Anda di halaman 1dari 3

KERTAS KERJA PROGRAM MOTIVASI KECEMERLANGAN UPSR SIRI 1/2018

SK POS RAYA

1. PENGENALAN

Program Motivasi kecemerlangan UPSR Siri 1/2018 ini dilaksanakan sebagai persediaan awal
bagi murid-murid Tahun 6 SK Pos Raya bagi menghadapi Ujian Pencapaian Sekolah Rendah
(UPSR) 2018. Program ini adalah yang julung kali diadakan pada tahun ini. Dengan adanya
program ini, diharapkan agar murid dapat membuat persediaan awal dengan teknik dan cara
belajar yang berkesan. Di samping itu, diharap agar program ini dapat membantu
menyediakan murid ke arah persediaan menghadapi peperiksaan dan melahirkan murid yang
cemerlang dalam peperiksaan UPSR 2018 serta dapat melonjakkan nama SK Pos Raya.

2. OBJEKTIF
a. Memberikan kesedaran kepada ibu bapa dan calon upsr 2018 tentang peranan
dan tanggungjawab mereka untuk mencapai kecemerlangan.
b. Memberi motivasi dan membina semangat juang dalam kalangan murid-murid
tahun 6 agar menyedari kepentingan pelajaran dalam kehidupan masa kini.
c. Membina sahsiah diri yang baik dan terpuji dalam kalangan murid-murid
Tahun 6.
d. Mencapai keputusan yang lebih baik dalam UPSR 2018 bagi meningkatkan
prestasi dan penarafan sekolah khususnya dalam SKPMg2.

3. PELAKSANAAN
a. Tarikh: 25 Januari 2018
b. Hari: Khamis
c. Tempat: Makmal TMK SK Pos Raya

4. KUMPULAN SASARAN
a. 45 orang calon UPSR SK Pos Raya Tahun 2018
b. Ibu bapa/Penjaga murid-murid Tahun 6
5. JAWATANKUASA INDUK
a. Pengerusi: En. Azmi bin Mat Adam (Guru Besar)
b. Timbalan pengerusi: En. Fadzir bin Shaharuddin (PK P)
c. Naib Pengerusi 1: En. Zaharuddin bin Azhari (PK HEM)
d. Naib Pengerusi 2: Pn. Rohana binti Ngah Abdul Samat (PK KO)
e. Penyelaras: En. Mohammad Faizal bin Saad
f. Setiausaha: En. Muhammad Faris bin Makhtarudin
g. Bendahari: En. Fariddudin bin Ramli

6. JAWATANKUASA PELAKSANA:
a. Pendaftaran: Pn. Intan Farnisa binti Mohd Hashim
b. Bacaan doa: En. Muhammad Faris bin Makhtarudin
c. Persiapan Tempat/PA Sistem: En. Mohd Nizamuddin bin Ramli
d. Pengacara Majlis: En. Mohamad Zaizi bin Zainal
e. Jemputan ibu bapa: En. Fariddudin bin Ramli
f. Jemputan Penceramah: En. Azmi bin Mat Adam
g. Jamuan: En. Mohd Shahidin bin Abu Nazri
h. Disiplin & Kawalan Murid: En. Syahrul Izwan bin Abd Aziz
i. Jurugambar: En. Mohd Syukri bin Sulaiman
j. Laporan: En. Muhammad Faris bin Makhtarudin

7. ATURCARA PROGRAM
7.30 PAGI : Pendaftaran ibu bapa/penjaga dan murid

7.45 PAGI : Murid dan ibu bapa/penjaga memasuki Makmal TMK

8.15 PAGI : Ucapan aluan oleh En. Azmi bin Mat Adam (Guru Besar)

8.45 PAGI : Motivasi Murid dan Ibu bapa oleh Penceramah Jemputan

10.00 PAGI : Akujanji UPSR 2018

10.35 PAGI : LDK (Latihan Dalam Kumpulan)

12.0 PAGI : Jamuan dan bersurai


8. ANGGARAN PERBELANJAAN
Bil. Perkara Unit Harga Seunit Jumlah (RM)
(RM)
1. Makanan murid (pagi) 45 orang 3 135
2. Makanan murid (tengah hari) 45 orang 6 175
JUMLAH PERBELANJAAN 405

9. SUMBER KEWANGAN
Sekolah (PCG Bimbingan dan Kaunseling) = RM400.00

10. PENUTUP
Diharapkan program ini dapat membantu murid-murid membina keyakinan diri, membentuk
sahsiah dan motivasi murid-murid untuk menghadapi peperiksaan UPSR 2018 serta menjadi
murid-murid yang cemerlang. Segala program dan aktiviti yang dilaksanakan akan
memberikan nilai positif dan amalan terbaik untuk murid-murid. Justeru itu, diharapkan juga
segala perancangan dan pelaksanaan nanti akan membuahkan hasil dan mencapai objektif
yang dihasratkan khususnya kepada murid-murid Tahun 6 2018.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

………………………. ……………………….
(MUHAMMAD FARIS BIN MAKHTARUDIN) (ZAHARUDDIN BIN AZHARI)
Setiausaha Program PK HEM

Disahkan oleh,

……………………….
(AZMI BIN MAT ADAM)
Guru Besar

Anda mungkin juga menyukai