Anda di halaman 1dari 10

.1.

2 Faktor -faktor Imperialisme Barat – Nota Sejarah Tingkatan 5 Bab 1


A. Keistimewaan Asia Tenggara

 Kedudukan strategik kerana terletak antara China dan India.


 Jaminan pasaran yang luas.
 Tanah-tanih yang subur untuk pertanian.
 Kaya dengan bahan mentah

B. Revolusi perindustrian.

 Kepesatan perindustrian membolehkan pengeluaran hasil perkilangan secara besar-


besaran.
 Bekalan bahan mentah konsisten dan kawasan pasaran

C. Pengangkutan dan Perhubungan

 Kapal wap membolehkan muatan banyak dan mempecepat perjalanan


 Pembukaan terusan Suez (1869) memendekkan jarak perjalanan.

D. Persaingan kuasa-kuasa barat

 Semakin luas tanah jajahan, semakin tinggi sanjungan yang diterima.


 Keluasan tanah jajahan melambangkan kekuatan dan kekayaan mereka

E. Alasan Orang Barat

 British & Belanda- Beban orang Putih


 Perancis- Tugas menyebarkan Tamadun
 Mubaligh Kristian berpendapat mereka bertanggungjawab menyebarkan agama
Kristian kepada penduduk di tanah jajahan

F. Menyebar agama kristian

 Mubaligh kristian berpendapat mereka bertanggungjawab menyebar agama Kristian


kepada penduduk di tanah jajahan.

1.2 Perubahan Politik – Nota Sejarah Tingkatan 5 Bab 1


1.2.1 Pengenalan Sistem Birokrasi Barat
a) Maksud Birokrasi Barat

 Sistem pentadbiran yang mempunyai hierarki


 Pembahagian tanggungjawab
 Mempunyai prosedur atau peraturan rasmi
 Dikendalikan sepenuh masa oleh pegawai-pegawai kerajaan.

b) Ciri-ciri Sistem Birokrasi di Asia Tenggara

 Penubuhan Kerajaan pusat hasi penyatuan wilayah-wilayah di tanah jajahan


 Gabenor Jeneral sebagai ketua pentadbir
 Pelaksanaan pentadbiran melalui biro
 Pelantikan pegawai barat sebagai ketua biro
 Pengenalan undang-undang Barat.

c) Perubahan sistem pentadbiran di Filipina oleh Sepanyol

 Gabenor Jeneral adalah pemerintah tertinggi peringkat pusat


 Pentadbir wilayah adalah Ketua Datuk Bandar
 Pentadbir bandar adalah Gabenor Kecil
 Pentadbiran peringkat tempatan dilaksanakan di bawah Sistem Encoimenda yang
diketuai oleh Encomiendero
 Tugas encomiendero:-
1. memungut cukai
2. menjaga keamanan
3. mengkristiankan penduduk barangay
 Encomiendero dibenci kerana :-
1. mengenakan cukai yang tinggi
2. kerahan tenaga kepada mereka
d) Perubahan sistem pentadbiran di Indonesia oleh Belanda – Nota Sejarah
Tingkatan 5 Bab 1
 Belanda membahagikan pentadbiran kepada dua iaitu pentadbiran pusat dan
pentadbiran tempatan.
 Pentadbiran pusat diketuai oleh Gabenor Jeneral
 Pentadbiran tempatan dikendalikan oleh pembesat tempatan dengan pengawasan
pegawai Belanda.
 Penubuhan Jabatan Pelajaran dan jabatan Pertanian.
 Tertubuhnya Dewan Tempatan
 Penubuhan Volskraad yang merupakan Majlis Rakyat.

e) Sistem Birokrasi British di Burma

 Pesuruhjaya Tinggi British menjadi pemerintah tertinggi


 Pengenalan Akta Kampung Ulu Burma 1887/Akta Perkampungan Burma 1889
 Pentadbiran daerah diketuai oleh Myo-ok/pegawai bandaran
 Pengenalan sistem undang-undang Barat
 Pengaruh golongan agama merosot
 Raja bukan lagi penaung sami Buddha
 Majlis Perundangan diperkenalkan
 Penubuhan Jabatan Perhutanan/Jabatan Kesihatan/Jabatan Pelajaran

