C dan beratnya tidak lebih 3 kg.

10) Apabila pemasangan konduit terdedah kepada bahaya kerosakan mekanikal yang
terlalu banyak perlindungan tambahan perlu diadakan.

11) Apabila konduit boleh lentur digunakan untuk sambungan peralatan elektrik , ia
mestilah mempunyai satu kabel tambahan untuk pengalir kelanjaran pembumian

SPE1034 - LA3 : PENDAWAIAN ELEKTRIK FASA TUNGGAL DISEDIAKAN OLEH : SHARIDA BINTI JOHARI
P E NDAWAIAN S E S ALUR / TR UNKING
WIR ING
• Dalam sistem pendawaian sesalur, kabel dimuatkan ke dalam sesalur
tersebut.

• Dalam sistem palang bas sesalur memanjat, sesalur diisikan dengan palang
bas.

• Biasanya, sistem pendawaian sesalur ini tidak boleh bersendirian tetapi perlu
dibantu oleh sistem – sistem pendawaian yang lain bersama – samanya
untuk membekalkan arus ke beban yang diperlukan, kecuali jika sistem ini
dipasang di tempat yang sesuai dengan kedudukan beban.

• Sistem pendawaian sesalur boleh digunakan pada sebarang kedudukan


yang sesuai seperti sesalur atas, menegak, mengufuk dan sebagainya.
Terdapat juga sesalur yang dibuat khas untuk pemasangan di bucu dinding
dan sesalur yang demikian dinamakan sesalur bucu dinding.

• Sistem sesalur ini dapat menampung kabel yang banyak di sesuatu


pemasangan yang besar. Di samping itu sistem ini juga dapat memberikan
perlindungan mekanik yang baik.

SPE1034 - LA3 : PENDAWAIAN ELEKTRIK FASA TUNGGAL DISEDIAKAN OLEH : SHARIDA BINTI JOHARI
P E NDAWAIAN S E S ALUR /
TR UNKING WIR ING

SPE1034 - LA3 : PENDAWAIAN ELEKTRIK FASA TUNGGAL DISEDIAKAN OLEH : SHARIDA BINTI JOHARI
P E NDAWAIAN S E S ALUR /
TR UNKING WIR ING
• Sistem pendawaian ini biasa digunakan apabila saiz kabel yang hendak
dibawanya melebihi 10 mm² dan bilangannya banyak.

• Oleh sebab sukar membengkokkannya, perancangan yang teliti perlu dibuat


agar perjalanan pemasangan sesalur itu berada pada jalan yang selurus –
lurusnya.

• Beberapa alat tambah pemasangan sesalur hendaklah disediakan bagi


memudahkan kerja – kerja pemasangan, antaranya termasuklah offset,
selekoh bengkokkan sudut tepat, cabang tee dan sebagainya.

• Dengan adanya alat tambah ini kerja – kerja pemasangan akan menjadi lebih
mudah.

• Sekarang sistem sesalur atas amat popular digunakan di bangunan bengkel,


makmal atau kilang kerana mudah membuat pindaan pendawaian ke
peralatan dan kelengkapan. Jarak penyokong kabel sesalur hendaklah
mematuhi Jadual dibawah.

SPE1034 - LA3 : PENDAWAIAN ELEKTRIK FASA TUNGGAL DISEDIAKAN OLEH : SHARIDA BINTI JOHARI
P E NDAWAIAN S E S ALUR /
TR UNKING WIR ING

Ruang di antara penyokong untuk sesalur kabel

Jarak maksimum di antara penyokong


Luas keratan rentas
Logam Penebat
sesalur
Mendatar Menegak Mendatar Menegak
mm² m m m m
> 300 , ≤ 700 0.75 1.0 0.5 0.5
> 700 , ≤ 1500 1.25 1.5 0.5 0.5
> 1500 , ≤ 2500 1.75 2.0 1.25 1.25
> 2500 , ≤ 5000 3.0 3.0 1.75 2.0
> 5000 3.0 3.0 1.75 2.0

Saiz biasa sesalur ini ialah di antara 38 X 38 mm hingga ke 300 X 150 mm.
Panjangnya pula ialah di antara 2 meter hingga 4 meter.

