Anda di halaman 1dari 3

Pemimpin Dan Organisasi

Pemimpin Dan Organisasi


Pengenalan
Kepimpinan adalah suatu taqlid dan tasyrif. Juga medan mehnah dan fitnah.

Dalam sebuah hadis riwayat Abu Hurairah radliyallaahu ‘anhu, Rasulullah ‫ ﷺ‬bersabda:

َ َ َ َ ٌّ َ َ ُ َ ْ ُ َ ْ ُ ُّ َّ َّ َ َ ْ َ ِّ ُ ‫ َس ْب َع ٌة ُيظ ُّل ُه ْم ه‬: ‫اَّلل َع َل ْيه َو َس هل َم‬ ‫َ َ َ ُ َ ه‬


ُ ‫اَّلل َص هَّل ه‬
‫ َو َر ُج ٌل‬،‫اب نشأ ِ يف ِع َباد ِة َ ِّرب ِه‬ ‫ وش‬،‫ ا ِإلمام الع ِادل‬،‫ يوم ال ِظل ِإال ِظله‬،‫ ِ يف ِظل ِه‬،‫اَّلل‬ ِ ِ ِ ‫قال رسول‬
ُ‫ال إ ِّن َأ َخاف‬ َ ‫ َف َق‬،‫ َو َج َمال‬،‫ات َم ْنصب‬ ُ َ ٌ َ َ ْ ُ ْ َ َ َ ٌ ُ َ َ ْ َ َ َ َّ َ َ َ ْ َ َ َ َ َ ْ ‫ه‬ َّ َ َ َ ُ ََ ْ ٌ ‫َْ ُ ه‬
‫قل ُبه ُم َعلق ِ يف المس‬
َ َ
‫ِ ي‬ ٍ ٍ ِ َ َ ‫ ورجل ط َلب َته امرأة ذ‬،‫ وت ُفرقا علي ِه‬،‫اجت َمعا علي ُ ِه‬ ،‫اَّلل‬
ِ ‫ ورجَل ِن تحابا ِ يف‬،‫اج ِد‬ ِ
َ ْ َ َ َ ‫ه َ َ َ ُ ٌ َ َ َّ َ َ ْ َ َ ََّ َ َ ْ َ َ ُ َ ْ ُ َ ُ ُ َ َ ُ ٌ َ ه‬
‫ (صحيح البخاري‬.‫ ففاضت َع ْيناه‬،‫اَّلل خ ِال ًيا‬ ‫ ورجل ذكر‬،‫ حّت ال تعلم ِشماله ما تن ِفق ي ِمينه‬،‫ ورجل تصدق أخف‬،‫)اَّلل‬

“Ada tujuh golongan manusia yang akan mendapat naungan Allah ‫ سبحانه وتعاىل‬pada hari yang tidak ada
naungan kecuali naungan-Nya[Q1]. (1) Pemimpin yang adil, (2) Seorang pemuda yang menyibukkan
dirinya dengan ibadah kepada Allah ‫سبحانه وتعاىل‬, (3) Seorang yang hatinya selalu terikat pada masjid, (4)
Dua orang yang saling mencintai kerana Allah ‫سبحانه وتعاىل‬, berkumpul dan berpisah kerana Allah juga,
(5) Seorang lelaki yang di ajak zina oleh wanita yang kaya dan cantik tapi ia menolaknya sambil berkata
‘Aku takut kepada Allah’, (6) Seseorang yang bersedekah dengan menyembuyikannya hingga tangan
kirinya tidak mengetahui apa yang diinfaqkan oleh tangan kanannya, serta (7) Seorang yang berzikir
kepada Allah di kala sendiri hingga meleleh air matanya[Q2] basah kerana menangis.” (Sahih Bukhari,
Hadis no 620)

Manusia adalah makhluk sosial. Sebagai manusia kita tidak mungkin dapat hidup seorang diri
tanpa sebarang interaksi atau pergaulan dengan orang lain. Hakikat ini mendesak manusia
untuk merancang kehidupan bersama, menggubal undang-undang dan peraturan dan yang
paling diperlukan ialah adanya segolongan manusia yang dikenali sebagai PEMIMPIN.

Kepimpinan seharusnya menjadikan kehidupan manusia lebih terurus, terancang dan maju
kehadapan. Dari satu sudut, kedudukan pemimpin dalam arus kehidupan masyarakat umpama
Komandan di dalam perbarisan tentera; ia menyatukan gerakan secara terancang dan harmoni.
Dari sudut yang lain, pemimpin umpama seorang ayah yang sentiasa peka kepada keperluan,
kecenderungan dan perkembangan jiwa anak-anaknya.

Kepimpinan adalah proses membentuk, mencorak dan mengarah manusia kearah objektif yang
ditentukan. Ianya adalah bagaimana kita mempengaruhi orang lain sehingga ia melakukan
sesuatu secara sukarela, mengikut piawaian dan kualiti yang melebihi kebiasaan yang mereka
lakukan.