f) Sistem birokrasi Perancis di IndoChina

 Pentadbiran diketuai oleh Gabenor Jeneral


 Bertanggungjawab terus kepada Pejabat Tanah Jajahan di Paris
 Pembentukan kerajaan pusat
 Penubuhan Union Indochinoise
 Rang undang-undang diluluskan oleh Parlimen Perancis
 Pentadbiran tempatan tidak dicampuri oleh kerajaan pusat
 Perlu membayar cukai kepada kerajaan pusat
 Menyediakan kerajaan tenaga
g) Sistem birokrasi di Tanah Melayu oleh British
 Melaka, Pulau Pinang dan Singapura digabungkan menjadi Negeri-negeri Selat
 Gabenor pemerintah tertinggi di NNS
 Dibantu oleh residen kaunselor
 Penghulu dikekalkan di peringkat kampung
 Sistem Residen diperkenalkan di NNMB ( Perak,Selangor, Pahang dan Negeri
Sembilan)
 Sistem Penasihat di NNMTB (Kedah, Kelantan,Terengganu,Perlis dan Johor)
 Residen dan Penasihat diletakkan di bawah Gabenor NNS
 British memperkenalkan sistem kehakiman Barat
 Melaksanakan sistem pengutipan cukai
 Pembahagian negeri kepada beberapa daerah
 Penubuhan balai polis
h) Sistem birokrasi di Thailand – Nota Sejarah Tingkatan 5 Bab 1
 Raja Mongkut melantik 80 orang penasihat barat untuk mengetuai pelbagai jabatan.
 Penasihat kewangan dan pelabuhan serta polis – dari Britain.
 Advisor kastam dari Amerika Syarikat.
 Penasihat ketenteraan dari Perancis.
 Raja Chulalongkorn memperkenalkan Majlis Penasihat Rendah, majlis Mesyuarat
tertinggi dan kabinet Menteri.
 Majlis penasihat rendah dan majlis Mesyuarat Tertinggi menasihati raja.
 Kabinet Menteri mengetuai kementerian.
 Juruaudit dari Britain
i) Kesan sistem birokrasi barat terhadap sistem pentadbiran di Asia
Tenggara
 Penubuhan Kerajaan Pusat
 Gabenor Janeral/Pesuruhjaya Tinggi sebagai ketua pentadbir
 Pelaksanaan pentadbiran melalui biro/jabatan
 Pegawai-pegawai Barat ketua biro
 Pengenalan undang-undang Barat
 Pengenalan Sistem Encomienda yang diketuai oleh Encomiendero di Filipina
 Kemerosotan pentadbiran tradisional di Filipina
 Kemerosotan kuasa datu/pembesar di Filipina
 Pengenalan pentadbiran tempatan di Indonesia
 Pentadbiran tempatan dikendalikan oleh pembesar tempatan dengan pengawasan
pegawai Belanda di Indonesia
 Penubuhan Volksraad (Majlis Rakyat di Indonesia)
 Berakhir Dinasti Konbaung di Burma
 Institusi raja tersingkir di Burma
 Jawatan pembesar tradisional di peringkat pusat terhapus di Burma
 Pengenalan Akta Kampong Ulu Burma dan Akta Perkampungan Burma
 Pentadbiran tradisional diambil alih oleh Myo-ok (pegawai bandaran) di Burma
 Semua rang undang-undang di IndoChina diluluskan oleh Parlimen Perancis
 Perkenalkan ‘Union Indochinoise’ di IndoChina
 Pengenalan Sistem Residen dan Sistem Penasihat di Tanah Melayu
 Perkenal sistem kehakiman Barat/ sistem pungutan cukai/ penubuhan balai polis di
Tanah Melayu
 Pembentukan daerah-daerah di Tanah Melayu

1.3 NASIONALISME DI ASIA TENGGARA


1.3.1 Maksud Nasionalisme
 Perasaan cinta akan bangsa dan negara yang membawa kepada gerakan
membebaskan negara
 Pembebasan kuasa politik
 Pembebasan daripada cengkaman ekonomi dan kebudayaan asing
1.3.1 Faktor-faktor Kemunculan Nasionalisme
a) Dasar Penjajahan Barat
 Sistem tanaman paksa di Indonesia
 Sistem Polo di Filipina
 Penduduk tempatan dipaksa menjadi buruh bagi menjayakan aktiviti pertanian.
 Penjajah barat hanya bergaul dengan golongan elit tempatan.
 Dasar keterbukaan penjajah – kemasukan imigran dari luar telah menguasai ekonomi

