Anda di halaman 1dari 1

KATA ALU-ALUAN

TIMBALAN MENTERI PENDIDIKAN MALAYSIA

Selamat Sejahtera.

Sekalung tahniah saya hadiahkan buat Majlis Guru-guru Besar SJK Tamil Negeri Johor atas
kejayaan mengadakan Program Muthamil Vila 2018. Segala jerit payah dan sumbagan dalam
Muthamil Vila merupakan usaha yang dihargai kerana ia satu usaha murni untuk membantu
serta meningkatkan kemenjadian murid secara holistik.

Pihak kementerian mengambil pelbagai inisiatif ke arah melahirkan generasi yang


cemerlang dan terdidik bagi menjana masyarakat yang memiliki minda kelas pertama.
Sebarang usaha penambahbaikan secara konsisten diperlukan bagi memastikan mutu
pendidikan negara kita setanding dengan pendidikan di negara-negara maju.

Penerapan nilai dan akhlak merupakan tunjang kepada kemenjadian pembentukan diri
seseorang murid secara holistik selaras denga Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Ilmu semata-
mata tanpa dihiasi dengan akhlak mulia dan karakter yang dinamik, tidak cukup untuk
menjadikan seseorang itu berjaya dan berguna kepada masyarakat. Murid seharusnya
dilengkapi dengan ilmu dan akhlak untuk menjadi warga yang dapat memberikan sumbangan
yang bermakna kepada agama, bangsa negara.

Saya menggunakan kesempatan ini untuk merakamkan setinggi-tinggi penghargaan


kepada ahli-ahli jawatankuasa yang bertungkus-lumus serta berganding bahu untuk
menerbitkan majalah ini. Usaha-usaha murni seperti ini haruslah dikekalkan kegemilangannya.
Pelbagai pihak menggembleng tenaga bagi memastikan program ini berjalan dengan lancar,
berkesan dan mencapai matlamatnya. Saya merakamkan jutaan terima kasih kepada semua
pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung bagi kejayaan program Muthamil Vila
2018.

Saya juga berharap agar usaha ini akan dapat melahirkan golongan intelektual yang
boleh memberi sumbangan kepada negara kita pada masa akan datang. Akhir kata, tahniah
diucapkan kepada Majlis Guru-guru Besar SJK Tamil Negeri Johor atas segala inisiatif yang
diambil untuk memastikan program Muthamil Vila Kali ke-26 berjalan dengan lancar. Semoga
usaha-usaha seumpama ini diteruskan lagi dari semasa ke semasa.

“ Terima Kasih Daun Keladi,

Usaha Murni Diteruskan Lagi. ”

YB TEO NIE CHING,


Timbalan Menteri Pendidikan.

Anda mungkin juga menyukai