Anda di halaman 1dari 5

SJK (T) DESA CEMERLANG

81800 ULU TIRAM, JOHOR


KERTAS KERJA

KEM KEPIMPINAN UNIT HEM SJK (TAMIL) DESA CEMERLANG

TARIKH :
15 OGOS 2015

TEMPAT :
SJK (T) DESA CEMERLANG
81800 ULU TIRAM, JOHOR
1.0 PENGENALAN

Program ini merupakan satu aktiviti yang dianjurkan oleh Unit HEM SJK (T) Desa
Cemerlang. Program ini melibatkan semua pengawas sekolah, ketua darjah dan
penolong ketua darjah Tahun 3 hingga Tahun 6. Tujuan utama penganjuran
kursus ini ialah untuk memberi pendedahan cara membantu pengendalian tugas
yang pelbagai kepada pelajar sebagai panduan dan bekalan untuk menghadapi
cabaran memikul tugas dan tanggungjawab sebagai seorang pemimpin. Oleh
yang demikian, program ini khususnya dirancang untuk meningkatkan kemahiran
dalam kepimpinan, pengetahuan dan menambah pengalaman serta
memantapkan pelajar. Program ini juga dirancang untuk memberi ruang dan
peluang kepada para peserta untuk berkongsi pengalaman sesama jurulatih dan
pihak – pihak luar dalam memantapkan lagi profesionalisme mereka. Semoga
usaha ini akan memberi manfaat dan hasil kejayaan yang cemerlang dalam
menjalankan tugas murni mereka dari masa ke semasa demi mengharumkan
nama sekolah.

2.0 TUJUAN

Kertas kerja ini dimajukan untuk makluman, serta kelulusan daripada pihak SJK
(T) Desa Cemerlang mengenai penganjuran Kem Kepimpinan Peringkat Sekolah.

3.0 TEMA

“Pelajar Inovatif Melonjakkan Transformasi Kepimpinan Negara”


4.0 OBJEKTIF PROGRAM

Setelah berakhirnya kursus ini, diharapkan para peserta dapat:


4.1 Mengenal diri sendiri sebagai seorang pengawas dan mengenali kawan-
kawan.
4.2 Memanfaatkan persahabatan untuk menambahkan ilmu pengetahuan.
4.3 Memahami dan mampu mengendalikan perbincangan secara yang betul.
4.4 Mewujudkan kumpulan pemimpin yang bekerja di dalam satu pasukan.
4.5 Meyakinkan diri sendiri, khususnya apabila bercakap di hadapan
khalayak.
4.6 Memahami tugas yang diamanahkan dan bertindak secara bijak.
4.7 Mengetahui bahawa tugas mereka sangat penting dan diperlukan oleh
pihak sekolah.
4.8 Menyedari bahawa mereka adalah pemimpin kecil di sekolah.

5.0 MASA, TARIKH & TEMPAT


Tarikh : 15 Ogos 2015
Masa : 8.00 pagi – 1.00 petang
Tempat : Dewan SJK (T) Desa Cemerlang.

6.0 SASARAN

70 orang murid termasuk Pengawas Sekolah, Ketua Darjah dan Penolong Ketua
Darjah SJK (T) Desa Cemerlang, Ulu Tiram, Johor.

7.0 KANDUNGAN PROGRAM

Ceramah Kepimpinan
Menerangkan erti sebenar kepimpinan dan menjadikan murid tahu tanggungjawab
mereka di sekolah sebagai seorang pemimpin.
Latihan Dalam Kumpulan (LDK)
Menggalakkan murid tampil ke hadapan dan meningkatkan keyakinan diri murid
dengan menceritakan idea mereka dan berkongsi dengan rakan – rakan. LDK juga
membantu murid untuk menerapkan kerjasama antara satu sama lain dan
perasaan saling hormat menghormati antara satu sama lain.

Muhasabah Diri
Membantu murid merenung kembali kelebihan dan kelemahan diri mereka.
kelebihan yang ada dalam diri akan dijadikan sebagai batu loncatan untuk terus
berjaya dan yakin dengan kebolehan diri. Kelemahan yang ada dalam diri perlu
diatasi dengan cara yang positif dan bukan hanya mengalah begitu sahaja.

8.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

NO. PERKARA ANGGARAN JUMLAH ( RM )

1. Makanan dan Minuman (70 Pelajar + 10 Guru + 410.00


2 Fasilitator) x RM 5

2. Cenderahati Fasilitator (2 orang x RM50) 100.00

JUMLAH : RM 510.00

12.0 PENUTUP

Amatlah diharapkan agar program ini dapat memberi pengetahuan dan semangat
baru kepada peserta dalam melaksanakan tugas sebagai Pemimpin SJK (T) Desa
Cemerlang. Menyedari pentingnya keterampilan dan keunggulan pemimpin
umumnya, serta membentuk sahsiah diri yang mantap dalam kalangan pelajar
SJK (T) Desa Cemerlang, diharapkan kem ini akan memudahkan dan boleh
membantu para peserta dalam menjalankan tugasnya dengan dedikasi dan
sempurna. Program ini juga diharapkan dapat mencapai objektifnya dan memberi
manfaat serta kesan positif kepada semua peserta sebagai bekalan dalam
melengkapkan diri untuk menempuh permasalahan pelajar di sekolah yang
semakin mencabar.

Sekian, Terima kasih.

Disediakan oleh:

………………………...............……….......
(EN. R. SIVA)
Guru Pengawas,
Unit HEM SJK (T) Desa Cemerlang

Disemak oleh:

....................................................................
(PN. A. KALAIMAGAL)
GPK HAL EHWAL MURID,
SJK (T) Desa Cemerlang

Disahkan oleh:

..........................................................................
(PN. S. SANTHAKUMARI)
Guru Besar,
SJK (T) Desa Cemerlang

Anda mungkin juga menyukai