Anda di halaman 1dari 9

KPD3016

Pengajaran, Teknologi dan Penaksiran


1 (A181)

TAJUK: LAPORAN PERSIDANGAN ANTARABANGSA


PENDIDIKAN ISLAM DAN ILMU WAHYU 2018

NAMA : MUHAMAD AIDIL SHAZWAN BIN MUSTAFFA KAMAL


NO MATRIK : D20162075991
SEMESTER : 4
PENSYARAH : DR. NORHISHAM BIN MUHAMAD
SESI : SESI 1 2018/2019
PENGENALAN
Pada 27 & 28 November 2018, Jabatan Pengajian Islam UPSI telah menganjurkan satu
program ilmiah iaitu Persidangan Antarabangsa Pendidikan Islam Dan Ilmu Wahyu yang
bertemakan “ Kelestarian Pendidikan Islam dan Ilmu Wahyu Dalam Menghadapi Industri 4”
yang bertempat di Scholar’s Suites Hotel, Kampus Sultan Azlan Shah, UPSI. Banyak para
ilmuan hebat turut mengahadriri persidangan tersebu bagi membentangkan kajian-kajian
mereka.
Konsep pendidikan Islam ialah konsep pendidikan rabbani yang bersumberkan ilmu
wahyu iaitu bimbingan Ilahi. Pendidikan Islam dapat melahirkan manusia yang baik dan
bertanggungjawab pada diri, keluarga dan masyarakat demi mencapai kebahagiaan hakiki
dengan berpandukan wahyu daripada Allah s.w.t. Malah, Rasulullah s.a.w. telah
memperkenalkan konsep pendidikan seumur hidup, belajar dan mencari ilmu sepanjang hayat
tanpa membezakan lelaki dengan wanita.
Pendidikan Islam merupakan suatu proses proses pendidikan sepanjang hayat
bertujuan untuk melahirkan individu yang seimbang mengikut saranan al-Quran dan al-
Sunnah. Sejak akhir-akhir ini , terdapat banyak cabaran dan perubahan dalam pendidikan islam
yang mana perlunya kepada pendekatan dan strategi yang lebih terkini secra holistik dan
bersepadu
Persidangan Antarabangsa Pendidikan Islam Ilmu Wahyu ini membawa kepada satu
wacana yang menyeluruh berkenaan dengan isu kontemporari penyelidikan pendidikan Islam
dan ilmu Wahyu serta isu-isu lain yang berkaitan dengan Islam.
Dengan penganjuran persidangan ini dapat membuka peluang untuk berkongsi
kepakaran dan pengalaman dari kalangan ahli akademik, penyelidik, pendidik dan ilmuan
Islam supaya dapat memberikan idea-idea baru yang bernas dan dapat memberikan
pembaharuan yang berimpak tinggi bagi memberi sumbangan terhadap pendidikan islam dan
ilmu wahyu keseluruhannya.
Oleh itu saya amat teruja dan berbangga kerana dapat menjadi sebahagian daripada
peserta bagi persidangan pada kali ini serta menjalankan sedikit kajian terhadap penyelidikan-
penyelidikan yang telah dibentangkan.
Tema :
Kelestarian Pendidikan Islam Ilmu wahyu dalam menghadapi industri 4.0

Sub – tema:
Falsafah Pendidikan Islam Ilmu Wahyu
Kurikulum Pendidikan Islam
Ko-kurikulum Pendidikan Islam
Pendidikan Islam Sepanjang Hayat
Institusi Pendidikan Islam, pondok dan pesantren.
Industri 4.0 dalam Pendidikan Islam
Pedagogi dan pengukuran dalam Pendidikan Islam
Inovasi dalam Pendidikan Islam
Integrasi ilmu dalam Pendidikan Ilmu wahyu
Wasatiyyah dalam Pendidikan Islam Ilmu Wahyu
Sains Sosial dalam Pendidikan Ilmu Wahyu
Waqaf dan Pengurusannya
Institusi Zakat
Pemikiran Islam Semasa

OBJEKTIF PROGRAM

1 Perkongsian kepakaran, pengalaman dan penyelidikan dari kalangan ahli


akademik, penyelidik dan ilmuan dalam berhadapan dengan cabaran
Pendidikan Abad ke 21.

2 Mengintegrasikan pelbagai ilmu dalam Sains Sosial dengan pengetahuan Islam


Ilmu Wahyu.