b) Pengaruh Agama

 Gerakan islah di tanah melayu dan Indonesia – penyatuan dunia Islam menentang
penjajahan.
 Persatuan Belia Buddha di Burma.
 Di Sepanyol -pengnut Kristian tempatan di anggap kelas kedua berbanding penganut
Kristian berbangsa Sepanyol

c) Karya Kesusasteraan

 Jose Rizal- Novel Noli Me Tangere


 Chairil Anuar- Kerikil-kerikil tajam & Ke Makam Bonda
 Menyampaikan mesej kesengsaraan dan kekecewaan
d) Sistem Pendidikan
 Di Indonesia anak golongan priyai diberikan pendidikan tersendiri
 Pendidikan sekular dan pendidikan mubaligh di perkenalkan di Burma.
 Di tanah melayu lepasan sekolah vernakular sukar mendapat pekerjaan.
 Sikap pilih kasih dalam memberikan pendidikan menimbulkan rasa tidak puas hati

e) Kemunculan golongan intelektual

 Mereka berpeluang belajar di barat dan Asia barat.


 Mereka menjadi pemimpin gerakan nasionalisme.
 Peringkat awal – hanya menuntut taraf hidup bangsa mereka di bela.
 Peringkat akhir – meminta penjajah membebaskan negara mereka.

f) Pengaruh Media Massa

 Vietnam- Tribune Indigine


 Tanah Melayu – al-Ikhwan, Saudara dan majlis
 Menyebarkan idea-idea nasionalis
 Menanam perasaan anti penjajah.
g) Sistem pengangkutan dan perhubungan – Nota Sejarah Tingkatan 5 Bab
1
 Perkhidmatan telefon dan telegraf
 Memudahkan hunungan kalangan nasionalis
 Jalanraya dan jalan kereta api
 Memudahkan pertemuan dan idea-idea nasionalisme.

h) Pengaruh Luar

 Kejayaan jepun menewaskan Russia dan China.


 Keupayaan negara kecil menewaskan negara lebih besar.
 Perjuangan Mahatma Gandhi di India.
 Menggunakan strategi enggan bekerjasama dengan penjajah secara mogok lapar
1.3.2 Perkembangan Nasionalisme
a) Ciri-ciri nasionalisme tahap pertama

 Penentangan secara terbuka tetapi bersifat setempat


 Penentangan tidak berorganisasi
 Isu-isu kebudayaan/agama/hak peribumi menjadi faktor pencetus
 Dipimpin oleh golongan pertengahan berpendidikan Barat/Asia Barat
 Menekankan kesedaran politik
 Menuntut hak-hak dikembalikan
 Menuntut taraf hidup mereka dibaiki
b) Ciri-ciri nasionalisme tahap kedua
 Pihak penjajah gagal memenuhi tuntutan yang dibuat.
 Tindakan kekerasan yang dilakukan oleh penjajah
 Gerakan nasionalisme tahap pertama gagal
 Pemimpin ingin menuntut kemerdekaan
 Pemimpin ingin membentuk kerajaan sendiri yang berdaulat
 Berasakan gerakan yang lebih radikal akan berjaya
c) Nasionalisme di Filipina – Nota Sejarah Tingkatan 5 Bab 1
Tahap pertama:

 Dipimpin – Jose Rizal


 bersifat sederhana
 Bergerak cergas dalam politik melalui gerakan dakyah semasa di Sepanyol
 Berjuang melalui akhbar La Solidaridad & Novel Noli Me tangere & El Filibusterismo
 Berjuang melalui liga Filipina pada tahun 1892.
 Penyokong : golongan pertengahan yang berpendidikan barat.
 Matlamat perjuangan :
 Menuntut supaya Filipina dijadikan wilayah sepanyol.
 Tuntutan supaya bangsa Filipina diberikan hak yg sama seperti bangsa Sepanyol.
 Menuntut supaya bangsa Filipina diberikan kebebasan bersuara.
 Tuntutan mereka kurang mendapat tindak balas sepanyol.
 Jose Rizal menubuhkan Liga Filipina pd 1892.
 Rizal ditangkap dan dibuang negeri ke Dapitan Mindanao.
 Jose Rizal akhirnya dihukum bunuh atas tuduhan terlibat dalam gerakan
pemberontakan.

