Jelajahi eBook
Kategori
Jelajahi Buku audio
Kategori
Jelajahi Majalah
Kategori
Jelajahi Dokumen
Kategori
KERTAS KERJA
PERKHEMAHAN TAHUNAN
BADAN BERUNIFORM
2012
TEMPAT
SEKOLAH KEBANGSAAN TANJUNG KERAMAT
TARIKH
28 & 29 APRIL 2012
1.0 PENDAHULUAN
Perkhemahan Tahunan ini adalah salah satu aktiviti kokurikulum yang dianjurkan oleh
Sekolah Kebangsaan Tanjung Keramat, Kuala Selangor. Program ini akan disertai oleh
ahli – ahli setiap badan-badan unit beruniform Sekolah Kebangsaan Tanjung Keramat,
Kuala Selangor. Aktiviti ini dilaksanakan selaras dengan kehendak Kementerian
Pendidikan Malaysia yang ingin mewujudkan modal insan yang seimbang dari segi
intelek, rohani, emosi dan jasmani melalui penyertaan dalam bidang kokurikulum.
Seseorang murid itu wajib menyertai aktiviti kokurikulum untuk menyeimbangkan tahap
sosial mereka dalam melangkah ke alam kehidupan yang lebih mencabar. Pengalaman
yang ditimba melalui aktiviti perkhemahan ini diharap dapat menyerlahkan potensi
individu agar dapat dijadikan bekalan oleh mereka apabila menempuhi alam
kedewasaan kelak.
2.0 MATLAMAT
Matlamat program ini adalah untuk memberi pendekatan berkaitan kepimpinan dan
disiplin yang perlu ada dalam setiap pelajar. Ia bertujuan untuk meningkatkan keyakinan
diri serta menguji ketahanan fizikal dan mental setiap peserta. Pelbagai aktiviti disusun
dalam program ini agar sifat kepimpinan dalam diri peserta dapat ditonjolkan dan dapat
diaplikasi dalam menempuh cabaran yang mendatang. Program ini juga diselitkan
dengan aktiviti kerohanian untuk membina keyakinan diri dan mengukuhkan rohani
agar dapat membentuk modal insan yang seimbang selaras dengan pembangunan
negara yang mampan.
3.0 OBJEKTIF
4.1 Tarikh yang dirancang ialah pada 28 dan 29 April iaitu pada hari Sabtu
sehingga hari Ahad.
4.2 Dilaksanakan selama 2 hari 1 malam
4.3 Masa pelaksanaan melibatkan waktu siang dan malam.
4.4 Tentatif program adalah seperti dalam Lampiran 1
7.0 PERBELANJAAN
8.0 PENUTUP
Diharapkan agar apa yang dirancang ini dapat dilaksanakan dengan lancar dan berkesan.
Semoga segala ilmu dan pelajaran yang kami sampaikan di dalam aktiviti perkhemahan
bersepadu ini akan dipraktikkan dalam kehidupan seharian mereka demi untuk
melahirkan modal insan yang menyeluruh seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani,
intelektual dan sosial. Oleh itu, kerjasama daripada pihak Tuan amat kami hargai dan
didahului dengan ucapan terima kasih.
Disediakan oleh,
..............................................
( En Muhammad Izzuddin b. Azzmi )
Setiausaha Unit Beruniform,
Sekolah Kebangsaan Tanjung Keramat,
45000 Kuala Selangor
LAMPIRAN 1
TENTATIF PROGRAM
Hari Sabtu
28 April 2012
06.00 – 08.00 – 10.00 - 10.30 – 12.30 – 02.00 – 04.00 – 06.00 – 08.00 – 11.00 –
MASA
08.00 10.00 10.30 12.30 2.00 04.00 06.00 08.00 11.00 12.00
PENGURU-
SABTU TAKLIMAT &
SAN DIRI, ‘CAMP FIRE
28/4/2012 PENDAFTARAN PERSIAPAN AKTIVITI 1
SOLAT & NIGHT’
KHEMAH
TAZKIRAH
PENGURU-
PERASMIAN
SAN DIRI,
PENUTUP
AHAD SOLAT,
MINUM DAN
29/4/2012 SENAMAN AKTIVTI 2
PAGI PENYAMPAI
PAGI &
HADIAH DAN
SARAPAN
SIJIL
PAGI