Jelajahi eBook
Kategori
Jelajahi Buku audio
Kategori
Jelajahi Majalah
Kategori
Jelajahi Dokumen
Kategori
Muslim yang pada mulanya menyokong Saidina Ali Abu Talib tetapi
kemudian menolak kepimipinannya.Maka boleh lah kita mengambil
pengertian bahawa maksud khawarij ialah : kumpulan orang Muslim
yang keluar dan mengistiharkan penentangan terhadap penguasa
atau pemerintah Muslim yang dulunya mereka sokong dengan
melabelkan diri mereka lebih Islamik.(Namun pengertian ini
mungkin tidak tepat kerana ada bermacam tafsiran lagi yang boleh
di dapati dalam kitab kitab,buku dan kamus).Saya guna istilah
tersebut dengan harapan boleh mempermudahkan fahaman sidang
pembaca.
Ulama dan kerajaan negara Islam hari ini melabelkan kumpulan
pengganas yang membunuh orang yang tidak berdosa sebagai
golongan “Khawarij Moden” kerana golongan pengganas seperti ini
menghalalkan darah orang kafir dan orang Islam yang mereka
hukum kafir melalui Takfir.
*(Takfir atau Takfeer adalah amalan mengkafirkan atau
memurtadkan seseorang atau kumpulan orang Islam.Pengistiharan
takfir dibuat hanya jika seseorang Muslim itu mengisytiharkan
dirinya sebagai kafir, tetapi lazimnya berlaku apabila tindakan atau
kenyataan individu/kumpulan terbabit menunjukkan secara terang-
terangan meninggalkan ajaran Islam. Hukum bagi mereka yang
meninggalkan Islam atau murtad, mengikut tafsiran adalah bunuh.
Bagaimanapun, syarat-syarat menjatuhkan hukuman takfir sangat
ketat selalunya memerlukan bukti yang kukuh, dan mahkamah atau
seorang alim untuk mengjatuhkan hukum takfir ke atas individu atau
kumpulan terbabit).
Banyak lagi ciri ciri Khawarij moden yang tak sempat saya
paparkan di sini.
Kesimpulannya: