Anda di halaman 1dari 4

Contoh Jawapan Novel : JUSTERU IMPIAN DI JARING

JAWAPAN BAGI SOALAN NOVEL JUSTERU IMPIAN DI JARING


 Persoalan
 Watak dan perwatakan watak utama (Syahir)
 Watak dan perwatakan antagonis (Engku Aiman)
 Latar tempat
 Latar Masa
 Latar Masyarakat

PERSOALAN

Berdasarkan novel yang saya kaji semasa di Tingkatan 3, berjudul Justeru


Impian Di Jaring karya Zaid Akhtar, terdapat beberapa persoalan yang dapat saya
pelajari.

Persoalan yang terdapat dalam novel ini ialah persoalan kasih sayang seorang
anak terhadap ibu. Contohnya, Syahir kerap pulang ke rumah keluarganya di Bandar
Baru Bangi apabila tiada latihan badminton. Dia juga sanggup menemani emaknya
ke Seremban untuk pergi ke rumah Mak Usu Sapiah. Sebelum berangkat ke Jakarta,
Syahir sempat melawat ibunya yang terlantar sakit di hospital untuk meminta restu.

Selain itu, persoalan tentang kesabaran dalam menghadapi cabaran.


Contohnya, Haji Marzuki sabar mengharungi cabaran semasa bertugas dengan
PBSM. Komitmennya dalam melatih barisan pemain perseorangan negara tetap
berada pada tahap maksimum. Sebagai contoh, Haji Marzuki sanggup
mempertaruhkan jawatannya sebagai jurulatih untuk memastikan Syahir layak ke
Jakarta dengan syarat, Syahir akan berjaya menjadi juara.

Akhir sekali, pendirian yang teguh dalam melakukan sesuatu. Contohnya,


Syahir tetap dengan pendiriannya untuk berpakaian menutup aurat semasa bermain
badminton. Walaupun dia menerima kritikan daripada sesetengah pihak yang
melabelkannya sebagai muslim konservatif dan ‘kepala batu dari hulu’. Namun Syahir
tetap berpegang pada prinsipnya itu.

WATAK DAN PERWATAKAN SYAHIR

Berdasarkan novel yang telah saya kaji semasa di tingkatan 3 iaitu Justeru
Impian Di Jaring yang dikarang oleh Zaid Akhtar, terdapat beberapa perwatakan yang
ditonjolkan oleh watak utama iaitu Syahir.

Antara perwatakan Syahir yang amat saya kagumi ialah dia merupakan
seorang yang penyabar. Sebagai contoh, tindakan Syed Amiri yang mengejeknya
sebagai ‘Ustaz selebriti’ dan mempertikaikan kemampuannya untuk menyertai
kejohanan antarabangsa di Jakarta telah dihadapinya dengan hati yang sabar.
Peristiwa ini jelas membuktikan bahawa Syahir merupakan seorang yang penyabar.

Di samping itu, perwatakan yang ditunjukkan oleh Syahir ialah dia merupakan
seorang yang penyayang. Dalam novel ini, sifat penyayang Syahir jelas terbukti
apabila dia pulang ke Bandar Baru Bangi semata-mata untuk menjenguk emaknya
walaupun tempat kediamannya terletak agak jauh. Syahir juga melawat emaknya
yang menghidap penyakit strok di hospital sebelum dia berangkat ke Jakarta.
Peristiwa ini dapat membuktikan sifat penyayang dalam diri Syahir.

Akhir sekali, Syahir juga merupakan seorang yang taat akan pesanan. Sebagai
tamsilan, Syahir sentiasa ingat akan pesanan arwah ayahnya yang mengharapkan
agar Syahir mengharumkan nama negara, memberikan sumbangan kepada bangsa
dan negara, serta memelihara syariat Islam dalam sukan. Izharlah, Syahir merupakan
seorang yang taat akan pesanan.

WATAK DAN PERWATAKAN WATAK ANTAGONIS

Berdasarkan novel yang telah saya kaji semasa di tingkatan 3 yang berjudul
Justeru Impian Di Jaring karya Zaid Akhtar, terdapat tiga contoh peristiwa yang
membuktikan Engku Aiman sebagai seorang antagonis.

Antara sikap antagonis yang dipamerkan oleh Engku Aiman ialah sikap pilih
kasih. Contohnya, beliau sering mencemuh Syahir dan memuji-muji Syed Amiri yang
dianggap sebagai anak emas. Syed Amiri, anak didiknya sering dijulang sebagai
pemain yang paling meningkat pretasinya kebelakangan ini berbanding dengan
pemain-pemain lain. Beliau juga hanya memberikan kata nasihat dan bimbingan
kepada Syed Amiri walhal Syahir juga merupakan atlet Skuad Malaysia yang berada
di bawah pemantauannya.

Selain itu, Engku Aiman juga seorang yang memandang rendah akan
keupayaan orang lain. Misalnya, beliau mengatakan bahawa Syahir seorang pemain
yang lembab, kelam-kabut, mudah terikut-ikut dan sebagainya. Engku Aiman
menyindir Syahir bahawa ranking dunia tidak menjamin prestasi pada kejohanan
Piala Liga dan Piala Antarabangsa dahulu. Tindakan Engku Aiman mengukit-ungkit
kekalahan Syahir kepada pemain China suatu masa dahulu menzahirkan sikapnya
yang sebenar terhadap Syahir.