3 Membina rangkaian kerjasama kepakaran dalam pengetahuan Pendidikan


Islam Ilmu Wahyu di peringkat serantau dan antarabangsa.
UCAPTAMA 1
- Pn.Nola Fibriyani Binte H Salman (Singapura)
Pensyarah Muhammadiyah islamic college Singapura
Tajuk : Islamic Education Implementation At Era 21 In Singapore
 Beliau banyak berkongsi bagaimana agama islam berkembang di Singapura
walaupun jumlah penduduk yang beragama islam di sana merupakan penduduk
yang minoriti.
 Banyak madrasah ataupun institusi pendidikan agama islam telah melahirkan
ribuan ilmuan negara yang pakar dalam hal ehwal pendidikan islam.
UCAPTAMA 2
- Dr Hj Azhar Bin Hj Ahmad
Pengarah, Bahagian Pendidikan Islam KPM
Tajuk : Cabaran Guru Pendidikan Islam Dalam Mendepani Industri 4.0
 Beliau mengulas berkaitan cabaran-cabaran terhadap guru pendidikan islam
dalam mendepani Industri 4.0.
 Sebagai pendidik yang mempunyai tanggungjawab dan amanah besar, guru
mestilah mempersiapkan diri dengan pelbagai ilmu kemahiran serta berfikiran
jauh ke hadapan
 Dalam perkembangan teknologi yang pesat pada hari ini, guru perlu memiliki
kefahaman menyeluruh mengenai teknologi dan tahu arah tujunya seterusnya
membantu melaksanakan sesuatu perancangan.
UCAPTAMA 3
- Drs Anas M.Adam , M.Pd
Direktor Pembinaan Guru Dasar
Kementerian Pendidikan dan Kebudayaan , Indonesia
Tajuk : Guru dan Tantangan Pembelajaran Agama Di Era Revolusi Industri 4.0
 Beliau banyak berkongsi tentang bagaimana sistem pendidikan di Malaysia
sangat berbeza dengan sistem pendidikan di Indonesia.
 Hal ini kerana pembudayaan yang diamalkan adalah tidak sama menyebabkan
proses penerimaan oleh pelajar kepada guru sangat memberikan cabaran dan
memerlukan satu kaedah yang sangat kreatif. Bukan sahaja kepada faktor
budaya pelajar , malah suasana pengajian di dalam kelas juga memainkan
peranan suatu Alat Bantu Mengajar (ABM).
UCAPTAMA 4
- Prof. Dato Dr Abdul Halim Bin Tamuri
Rektor Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor
Tajuk : Peranan Institusi Pendidikan Tinggi Dalam Melestarikan Ilmu Tradisional
Islam Di Era Pendidikan Abad Ke 21
 Beliau menguraikan peranan-peranan institusi pendidikan tinggi dalam
menyesuaikan ilmu tradisional islam di Era Pendidikan Abad Ke 21.
 Walaupun Era pendidikan semakin hari semakin berubah tetapi ilmu-ilmu
pendidikan islam yang tradisional masih relevan untuk di jadikan panduan pada
masa hadapan .
UCAPTAMA 5
- Dr Sulaiman Dorloh
Universiti Pendidikan Sultan Idris
Tajuk : Islamic Education With Reference to Pondok in Patani : Some Reflection
 Beliau banyak berkongsi tentang perkembangan pendidikan islam di Patani,
Thailand.
 Perkembangan pendidikan islam di Patani bermula dari sekolah-sekolah
Pondok.
SESI SELARI HARI SELASA
1. Mohd Anwardi Bin Suhardi
PENGAPLIKASIAN FALSAFAH DAN PENDEKATAN TOKOH ILMUWAN
ISLAM IMAM ALGHAZALI TERHADAP PENDIDIKAN ISLAM.
Kajian yang dibuat adalah mengenai pemikiran al-Ghazali iaitu tentang konsep
dan falsafah pendidikan Islam yang memfokuskan kepada faktor-faktor pendidikan
islam, yakni tujuan utama dalam menuntut ilmu, serta menggunakan pendekatan yang
boleh diterapkan dalam pendidikan Islam iaitu dari sudut metodologi pengajaran guru,