SPE1034 - LA3 : PENDAWAIAN ELEKTRIK FASA TUNGGAL DISEDIAKAN OLEH : SHARIDA BINTI JOHARI
P E NDAWAIAN S E S ALUR /
TR UNKING WIR ING

CIRI-CIRI PEMILIHAN SISTEM PENDAWAIAN SESALUR

 Bekalan voltan satu fasa dan tiga fasa

 Bangunan besar dan bertingkat

 Memerlukan pemasangan kabel yang banyak

 Memerlukan penambahan litar pada masa akan datang

 Memerlukan perlindungan mekanikal yang lebih

 Memerlukan keselamatan ke atas kabel

SPE1034 - LA3 : PENDAWAIAN ELEKTRIK FASA TUNGGAL DISEDIAKAN OLEH : SHARIDA BINTI JOHARI
P E NDAWAIAN S E S ALUR /
TR UNKING WIR ING
KAEDAH PEMASANGAN SESALUR

 Sesalur dibahagikan kepada bahagian kotak saluran dan penutup.


 Sistem pemasangan dibuat dengan memasang terlebih dahulu bahagian kotak
penyaluran di permukaan dinding atau gantungan mengikut penghalaan
pendawaian.
 Setelah kotak penyaluran siap dipasang, barulah kerja – kerja meletakkan kabel
ke dalamnya dilakukan.
 Apabila kabel telah siap diletakkan dan segala ikatan serta tamatan punca –
punca dilakukan, kemudiannya barulah penutup dipasangkan.
 Semua jenis kabel boleh digunakan untuk pemasangan ini.
 Peraturan Elektrik telah menetapkan faktor ruang sebanyak 45 %.
 Memilih saiz nominal sesalur supaya tidak melebihi had pemasangan boleh
dirujuk kepada jadual faktor sesalur dan faktor kabel.
 Apabila penyaluran pada ruang sisi, kabel – kabel hendaklah diikat bagi
mengelakkan daripada terkeluar ketika penutup sesalur dibuka.
 Pemasangan sesalur secara menegak, ikatan hendaklah dibuat pada setiap
penyangga kabel bagi mengelakkan berat kabel memusat pada satu tempat
sahaja.
 Dengan sistem penyaluran, kabel – kabel disusun dengan kemas seperti mana
dalam Jadual di bawah.

SPE1034 - LA3 : PENDAWAIAN ELEKTRIK FASA TUNGGAL DISEDIAKAN OLEH : SHARIDA BINTI JOHARI
P E NDAWAIAN S E S ALUR /
TR UNKING WIR ING
Jadual faktor kabel bagi sesalur
Jenis pengalir Luas keratan rentas mm² Faktor
1.5 7.1
Padu 2.5 10.2

1.5 8.1
2.5 11.4
Berlembar 4 15.2
6 22.9
10 36.3

Jadual faktor untuk sesalur


Dimensi sesalur ( mm ) Faktor
50 X 37.5 767
50 X 50 1037
75 X 25 738
75 X 37.5 1146
75 X 50 1555
75 X 75 2371
100 X 25 993
100 X 37.5 1542
100 X 50 2091
100 X 75 3189
100 X 100 4252

SPE1034 - LA3 : PENDAWAIAN ELEKTRIK FASA TUNGGAL DISEDIAKAN OLEH : SHARIDA BINTI JOHARI
P E NDAWAIAN S E S ALUR /
TR UNKING WIR ING
KEBAIKAN SISTEM PEMASANGAN SESALUR.

 Dapat menampung kabel litar yang banyak dan besar.


 Tambahan, perubahan dan pertukaran litar mudah dilakukan.
 Kerja pemasangannya cepat.
 Perlindungan mekaniknya baik.
 Tidak mudah dirosakkan oleh perubahan cuaca dan suhu.
 Pemeriksaan sesuatu litar mudah dilakukan iaitu dengan membuka
penutupnya.

KEBURUKAN SISTEM PEMASANGAN SESALUR.

 Memerlukan perbelanjaan yang lebih untuk membelinya.


