Anda di halaman 1dari 9

Soalan struktur

1a) Jelaskan kepentingan Matematik kepada kanak-kanak

 Melatih individu menaakul secara logik dan rasional untuk membuat


keputusan.
 Membantu individu untuk berfikir cara menyelesaikan masalah
 Meningkatkan kemahiran dalam kehidupan seharian seperti urusniaga,
perjalanan, makanan, pembelajaran dan membuat kerja.(Contoh:
mengira berapa banyak masa kita perlukan untuk bekerja, berapa
banyak makanan yang diperlukan untuk ahli keluarga, dan berapa harga
makanan yang hendak dibeli)
 Memahami dan menyedari konsep ruang, luas, panjang, besar, masa
dan simbol dalam matematik. (contoh: meramalkan keadaan lalulintas
dan merancang masa untuk mulakan perjalanan ke sesuatu tempat)
 Memberi peluang mengembangkan kemahiran mengelas, membanding,
turutan, menyukat, membuat graf, membilang dan operasi nombor.
 Meningkatkan pengetahuan dan pengalaman tentang asas matematik.
 Meningkatkan kemahiran tertentu seperti berfikir. (contoh: menerangkan
bagaimana kita menyelesaikan masalah dan membuat keputusan)
 Meningkatkan perasaan ingin tahu dan suka menyiasat.
 Memberi pelbagai peluang memegang, meneroka bahan,
mengubahsuai bahan yang berkaitan dengan idea Matematik. (Contoh:
penggunaan teknologi seperti kalkulator dan komputer)
 Mengambil bahagian dalam aktiviti bermula daripada aktiviti dunia fizikal
kepada idea di dunia yang abstrak.

1b) Bagaimanakah cara untuk mengajar seriasi?

Teknik tunjuk cara. Contohnya, guru boleh menunjukkan cara menyusun


pensel mengikut urutan dari pendek ke panjang. Kemudian, kanak-kanak
menyusunnya dari pendek ke panjang.
Teknik penyelesaian masalah, iaitu simulasi. Contohnya, guru boleh
meminta kanak-kanak membuat simulasi untuk membeli makanan di gerai
makanan. Kemudian, kanak-kanak dikehendaki beratur dari paling tinggi ke
paling rendah atau sebaliknya.

Teknik belajar melalui bermain. Kanak-kanak menyusun bongkah dari


besar ke kecil atau sebaliknya semasa bermain bongkah.

Teknik scaffolding. Guru merancang aktiviti kumpulan agar kanak-kanak


dapat tolong-menolong sesama mereka. Secara kumpulan, kanak-kanak
membandingbezakan kuantiti air dalam botol lalu menyusun botol dari kuantiti
air yang paling banyak ke paling sikit.

Teknik penyoalan. Guru meminta lima orang kanak-kanak tampil ke


hadapan. Guru bertanya panjang rambut kanak-kanak tersebut dan meminta
kanak-kanak untuk beratur mengikut urutan dari rambut yang paling pendek ke
rambut yang paling panjang.

2 a) Jelaskan prinsip pembelajaran Matematik.

 Penyelesaian masalah. Kanak-kanak perlu menggunakan strategi


penyelesaian masalah dalam pembelajaran matematik seperti cubajaya,
simulasi, mengenalpasti pola, melukis gambar rajah.
 Komunikasi. Kanak-kanak perlu menggunakan kemahiran komunikasi
seperti membaca dan memahami masalah, menginterpretasi gambar
rajah menggunakan laras matematik yang betul.
 Penakulan. Kanak-kanak digalakkan untuk menaakul seperti membuat
anggaran dan tekaan dalam mencari penyelesaian masalah.
 Perkaitan. Kanak-kanak perlu mengaitkan idea matematik yang
dipelajari dengan pengalaman harian dan mengaplikasikan kemahiran
tersebut dalam kehidupan sebenar.
 Perwakilan. Kanak-kanak perlu menghubungkaitkan idea matematik
yang tidak formal, intuitif dan abstrak dengan bahasa harian.

2 b) Implikasi prinsip komunikasi.

Implikasi prinsip komunikasi ialah kanak-kanak lebih memahami masalah


dan lebih cekap dalam aktiviti penyelesaian masalah. Misalnya, melalui
proses membaca gambar rajah, mereka dapat memahami pola yang diberi lalu
melengkapkan pola dengan tepat.