Akhir sekali, Engku Aiman juga merupakan seorang yang mengambil


kesempatan. Dengan ketidakhadiran Haji Marzuki ke sesi latihan, hal ini membuka
peluang Engku Aiman untuk menyindir Syahir. Engku Aiman mengkritik permainan
Syahir dengan kata-kata yang menyakitkan hati Syahir. Namun begitu, Syahir masih
dapat bersabar. Engku Aiman sengaja memalukan dan melemahkan diri Syahir di
hadapan Doktor Asyraf. Engku Aiman sering memuji Syed Amiri menyebabkan
hatinya bertambah sakit sedangkan sebelum ini Engku Aiman tidak bersikap
sedemikian semasa berada bersama Haji Marzuki.

LATAR TEMPAT

Berdasarkan novel Justeru Impian Di Jaring karya Zaid Akhtar yang saya kaji
di tingkatan 3, terdapat beberpa latar tempat yang berlaku dalam novel ini.

Antaranya, rumah keluarga Syahir di Bandar Baru Bangi. Sebagai contoh,


emak dan Syahir berbual-bual tentang masa depannya dalam dunia badminton
semasa berada di rumah mereka. Emaknya juga berpesan agar Syahir sentiasa
mengingati amanat ayahnya supaya menutup aurat.

Seterusnya, gelanggang latihan badminton. Contohnya, Skuad Badminton


Kebangsaan menjalani latihan di bawah kendalian Haji Marzuki, Engku Aiman dan
Mas Suparman sebagai persediaan awal sebelum kejohanan Terbuka Johor dan
kejohanan Antarbangsa di Jakarta, Indonesia.

Akhir sekali, Stadium Istana Senayan. Sebagai contoh, gelanggang pertemuan


dalam Kejohanan Badminton Antarabangsa di Jakarta. Di sinilah Syahir telah melakar
sejarah dengan mencipta nama sebagai juara dunia apabila dia berjaya
menumbangkan Andri Minarwan dari Indonesia.

LATAR MASA

Berdasarkan novel yang telah saya kaji di tingkatan 3 iaitu Justeru Impian Di
Jaring karya Zaid Akhtar, terdapat pelbagai latar masa yang dapat kita pelajari dalam
novel ini.

Antaranya, latar masa waktu pagi. Contohnya, pada waktu pagi sesi latihan
badminton dijalankan seperti biasa. Para pemain telah melakukan aktiviti
memanaskan badan dan regangan. Pada masa itu, Syed Amiri sempat menyindir
tentang kelayakan Syahir untuk menyertai Kejohanan Badminton Antarabangsa di
Jakarta.
Selain itu, terdapat juga latar masa pada pukul 8.30 pagi. Sebagai contoh,
Syahir dan Bernard meneruskan latihan di bawah bimbingan Haji Marzuki. Kemudian,
Haji Marzuki menyampaikan berita yang kurang baik iaitu Syahir akan bertemu
dengan Syed Amiri pada kejohanan Terbuka Johor.

Akhir sekali, novel ini menunjukkan latar masa pada pukul 11 malam.
Contohnya, pada pukul 11 malam, Wan Najlah memberanikan diri untuk menelefon
Syahir bagi meminta maaf atas sikapnya yang terlalu emosional terhadap Syahir.
Wan Najlah juga menyampaikan hasratnya untuk menutup aurat.

LATAR MASYARAKAT

Novel yang saya kaji semasa di tingkatan 3 iaitu novel Justeru Impian Di Jaring
karya Zaid Akhtar. Terdapat beberapa latar masyarkat yang boleh didapati dalam
novel ini.

Latar masyarakat yang pertama ialah masyarakat yang sentiasa ingat akan
pesanan. Contohnya, Syahir sentiasa mengingati pesanan arwah ayahnya agar
memberikan sumbangan kepada bangsa dan negara. Selain itu, arwah ayahnya juga
berpesan agar Syahir sentiasa memelihara syariat Islam dalam bersukan. Oleh hal
yang demikian, Syahir merupakan satu-satunya pemain lelaki yang menutup aurat di
gelanggang sehingga kini.

Latar masyarakat yang seterusnya ialah masyarakat yang bersikap pilih kasih.
Sebagai contoh, Engku Aiman sering menyebelahi Syed Amiri yang dianggap sebagai
anak emas dalam apa-apa jua tindakan. Hal ini juga jelas memaparkan bahawa
Engku Aiman bersikap pilih kasih kerana beliau sering mengkritik Syahir semasa
Syahir sedang berlatih.

Latar masyarakat yang terakhir ialah masyarakat yang tidak mudah berputus
asa. Misalnya, Syahir tetap meneruskan latihan rutin sebagai pemain badminton
walaupun telah tersingkir daripada senarai nama skuad kebangsaan yang akan
menyertai Kejohanan Badminton Antarabangsa di Jakarta. Selain itu, Syahir juga
tabah meneruskan latihan walaupun sering diejek dan disindir oleh Syed Amiri.