 Ramai pekerja mahir diperlukan.
 Mudah dimasuki habuk dan kotoran.
 Sukar dibawa dan dipasang.
 Kelihatan tidak ekmas kerana sesalur terjojol keluar seperti beroti.
 Tempat sesalur ini hendak dipasang, hendaklah dirancang dengan teliti.
 Untuk perjalanan pendawaian yang searah sahaja iaitu tidak berliku – liku

SPE1034 - LA3 : PENDAWAIAN ELEKTRIK FASA TUNGGAL DISEDIAKAN OLEH : SHARIDA BINTI JOHARI
P E NDAWAIAN S E S ALUR /
TR UNKING WIR ING

• Sistem sesalur ini biasanya digunakan pada pemasangan dalam bangunan –


bangunan yang besar seperti kilang, sekolah, bengkel, pejabat dan tempat
yang melibatkan banyak kabel litar akhir dan banyak bahaya mekanik.

• Sistem pendawaian sesalur ini boleh dibahagikan kepada tiga jenis iaitu :

1) Sistem palang bas sesalur atas


2) Sistem palang bas sesalur memanjat
3) Sistem sesalur bucu dinding

SPE1034 - LA3 : PENDAWAIAN ELEKTRIK FASA TUNGGAL DISEDIAKAN OLEH : SHARIDA BINTI JOHARI
P E NDAWAIAN S E S ALUR /
TR UNKING WIR ING
SISTEM PALANG BAS SESALUR ATAS.

 Sistem ini serupa dengan sistem palang bas sesalur memanjat; bezanya
hanyalah dari segi kedudukan. Sistem ini ditempatkan dalam keadaan
mendatar di ruang atas.
 Biasanya sistem ini mempunyai ruang untuk kabel sistem pendawaian sesalur.
Sistem ini kerap kali diletakkan di tempat yang bersesuaian dengan titik lampu
agar pemasangan lampu itu dapat dipasang terus ke sistem palang bas
sesalur atas ini.
 Sebagaimana sistem yang telah disebutkan terdahulu, sistem ini juga
memerlukan bantuan sistem pendawaian lain untuk pemasangan beban
yang tidak berada pada perjalanannya. Sistem pendawaian yang biasa
berganding dengan sistem ini ialah sistem pendawaian pembuluh.

SPE1034 - LA3 : PENDAWAIAN ELEKTRIK FASA TUNGGAL DISEDIAKAN OLEH : SHARIDA BINTI JOHARI
P E NDAWAIAN S E S ALUR /
TR UNKING WIR ING

SPE1034 - LA3 : PENDAWAIAN ELEKTRIK FASA TUNGGAL DISEDIAKAN OLEH : SHARIDA BINTI JOHARI
P E NDAWAIAN S E S ALUR /
TR UNKING WIR ING
SISTEM PALANG BAS SESALUR MEMANJAT.

 Sistem ini dipasang pada tempat yang menegak. Ia kerap digunakan di


rumah bertingkat – tingkat sebagai pendawaian bekalan masuk ke setiap
tingkat. Kadar kemampuan arus sistem ini ialah kira – kira 300 A.
 Panjang setiap sesalur memanjat ini ialah kira – kira 4 – 5 meter. Apabila
sesalur ini dilalukan melalui lantai setiap tingkat, dalam sesalur itu hendaklah
diadang pada setiap aras lantai dengan bahan tahan kebakaran seperti
serabut kaca. Tebal serabut ini kira – kira 5 – 8 cm.
 Palang bas yang terdapat di dalam sesalur ini disokong oleh asbestos. Palang
bas yang berada pada pengadang di setiap aras lantai hendaklah
dimasukkan ke dalam kelongsong penebat bagi memberikan ruang untuk
palang bas itu dapat mengembang dan mengecut.
 Pengadang ini disediakan bagi tujuan mengelakkan kebakaran yang berlaku
di sesuatu tingkat daripada merebak ke tingkat lain.
 Sistem pendawaian palang bas sesalur memanjat tidak boleh berdiri dengan
sendiri ( digunakan terus ) untuk membekalkan arus ke beban.
 Sistem ini memerlukan bantuan sistem – sistem pendawaian lain seperti sistem
pendawaian pembuluh sebelum ia dapat membekalkan bekalan ke beban –
beban yang dikehendaki.