Kanak-kanak dapat menggunakan laras matematik yang tepat dan


betul secara lisan atau bertulis. Misalnya, kanak-kanak dapat menyatakan
ayat matematik operasi tolak dengan menyebut simbol “-” dan “=” dengan betul.

Selain itu, melalui proses membaca, kanak-kanak dapat menghubungkait


konsep dan idea matematik yang dipelajari serta boleh menerangkan
konsep dan kemahiran matematik kepada rakan atau guru mereka. Misalnya,
kanak-kanak dapat menghubungkait konsep perbandingan dengan konsep
ukuran dan sukatan seperti timbangan berat.

Kanak-kanak juga dapat membuat perbincangan tentang matematik


dengan rakan dan guru melalui proses mendengar dan bertutur. Misalnya,
kanak-kanak dapat menggunakan bahasa yang sesuai untuk bersoal jawab
tentang nilai wang kepada rakan untuk mencapai pemahaman yang lebih
mendalam.

Kanak-kanak dapat mempersembahkan maklumat-maklumat dan


konsep yang dikumpul secara bertulis. Misalnya, semasa membuat latihan,
kanak-kanak dapat menulis nombor dengan cara yang betul, menulis
pernyataan operasi tolak, menulis waktu dengan melihat jam analog dan
sebagainya.
3(a) Senaraikan pendekatan / teknik dan sebab penggunaan.

Scaffolding
- Murid-murid akan mendapat bantuan guru untuk menyiapkan tugasan yang
tidak dapat diselesaikan dengan keupayaan diri.
- Murid mencapai zon perkembangan proksimal (ZPD) untuk melaksanakan
tugasan yang lebih mencabar.

Tunjuk cara
- Membolehkan pengajaran guru disampaikan secara praktikal.
- Kanak-kanak lebih memahami cara melaksanakannya selepas
memerhatikan cara guru.
- Teori Abert Bandura mengatakan bahawa kanak-kanak belajar dengan
lebih berkesan melalui peniruan.

Penyoalan
- Memberikan peluang kepada murid untuk meluahkan pendapat dan buah
fikiran mereka.
- Membina ilmu pengetahuan melalui asimilasi dan integrasi konsep-konsep
baru.
- Memberi peluang kepada kanak-kanak untuk menaakul dan berfikir (KBAT).

Belajar melalui bermain


- Murid-murid belajar dalam suasana yang menggembirakan dan bermakna.
- Menggalakkan perkembangan murid-murid dari aspek fizikal, intelek, sosial
dan emosi.
Bertema
- Murid diberi peluang untuk meneroka secara lebih menyeluruh, mengalami
dan mencari peluang mengekspresikan sesuatu tema yang diterima pakai.
- Membolehkan guru menghubungkan antara mata pelajaran: contoh tema
haiwan (BM: kosa kata haiwan, Sains: jenis-jenis haiwan)

Projek
- Melibatkan penerokaan ilmu melalui pemerhatian serta kajian lapangan
atau dunia sebenar.
- Mendapat pengalaman sebenar.
- Boleh dibuat berdasarkan keperluan topik dan mengikut minat murid untuk
meningkatkan kefahaman murid terhadap topik yang dipelajari.
- Penemuan inkuiri

Penyelesaian masalah
- Meningkatkan kemahiran berfikir murid-murid dalam proses menyelesaikan
masalah.
- Murid-murid boleh mengaplikasikan pengetahuan dan pengalaman lepas
untuk menyelesaikan masalah.

Inkuiri penemuan
- Murid-murid akan menggunakan cara seperti merancang, menyiasat dan
menganalisis untuk mencari jawapan pada akhir pembelajaran.
- Murid akan bertanggungjawab terhadap pembelajaran sendiri dan guru
berperanan sebagai fasilitator sahaja.
- Membina pengetahuan sendiri
Nyanyian
- Kaedah pembelajaran dan pengajaran ini berlaku dalam keadaan yang
riang dan ceria.
- Meningkatkan tahap kefahaman serta menguatkan lagi ingatan kanak-
kanak prasekolah mengenai subjek yang diajar.
- Mewujudkan suasana pembelajaran yang ceria dan mesra.
- Bersepadu

Bersepadu
- Memastikan perkembangan murid secara menyeluruh meliputi aspek-
aspek kognitif dan nilai-niai estetika sosial.
- Unsur-unsur pengetahuan, kemahiran dan nilai digabungkan agar wujud
penyerapan ilmu pelbagai bidang dalam mata pelajaran dan merentasi
mata pelajaran.

