Anda di halaman 1dari 11

Melestarikan Modal Insan Koperasi Dalam Komuniti

Mohd Zaib bin Mat Yunus


Salwana binti Ali
Pusat Pembangunan Komuniti

Pengenalan

Konsep komuniti dan masyarakat bukanlah perkataan baharu digunakan dalam penulisan
tetapi ia sering disalahtafsirkan kerana terdapat sebilangan masyarakat menganggap ia
adalah sama walhal dalam kajian sosioligis istilah tersebut adalah berbeza. Namun sejauh
manakah pemahaman kita terhadap perkara tersebut apabila pihak SKM telah menggalakan
penubuhan koperasi di peringkat komuniti pada tahun 2010. Moto “1Komuniti, 1 Koperasi’
telah dignakan oleh pihak kementerian bagi merangsang penubuhan koperasi di peringkat
kampung, taman perumahan, kondominium, pangsapuri, qariah masjid, persatuan keluarga,
persatuan, kelab, pertubuhan dan perkumpulan wanita serta pekerja agar mencapai
matlamat selaku penyumbang berkesan kepada ekonomi negara menjelang 2020.

Sehingga ke hari ini penubuhan koperasi telah mendapat sambutan oleh masyarakat
Malaysia dan masih menunjukkan pertambahan bilangan koperasi saban tahun kerana ia
merupakan salah satu teras strategik dalam DKN 2011-2020. Objektifnya adalah agar
konsep berkoperasi diterima dan difahami oleh masyarakat Malaysia serta keistimewaan
berkoperasi bukan sahaja diukur melalui kegiatan ekonomi malah koperasi merupakan
platform dalam gerakan sosial. Peranan MKM pula tidak terkecuali dalam memberi
sumbangan khususnya aspek pendidikan dan latihan agar penubuhan koperasi komuniti
dapat mencapai hala tuju yang jelas di samping mengamalkan tadbir urus yang baik.

Konsep Komuniti dan Masyarakat

Menurut kamus dewan bahasa edisi ke empat menyatakan bahawa masyarakat merujuk
kepada sekumpulan orang yang hidup bersama di sesuatu tempat dengan cara-cara dan
peraturan-peraturan tertentu. Manakala komuniti pula bermaksud kumpulan orang yang
tinggal di sesuatu tempat, daerah, negara dan sebagainya (dibawah satu pemerintahan);
masyarakat keseluruhannya.

Dalam kajian sosiologi pula perkataan masyarakat adalah dari perkataan society yang
berasal daripada bahasa “Latin” iaitu societas bermaksud perhubungan baik dengan orang
lain. Istilah societas pula diterjemahkan daripada perkataan socius merujuk kepada “teman”
atau “kawan”. Justeru konsep masyarakat berkait rapat dengan sosial khususnya aspek
perhubungan yang menjurus kepada perhubungan manusia dengan manusia lain. Maka

1
konsep masyarakat secara keseluruhan adalah sekumpulan manusia yang hidup dalam
kelompok manusia tertentu serta berkongsi budaya dan peraturan yang sama. Secara
ringkas ia menggambarkan rakyat mewakili sesebuah negara bangsa contohnya bangsa
Malaysia.

Konsep komuniti pula merujuk kepada kelompok-kelompok kecil masyarakat yang berada
dalam satu-satu kawasan tertentu. Kajian espitemologi mentafsirkan istilah “komuniti” wujud
dari bahasa Perancis kuno iaitu “communite” yang berasal dari bahasa Latin dikenali
sebagai “communitas” (cum, “dengan/bersama” + munus, “pemberian”). Konsep komuniti ini
amat praktikal dikalangan masyarakat luar negara seperti di Eropah kerana ia menjurus ke
arah persahabatan dan persatuan-persatuan yang memberi fokus kepada perkhidmatan
dalam komuniti.

Secara keseluruhan kewujudan komuniti dapat dibahagikan kepada dua situasi yang
berbeza iaitu komuniti yang merujuk kepada perkongsian nilai-nilai yang sama dari sekecil-
kecil unit seperti kampung dan sebesar-besar unit seperti negara. Oleh itu terdapat komuniti
nasional dan komuniti antarabangsa dalam konsep komuniti tersebut. Selain itu dalam
aspek kajian biologi pula keadaan komuniti menjurus kepada unit-unit sosial yang
berinteraksi, hidup bersama dan berkembang. Sehubungan itu definisi komuniti adalah
kelompok manusia yang dirujuk bagi membantu antara satu sama lain.

