Anda di halaman 1dari 5

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.

Kali ini, saya akan berkongsi ilmu berkaitan asas


penulisan RPH pembelajaran abad ke-21 (PAK-21) yang dicadangkan oleh salah seorang ikon PAK-21,
iaitu daripada Cikgu Azura (Sisc Azura). Saya amat berterima kasih kepada beliau kerana
memberikan kebenaran kepada saya untuk menerbitkan semula "post" di dalam blog ini daripada
laman Facebook beliau.

Berikut merupakan Asas Penulisan(Cadangan) Rancangan Pengajaran Harian (RPH) Pembelajaran


Abad 21 :

1. SET INDUKSI

Boleh dilaksanakan melalui:

i. Tayangan video

ii. Main peranan

iii. Gambar

iv. Lagu

v. Permainan, dsbnya

Mesti BERKAITAN dengan TAJUK dan berjaya MENARIK MINAT murid kerana ada elemen ingin tahu
dan hiburan atau DIDIK HIBUR.

2. SESI SOAL JAWAB

Aktiviti sumbangsaran.

3. AKTIVITI MURID*

Sama ada secara individu, berpasangan atau kumpulan. Lebih kepada PENEROKAAN ILMU atau
membuat JANGKAAN dan SESI PERKONGSIAN.

4. AKTIVITI PENERANGAN*

Dilakukan oleh guru.


CONTOH AYAT: Murid mendengar penerangan tentang...

5. AKTIVITI KUMPULAN*

Untuk menyelesaikan masalah atau berbincang berserta SESI PERKONGSIAN dan SOAL JAWAB.

6. RUMUSAN & PENEGUHAN

Untuk RUMUSAN, kaitkan dengan:

i. Pelajaran akan datang

ii. Nilai dalam kehidupan

iii. Ilmu yang dipelajari berguna untuk kehidupan

PENEGUHAN boleh dilaksanakan dengan mengadakan aktiviti.

NOTA:

======

1. Aktiviti bertanda * BOLEH BERUBAH KEDUDUKAN mengikut KESESUAIAN topik yang diajar.

2. Aktiviti penerangan oleh guru boleh juga TIDAK BERLAKU DI DALAM KELAS, jika guru
melaksanakan FLIPPED CLASSROOM.

3. PENTAKSIRAN dan PENILAIAN boleh berlaku pada MANA-MANA AKTIVITI dalam pengajaran.
Antara perkara yang perlu ada dalam RPH Abad 21 ialah:

Mata Pelajaran

Tarikh/Hari

Bidang Pembelajaran

Objektif/Kriteria Kejayaan

Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran

ABM/BBM

Elemen Merentas Kurikulum

Tahap Pemikiran

Peta Pemikiran i-Think

Penilaian Pengajaran dan Pembelajaran

Tahap Penguasaan

Penilaian

Refleksi

(Mungkin ada yang menambah item-item lain lagi, bergantung kepada kesesuaian anda)

Contoh RPH boleh dilihat di bawah:

Anda mungkin juga menyukai