Anda di halaman 1dari 2

Lampiran C

BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah: SMK LA SALLE PETALING JAYA Kod Sekolah: BEB8654

1. Nama Guru FAZILAH FADZIR


2. Judul Falsafah dan Pendidikan di 3. Bidang: Pendidikan
Malaysia
4. Pengarang Mok Soon Sang 5. Muka Surat: 434

6. Terbitan Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.


7. Sinopsis :
Buku falsafah dan pendidikan di Malaysia ini adalah sebuah buku yang ditulis sebagai buku
rujukan untuk para pendidik amnya, dan pelajar-pelajar yang sedang mengikuti kursus di IPG
dan IPTA. Buku ini mengandungi sebanyak 15 bab dan merangkumi 6 bidang ilmu pengajian
pendidika yang utama. Di samping itu, konsep Standard Guru Malaysia (SGM) diperkenalkan
dalam bab 14 bertujuan untuk membolehkan para pendidik menghayati hasrat dan usaha
Kementerian Pelajaran menyediakan keperluan infrastruktur dan infostruktur untuk melatih
guru-guru yang berkualiti, demi melahirkan modal insan kelas pertama. Maka, buku ini sesuai
digunakan sebagai rujukan utama oleh semua golongan pendidik amnya.

8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran


Di dalam buku ini, terkandung pelbagai bab yang boleh membantu guru untuk meningkatkan
ilmu dan mencambahkan idea tentang PdP masa kini dan membantu para guru memahami
pelajar serta menggunakan teknik yang disyorkan di dalam buku ini. Terdapat pelbagai model
dan pemahaman tentang kurikulum yang boleh difahami bagi membantu guru meningkatkan
lagi kefahaman mengenai kurikulum sekolah. Di dalam buku ini juga terdapat bab berkaitan
modal insan dan kerja guru sebagai ibadah yang memberikan refleksi dan motivasi yang baik
buat guru untuk sentiasa menanggap kerja sebagai guru ini bukanlah suatu beban bahkan
suatu tanggungjawab besar yang perlu digalas dalam memartabatkan anak bangsa sebagai
sebuah generasi pemangkin kepada pembangunan dan kemajuan negara. Acapkali tugas atau
kerja guru ini dipandang remeh oleh sesetengah masyarakat atau individu yang menganggap
kerja guru ini suatu kerja yang mudah dan tidak mempunyai beban sedangkan tanggapan
mereka itu jelas-jelas adalah silap.
9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P
Buku ini dapat membantu para guru melalui pelbagai kaedah dan pengaplikasian yang berguna
dalam membantu guru memantapkan lagi aktiviti PdP dalam bilik darjah. buku ini bukan sahaja
membantu guru memahami kurikulum bahkan membantu guru untuk mengaplikasikan kaedah
membentuk rohani dan jasmani para pelajar dengan cara guru bertindak sebagai pembentuk
modal insan. Selain itu, buku ini juga membantu guru memahami isu dan perkembangan
pendidikan masa kini yang sentiada berubah-ubah mengikut keperluan semasa.

10 Kesimpulan
Secara keseluruhannya, buku ini membantu para pendidik untuk mempraktikkan segala aktiviti
kurikulum dengan baik di samping memberi motivasi kepada guru tentang kelebihan seorang
guru atau pendidik kepada kecemerlangan pelajar sehingga pelajar tersebut benar-benar
mencapai kejayaan.
.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

........................................................ ........................................................
(FAZILAH FADZIR ) ( )

Anda mungkin juga menyukai