Berikut adalah ciri-ciri yang membezakan huraian konsep masyarakat dan komuniti dengan
lebih jelas (Jadual 1).

Jadual 1: Ciri-ciri Masyarakat dan Komuniti

Masyarakat Komuniti
Tinggal di kawasan yang sama Terdiri dari sekelopok manusia
Berinteraksi antara satu sama lain
Ahli dalam komuniti berinteraksi dalam kumplan yang
sama
Budaya yang distingtif Menjalankan aktiviti yang khusus dan saling berkaitan
Aktiviti adalah disusun berasaskan kepada
kebudayaan dan sistem sosial
Adanya peraturan dan undang- Setiap anggota dalam masyarakat menganggap
undang dipatuhi dirinya sebahagian dari komuniti
Ahli yang ada adalah bersatu padu dan bertindak
mengikut sistem sosial yang terbentuk dan dipersetujui

Sumber: Journal of Social Sciences and Humanities, Vol.12, No3 (2017), 022 ISSN: 1823-
884x

2
Sehubungan itu konsep komuniti telah diterjemahkan ke dalam koperasi iaitu sekumpulan
manusia yang mempunyai keanggotaan minimum sejumlah 50 orang dan menyumbangkan
modal serta tenaga kepada koperasi. Koperasi pula akan menjalankan kegiatan ekonomi
yang bersesuaian daripada sumbangan modal untuk menjana keuntungan kepada koperasi.
Selain terlibat dalam kegiatan ekonomi koperasi juga turut menawarkan produk serta
memberikan perkhidmatan kepada anggota dan bukan anggota. Namun keistimewaan
berkoperasi adalah keuntungan tersebut akan dikembalikan semula kepada anggota dalam
bentuk kewangan dan manfaat lain seperti tabung kebajikan atau aktiviti sosial.
Penubuhan koperasi secara tidak langsung juga akan memberi manfaat kepada anggota
khususnya dan komuniti amnya (Rajah 2). Berdasarkan Pernyataan Identiti Manchaster
1995, koperasi dilihat sebagai “sebuah pertubuhan berautonomi di mana anggotanya
bersatu secara sukarela demi mencapai kepentingan dan aspirasi bersama di bidang
ekonomi, sosial dan budaya melalui satu badan yang dimiliki dan dikawal secara
demokrasi “.

Rajah 2: Sistem Koperasi

3
Memperkasakan Koperasi Komuniti

Dalam gerakan koperasi, penubuhan koperasi dilihat telah memberi impak positif dan
diiktiraf sebagai enjin ke tiga selepas sektor awam dan swasta dalam memacu ekonomi
Malaysia. Di Malaysia, sejarah koperasi bermula sejak tahun 1922 dan kini telah mencecah
usianya 96 tahun. Setakat 31 Disember 2017, jumlah koperasi berdaftar meningkat
kepada 13,889 buah, modal syer dan modal yuran sebanyak RM14.34 bilion dan aset
bernilai RM 139.67 bilion. Koperasi juga telah mencatatkan keanggotaan sejumlah 6.5 juta
orang dan menjana perolehan mencecah RM40.24 bilion.

DKN 2011-2020, dalam teras strategik IV telah menggariskan berkaitan “Meningkatkan


keyakinan masyarakat terhadap gerakan koperasi”. Intipatinya adalah untuk memfokuskan
penubuhan koperasi dalam komuniti kerana konsep berkoperasi dapat membantu rakyat
dalam meningkatkan taraf hidup melalui aktiviti berkumpulan dan penyertaan dalam
kegiatan ekonomi sekaligus akan menjana pendapatan juga mencipta kekayaan.
Hakikatnya pembangunan komuniti merupakan salah satu agenda penting bagi sesebuah
negara dalam meningkatkan kesejahteraan serta kemakmuran rakyatnya. Penyertaan
komuniti dalam arus pembangunan dikatakan dapat mewujdkan peluang keusahawanan
demi mempertingkatkan kegiatan ekonomi dan seterusnya memberi manfaat kepada
masyarakat keseluruhannya. Ini selaras dengan RMK 11 di mana tumpuan diberikan kepada
meningkatkan taraf isi rumah golongan B40 ke arah masyarakat kelas menengah dengan
peningkatan pendapatan dan kekayaan. Ini dapat direalisasikan melalui penglibatan secara
berjemaah B40 melalui koperasi.

