Anda di halaman 1dari 6

Sejarah Tahun Baru Cina

Sejarah Tahun Baru Cina bermula beribu-ribu tahun dahulu, di mana seekor
makhluk ganas yang bernama ‘Nian’ membuat huru-hara di Tanah Besar China.
Ini membuatkan manusia hidup dalam ketakutan dan kesengsaraan. Mereka
mencari ikhtiar untuk menewaskan makhluk ini. Akhirnya mereka berjaya
menakutkan makhluk ini dengan melemparkan reben merah ke udara,
meletupkan mercun dan membakar bunga api siang dan malam.
Perayaan Tahun baru Cina adalah menandakan permulaan tahun baru bagi
kalender masyarakat Cina. Bersama-sama dengan warna merah, tanglung,
mercun dan pakaian ‘cheongsam’ , ia menjadi simbol tradisi kemeriahan
masyarakat cina.

Tahun Baru Cina melambangkan permulaan, titik permulaan dalam nasib dan
kehidupan. Sebelum hari tahun baru bermula, sanak saudara yang jauh akan
kembali berkumpul. Rumah akan dicuci dan segala hutang-piutang dikutip atau
dibayar agar mereka tidak sentiasa dikelilingi hutang sepanjang tahun yang baru.
Mercun dibakar pada tengah malam bagi menandakan bermulanya tahun baru
dan bagi menghalau puaka dan nasib malang. Rumah-rumah dihiasi dengan
buah limau sebagai simbol murah rezeki, bunga dan pokok limau.

Perayaan yang bersamaan dengan permulaan kepada musim bunga di China


adalah permulaan kepada bulan baru dan zodiak baru. Seperti yang kita ketahui,
terdapat 12 ekor binatang yang menjadi simbol tahunan kepada orang Buddha.
Lagenda meriwayatkan, bahawa suatu masa dahulu Buddha telah menjemput
semua binatang untuk mengadapnya, tetapi Cuma 12 binatang sahaja yang
sampai. Sebagai penghargaan dari Buddha, kesemua binatang ini diberi
penghormatan menjadi zodiak yang mulia bagi masyarakat Cina Buddha.
Binatang-binatang itu ialah anjing, khinzir, tikus, monyet, harimau, kambing,
ayam, kuda, ular, naga, lembu dan arnab. Kononnya dikatakan bahawa mereka
yang lahir dalam tahun-tahun ini akan mewarisi sifat dan untung nasib binatang
tersebut.

Malam Tahun Baru Cina


Pada malam Tahun Baru , kaum keluarga sama ada dekat atau jauh akan
berkumpul di rumah ibu bapa untuk upacara makan besar. Ini simbol eratnya
ikatan kekeluargaan yang menjadi tunjang masyarakat harmoni. Hidangan
makan malam tahun baru ini biasanya adalah tradisi turun temurun seperti itik
panggang, khinzir, tiram berkicap, dan sayuran ‘prosperity’ yang dimakan
bersama arak.

Selesai makan, semua ahli keluarga akan berdoa dan menjalankan upacara ‘shuo
sui’ , yang dipercayai akan memanjangkan umur seseorang. Bagi yang tua,
malam tahun baru akan dihabiskan dengan bermain ‘mah jong’ sebagai hiburan
untuk merapatkan hubungan antara ahli keluarga. Tepat detik tengah malam,
mercun dan bunga api akan dibakar, menandakan sambutan tahun baru bermula.

Tarian Singa memeriahkan lagi sambutan Tahun Baru Cina


Apabila hari siang, lilin upacara akan dibakar, pakaian baru yang berwarna
merah akan memeriahkan suasana, di samping ucapan ‘Kong Hee Fatt Choy’
akan diucapkan sesama penganut. Ia membawa maksud ‘ semoga tahun ini akan
membawa kebaikan’. Tetamu mula berkunjung membawa limau mandarin, yang
bermaksud kekayaan manakala tradisi memberi ‘ang pow’ diteruskan kepada
kanak-kanak dan orang yang belum berkahwin.

Tahun Baru Cina diraikan dengan jamuan yee sang dan kuih bakul. Kaum
keluarga akan makan besar dengan masakan tradisi seperti daging itik, daging
salai, sosej, kuih pulut, dan limau mandarin. Golongan muda pula akan melawat
golongan tua dan menerima wang ang pau dalam sampul merah bagi
melambangkan nasib baik, yang diberikan oleh orang yang berkeluarga kepada
mereka yang masih belum kahwin. Perarakan tarian naga atau singa akan
diadakan, dengan kereta berhias yang diiringi bunyi gendang.

