Anda di halaman 1dari 9

Teks pengacara Majlis untuk ceramah program Kesedaran & Pencegahan Malaria sempena Sambutan

Hari Malaria SEdunia Peringkat Negeri Pahang. 26 april 2016

Teks pengacara Majlis untuk ceramah program Kesedaran & Pencegahan Malaria sempena Sambutan
Hari Malaria SEdunia Peringkat Negeri Pahang.

26 april 2016

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum w.b.t, salam sejahtera, salam 1 Malaysia.

Kuntum melati tumbuh melata

Burung merbah di pohon cemara

Assalamualaikum pembuka bicara

Selamat datang untuk semua

Sayang selasih berisi minyak,

Bunga cengkih di atas jerami;

Terima kasih banyak-banyak,

Sudi datang ke majlis kami.

Yang Berbahagia Dr ................................

Pegawai Perubatan, Klinik Kesihatan Jaya Gading

Yang Berusaha En Abdul Jani B. Mat Tahar

Pengetua SMK Seri Panching


Yang Dihormati En Mohd Dzulkhairy B. Abdul Rahman

Penolong Kanan HEM,

Yang Dihormati Pn Normaniza Bt Mansor, Penolong Kanan Ko-Kurikulum,

Guru-guru, rakan-rakan pelajar seterusnya hadirin dan hadirat sekalian.

*********kata aluan

Alhamdulillah kerana dengan limpah dan Iradatnya kita dapat bersama-sama berhimpun pada pagi ini
untuk menjayakan Ceramah Program Kesedaran dan Pencegahan Malaria sempena Sambutan Hari
Malaria Sedunia Peringkat Negeri Pahang. Sesungguhnya menuntut ilmu itu tiada had dan batas
sempadannya. Tuntutlah Ilmu hingga kenegeri Cina’. Semoga usaha kita semua diberkati Allah. Insya
Allah.

****bacaan al-fatihah

Hadirin yang dimuliakan,

Bagi memberkati Majlis kita pada hari yang penuh bermakna ini, marilah sama-sama kita mulakan majlis
kita dengan Ummul furqan Al-Fatihah

Amin-amin ya Rabbal Alamin..

Majlis kita diteruskan dengan ceramah Kesedaran dan Pencegahan Malaria yang akan disampaikan oelh
penceramah kita pada hari ini.

****ceramah bermula
Majlis dengan segala hormatnya menjemput Yang Berbahagia Dr Aiza Nur Izdihar Bt Zainal Abidin,
Pegawai Perubatan, Klinik Kesihatan Jaya Gading

untuk menyampaikan ceramah beliau. Dengan segala hormatnya dipersilakan

************(Ucapan)

Majlis mengucapkan jutaan terima kasih kepada Yang Berusaha di atas


ceramah yang telah disampaikan. Semoga segala yang disampaikan akan menjadi panduan dan
pedoman buat kita semua..

_______________________________________________________

*****Sesi Soal Jawab (kalau ada)

Majlis diteruskan lagi dengan sesi soal jawab. Kepada rakan-rakan boleh mengemukakan pertanyaan
kepada tuan penceramah.

########(soal jawab)

******Penyampaian Cenderahati

Majlis diteruskan dengan penyampaian cederahati,

Untuk itu, majlis menjemput Yang Berusahan En Abdul jani B. Mat Tahar, Pengetua SMK Seri panching
untuk menyampaikan cenderahati kepada Dr Aiza Nur Izdihar Bt Zainal Abidin Pegawai Perubatan, Klinik
Kesihatan Jaya Gading. Dengan segala hormatnya dipersilakan

Penutup
Ribuan terima kasih di ucapkan kepada Yang Berusaha En Abdul Jani atas penyempurnaan penyampaian
cenderamata sebentar tadi

Hadirin yang dihormati....

Selesai sudah Program Ceramah Kesedaran Malaria,

Semoga kita semua dapat memanfaatkan ilmu yang diperolehi di dalam ceramah ini

Pohon berangan tempat bertemu,

Girangnya rasa si anak dara;

Baliklah tuan membawa ilmu,

Binalah bangsa bangunkan Negara.

Bunga dedap di atas para,

Anak dusun pasang pelita;

Kalau tersilap tutur bicara,

Jemari disusun maaf dipinta.

Sekian sahaja untuk kali ini. Mohon maaf dari saya sekiranya ada terkasar bahasa, terlanjur bicara
sepanjang mengendalikan majlis sebentar tadi. Sesungguhnya, yang terbaik itu datangnya daripada Allah
s.w.t. yang kekurangan itu adalah kelemahan saya.