Definisi koperasi komuniti merujuk kepada penubuhan koperasi dalam kalangan sesuatu
komuniti berdasarkan keperluan bersama bagi tujuan meningkatkan taraf sosio-ekonomi
anggota. Di bawah DKN tersebut, tumpuan penubuhan koperasi oleh pihak SKM terbahagi
kepada Kejiranan Setempat, Rumah Ibadat, Orang Asli, Petani,Nelayan Dan Penternak,
Wanita,Ibu Tunggal, Belia Dan OKU, Koperasi Keluarga Dan Koperasi Pekerja.

4
SKOP KOMUNITI SKM

4. Petani
Nelayan 5. Wanita
3. Orang
Penternak /Ibu Tinggal
Asli
/Belia/OKU

2. Rumah 6.Koperasi
Ibadat Keluarga

1.Kejiranan 7.Koperasi
Setempat Pekerja
Komuniti Koperasi

Rajah 3 : Skop Komuniti DKN-SKM

Jadual 4 menunjukkan maklumat koperasi mengikut kumpulan sasar berdasarkan kepada


DKN 2011-2020. Secaran keseluruhan pencapaian adalah meningkat namun masih belum
menyeluruh bagi mencapai sasaran menjelang 2020. Sehubungan itu gerakan koperasi
disarankan untuk menceburi enam bidang keberhasilan utama agar koperasi menjadi
sebuah entiti perniagaan yang lebih besar dan bertaraf global serta antarabangsa sekaligus
menjadi tunjang ekonomi masyarakat. Gerakan koperasi juga disarankan untuk
mendapatkan pendidikan dan latihan supaya koperasi komuniti dapat menguruskan
koperasi menerusi amalan tadbir urus yang baik seperti mana GP 27.

Faktor Pendorong Penubuhan Koperasi Komuniti

Matlamat penubuhan koperasi komuniti adalah jelas di mana penubuhan koperasi ini
menyokong kepada DKN yang dilaksanakan. Isu kos sara hidup dan peningkatan harga
barangan merupakan salah satu pencetus bagi penubuhan koperasi komuniti yang dilihat
mampu walaupun tidak sepenuhnya mengatasi masalah tersebut. Koperasi komuniti
berperanan untuk memberi kelebihan kepada anggotanya melalui pengenalan harga patut
atau harga anggota dapat menjimatkan perbelanjaan isirumah komuniti.

Walaupun begitu, terdapat beberapa faktor lain yang mencetus penubuhan koperasi
diperingkat komuniti ini. Antaranya termasuk SKM menawarkan 4% dana kewangan
berjumlah RM12 juta melalui tabung TMP-JPK. Bantuan pembangunan koperasi sebanyak

5
RM914,385 diberikan kepada projek atau aktiviti berdaya maju. Impak daripada pemberian
pinjaman dan bantuan ini menunjukkan pulangan atas aktiviti koperasi komuniti berjumlah
RM162 juta (2014).

Selain itu, Agensi kerajaan juga turut memainkan peranan dalam penubuhan koperasi
komuniti ini. Agensi seperti SIRIM, FAMA, MARDI, IPTA dan IPTS memberi rangsangan
dalam bentuk kajian, penyelidikan dan teknologi bagi meningkatkan kualiti dan mutu produk
koperasi.

Pelaksanaan Program Desa Lestari oleh Kementerian Pembangunan Luar Bandar melalui
koperasi komuniti telah berjaya meningkatkan taraf sosio ekonomi penduduk desa dan
menawarkan peluang pekerjaan kepada golongan belia di desa tersebut. Sehingga kini
terdaat 101 buah Koperasi Desa Lestari di seluruh negara yag telah berjaya membangunkan
komuniti desa berkenaan.

