Anda di halaman 1dari 5

1. What is the OSH Policy as shown in DOSH Malaysia wed page.

Write your company OSH Policy. ( 8 Mark )


- Nyatakan polisi keselamatan dan kesihatan Malaysia seperti mana yang
diperuntukkan dalam Portal rasmi JKKP.
Pengenalan :
Adalah menjadi dasar jabatan keselamatan dan kesihatan pekerjaan untuk secara
berterusan mempertingkatkan kualiti produk, perkhidmatan serta prestasi keselamatan dan
kesihatan kakitangan disamping mereka yang berkaitan.
Pihak pengurusan dan kakitangannya akan sama-sama berusaha untuk mencegah sebarang
potensi ketidakakuran produk dan perkhidmatannya serta sebarang kemungkinan kecerderaan
dan penyakit dari insiden yang berlaku ditempat kerja.

Polisi / dasar keselamatan dan kesihatan Malaysia seperti yang diperuntukkan dalam portal
rasmi JKKP adalah seperti berikut :-
 Menyediakan dan menyelenggara suatu tempat dan sistem kerja yang berkualiti, selamat serta
sihat dari sebarang hazad dan risiko;
 Mempastikan bahawa semua kakitangan adalah diberi maklumat, arahan, latihan dan
penyeliaan berkenaan cara untuk menjalankan tugas dengan selamat dan tanpa risiko kepada
kesihatan;
 Menyiasat semua ketidakakuran produk dan perkhidmatannya, insiden, penyakit pekerjaan,
keracunan pekerjaan dan kejadian berbahaya serta mengambil langkah-langkah untuk
mempastikan ianya tersebut tidak berulang lagi;
 Mengenalpasti, mematuhi kehendak-kehendak pelanggan, perundangan dan lain-lain
keperluan seperti ditetapkan di dalam Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994,
peraturan-peraturannya dan tataamalan industri yang diluluskan;dan
 Mempromosikan dan mencapai objektif kualiti, keselamatan dan kesihatan pekerjaan, prosedur
kerja, peraturan-peraturan dan garispanduan-garispanduan keselamatan dan kesihatan
pekerjaan dikalangan pekerjanya di seluruh negara.
Untuk memastikan pelaksanaan dasar ini, sistem Pengurusan Kualiti, Keselamatan dan
Kesihatan Pekerjaan diwujudkan, dilaksanakan dan diselenggarakan di Jabatan ini.
Nyatakan polisi keselamtan dan kesihatan organisasi anda.

Polisi Keselamtan dan Kesihatan organisasi


Sebagai sebuah syarikat yang bertanggungjawab dalam memastikan kelacaran
pentadbiran dan pengurusan badan kerajaan seperti hospital, syarikat sedafiat mempunyai
polisi keselamatan dan kesihatan terhadap pekerjanya sendiri. Tujuan polisi ini adalah antara
lain memberi kemudahan bagi pekerja melaksanakan kerja serta menjadi panduan ketika
melaksanakan kerja-kerja di tempat kerja.

Polisi Keselamatan dan kesihatan dalam organisasi Sedafiat adalah menyediakan perkhidmatan
sokongan hospital bertekad untuk memastikan persekitaran kerja yang selamat dan sihat untuk
semua pekerjanya dan orang awam yang mungkin terdedah kepada aktiviti pekerjanya setakat
yang praktik, Pihak pengurusan dan pekerja akan sama-sama berusaha dan berkerjasama untuk
mencapai matlamat tersebut seperti:-

1.1.Mematuhi kehendak perundangan dan keperluan lain untuk keselamatan, kesihatan dan
persekitaran seperti dalam semua perundangan yang telah ditetapkan.
4.2 Menyedia dan menyenggarakan suatu tempat dan sistem kerja yang selamat dan sihat
di semua lokasi perkhidmatan sokongan hospital di negeri Sabah.
4.3 Menyediakan prosedur kerja selamat di setiap seksyen serta memberi maklumat, arahan
dan latihan berkenaan cara untuk menjalankan tugas dengan selamat.
4.4 Komited untuk mengelakan kecederaan dan penyakit melalui kesedaran dan latihan.
4.5 Komited kepada perlindungan alam sekitar termasuk pencegahan pencemaran melalui
Pengurusan Tenaga dan Program 3R.
4.6 Penambahbaikan berterusan Sistem Keselamatan, Kesihatan dan Persekitaran dan
meningkatkan prestasi.
4.7 Mengkaji semula dasar ini sekiranya perlu.