pendidikan pelajar, matlamat pendidikan, kaedah dan adab murid dalam pembelajaran,
serta membahaskan tentang falsafah yang dibawa oleh Al-Ghazali. Pemikiran Al-
Ghazali tentang pendidikan Islam, khususnya berkaitan dengan falsafah dan
pendekatan yang menjadi landasan penyusunan terhadap metode atau kaedah serta
adab-adab sebagai seorang guru dan murid yang memiliki erti penting dan harus
dipertahankan untuk dipraktikkan di institusi pendidikan dasar Islam masa kini dan
akan datang.
2. Salmi binti Saleh
MATA PELAJARAN ADAB (AKHLAK ISLAMIYAH) DAN HUBUNGANNYA
DENGAN TAHAP PENGHAYATAN DISIPLIN MURID.
Kajian ini pada asasnya membuka ruang kepada aspek penyelidikan khususnya
dalam bidang pendidikan Islam di negara ini. Aspek ini meliputi pembinaan instrumen
penilaian tahap kesedaran disiplin murid selain dari kajian hubungan di antara
pelaksanaan program KAFA dan tahap kesedaran disiplin murid. Kajian ini juga
membuka ruang kepada kajian-kajian lain untuk mengenalpasti secara lebih mendalam
tentang punca kepada keruntuhan disiplin yang berlaku dalam kalangan murid.
Dapatan kajian ini juga boleh menjadi rujukan kepada pihak yang berwajib
untuk meneliti semula sukatan pengajaran KAFA bagi komponen mata pelajaran Adab
dan Akhlak Islamiyah dalam membentuk akhlak murid dengan lebih baik dan berkesan.
Selain itu, kajian ini juga diharapkan dapat membantu guruguru KAFA mencari satu
alternatif yang efektif dalam pengajaran dan pembelajaran fardhu ain agar murid-murid
dapat menghayati pembelajaran asas fardhu ain dengan lebih sempurna dan
meninggalkan kesan yang mendalam dalam jiwa mereka.
3. Mohamad Zarkhuan Zainol
PEMBANGUNAN KUALITI MODAL INSAN MELALUI KEBERKESANAN
LATIHAN DARI PERSPEKTIF ISLAM DAN BARAT
Kajian ini menceritkan tentang definisi modal insan dalam Islam sangat berbeza
daripada Barat. Islam mementingkan pembangunan individu daripada pembangunan
material dalam pembentukan modal insan yang seimbang. Modal insan dilihat tidak
sekadar mementingkan aspek pembangunan intelektual dan emosional bahkan
melibatkan pembangunan spiritual. Modal insan menurut perspektif Islam ialah satu
keunggulan keperibadian yang dimiliki oleh manusia, penguasaan ilmu pengetahuan,
kemahiran yang tinggi dan akhlak yang mulia dalam konteks melaksanakan tugas dan
tanggungjawab bersama yang diamanahkan bagi meningkatkan kemakmuran bagi
manusia dan alam seluruhnya. Hal ini bertepatan bahawa modal insan mementingkan
aspek pembangunan intelektual dan emosional serta melibatkan pembangunan spiritual
yang berlandaskan akidah, syariah dan akhlak. Pada amnya ciri-ciri modal insan yang
diketengahkan oleh para sarjana Islam dan Barat adalah sama iaitu penekanan kepada
pendidikan, latihan dan nilai (sikap/budaya). Walau bagaimanapun perbezaanya
terletak pada pandangan semesta terhadap manusia. Teori Barat melihat manusia
sebagai „haiwan ekonomi‟ dan tumpuan ialah kepada diri jasmani atau aspek fizikal
dan luaran manusia. Aspek dalaman yang dilihat hanya terhad kepada akal manusia.
Manakala pandangan Islam pula melihat manusia yang mempunyai kedudukan tinggi
dan mulia, manusia yang merupakan kesatuan di antara rohani dengan jasmani dan
dilengkapi dengan fitrah murni serta nilai-nilai insan.