Pengenalan koperasi keluarga juga antara faktor penyumbang kepada penubuhan koperasi
komuniti. Penubuhan koperasi ini antara lain adalah untuk meningkatkan sosioekonomi
keluarga berkenaan serta menyelesaikan isu pengagihan pusaka melalui koperasi. Anggota
sebagai pemilik harta dan syer dalam koperasi dapat menjalankan aktiviti perniagaan secara
berskala lebih besar dan berkelompok. Ini akan memberi manfaat kepada anggota dan
komuniti setempat melalui wujudnya peluang pekerjaan, penjanaan ekonomi kawasan
terlibat mengurangkan kos sara hidup, serta menggalakan penyatuan keluarga dan
masyarakat.

Pembangunan kawasan perumahan baharu yang diperuntukan dalam RMKe-11 juga


menggalakan penubuhan koperasi komuniti seperti koperasi kejiranan, khariah masjid dan
koperasi belia. Koperasi komuniti ini boleh mengambil peluang perniagaan yang boleh
dijalankan di kawasan tersebut. Sebagai contohnya, pembinaan COOP City di Bandar
Penawar, Johor bernilai RM300 juta yang akan menggalkan pembangunan sosioekonomi di
kawasan tersebut. Wujudnya peluang pekerjaan kepada anggota koperasi dan komuniti
setempat ini merupakan kesan secara langsung kepada koperasi dan masyarakat. Secara
tak langsung, ia dapat mengatasi masalah pekerjaan dan meningkatkan taraf hidup komuniti
di kawasan tersebut.

6
Jadual 4: Bilangan Koperasi, Keanggotaan, Modal Syer, Nilai Aset dan Perolehan
Mengikut Kumpulan Sasar

Kumpulan Bilangan Bilangan Modal Aset Perolehan


Sasar Koperasi Anggota Syer/Yuran (RM) (RM)
(RM)
Belia 217 22,290 8.75 85.34 24.23
Ibu Tunggal 28 1,346 103, 695 180,564 69,036
OKU 19 1,062 156,773 958,945 423,293
Keluarga 1,157 34,594 17,680,308 56,979,334 48,666,575
Petani 305 23,608 11,889,302 40,336,077 54,113,214
Nelayan 54 9,228 2,899,775 27,602,175 15,844,464
Penternak 51 2,815 4,800,207 8,563,121 17,446,437
Wanita 226 25,976 17,623,511 60,092,024 17,101,420
Orang Asli 95 13,745 2,408,987 11,404,799 6,493,870
Kariah 410 28,858 6,356,959 14,202,933 9,906,904
Masjid
(Sumber: Suruhanjaya Koperasi Malaysia, 2017)

Latihan dan Pendidikan oleh Pusat Pembangunan Komuniti (PPK) MKM

Peranan MKM telah pun diiktiraf di dalam DKN 2011-2020 di bawah Teras Strategi III iaitu
Membangunkan Modal Insan Koperasi. Bagi merealisasikan hasrat ini, Maktab Koperasi
Malaysia sebagai sebuah institusi pendidikan dan latihan kepada komuniti khasnya koperasi
ditubuhkan pada tahun 1956 untuk membangunkan modal insan yang berilmu selaras
dengan arus pembangunan Negara. Dalam memperkasakan latihan dan pendidikan
kepada koperasi komuniti, Pusat Pembangunan Komuniti (PPK) dipertanggungjawabkan
untuk memberi latihan kepada komuniti yang terlibat bermula pada tahun 2016. Melalui
Pusat ini tumpuan dikhususkan kepada koperasi komuniti seperti yang termaktub dalam
Dasar Koperasi Negara (DKN) meliputi komuniti Kejiranan Setempat, Rumah Ibadat, Orang
Asli, Petani Nelayan Dan Penternak, Wanita Ibu Tunggal Belia Dan OKU, Koperasi Keluarga
dan Koperasi Pekerja. Bagi melahirkan modal insan komuniti dengan ilmu dan pengetahuan
koperasi, PPK telah merangka pelbagai program yang memberi impak positif kepada
komuniti khasnya kepada komuniti tumpuan termasuk rukun tetangga, belia, pelajar
IPTA/IPTS, koperasi desa lestari dan koperasi wanita dalam melengkapkan diri dengan jati
diri koperasi yang jitu demi mencapai matlamat pembangunan ekonomi komuniti melalui

7
koperasi. Hasrat dan peranan koperasi kepada komuniti ditekankan melalui identiti koperasi
itu sendiri memandangkan pengalaman koperasi di luar negara menunjukkan koperasi
sebagai agen pembangunan komuniti dan membina kemakmuran dalam komuniti tersebut.
Peranan koperasi dalam menyatukan masyarakat dan kehidupan komuniti dizahirkan
melalui program yang dirangka oleh pusat PPK ini agar hasrat penubuhan koperasi kepada
komuniti tercapai.