Sekian, wabillah hi Taufik wa hidayah Assalamualaikum wbth


MAJLIS PERASMIAN PROGRAM MINGGU KESIHATAN
MAJLIS PERASMIAN PROGRAM MINGGU KESIHATAN

Pembuka Bicara

‫بسم هللا الرحمن الرحيم‬


‫الحمد هلل رب العالمين والصلوة السالم على اشرف األنبياء والمرسلين‬
.‫وعلى أله وصحبه أجمعين‬
‫رب اشرح لي صدري ويسر لي امري‬
.‫وحلل عقدة من لسلني يفقح قولي‬

Assalamualaikum...WBT

Majlis mengucapkan selamat datang ke majlis sambutan program minggu kesihatan


kolej vokasional juasseh

Pergi ke pasar membeli ikan,


Ikan dimasak diatas bara,
Selamat datang kami ucapkan,
Ucapan bismillah pembuka acara

Dimulakan lafaz dengan nama Allah Tuhan Ilahi


dimohonkan limpahan berkat akan segala nikmat yang diberi,
Diucapkan puji-pujian ,kepada Allah RABBUL IZZATI
Diiringkan sanjungan dengan kesyukuran yang amat tinggi..

Protokol

1. Yang berbahagia Tuan Pengarah Kolej Vokasional Juasseh, Puan Nor Asikin Binti Md
Shazilli,
2. Yang berusaha Timbalan Pengarah sokongan akademik Pn Zaidah Binti Danial
3. Yang Berusaha Timbalan Pengarah Akademik En Sarimen Bin Sapiei
4. Pn Hjh Rusnawati Binti Juda, Ketua Unit Jaminan Kualiti
5. Barisan Pensyarah Kolej Vokasional Juasseh dan
6. Para pelajar yang di rahmati sekelian

Alhamdulillah, marilah kita sama-sama memanjatkan syukur ke hadrat Ilahi Tuhan yang
Maha Agung kerana dengan limpah kurniaNya jua maka kita diberikan luangan waktu
, kesempatan dan dianugerahkan kesihatan yang baik untuk kita berkumpul dalam
satu majlis pelancaran program minggu kesihatan kolej vokasional juasseh
Buat pengetahuan hadirin-hadirat sekelian, pelancaran program minggu kesihatan
kolej vokasional juasseh ini merupakan satu platform bagi menyebar informasi terkini
mengenai kesihatan yang diusahakan oleh pihak kolej bersama agensi-agensi terbabit
kepada golongan yang disasarkan iaitu pelajar dan warga kolej. Ia juga dapat dilihat
sebagai pemangkin kepada amalan gaya hidup sihat yang sering diabaikan oleh
masyarakat yang sememangnya kurang prihatin dan mengambil berat mengenai
kesihatan.

Bacaan doa

Hadirin yang dirahmati Allah sekelian,

Bagi memulakan dan memuliakan majlis marilah kita bersama-sama menadah tangan
bermunajat, memohon keberkatan agar segala urusan mendapat rahmat. Jesteru,
majlis dengan segala hormatnya mempersilakan perwakilan pelajar yang
bertugas untuk memimpin bacaan doa. Majlis dengan segala hormatnya
mempersilakan

*****************************************Bacaan
Doa************************************************

Amin Ya rabbal alamin...Majlis mengucapkan terima kasih kepada pengawas yang


bertugas di atas pimpinan bacaan doa itu tadi.

Kata alu-aluan
Hadirin warga dewan yang di rahmati sekelian,

Program kesihatan ini merupakan satu program kesihatan untuk semua warga kolej
demi melahirkan dan memupuk rasa tanggungjawab para pelajar, pensyarah dan
seterusnya warga pelajar mengenai kepentingan penjagaan kesihatan. Melalui
program ceramah , kempen menderma darah dan pameran kepada para pelajar
akan dapat memupuk perasaan cintakan kesihatan.

