Anda di halaman 1dari 4

Arahan untuk membetulkan barisan.

ANGKAT TANGAN KE HADAPAN LURUS…


TURUN TANGAN…
(ULANG 2 X)
SENANG DIRI
REHATKAN DIRI…
BARIS…
BARIS…SEDIA!

Mengumumkan ketibaan Yang Berusaha Puan Hajah Zubaidah binti Harun, diringi
oleh Guru-guru Penolong Kanan.

Majlis pada pagi ini dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku, diikuti dengan lagu
negeri Perak dan lagu Sekolah.

Semua guru dan murid diminta berdiri tegak dan menyanyikan lagu dengan penuh
semangat.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,

Salam sejahtera, Salam SK Kati Excellent

Yang Berusaha,
Puan Hajah Zubaidah binti Harun,
Guru Besar Sekolah Kebangsaan Kati

Encik Mohamad Kamil bin Othman,


Penolong Kanan Pentadbiran

Puan Norazian binti Zainal Abidin,


Penolong Kanan Hal Ehwal Murid

Encik Kamarul Ariffin bin Hamzah,


Penolong Kanan Kokurikulum

Guru-guru serta rakan-rakan yang dikasihi dan dirahmati Allah.

Saya…………………………………. dari kelas…………...akan memimpin perhimpunan


mingguan pada kali ini.
Meneruskan majlis pada pagi ini, dipersilakan saudara …………………untuk memimpin
bacaan doa.

Terima kasih atas bacaan doa itu tadi.

Majlis diteruskan dengan bacaan ikrar yang akan dipimpin oleh …………………………..
Dipersilakan.

Terima kasih atas bacaan ikrar itu tadi.

Untuk Makluman semua, guru bertugas pada minggu ini ialah ……………………………………
……………………………………………………………………………………….. dan ……………………………………….
Majlis dengan segala hormatnya menjemput guru bertugas minggu ini Encik/Puan/Cik
…………………………………………………………….untuk menyampaikan maklumat atau
Pesanan serta ucapan tema. Majlis mempersilakan.

Majlis mengucapkan terima kasih atau ucapan sebentar tadi.

Kini tibalah masanya kita mendengar ucapan serta amanat yang akan disampaikan
Oleh Yang Disayangi Bonda Puan Hajah Zubaidah binti Harun, Guru Besar Sekolah
Kebangsaan Kati. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada Bonda Puan Hajah Zubaidah binti Harun, Guru Besar
SK Kati atas ucapan serta amanat yang disampaikan tadi.
Sebelum majlis bersurai, saya selaku pengerusi majlis memohon ribuan kemaafan
sekiranya terdapat sebarang kesilapan sepanjang saya memimpin perhimpunan pada
kali ini.

Kita sudahi perhimpunan ini dengan surah Al-Asr.

Semua pengawas bertugas diminta untuk mengambil tempat masing-masing.

Sekian,

Wabillahitaufik walhidayah, wassamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.