Anda di halaman 1dari 4

SKRIP PENGACARA MAJLIS - JAMUAN AKHIR TAHUN

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.

Yang Dihormati En. Arfan bin Zulkefli, Guru Besar SK Kampung Tenang

En. Abdul Kadir bin Hashim, PGB Pentadbiran

En. Norazli bin Abdullah PGB Hal Ehwal Murid

En. Kamarul Hairi bin Komeng PGB Kokurikulum

Yang Berusaha Pn. Suzana binti Ibrahim Guru Kelas Tahun 6

Guru-guru, staf sokongan dan pekerja swasta serta rakan-rakan yang dikasihi sekalian.

Alhamdulillah, marilah kita sama-sama memanjatkan syukur ke hadrat ilahi kerana dengan
limpah kurniaNya, maka kita diberikan luangan waktu untuk kita sama-sama berkumpul di kelas
Tahun 3 ini untuk majlis Jamuan Akhir Tahun bagi murid Tahun 6 2018.

Anak monyet anak kera


Anak singa bernama Tahim
Sambil berkumpul beramah mesra
Mempereratkan lagi silaturrahim,

Tujuan majlis ini diadakan bukan sahaja untuk majlis makan-makan tetapi ia juga untuk
meraikan murid-murid tahun 6 yang akan menamatkan persekolahan mereka di sini sebelum
melangkah ke alam menengah.
(2)
Hadirin yang dimuliakan,

Kalau pergi ke tanjung keramat


Anak manis jangan diangkat
Bersam kita memohon rahmat
Moga majlis mendapat berkat
Sebelum kita menjamu selera, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan
_______________________________ untuk memimpin bacaan doa. Dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada _____________________________ atas bacaan doa itu


tadi.

PULAU PANDAN JAUH KE TENGAH


GUNUNG DAIK BERCABANG TIGA
DOA SUDAH UCAPANPUN SUDAH
TIBA MASA MENJAMU SELERA

SORONG PAPAN TARIK PAPAN


BUAH KERANJI DALAM PERAHU
SURUH MAKAN KITA MAKAN
JANGANLAH SEGAN JANGANLAH MALU

Hadirin sekalian dijemput untuk menjamu selera. Dipersilakan

**************************************************************
(3)
Hadirin yang dimuliakan,
Selepas kita menjamu selera dengan hidangan yang enak dan menyelerakan, kita ke acara
selanjutnya.

Memulakan bingkisan ucapan, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Muhammad


Afif Izzuddin bin Ismail selaku wakil murid untuk menyampaikan ucapan.
********
Terima kasih diucapkan kepada Muhammad Afif Izzuddin bin Ismail

Hadirin hadirat yang dihormati sekalian,

Majlis ini diteruskan lagi dengan menjemput ______________________________________


sebagai wakil guru untuk menyampaikan sepatah dua kata. Majlis dengan segala hormatnya
mempersilakan .

Terima kasih diucapkan kepada ________________________________ atas ucapan beliau


tadi.

Berikutnya, majlis dengan segala hormat dan sukacitanya mempersilakan yang dihormati En.
Arfan bin Zulkefli, Tuan Guru Besar SK Kampung Tenang untuk menyampaikan bingkisan kata.
Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada Tuan Guru Besar atas kesudian beliau menyampaikan ucapan.

Aturcara seterusnya adalah penyampaian hadiah untuk pertandingan yang telah dijlaksanakan
di dalam aktiviti pasca UPSR.

Untuk itu dijemput Tuan Guru Besar untuk menyampaikan hadiah kepada pemenang-
pemenang .
Bagi acara individu iaitu
- Pertandingan SUDOKU dimenangi oleh Nurr`Eizzah binti Mohammad Zambree.
- Pertandingan Dam Ular dimenangi oleh :
_Muhammad Asyraff bin Aris.
Muhammad Afif Izzudddin bin Ismail
Nur Isya Najiha binti Zanil.
Bagi Pertandingan Sahibba pemenangnya adalah Nurr` Eizzah bt Mohammad
Zambree
Manakala bagi kategori berkumpulan iaitu Pertandingan Congkak, Karom dan Puzzle.
Setelah di campur semua markah.
Tempat Pertama di menangi oleh Kumpulan 1. Dijemput ketua kump ulan untuk menerima
hadiah.
Tempat Kedua dimennagi oleh Kumpulan 3. Dan
Tempat Ketiga dimenangi oleh kumpulan 2.
Acara seterusnya adalah penyampaian cenderamata kepada murid-murid Tahun 6. Dijemput
guru kelas PN. Suzana bt Ibrahim untuk menyampaikan cenderamata kepada murid-murid.
Dipersilakan.

Sampailah kita ke puncak majlis iaitu majlis penyampaian cenderamata kepada guru-guru yang
dikasihi sekalian.

Dijemput rakan-rakan bangun untuk menyampaikan cenderamata kepada mentor masing-


masing.

Dengan penyampaian cenderamata itu tadi maka berakhirlah majlis kita pada hari ini.

Gugur mengunig buah kuini


Menghijau pohon subur dibaja
Majlis kita berakhir di sini
Sebarang kelemahan harap dimaafi

Sekian. Terima kasih