SPE1034 - LA3 : PENDAWAIAN ELEKTRIK FASA TUNGGAL DISEDIAKAN OLEH : SHARIDA BINTI JOHARI
P E NDAWAIAN S E S ALUR /
TR UNKING WIR ING

SPE1034 - LA3 : PENDAWAIAN ELEKTRIK FASA TUNGGAL DISEDIAKAN OLEH : SHARIDA BINTI JOHARI
P E NDAWAIAN S E S ALUR /
TR UNKING WIR ING
PERATURAN DAN KESELAMATAN DALAM SISTEM
PENDAWAIAN SESALUR MENGIKUT PERATURAN ELEKTRIK

1) Logam salur atau bahan penebat dan sesalur hendaklah dipasang dengan kemas
dan jika terdapat kemungkinan kerosakan mekanika , perlindungan secukupnya
perlu dibuat .

2) Pembinaan sesalur hendaklah daripada logam atau bahan yang tidak boleh
terbakar yang mengandungi unsur-unsur penebat.

3) Kabel A.U yang diletakkan ke dalam salur keluli atau sesalur hendaklah dikumpulkan
mengikut fasa bersama-sama dawai neutral jika ada , di dalam satu salur atau
sesalur yang sama.

4) Dari pangkal hingga ke hujung sesuatu atau sesalur hendaklah bebas daripada
menyerapi air atau mestilah dilindungi daripada kemasukan air . Semua penutup
hendaklah dikemaskan selepas pendawaian dibuat .

5) Semua punca kabel yang dikeluarkan daripada sistem salur , setiap sambungan
dalam sistem ini dan setiap sambungan antara sistem dengan salur konduit ,
hendaklah dibuat dengan kemas dan kuat supaya kabel tidak tercalar semasa ia
ditarik nanti .
SPE1034 - LA3 : PENDAWAIAN ELEKTRIK FASA TUNGGAL DISEDIAKAN OLEH : SHARIDA BINTI JOHARI
P E NDAWAIAN S E S ALUR /
TR UNKING WIR ING
PERATURAN DAN KESELAMATAN DALAM SISTEM
PENDAWAIAN SESALUR MENGIKUT PERATURAN ELEKTRIK
6) Setiap sudut pada logam salur tertutup atau bahan penebat hendaklah mempunyai jejari
dalam mengikut peraturan hendaklah tidak kurang daripada 2.5 x paksi kecil bagi salur
segiempat . Setiap selekoh dalam salur konkrit ( sama ada dibuat dengan menggunakan
saluran atau ditempat yang asal selepas konkrit dibuat) hendaklah mempunyai jejari dalam
yang ukurannya tidk kurang daripada 4 x diameter salur yang telah siap .

7) Salur hendaklah diletakkan di dalam konkrit dalam keadaan baik sebelum ditutup dengan
bahan konkrit di tempat penarikan kabel . Ketebalan jejari di sekeliling salur yang sudah siap
hendaklah tidak melebihi 15 mm pada setiap punca . Pada salur , yang diperbuat daripada
konkrit , kabel bertebatkan getah , beranyam atau kabel sebatian atau yang mempunyai
salutan p.v.k. yang tidak boleh dimasukkan ke dalam salur ini .jika kabel p.v.k. berperisai
digunakan untuk salur jenis ini , di tempat yang berkemungkinan berlakunya lembapan , kabel
itu hendaklah mempunyai lapisan luar yang bertebatkan p.v.k.

8) Jumlah kabel yang boleh dimasukkan dalam salur hendaklah mempunyai ruang kelegaan
bagi memudahkan kabel ditarik dan menggelakkan kerosakkan kabel . faktor ruang bagi
sesalur hendaklah tidak melebihi 35% . Ini hanya dipakai jika lebih bilangan kabelnya perlu
dikurangkan .Pengecualian untuk larian yang pendek dan lurus seperti kotak agihan , faktor
ruang bolehlah ditingkatkan.

9) Jumlah kabel yang boleh dimasukkan ke dalam salur atau sesalur hendaklah mempunyai
faktor ruang yang tidak melebihi 45% .
SPE1034 - LA3 : PENDAWAIAN ELEKTRIK FASA TUNGGAL DISEDIAKAN OLEH : SHARIDA BINTI JOHARI