Diantara tujuan utama


• Meningkatkan kerjasama dan koordinasi pelbagai agensi terlibat bagi
meningkatkanpengetahuan, kefahaman dan kemahiran pencegahan kepada murid,
guru dan kakitangan sekolah terhadap kesihatan.
• Menggembeling usaha dan tenaga pelbagai agensi bagi membina ketahanan dan jati
diriyang tinggi di kalangan pelajar dari segi fizikal, emosi, mental dan rohani sebagai
benteng untuk mengelakkan diri dari pelbagai ancaman gejala sosial seperti merokok
danpeyalahgunaan dadah.
• Melibatkan dan mewujudkan permuafakatan antara pelbagai agensi dengan
masyarakatsekolah bagi mencapai matlamat bersama.
• Meningkatkan pengetahuan dan informasi mengenai kesihatan
dengan menerapkannya kepada para pelajar dan komuniti setempat.
• Menanam kesedaran mengenai amalan gaya hidup sihat di kalangan pelajar walau di
mana mereka berada.
• Memastikan para pelajar dapat belajar dalam keadaan sihat dan ceria ketika di
sekolah,
• Membimbing para pelajar ke arah cintakan kehidupan yang bebas dari anasir-anasir
buruk seperti penyalahgunaan dadah dan tabiat merokok.

Indah pemandangan di waktu senja,


Bulan timbul nampak ketara,
Menjaga kebersihan amalan mulia,
Menjamin kehidupan aman sejahtera.

Tumbuh tinggi pohon kuini


Tempat bermain anak kedidi,
Kebersihan asas pembangunan rohani,
Melahirkan insan luhur peribadi

TAYANGAN MULTIMEDIA

Sebagai pelengkap acara pada pagi ini, marilah bersama-sama kita saksikan sebuah
tayangan khas sempena pelancaran program minggu kesihatan kolej vokasional
juasseh
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan

………………….tayangan……………

Majjlis merakamkan ucapan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada


.................. yang Berjaya menyiapkan tayangan informasi sehingga Berjaya di
pertontonkan dalam majlis pada kali ini. Majlis sekali lagi mengucapkan jutaan terima
kasih
Tinggi-tinggi pohon sena
Tempat petani duduk bersandar;
Bersihkan tandas dengan sempurna,
Nescaya penyakit akan terhindar.

subur mewangi di dalam taman


lalu dipetik si bunga kekwa;
Kebersihan separuh daripada iman
Itulah tanda orang bertaqwa.

Ucapan perasmian oleh pengarah

Hadirin yang dirahmati Allah sekelian,

Tanpa melengahkan masa, Majlis dengan dengan segala hormatnya menjemput


Yang berbahagia Tuan Pengarah Kolej Vokasional Juasseh, Puan Nor Asikin Binti Md
Shazilli,
untuk memberikan ucapan seterusnya menyempurnakan majlis pelancaran program
minggu kesihatan 2013.

majlis dengan penuh takzim mempersilakan

*******************************Ucapan Perasmian pn nor asikin*****************************

Demikianlah tadi ucapan perasmian yang telah disempurnakan oleh Yang berbahagia
Tuan Pengarah Kolej Vokasional Juasseh, Puan Nor Asikin Binti Md Shazilli. Majlis
merakamkan jutaan terima kasih di atas ucapan dan perasmian sebentar tadi.

Hadirin warga dewan sri gemilang yang dihormati sekelian,

Buat pengetahuan hadirin sekelian, tidak semua aktiviti yang bakal dijalankan terbuka
kepada semua warga kolej. Selain daripada pemeriksaan kesihatan yang terbuka
kepada semua warga kolej dengan bayaran 1 ringgit malaysia, kuiz dan tekanilai kalori
hanya terbuka kepada seluruh pelajar kolej manakala derma darah hanya terbuka
kepada warga pensyarah dan kakitangan kolej.

Buat makluman semua bagi aktiviti derma darah dan pemeriksaan kesihatan kita akan
didatangi oleh pihak luar SMK juasseh, SK Pusat Juasseh dan SJK Yuk Chua. Di samping
itu, mana2 pensyarah yang ingin membawa pelajar ke dewan semasa aktiviti amat di
alu-alukan.

Penutup
Hadirin dan hadirat yang diRahmati sekelian
Dengan berakhirnya ucapan perasmian sebentar tadi, maka majlis sudah sampai
kepenghujungnya Dikesempatan ini juga, kami seluruh warga kerja program minggu
kesihatan ingin merakamkan sekalung penghargaan dan terima kasih kepada semua
yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan program
minggu kesihatan yang bakal dijalankan sepanjang minggu kesihatan 2013 ini.

Saya juga selaku pengerusi majlis memohon ribuan kemaafan andai ada salah dan
silap sepanjang saya mengacarakan Majlis ini.

SUNGAI DI SUSUR SEHARI HARI,


DALAM GELAP MENANGKAP IKAN,
SAYA SUSUN SEPULUH JARI,
SALAH DAN SILAP HARAP DI MAAFKAN,

Dengan itu majlis disudahi dengan wabillah……wassalamualaikum…… dan terima


kasih.

Anda mungkin juga menyukai