Anda di halaman 1dari 8

SK METHODIST (L), JALAN HANG JEBAT,

50150 KUALA LUMPUR.

ANJURAN

UNIT KURIKULUM DAN AJK PROGRAM TRANSISI & GURU


PENYAYANG
SK METHODIST (L), JALAN HANG JEBAT,
KUALA LUMPUR.

0
1.0 PENGENALAN

Program Transisi Prasekolah ke Tahun Satu merupakan satu program yang telah
dirangka dengan tujuan untuk membantu murid menghadapi perubahan diri
dalam keadaan transisi dari pendidikan tidak formal sama ada di rumah ataupun
di prasekolah ke pendidikan secara formal di Tahun Satu. Adalah diharapkan
murid-murid yang datang dari pelbagai latar belakang sosio ekonomi,
persekitaran dan pengetahuan akan dapat menyesuaikan diri dan bersedia
meneruskan pembelajaran secara formal.

2.0 RASIONAL

Murid yang melangkah masuk ke Tahun Satu biasanya mempunyai pelbagai


pengalaman dan latar belakang yang berbeza. Keadaan ini boleh mendatangkan
kesan yang berterusan dalam aspek pengurusan pembelajaran. Antaranya:

1. Tahap kematangan yang berbeza antara murid


2. Kesediaan untuk belajar
3. Pengetahuan dan kemahiran

Tahap kematangan mereka tidak sama berpunca daripada persekitaran mereka


membesar iaitu persekitaran di rumah dan dalam masyarakat. Mereka akan
bergaul dengan kumpulan yang lebih besar berbanding kumpulan yang pernah
mereka lalaui semasa di prasekolah.

Pelbagai cabaran dan dugaan akan mereka hadapi khasnya pada minggu
minggu pertama persekolahan. Terdapat murid yang tidak mengikuti program
prasekolah atau tadika, oleh itu mereka masih belum bersedia sepenuhnya.
Murid yang mengikuti program prasekolah dan tadika sudah sedia untuk
menerima pembelajaran secara formal. Mereka lebih mudah berkembang
berbanding murid yang tidak mengikuti proses pembelajaran awal yang
terancang.

1
3.0 MATLAMAT

 Murid-murid dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran, guru-guru dan


kawan-kawan baru dalam masa yang singkat.

 Guru-guru dapat menyelaraskan keperluan kognitif, emosi dan jasmani


murid secara menyeluruh sebelum memulakan proses Pembelajaran dan
Pemudahcaraan (PdPc) secara formal di Tahun 1.

 Meningkatkan minat dan semangat murid untuk datang ke sekolah


dengan gembira dan tanpa banyak masalah.

4.0 OBJEKTIF

 Semua pihak yang terlibat dapat membuat persediaan yang sesuai untuk
menerima kemasukan murid ke Tahun Satu.

 Murid dapat meningkatkan kemahiran tematik, bersepadu dan main


sambil belajar.

 Murid yang mempunyai kemahiran dan potensi diri yang tinggi dapat
mengaplikasikan apa yang diperolehi dalam kehidupan sehariannya.

4.1 MINDA CERDAS MATA BERCAHAYA

Minda Cerdas

Kemampuan murid-murid tahun 1 membina dan mengaplikasikan


kemahiran berfikir secara aktif melalui aktiviti berkumpulan dan saling
bantu-membantu di antara satu sama lain serta penglibatan yang
menyeluruh dalam aktiviti-aktiviti yang dirancang awal lagi menunjukkan
minda cerdas. Dalam masa yang sama murid-murid juga diharapkan dapat
meningkatkan perasaan ingin tahu mereka melalui aktiviti-aktiviti yang

2
mencabar serta bersesuaian dengan tahap umur dan pencapaian sedia
ada. Selain daripada itu, melalui aktiviti-aktiviti tersebut akan wujud proses
komunikasi yang dapat meningkatkan tahap keyakinan diri di kalangan
murid serta dapat memantapkan pemupukan nilai-nilai murni yang sedia
ada.

