Anda di halaman 1dari 3

Pendekatan dan Teknik P&P Matematik Awal Kanak-kanak

Scaffolding
Aktiviti memancing ikan berdasarkan cabutan kad nombor
1. Guru membimbing kanak-kanak yang tidak tahu membilang.

Tunjuk cara
Aktiviti menguli doh untuk menghasilkan bentuk
1. Guru menunjukkan cara untuk menghasilkan bentuk (seperti bulat, segi
empat tepat, segi tiga, segi empat sama) dengan doh.
2. Guru meminta murid-murid untuk menghasilkan manusia dengan doh.
(Contoh: Muka-bulat, kaki-segi empat tepat, badan-segi tiga, tangan- bujur)

Penyoalan
Pengajaran waktu
1. Guru bertanyakan soalan kepada murid-murid prasekolah.
(Contoh: Kamu makan sarapan/makan tengah hari pada pukul berapa?
: Apakah makanan yang kamu makan pada waktu pagi/waktu
tengah hari?
: Apakah yang kamu buat pada waktu pagi/petang/malam?)

Belajar melalui Bermain


Mengutip bunga, daun, batu berdasarkan bilangan yang diminta oleh guru
1. Guru membahagikan murid-murid secara berkumpulan.
2. Guru menyatakan bahawa setiap kumpulan perlu mengutip 5 kuntum
bunga, 10 helai daun dan 6 biji batu.
3. Murid-murid akan bergerak secara berkumpulan untuk mengumpulkan
bahan-bahan yang dikehendaki.

Bertema
Tema Diri Saya
Membilang anggota badan
1. Guru meminta murid-murid untuk membilang bilangan mata, hidung, telinga,
jari, tangan.

Projek
Menanam pokok bunga
1. Murid-murid menjalankan projek menanam pokok bunga. (Contoh: 5 pokok
pisang, 10 pokok bunga raya, 3 pokok jambu, 20 pokok sawi, 15 pokok
mangga)

Penyelesaian Masalah
Operasi Tambah
1. Guru memberikan soalan Matematik operasi tambah kepada murid-murid.
(Contoh: 3+7=?)
2. Murid-murid menggunakan guli untuk menyelesaikan soalan. (Mula-mula
ambil 3 guli, kemudian tambahkan lagi 7 guli dan kira jumlah keseluruhan)

Inkuiri Penemuan
Pengajaran Bentuk
1. Guru mengajarkan bentuk segi empat sama, segi empat tepat, bulat, segi
tiga.
2. Guru meminta murid-murid untuk mencarikan 3 objek bagi setiap bentuk
yang telah diajar.
3. Murid-murid bergerak secara berkumpulan untuk mencari objek-objek di
sekitar bilik darjah.
Nyanyian
Pengajaran Nombor
1. Nyanyian lagu “Fingers Song” (1 little, 2 little, 3 little fingers......), sambil
membuat pergerakan kreatif.

Bersepadu
Nombor dan Pendidikan Seni
1. Guru meminta murid-murid bekerja secara berkumpulan untuk membuat
kolaj nombor menggunakan cebisan kertas warna dan gam.