SKOP PUSAT PEMBANGUNAN KOMUNITI MKM

TUMPUAN KOPERASI

1. JPNIN/KRT
2. KPWKM
3. KKLW/DESA
LESTARI
4. BELIA
5. KOSISWA
6. KHARIAH MASJID

TUMPUAN PROGRAM PPK/CDC

1. KURSUS
DIRANCANG 2018
2. KURSUS ‘IN HOUSE’
3. KAJIAN KES
4. KHIDMAT NASIHAT

Program yang dirangka melputi kursus jangka pendek, kursus in house, kajian kes, khidmat
nasihat juga program bicara ilmu, bicara profesional dan seminar. Pada tahun 2018
sebanyak 55 buah program telah dirangka dalam memperkasakan koperasi komuniti di
seluruh negara. Program ini meliputi kursus, program kesedaran berkoperasi serta khidmat
nasihat kepada komuniti koperasi. Secara keseluruhan kursus yang dijalankan mengikut
kategori peringkat asas, pertengahan dan peningkatan meliputi aspek perundangan, umum
dan pentadbiran koperasi.

8
Terdapat 6 buah kursus yang dijalankan oleh PPK seperti berikut:
i) Anggota Kekuatan Koperasi (umum)
ii) Kem Keusahawanan Koperasi (umum)
iii) Koperasi dari Perspektif Undang-Undang (Perundangan)
iv) Kepimpinan Superb Dalam Koperasi (pentadbiran)
v) Mengendalikan Pendidikan Anggota TOT (pentadbiran)
vi) Pentingnya Laporan Tahunan Koperasi (pentadbiran)

Kursus ini diharap dapat memberi pendedahan kepada koperasi komuniti tentang
keistimewaan berkoperasi serta pentingnya mengetahui pengurusan dan pentadbiran
koperasi dalam mencapai matlamat penubuhan koperasi serta manfaat berkoperasi kepada
anggota dan komuniti. Kelangsungan modal insan komuniti ini turut diberi penekanan
melalui kursus di pusat dan sektor MKM yang lebih menekankan kepada aspek teknikal dan
aplikasi perniagaan seterusnya menjana pendapatan koperasi dan komuniti.

Jadual 5: Program Latihan Pusat Pembangunan Komuniti (PPK) 2018


BIL. KURSUS HARI JUMLAH PERINGKAT

1 Anggota Kekuatan Koperasi 1 15 Asas


2 Pentingnya Laporan Tahunan Koperasi 1 7 Asas

3 Koperasi Dari Perspektif Undang-Undang 2 5 Asas

4 Khas Koperasi Baharu- Bersama Agensi 1 10 Asas

5 Kepimpinan Superb Dalam Koperasi 2 4 Asas

6 Kem Keusahawanan Koperasi 3 3 Asas

7 Bicara Ilmu 4 Asas


8 Bicara Profesional 1 Asas
9 Seminar 1 1 Pertengahan
10 Mengendalikan Pendidikan Anggota (TOT) 2 5 Peningkatan
Program PPK 55
11 Lestari Modal Insan Koperasi – 5
LMIK/Promosi 2018
JUMLAH 60

Selain itu, di bawah program bersama agensi pula, PPK telah melaksanakan kerjasama
strategik bersama agensi yang terlibat dalam mengurus dan menyelia koperasi. Ini termasuk
Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), Jabatan Perpaduan dan Integrasi Nasional