1 | Abu Umar
Pemimpin Dan Organisasi

Siapakah Pemimpin?
1. Pemimpin adalah seseorang yang memiliki kemahiran untuk mengerakkan manusia
melakukan sesuatu yang mereka rasa tidak mampu untuk lakukannya.
2. Pemimpin menyatukan hati-hati manusia untuk tunduk dan patuh kepada kepentingan
bersama.
3. Kepimpinan dinilai daripada tingkahlaku dan perbuatannya, bukan kata-katanya.
4. Tidak semua orang layak menjadi pemimpin

Pemimpin yang baik adalah kunci kejayaan bagi suatu organisasi


Kepimpinan seringkali dihubungkan dengan kesatuan, teamwork atau kerjasama dalam
kumpulan. Tanpa kepimpinan yang baik suatu organisasi, kelab atau persatuan itu lemah dan
terpecah-pecah walaupun anggotanya nampak ‘ceria’ dan ‘bersatu hati’; senyum boleh dibuat-
buat dan sikap hipokrit boleh menyembunyikan segala masalah yang ada.

Pemimpin mengetahui bagaimana memanfaatkan fungsi dan kelebihan setiap anggotanya dan
tahu pula bagaimana untuk memberi motivasi agar mereka memberikan khidmat dan
komitmen yang terbaik. Pemimpin juga mahir dalam mengimbangkan keperluan individu dan
keperluan team atau kumpulan, seorang pemimpin begitu pasti ketika mana kepentingan
individu diberi keutamaan dan ketika mana sebaliknya; sehingga setiap anggota merasakan
dirinya sebagai kumpulan dan kumpulan itu sebagai dirinya.

Pemimpin cemerlang akan memastikan keupayaan dan kemahiran setiap anggota kumpulannya
meningkat dan semakin baik. Kesibukannya tidak menjadikannya lalai untuk duduk berkongsi
pandangan dan kemahiran serta memberikan semangat kepada anggotanya untuk
membangunkan diri dan keazaman untuk mencapai yang terbaik dalam kehidupan, samada
sebagai individu ataupun kumpulan.

Pemimpin cemerlang adalah GURU yang akan melahirkan lebih ramai pemimpin dan AYAH yang
sentiasa peka kepada cita dan harapan anggotanya serta PENGARAH yang memahami dengan
pasti setiap peranan dan watak anggotanya bagi mencapai matlamat yang dicitakan BERSAMA.

Dengan ini pemimpin adalah;

● Seorang yang memiliki wawasan yang jauh serta mampu membangunkan dan menjana
serta memotivasikan semangat dan komitment anggota untuk bergerak menuju
wawasan tersebut.
● Kerja-kerjanya sentiasa terfokus kepada isu-isu utama dan menyelesaikan setiap
masalah secara strategik; iaitu melihat kepada kepentingan dan implikasi jangka panjang
dengan mengambilkira keutamaan dan urgensi, melihat pokok pangkal masalah untuk

2 | Abu Umar
Pemimpin Dan Organisasi

membezakan antara punca dan simpton atau gejala penyakit, melihat setiap
permasalahan secara menyeluruh agar setiap masalah yang diselesaikan tidak
membuahkan masalah baru serta tidak sibuk dengan isu-isu yang tidak mendekatkan
organisasi yang dipimpinnya kepada matlamat awal yang ditentukan.
● Pemimpin melihat organisasi atau persatuan secara konseptual (big picture) atau
melihat secara keseluruhan dan seterusnya menggerakkan organisasi secara strategik
dan sistematik.
● Pemimpin tidak sibuk dengan perkara-perkara yang terlalu mendetail atau teknikal
sebaliknya ia memberi dorongan, ransangan dan bimbingan kepada orang bawahannya
untuk melakukan yang terbaik.
● Pemimpin sentiasa berfikiran terbuka. Boleh mendengar dan menerima pandangan
yang betul dan bermanfaat untuk organisasinya disetiap masa dan dimana sahaja serta
dari sesiapa sahaja. Ia tidak emotional ketika berdepan dengan kritikan dan pujian serta
mampu menilai setiap kritikan, komen dan pandangan secara rasional. Sikap begini
menjadikan anggotanya sentiasa bersedia dan selesa untuk memberi komen dan
pandangan.
● Seorang pemimpin sentiasa bersedia untuk berdepan dengan realiti bukan cuba lari
daripadanya. Ia melihat ujian dan tekanan sebagai cabaran serta halangan sebagai
peluang. Ia tidak mengenal erti putus asa dan kecewa. Ia adalah obor pembakar
semangat anggotanya dan contoh kepada keazaman dan perjuangan.
● Seorang pemimpin akan menjadikan dirinya sebagai contoh kepada setiap pandangan
dan arahannya, penterjemah kepada wawasan dan prinsipnya serta teladan kepada
setiap saranan dan nasihatnya.

Melahirkan pemimpin yang baik.


Pemimpin yang baik lahir dari proses pembinaan yang betul. Mungkin ada daripada kita yang
lahir dengan ciri-ciri kepimpinan namun ianya tidak lebih dari bahan mentah yang tidak
diproses. Untuk membangunkan pemimpin yang baik memerlukan proses yang berterusan yang
melibatkan pembelajaran kendiri, latihan, bimbingan dan rentetan pengalaman hidup yang
mematangkan dan mempertajamkan akal fikiran.

3 | Abu Umar