Anda di halaman 1dari 3

KURSUS “ TRANSFORMASI DIRI - CEKAP BEKERJA”

1.0 PENDAHULUAN

Manusia telah dilantik sebagai khalifah di muka bumi dan berperanan untuk memakmurkan
bumi ini. Kelebihan manusia dari makhluk lain adalah akal. Dengan akal, manusia boleh
berfikir dan bertindak untuk meneruskan hidup ini. Manusia perlu mencari nafkah dengan
bekerja samada menggunakan tulang empat kerat ataupun memeras otak untuk diri sendiri
serta tanggungannya. Kerja yang dilakukan itu perlu bersungguh-sungguh supaya ia boleh
mencapai sesuatu matlamat yang jelas dan menyeronokkan . Sikap kesungguhan, ikhlas dan
bertanggungjawab semasa bekerja akan menjadikan tugas ini sebagai ibadat dan
mendapat ganjaran dari Allah S.W.T.
Ganjaran dalam bentuk gaji atau upah ke atas kerja dan tanggungjawab yang telah
dilaksanakan sering diberi perhatian .Ia merupakan faktor penyelenggara terhadap
dorongan serta mempunyai pengaruh ke atas keseluruhan pekerja. Pada umumnya
pemberian gaji atau upah adalah berdasarkan kepada keperluan asas kehidupan semasa
dan setimpal dengan tugas dan tanggungjawab yang telah dilaksanakan . Pembahagian
tugas dan tanggungjawab di sesebuah organisasi, kemudahan-kemudahan yang mencukupi
semasa melaksanakan tugas serta persekitaran kerja yang menarik dapat membantu
pekerja melaksanakan tugas dengan penuh tanggungjawab dan cemerlang.
Kerja yang terjamin juga adalah faktor penting untuk memastikan pekerja tidak
kerap bertukar bidang kerjaya dan seterusnya dapat mempertingkatkan kepakaran yang
dimiliki. Jaminan terhadap pekerjaan sebenarnya merupakan satu elemen penting dalam
menentukan keseronokan bekerja, malah ia akan menjadi faktor pelemah sekiranya tidak
dikawal selia oleh ketua atau majikan dengan betul. Namun, jika kita mengambil pendirian
yang opmistik kita boleh menjadikan kerja itu sesuatu yang menyeronokkan.

2.0 OBJEKTIF KURSUS

Sebaik sahaja mengikuti kursus ini peserta akan berupaya untuk:-

a) Memahami takrif yang dikehendaki sebagai “transformasi kendiri”


b) Mengetahui perbezaan kerja keras, kerja cerdas dan kerja ikhlas.,
c) Memahami kerja sebagai satu ibadat
d) Mencapai keseronokan bekerja dalam kerja berpasukan.,
e) Mencapai keseronokan bekerja dalam pengurusan.,
f) Mencapai keseronokan bekerja dengan muhasabah diri.
3.0 KANDUNGAN KURSUS

MODUL TAJUK UTAMA TAJUK KECIL


1 Pengenalan Definisi Transformasi Kendiri
Cekap Bekerja Bekerja
Konsep Kerja
Kenapa Manusia Bekerja
2 Bekerja Sebagai Ibadah Pengertian Kerja Sebagai Ibadah
Komitment Kerja Sebagai Ibadah

3 Kerja Keras, Kerja Cerdas & Definisi


Kerja Ikhlas Illustrasi
Aktiviti Kerja Keras, Cerdas & Ikhlas
4 Kerja Sebagai Dayausaha Kreativiti Sebagai Cabaran
Pemikiran & Kreativiti Bentuk Professionalisma
Sikap, Daya Kreativiti,
Pengalaman, Prestasi Kerja
5 Keseronokan Bekerja Melalui Elemen Pengurusan
Pengurusan Mengurus Pihak Atasan & Bawahan

6 Keseronokan Bekerja Melalui Takrif Kerja Berpasukan


Kerja Berpasukan Jenis Kerja Berpasukan
Fasa-Fasa Kerja Berpasukan
Elemen Keseronokan Kerja Dalam
Pasukan
7. Keseronokan Bekerja Melalui Amalan Muhasabah Diri
Muhasabah Diri 4 Prinsip Hisbah diri dalam organisasi
Mencapai Prestasi Kerja

4.0 METHODOLOGI KURSUS

 Syarahan Interaktif
 Aktiviti Pendidikan Aktif
 Perbincangan Dalam Kumpulan
 Persembahan Kumpulan
 Simulasi
 Tayangan Video

5.0 MASA

Dua hari bekerja

6.0 FASILITATOR
PLF Dr Ab Rahman Ibrahim, is a Professional Learning Facilitator (PLF) speaker,
motivator,trainer in the soft skill fields of marketing, communication, management,
motivation, leadership, followership, entrepreneurial skill, team building, personal
development, creativity thinking, social etiquette , organizational change, mind &
attitude and the power of dream . He has delivered the speech to the various
government agencies, private sectors and non-governmental organization. He holds
a PhD in Communication from Standford University, Master in Corporate
Communication (UPM), and Certificate in Entrepreneurial Management from
University of New England (Aust). He is also a Fellow of Commercial Management
Institute (UK) and Member of Institute of Commercial Management (UK).

Anda mungkin juga menyukai