Anda di halaman 1dari 1

Karangan Fakta

Keceriaan kelas sangat penting kepada murid sekolah.

Tulis karangan tentang cara-cara menceriakan kelas.

________________________________________________________________________

Menjaga keceriaan kelas adalah menjadi tanggungjawab semua murid. Kelas yang ceria akan
menyebabkan murid berasa seronok dan selesa untuk belajar. Pelbagai cara dapat kita lakukan untuk
menjaga kebersihan kelas.

Antara cara untuk kita menceriakan kelas adalah kita mestilah membuang sampah sarap ke dalam bakul
sampah. Jika tidak sampah sarap akan bertaburan di atas lantai dan menyebabkan murid-murid tidak
selesa untuk belajar.

Selain itu, meja dan kerusi hendaklah disusun dengan teratur dan menarik. Jika tidak disusun kemas
kelas akan menjadi tidak menarik. Hal Ini juga menyukarkan murid-murid dan guru untuk bergerak.

Di samping itu, tingkap kelas juga perlu dibersihkan setiap hari. Murid boleh menggunakan kain atau
penggosok habuk untuk membersihkan tingkap. Kelas akan kelihatan ceria dan menarik jika tingkap
sentiasa bersih.

Akhir sekali, kita boleh menceriakan kelas dengan menampal hasil kerja murid. Hasil kerja murid yang
kemas dan cantik terutamanya lukisan di papan kenyatan kelas. Bahan-bahan ini menambahkan lagi
keceriaan kelas.

kesimpulannya, diharap setiap murid dapat menjaga kebersihan dan keceriaan kelas. Kelas yang ceria
akan mewujudkan perasaan yang seronok dan gembira semasa murid berada dalam kelas.
Tanggungjawab ini akan mendisiplinkan murid-murid tentang kebersihan dan kecerian kelas dan
sekolah.