SESI SELARI HARI RABU

1. Nurul Husna Abdul Rahim


PERANAN GURU TAKMIR WANITA SEBAGAI PENDAKWAH YANG
UNGGUL DI DAERAH KERIAN, PERAK
Kajian ini memaparkan bagaimanakah guru takmir wanita dapat berperanan
sebagai pendakwah yang unggul kepada masyarakat Islam di Daerah Kerian Perak
selain peranan hakiki mereka ialah mengajar di masjid dan surau, mengenalpasti
aktiviti-aktiviti dakwah mereka serta cabaran yang dihadapi dalam menyampaikan
dakwah. Mereka bukan sahaja berperanan sebagai guru yang mengajar di masjid dan
surau (murobbi) yang penuh dengan sabar dan tabah, malah mereka juga memainkan
peranan yang penting sebagai ibu yang menguruskan anak-anak (muaddib) yang penuh
dengan kasih-sayang terhadap suami dan menjaga keluarga dengan baik, menjalankan
tanggungjawab sebagai isteri yang solehah, menjadi pendidik kepada masyarakat
dengan komited, mempertahankan akidah umat Islam, membantu membangunkan
ekonomi wanita Islam, menjadi ikon „role model‟ dakwah (uswatun hasanah), menjadi
agen pengubah sosial budaya, ahli masyarakat yang prihatin serta hamba Allah yang
bertaqwa(muttaqin).
2. Zanariah Noor
PERLINDUNGAN TERHADAP AL-LAQIT (ANAK PUNGUT) DI BAWAH
UNDANGUNDANG ISLAM DAN UNDANG-UNDANG SIVIL DI MALAYSIA
Kajin mneghuraikan tetang prinsip menjaga kebajikan kanak-kanak yang dijumpai atau
al-laqit ini adalah asas dalam hukum Islam serta peruntukan undang-undang di
Malaysia bagi memberi perlindungan kepada kanak-kanak ini.Berdasarkan undang-
undang Islam dan undang-undang sivil, perlindungan awal terhadap kanak-kanak ini
adalah terletak di dalam bidang tugas pemerintah.
Di Malaysia, tanggung jawab memberi perlindungan kepada al-laqit ini akan
berpindah kepada ibu bapa angkat, atau jika al-laqit tidak dipilih sebagai anak angkat
oleh mana-mana pihak, maka pihak pemerintah melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat
Malaysia berterusan menyara dan memelihara kanak-kanak ini sehingga mereka
mencapai usia boleh hidup berdikari. Ketetapan hukum mengenai status jagaan fizikal,
nafkah, identiti diri seperti nasab, penamaan dan kewarganegaraan adalah bentuk-
bentuk jaminan hak yang diberikan kepada al-laqit.
Namun begitu, terdapat beberapa isu al-laqit di Malaysia yang perlu diberi
perhatian contohnya seperti status agama Islam kepada al-laqit yang dijumpai di negara
majoriti penduduk beragama Islam.Tidak sebagaimana yang ditentukan dalam Islam,
mereka tidak diberikan status sebagai beragama Islam secara automatik dan tidak
dicatat status agama di dalam sijil kelahiran mereka. Begitu juga isu mengenai
kewarganegaraan bagi kanak-kanak yang dijumpai yang bukan dalam kategori bayi
yang baharu dilahirkan, akan berhadapan dengan risiko "tidak bernegara" dan tidak
boleh menikmati keistimewaan sebagai warganegara Malaysia.
3. Mohd Noor Daud
FAKTOR-FAKTOR KHULUK: KAJIAN DI MAHKAMAH RENDAH
SYARIAH WILAYAH PERSEKUTUAN
Khuluk ialah perceraian yang terjadi dengan sebab permintaan daripada isteri
dengan bayaran yang dibayarkan kepada suami dengan reda atau persetujuan suami
atau dengan keputusan mahkamah. Hasil kajian mendapati terdapat lima faktor berlaku
khuluk di Mahkamah iaitu wujudnya shiqaq (pergaduhan), tidak dikurniakan anak,
isteri ingkar perintah, suami tidak bertanggungjawab dan tidak mempunyai sebarang
perasaan terhadap pasangan. Terdapat dua jenis penyerahan khuluk yang dikenal pasti
di dalam kes dari tahun 2011 hingga 2013 iaitu di dalam bentuk wang tunai dan bukan
wang tunai. Jumlah bayaran tebusan adalah tidak semestinya sama dengan jumlah
mahar semasa akad nikah dilakukan. Faktor khuluk yang terjadi di mahkamah ini
sebenarnya wujud persamaan dengan beberapa kes yang berlaku pada zaman Nabi
SAW dan para sahabat Baginda SAW. Manakala jenis talak yang dijatuhkan oleh
Mahkamah dalam kesemua kes adalah talak bain sesuai dengan pandangan mazhab
empat termasuk mazhab Syafie.