Chap Goh Mei

Hari kelima belas bagi perayaan ini iaitu hari ‘ Chap Goh Mei ‘ tidak kurang
pentingnya. Ia adalah hari terakhir bagi bulan penuh, menandakan penutup bagi
perayaan ini.
Perayaan tersebut jatuh pada malam 15 hari bulan, bulan pertama Imlek China.
Hari itu juga disebut “Pesta Lampu”, kerana lampu-lampu dinyalakan pada
sebelah malam sebagai aktiviti utama pada hari perayaan itu.

Menikmati onde-onde dan memasang lampu-lampu merupakan dua perkara


utama perayaan ini. Mengapa memasang lampu-lampu pada Hari Capgome?
Pada tahun 180 Sebelum Masihi, China diperintah oleh Dinasti Han. Maharaja
pada ketika itu, maharaja Liu Heng berjaya mematahkan gerakan penderhakaan.
Hari itu kebetulan 15 hari bulan bulan pertama Imlek Cina. Untuk merayakan
kejayaan tersebut, Liu Heng memerintahkan lampu-lampu dipasang di seluruh
negara. Beraneka bentuk lampu dipasang di tepi-tepi jalan pada hari itu. Adat
istiadat tersebut diamalkan sehingga kini.

Lampu-lampu tersebut biasanya diperbuat dengan kertas yang berwarna-warni,


berbentuk seperti gunung, bangunan, orang, bunya, burung dan binatang.
Sekarang teknologi moden yang canggih ianya diperbut dari gentian optik, laser,
kawalan bunyi dan cahaya juga telah digunakan dalam pembuatan lampu-lampu
warna-warni.

Tahun Baru Cina bukan sahaja diraikan oleh kaum Cina di merata dunia, malah
turut dirayakan oleh bangsa Korea, Vietnam, Mongol dan Miao (Hmong China)
yang dipengaruhi oleh China dari segi kebudayaan dan keagamaan.

Warna Tuah
Warna merah menggambarkan keadaan yang terang dan ceria telah menjadi
lambang kegembiraan dan menjanjikan sinar kecerahan dalam kehidupan.

Warna merah itu dipanggil hong dalam bahasa Cina dan bunyinya kedengaran
seperti ong atau bertuah. Maka, masyarakat Cina percaya warna ini akan
membawa tuah jika dipakai pada hari pertama Tahun Baru Cina dan majlis
perayaan yang lain.

Mereka percaya dengan pemakaian warna ini akan dilimpahi tuah sepanjang
tahun. Mereka percaya warna merah membawa tuah dan kecemerlangan dalam
hidup mereka. Nasib mereka akan ditimpa malang sekiranya memakai pakaian
yang berwarna hitam dan warna-warna yang gelap. Adalah dilarang memakai
baju hitam, biru dan kelabu dalam majlis-majlis perayaan kerana dipercayai
warna-warna tersebut melambangkan kematian dan kesedihan.

Angpau
Perayaan diceriakan dengan angpau merah
Antara sebab mengapa Tahun Baru Cina dinanti-nantikan oleh kanak-kanak
ialah pemberian ‘angpau’ atau sampul merah yang berisi duit. Bagi yang belum
berkahwin, mereka layak untuk menerima angpau. Pada perayaan Tahun Baru
Cina, angpau biasanya diberi oleh yang sudah berkahwin kepada yang belum
berkahwin. Sesiapa yang belum berkahwin layak menerimanya tanpa mengira
usia.
Pemberian angpau oleh masyarakat Cina merupakan tradisi utama mereka dan
sering diberikan dalam majlis sosial dan keluarga seperti jamuan perkahwinan
Cina atau ketika perayaan seperti Tahun Baru Cina.

Warna merah sampul ini melambangkan tuah. Jumlah wang yang terkandung
dalamnya lazimnya dikehendaki bermula dengan angka genap kerana angka
ganjil dikaitkan dengan wang yang diberi ketika majlis pengebumian . Jumlah
wang yang diberi pada majlis perkahwinan biasanya adalah untuk menampung
perbelanjaan hadirin serta membantu pasangan pengantin baru.