3(b) Implikasi pusat pembelajaran terhadap kanak-kanak


- Kanak-kanak dapat mencapai perkembangan yang menyeluruh dan positif.
(terdapat pelbagai pusat pembelajaran yang dapat membantu dalam
perkembangan kanak-kanak)
- Perkembangan sosial. Kanak-kanak bekerja dalam kumpulan.
Menggalakkan interaksi dalam kalangan kanak-kanak. (setiap kanak-kanak
akan mengunjungi pusat yang berbeza dan interaksi antara kanak-kanak
akan berlaku di setiap pusat)
- Perkembangan bahasa dlam pusat komunikasi.
- Perkembangan emosi dan keterampilan diri di pusat main peranan (main
masak-masak, doktor dan pesakit, guru dan murid, main kahwin-kahwin)
- Kemudahan-kemudahan yang disediakan bersesuaian dengan kehendak
setiap kanak-kanak. (kanak-kanak bebas untuk membuat penerokaan di
setiap pusat)
- Merangsang proses pnp kanak-kanak. (ruang prasekolah yang dibahagikan
dengan kondusif dan kemas dapat meningkatkan minat pembelajaran
kanak-kanak)
- Kanak-kanak akan memperoleh pengalaman pembelajaran yang berbeza
dalam setiap pusat. (setiap pusat dirancang dengan rapi mengikut
kesesuaian objektif yang ditetapkan dalam kurikulum)

4(a) Integrasi Matematik dalam kehidupan


- Waktu makan (bentuk buah-buahan, masa makan, warna sayur-sayuran)
- Waktu main (seriasi- beratur, main lego/puzzle/blok: warna, bentuk, seriasi)
- Waktu belajar (masa- hari apa?, warna/bentuk objek dalam kelas)

***欲知更多详情,可以看回去那天做的 integrasi 的 nota*** XD

4(b) PLBD (kaitkan dengan 3E, prinsip pembelajaran)


- Nature walk
3E
(melibatkan penggunaan kelima-lima deria iaitu penglihatan, sentuhan,
rasa, bau dan pendengaran.)
(memberikan kanak-kanak pengalaman secara langsung-experience)
(meneroka haiwan, tumbuh-tumbuhan, batu batan)
(eksperimen: meneroka bayang-bayang, objek berat dan ringan)

Prinsip pembelajaran
tunjuk cara: eksperimen bayang-bayang- cara melukiskan bayang-bayang
mengikut perubahan waktu.
penyoalan: semasa menjalankan aktiviti nature walk, guru bertanyakan
soalan tentang apa yang boleh diperhatikan oleh murid-murid di sekitar.

inkuiri penemuan: murid-murid berpeluang untuk meneroka objek-objek di


persekitaran di bawah bimbingan guru.

bertema: contoh-warna (mencari objek yang mempunyai warna yang


diminta di persekitaran)

Melawat ke kebun sayur.


3e.
Meneroka (inkuiri penemuan):
 Penggunaan lima deria
 Memerhatikan cara pekebun menanam sayur
 Memerhatikan jenis-jenis sayur yang terdapat di kebun sayur.
 Menggunakan kanta pembesar untuk memerhatikan bentuk, tekstur
daun sayur, tekstur tanah untuk sayur yang berbeza (kering/ basah/
kasar/ lembut), warna sayur-sayuran
 Cuaca dan suhu di taman (thermometer)
 Memerhatikan serangga/ haiwan kecil yang makan sayur
 Berbincang tentang khasiat sayur-sayuran (Penyoalan:guru
bertanya)

Mengalami:
(guru tunjuk cara, scaffolding)
 Menanam sayur
 Menyiram sayur
 Membaja
 Memetik sayur dan memasukkan ke dalam bakul
 Membersihkan kebun sayur
 Menolong mencuci sayur

Membuat:
 Menggunakan alat seperti sudip tangan untuk menggorek tanah
 Menggunakan penyiram air untuk menyiram air
 Memakai sarung tangan untuk mencabut rumput
 Cuaca
 Menimbang hasil sayur