Tahap Kedua

 Penentangan secara radikal


 Pertubuhan Katipunan ditubuhkan oleh Andres Bonifacio
 Matlamat katipunan
 menyatukan bangsa Filipin
 mencapai kemerdekaan melalui revolui
 Media cetak iaitu akhbar Kalayan
 Katipunan melancarkan revolusi bersenjata tetapi gagal.
 Katipunan semakin lemah selepas Bonifacio dihukum mati oleh Emilio Aguinaldo.
 Aguinaldo berjaya mengusir Sepanyol dengan bantuan Amerika Syarikat.
 1899 Aguinaldo mengisytiharkan kemerdekaan Amerika Syarikat.
 Tetapi tidak disahkan oleh Amerika Syarikat.
 Aguinaldo meneruskan gerakan revolusi.
 Aguinaldo ditangkap.
 Kerajaan Amerika terpaksa membenarkan parti politik sederhana.
 Parti nasional pimpinan Sergio Osmena menang dalam pilihanraya.
 Sergio Osmena dilantik mengetuai Dewan Perhimpunan.
 1930an nasionalis Filipina kembali menuntut kemerdekaan melalui perlembagaan
setelah pucuk pimpinan Amerika Syarikat bertukar kepda yang lebih liberal.
e) Nasionalisme di Indonesia
Tahap Pertama

 Tumpuan isu pendidikan.


 Untuk mengubah nasib penduduk Indonesia
 Raden Adjeng kartini berusaha memajukan pendidikan untuk kaum wanita
 Karyanya : habis gelap terbitlah Terang & Penulisan Seorang Puteri Jawa telah
mendedahkan kemunduran rakyat Indonesia dan penindasan Belanda.
 Pertubuhan penting : Muhammadiyah
 Matlamat Muhammadiyah
 Menyebar islam sebenar
 Menghindari ancaman sekualrisme barat
 Menghindari ancaman agama kristian
 Membina sekolah, klinik & masjid

Tahap Kedua

 Perjuangan Parti politik radikal.


 Sarekat Islam, Parti Komunis Indonesia (PNI).
 Matlamat : menuntut kemerdekaan secara kekerasan.
 PNI pimpinan Soekarno paling popular.
 Perjuangan beliau dapat mempengaruhi rakyat.
 Kerajaan belanda telah menangkap pemimpin radikal termasuk Soekarno.
 PNI turut di haramkan.
f) Perkembangan Nasionalisme di Thailand – Nota Sejarah Tingkatan 5 Bab
1
Tahap Pertama

 Kegelisahan rakyat terhadap penguasaan politik oleh kerabat diraja.


 Penentangan terhadap raja berkuasa mutlak.
 Faktor: Pendidikan barat mendedahkan fahaman liberal, sistem demokrasi dan sistem
raja berperlembagaan kepada golongan intelek Thailand.
 Kelemahan sistem pentadbiran dan sikap boros raja Vajiravudh menyebabkan rakyat
tidak puas hati.
 1932 Parti rakyat ditubuhkan oleh Nai Pridi Panomyong & Field marshall Phibul
Songram
 Parti rakyat melancarkan revolusi Thai.
 Sistem raja berkuasa mutlak tamat
 Diganti dengan sistem raja berperlembagaan.

Tahap Kedua

 Rakyat tidak puas hati terhadap cengkaman ekonomi oleh kapitalis barat dan orang
Cina.
 Semasa Phibul Songram menjadi Perdana Menteri, beliau meluluskan undang-undang
untuk menyekat kebebasan dan penguasaan ekonomi oleh orang Cina.
 Sekolah Cina dan akhbar Cina dibubarkan.
 Penduduk peribumi digalakkan melibatkan diri dalam aktiviti ekonomi.
 Jawatan tertinggi dalam kerajaan hanya untuk penganut agama Buddha.
 1939 Phibul Songram menukar nama negara Siam kepada Thailand yang bermaksud
Tanah Bebas.
 Hasil daripada kerjasama dengan Jepun semasa Perang Dunia Kedua, Thailand
berjaya mendapatkan semula wilayah-wilayah di Indocina dan di Tanah Melayu
g) Perkembangan Nasionalisme di IndoChina
Tahap pertama

 Lebih tertumpu di Vietnam .


