Anda di halaman 1dari 3

SKRIP MAJLIS PROGRAM PENANDA ARASAN BAGI PROGRAM TRANSFORMASI

SEKOLAH 2025

Gugur setangkai bunga melati,


Berselerak kelopak celahan di dada;
Sudah lama kami menanti,
Izinkan saya mulakan bicara.

Adat kita menyambut tetamu


Salam dihulur mesra bertamu
Hamparkan tikar lebarkan pintu
Pemanis bicara aluan didahulu

Bismillahirahmanirrahim,

Assalamualaikum wbh, Salam Perak Excellent, Salam Kuala Kangsar Excellent, Salam SK
Kati Excellent dan salam sejahtera.

Yang Berusaha Tuan Haji Mohd Rosli bin Ahmad,

Timbalan Pengarah Pendidikan,

Jabatan Pendidikan Negeri Perak

Yang Berusaha Encik Osman bin Mohamed Bahari,

Ketua Sektor. Sektor Jaminan Kualiti

Jabatan Pendidikan Negeri Perak

Puan Zakidah binti Ahmad

Penyelaras TS25, Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pendidikan Negeri Perak

Yang Berusaha Puan Hajah Zubaidah bt. Harun,

Guru Besar SK Kati

Yang Berusaha Guru-guru Besar Program Transformasi Sekolah Kohort 3.

Yang Berusaha Para Pensyarah, rakan elit program Transformasi Sekolah,

Barisan guru-guru penolong kanan SK Kati,

Seterusnya para hadirin yang dihormati sekalian.


Merpati kelabu terbang rendah,
Hinggap sekawan mencari makanan;
Syukur pada-Mu duhai Allah,
Di ruang ini kami diketemukan.

Pergi berhuma di Tanjung Rokan,


Sebelum pulang mengail ikan;
Kehadiran tuan-puan kami alu-alukan,
Kecil tapak tangan nyiru kami tadahkan.

Tangan ditadah penuh inayah


Majlis dibuka penuh rahmat
Mohon keberkatan serta hidayah
Moga majlis mendapat berkat

-BACAAN DOA-

Amin, amin, ya robbal ‘alamin.

Terima kasih daun keladi


Terima kasih atas pimpinan doa sebentar tadi.

Adat berbahasa menyampaikan pesan


Adat majlis menyampaikan ucapan
Puan Hajah Zubaidah yang cantik rupawan
Dipersilakan ke hadapan menyampaikan ucapan

-UCAPAN GURU BESAR-

Demikianlah kata,demikianlah ucapan


Daripada Guru Besar yang baik budi
Sekalung penghargaan kami hadiahkan
Semoga pembentangan memberikan erti

Sidang hadirin yang dihormati sekalian,

Puan Norazian PKHEM kami


Nampak tegas baik orangnya
Menuju ke Puncak perkongsian terkini
Semoga bermanfaat buat semua

-PERKONGSIAN PENGALAMAN 1-

Ribuan terima kasih diucapkan kepada Puan Norazian bt Zainal Abidin atas ucapan yang
dititipkan sebentar tadi.
Segak bergaya tampan orangnya
Encik Kamarul Ariffin empunya nama
‘Help Me Corner’ agenda cerita
Dipersila terangkan kepada semua

-PERKONGSIAN PENGALAMAN 2-

Daun selasih batang jerami


Terima kasih daripada kami

Majlis diteruskan dengan penyampaian cenderahati buat para tetamu yang dihormati
sekalian.

Majlis mempersilakan Yang Berusaha, Puan Hajah Zubaidah binti Harun, Guru Besar SK
Kati tampil ke hadapan untuk menyempurnakan majlis.

Dipersilakan
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________

Hadirin yang dihormati sekalian,

Terima kasih yang tidak terhingga kepada Yang Berusaha __________________________


______________________________ serta tuan-tuan dan puan-puan sekalian atas
kesudian berkunjung ke SK Kati untuk bersua pandang, beramah mesra dan mengungkap
bicara melancarkan Program Penandaarasan Transformasi SekolahTS25.

Tersilap tersalah harap diampun


Terkasar bahasa maaf dipohon.

Sekian, wabillahi taufik wal hidayah


Wassalamualaikum wbh.