Mata Bercahaya

Murid-murid tahun 1 ini dapat merasakan satu keseronokan untuk terus


belajar bersama dengan kawan-kawan, suasana persekitaran dan guru-
guru yang baru. Semangat dan minat mereka akan terus meningkat dari
semasa ke semasa melalui aktiviti-aktiviti yang disediakan tanpa
menimbulkan sebarang permasalahan kepada sekolah, guru mahupun ibu
bapa dan penjaga mereka. Keadaan ini dapat diterjemahkan melalui sinar
mata mereka yang sentiasa bercahaya pada setiap masa dan ketika untuk
meneruskan proses pembelajaran mereka di tahun 1.

5.0 TARIKH/ MASA/ TEMPAT


Tarikh : 2 - 18 Januari 2019
Tempat : SK Methodist (L) Kuala Lumpur
Masa : Waktu persekolahan

6.0 SASARAN :
Semua murid Tahun 1 Sekolah Kebangsaan Methodist (L) seramai 42
orang.

- Rujuk Lampiran 1

3
7.0 IMPLIKASI KEWANGAN DAN ANGGARAN PERBELANJAAN

BIL. PENDAPATAN JUMLAH PERBELANJAAN JUMLAH

1. Sumbangan PIBG RM 300.00 Peralatan RM 100.00


Hadiah RM 200.00

JUMLAH
RM 300.00
KESELURUHAN

8.0 KAEDAH PELAKSANAAN :


 Agihan kelas untuk murid Tahun 1
 Kebersihan dan keceriaan kelas
 Dinamika kumpulan dan pergerakan kreatif
 Motivasi dalaman kelas
 Bercerita
 Nyanyian

4
8.0 JAWATANKUASA PROGRAM

JAWATANKUASA PROGRAM TRANSISI DAN GURU PENYAYANG TAHUN 1


2019

Pengerusi : En. Xavier a/l R.Moses

Naib Pengerusi : Puan Rossimah binti Ahmad

En. Mohd Fadly bin Abu Bakar

Penyelaras : Pn. Zuraidah Binti Che Mohd Azmi

Setiausaha/ : Pn. Nurazwah binti Mohd Yusof


Dokumentasi
Pengacara : En. Mohd Ridzal bin Ismail

Bendahari : Pn. Siti Fathehah binti Othman

Buku Program :Pn. Kamalavene a/p Pathimogan

Hadiah : Pn. Anisah binti Ahmad Hafid

: Pn. Zuraidah binti Che Mohd Azmi

Pn. Loy See Min

Pn. Munirawati binti Mohamad

AJK : Semua Guru-guru Tahun 1


En. Hamizi bin Abdul Hamid
Pn. Munirawati binti Mohamad
En. Che Wan Mohd Farid bin Che Wan Azman
En. Tuan Sukiman b. Awang @ Salleh
En. Nazimi bin Mohamed

5
13.0 TENTATIF PROGRAM

Rujuk Lampiran 2

14.0 PENUTUP

Program minggu transisi murid tahun 1 ini diharapkan dapat dilaksanakan


dengan jayanya hasl kerjasama daripada semua pihak. Semoga program ini
dapat mencapai objektif yang telah ditetapkan bagi memudahkan proses
pengajaran dan pembelajaran yang seterusnya.

Disediakan oleh, Disemak dan disokong oleh,

................................................................. .............................................................
(PN. ZURAIDAH BT. CHE MOHD AZMI) (PN. ROSSIMAH BINTI AHMAD)
Penyelaras Program Minggu Transisi, PK Tadbir dan Kurikulum,
Sekolah Kebangsaan Methodist (L) Sekolah Kebangsaan Methodist (L)

Disahkan oleh,

............................................................
(EN. XAVIER A/L R.MOSES)
Guru Besar,
Sekolah Kebangsaan Methodist (L).

6
0

Anda mungkin juga menyukai