 Di pelopori oleh golongan bangsawan dan pegawai daripada golongan Mandarin.
 Memperjuangkan pemulihan sistem pemerintahan beraja.
 Golongan menengah berpendidikan Barat memperjuangkan pendidikan Barat di
kalangan rakyat.
 Ketua gerakan ialah Phan boi Chau memimpin gerakan revolusi tetapi gagal.
 Kemudian menubuhkan Viet Nam Quang Phu Hoi (VNQPH) dan melancarkan
pemberontakan di Tangkin dan gerakan dakyah di Vietnam.
 Phan Boi Chau dipenjarakan dan VNQPH diharamkan oleh Perancis

Tahap Kedua

 Gerakan lebih radikal kerana gagal mendapat kerjasama daripada Perancis.


 Gerakan tahap memperlihatkan perjuangan Viet Nam Quoc Dang Dang (VNQDD) dan
Parti Komunis Vietnam (PKV).
 Perancis bertindak menangkap pemimpin -pemimpin VNQDD termasuklah
membunuh Nguyen Thai Hoc.
 Ho Chi Minh pemimpin PKV melarikan diri ke Hong Kong.
 Sikap keras Perancis menyebabkan gerakan nasionalisme kembali bercorak sederhana
di bawah pimpinan Maharaja Bao Dai.
 Usaha-usaha pembaharuan Maharaja Bao Dai bukan sahaja di sekat, malah bagindan
dilarang melibatkan diri dalam gerakan nasionalisme
h) Perkembangan Nasionalisme di Burma – Nota Sejarah Tingkatan 5 Bab 1
Tahap pertama

 Memperlihatkan perjuangan golongan sami Buddha dan golongan elit bependidikan


Barat.
 Golongan sami Buddha menubuhkan Persatuan Belia Buddha pada tahun 1906.
 Penubuhan ini bertujuan untuk:-
 mengekalkan tradisi Burma
 memajukan pendidikan rakyat Burma.
 Pertubuhan ini menggunakan isu kasut untuk membangkit semangat nasionalisme
rakyat
 Tahun 1916, Persatuan Belia Buddha dipimpin oleh nasionalis yang lebih radikal
seperti U Ba Pe dengan menubuhkan Majlis Persatuan Am Kesatuan-Kesatuan Burma
pada tahun 1920.

Tahap Kedua

 Muncul apabila Laporan Montagu-Chelsfor menyatakan Burma belum bersedia untuk


memerintah sendiri.
 1920, tercetus Revolusi Pelajar yang menuntut penubuhan sebuah universiti untuk
mereka.
 Gerakan juga dilakukan oleh golongan sami Buddha melalui Majlis Am Songha
Sametggi yang mencetuskan Pemberontakan Saya San yang diketui oleh Saya San
iaitu bekas pongyi dan pemimpin di Tarawaddy.
 Kemudian muncul Liga Anti Pemisahan yang menganggap pemisahan dengan India
akan melewatkan kemerdekaan Burma.
 Pengenalan Perlembagaan Burma 1935 memberi peluang ke arah berkerajaan sendiri.
 Golongan Thakin (siswazah universiti ) menubuhkan Parti Dobama Asiayone untuk
menuntut kemerdekaan.
 Pemimpin terdiri daripada Aung San, Kyaw Nein dan U Nu mengelarkan diri mereka
sebagai ”Tuan”.
 Dr. Ba mau menang pilihanraya dan dilantik sebagai Perdana Menteri yang pertama.

i) Nota Sejarah Tingkatan 5 Bab 1 – Cara kuasa Barat


menangani gerakan nasionalisme radikal di Asia
Tenggara
 Menangkap pemimpin radikal seperti Soekarno di Indonesia dan Jose Rizal di Filipina.
 Membuang negeri penentang seperti Jose Rizal
 Dikenakan hukuman mati seperti Jose Rizal dan Emilio Aguilnaldo di Filipina
 Mengharamkan parti-parti politik radikal seperti Parti Nasional Indonesia di Indonesia
dan Viet Nam Quang Phu Hoi (VNQPH) di Indochina
 Membenarkan penubuhan parti-parti politik sederhana seperti tindakan Amerika di
Filipina
 Di penjarakan seperti Soekarno dipenjarakan oleh Belanda pada tahun 1929 -1931

Anda mungkin juga menyukai