9
(Perpaduan), Institut Kemajuan Desa (INFRA) dan Lembaga Pembangunan Kedah (KEDA).
Lebih daripada 10 program telah pun dilaksanakan bersama agensi berkenaan dalam
meningkatkan jatidiri koperasi serta meningkatkan tadbir urus khususnya koperasi baharu.
Ini terbukti dengan PPK terlibat dalam program Pembangunan Koperasi Pra Desa Lestari
serta program Penjenamaan Koperasi Desa Lestari 2018 kepada 101 buah koperasi yang
terlibat. PPK juga terlibat dalam program membudayakan koperasi dikalangan rukun
tetangga diseluruh negara melalui MOU yang telah ditandatangani antara MKM dan
Perpaduan. Selain itu, program bimbingan serta khidmat nasihat juga dijalankan secara
berkala kepada koperasi sasaran khususnya dalam meningkatkan pengurusan dan
pentadbiran koperasi berkenaan. Ini termasuk khidmat nasihat kepada koperasi kariah
masjid, koperasi rukun tetangga, koperasi desa lestari dan koperasi KOSISWA agar
perjalanan bagi sesebuah koperasi dapat di urus tadbir dengan efisien mengikut peraturan
dan perundangan yang telah ditetapkan.

Kesimpulan
Penubuhan koperasi di dalam komuniti telah memberi manfaat khususnya kepada anggota
dan amnya masyarakat setempat mengikut komuniti di peringkat kejiranan satempat, belia,
rumah ibadat, OKU, wanita, ibu tunggal, petani, nelayan, pekerja dan sebagainya. Bagi
mencapai sasaran RM50 bilion menjelang 2020, pihak SKM telah membangunkan DKN
2011-2020 bagi membantu dalam memacu pertumbuhan koperasi yang lebih mampan,
berdaya saing dan holistik melalui enam bidang keberhasilan utama (NKEA). Aktiviti
ekonomi ini mampu memberi kesejahteraan dan kemakmuran kepada keseluruhan anggota
termasuk masyarakat seperti koperasi di negara-negara maju. Malah koperasi yang
menceburi aktiviti peruncitan dapat menangani isu kos sara hidup, kestabilan dalam
mendapatkan barangan keperluan serta barangan kawalan dan menikmati kadar harga
yang berpatutan daripada harga biasa. Justeru gerakan koperasi di dalam komuniti
hendaklah sentiasa menyesuaikan diri dan mengadaptasikan dasar dan polisis semasa agar
DKN2011-2020 dapat direalisasikan dalam aspek peningkatan sumbangan gerakan
koperasi dan menjadikan koperasi sebagai agen pemacu serta sektor ketiga penyumbang
kepada ekonomi negara.

10
Rujukan:

Dasar Koperasi Negara 2011-2020. (atas talian). Retrieved from world wide web
http://www.skm.gov.my

Mohd Syariefudi Abdullah, et all, Konsep Komuniti Dan Perkembangannya:Suatu Tinjauan


Kritikal Terhadap Penggunaannya, Journal of Social Sciences and Humanities, Vol.12, No3
(2017), 022 ISSN: 1823-884x.

Global 300. (atas talian). (atas talian). Retrieved from world wide web http:www.ica.coop

Hassan Ali. (2012, Mei 15) Koperasi penjana ekonomi komuniti. Kertas kerja dibentangkan
di Bicara Profesional Maktab Koperasi Malaysia Cawangan Utara. Perak: Taiping.

1K1K langkah awal keluar daripada kemiskinan. (atas talian). Retrieved from world wide
web http://ww.skm.gov.my

Masyarakat perlu ubah persepsi terhadap koperasi. (atas talian). Retrieved from world wide
web http://ww.skm.gov.my

Nelayan Kampng Kilim Kilim urus 80 bot pelancong melalui koperasi. (atas talian).
Retrieved from world wide web http://ww.skm.gov.my

Statistik perangkaan koperasi. (atas talian). Retrieved from world wide web
http://ww.skm.gov.my

Zulkifli Jalil, Hafizahril Hamid dan Sarah Nadlin Rahim. (2012, Julai 15). Penjana ekonomi
negara. Utusan Malaysia,7.

Mohd.Hasim.Abd Hamid (2015, Nov 17). Perkongsian Pengalaman Koperasi Dalam Aktiviti
Inap Desa. Kertas Kerja dibentangkan di Bicara Profesional: Maktab Koperasi Malaysia
Cawangan Sarawak.

Suriya.Charles.Buas (2015, Nov 17). Senario Industri Pelancongan Masa Kini: Potensi
Aktiviti Inap Desa (Homestay) dan Hotel Bajet . Kertas Kerja dibentangkan di Bicara
Profesional : Maktab Koperasi Malaysia Cawangan Sarawak Sibu.

Suruhanjaya Koperasi Malaysia. (2015). Sisipan Media: Berita Semasa

11