Dasar ini diwartakan untuk pengetahuan semua pekerja dan lain-lain pihak yang berkaitan
demi merealisasikan kehendak, objektif dan sasaran. Sedafiat Sdn Bhd mengiktiraf setiap
pekerja yang bertanggungjawab dan mematuhi semua peraturan dan perundangan yang
berkaitan dengan keselamatan, kesihatan pekerjaan dan alam sekitar.
2. Brief The OSH Saftey Committee structure and duty as Per OSHA 1994. ( 8 Mark )
- Nyatakan mengenai fungsi JKKK dan cara-cara penubuhan JKKK berdasarkan
peruntukan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerja 1994 di organisasi.
PENGENALAN :-
Falsafah dan konsep Akta Keselamatan dan Kesehatan Pekerja 1994 adalah memastikan
bahawa tangungjawab memastikan keselamatan dan kesihatan di tempat kerja terletak di atas
mereka yang bekerja dengan bahaya tersebut (pekerja) dan mereka yang mengujudkan bahaya
tersebut (majikan)
Akta Undang-Undang Malaysia Akta Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan 1994 Bertujuan
untuk memastikan keselamatan , kesihatan dan kebajikan orang-orang yang sedang bekerja.
Untuk melindungi orang-orang di tempat kerja (selain daripada orang -orang yang sedang
bekerja). Untuk mengalakkan suatu persekitaran pekerjaan yang bersesuaian dengan fisiologi
dan psikologi orang-orang yang sedang bekerja. Untuk mengadakan suatu sistem perundangan
yang berasas kepada peraturan-peraturan dan tata amalan industri disamping peruntukan Akta.
Fungsi-fungsi utama JKKK
Fungsi- Fungsu utam JKKK dalam Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerja 1994 adalah
seperti berikut :
1. Membantu di dalam penyediaan langkah-langkah keselamatan dan kesihatan serta
sistem kerja selamat
2. Menjalankan pemeriksaan
3. Menjalankan siasatan kemalangan dan aduan
4. Mengkaji semula polisi keselamatan dan kesihatan di tempat kerja þ Membantu
menganjurkan program galakan dan pendidikan
Selain itu, JKKK juga berperanan untuk :
- Membantu dalam pembuatan kaedah-kaedah keselamatan dan kesihatan dan sistem
kerja selamat.
- Menjalankan kajian tentang trend kemalangan, kemalangan nyaris, kejadian
berbahaya, keracunan pekerjaan atau penyakit pekerjaan yang berlaku di tempat
kerja.
- Melaporkan kepada majikan apa-apa keadaan atau amalan yang tidak selamat atau
tidak sihat di tempat kerja bersama-sama dengan cadangan untuk tindakan
pembaikan.
- Mengkaji semula dasar keselamatan dan kesihatan di tempat kerja dan membuat
cadangan kepada majikan bagi apa-apa penyemakan dasar itu.
Cara-cara penubuhan JKKK berdasarkan peruntukan Akta Keselamatan dan
Kesihatan Pekerja 1994.

Pengenalan
Satu lagi pertambahan kepada peruntukan yang terkandung di dalam Akta
Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 514 , 1994 (AKKP, 1994) ialah mengenai
keselamatan dan kesihatan di tempat kerja terdapatnya peruntukan penubuhan
jawatankuasa keselamatan dan kesihatan di tempat kerja. Peruntukan ini dinyatakan
di dalam seksyen 30 dan 31 akkp, 1994. Seksyen ini jelas mewajibkan majikan di
suatu tempat kerja yang mempunyai 40 orang pekerja atau lebih atau jika di arah
oleh Ketua Pengarah Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan untuk
menubuhkan Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan di tempat kerjanya yang
dianggotai oleh wakil pengurusan dan wakil pekerja.
Keanggotaan jawatankuasa keselamatan dan kesihatan pekerjaan
JKK yang tubuhkan oleh majikan dengan tujuan mengujudkan usahasama kerja di
antara majikan dengan pekerjanya daripada pelbagai peringkat pekerjaan.
Keanggotaan JKK ini hendaklah melambangkan sumbangan bersama daripada
kedua-dua belah pihak. Sebuah JKK hendaklah terdiri daripada:
a) Seorang pengerusi
b) Seorang setiausaha
c) Wakil pihak majikan
d) Wakil pekerja

3. Write all OSH activity and program which your company has conducted. ( 8 Mark )
- Berikan aktiviti-aktiviti atau program keselamatan dan Kesihatan yang dijalankan
di organisasi anda.

4. Explain the duty and responsibility of safety & Helath Officer and industries that
require SHO under OSHA 1994. ( 8 Mark )
- Nyatakan fungsi seorang Peegawai Keselamatan dan Kesihatan (SHO) dan
industry yang wajib melantik SHO berdasarkan peruntukan Akta Keselamatan dan
kesihatan pekerja 1994.
5. Name all six regulation in OSHA 1994 and explain basic function of each regulation.
( 8 Mark )
- Namakan enam regulasi yang terkandung di dalam AKKP 1994 dan berikan
penerangan setiap regulasi.