Anda di halaman 1dari 16

PENGENALAN KEPADA PENGURUSAN PENDIDIKAN JASMANI DAN SUKAN

1.0 PENGENALAN

Pengelolaan dan pentadbiran pendidikan jasmani dengan sukan adalah bidang yang
berlainan sama sekali. Pengelolaan pendidikan jasmani mengutamakan unsur
pendidikan. Aktiviti pendidikan jasmani merupakan subjek akademik disekolah-
sekolah dan mempunyai kurikulum yang terancang dan teratur.
Aktiviti sukan pula tertumpu kepada segala aspek dari mengelola,
menyertai pertandingan dan permainan serta mengelola dan melatih pasukan
untuk pertandingan yang lebih formal.

1.1 KONSEP DAN DEFINISI PENGURUSAN

Menurut kamus dewan pengurusan didefinisikan sebagai pengarahan dan


pengawalan, pengelolaan, penyelenggaraan. Dengan kata lain pengurusan sukan,
pendidikan jasmani boleh di definisikan sebagai sebarang gabungan kemahiran-
kemahiran berkaitan dengan pentadbiran, perancangan, pengelolaan, pengarahan,
pengawalan, pengurusan bajet, kepemimpinan dan penilaian dalam konteks
perkhidmatan berkaitan dengan sukan dan pendidikan jasmani.
Di antara fungsi pentadbiran dan pengelolaan pendidikan jasmani dan sukan ialah
(a) Merancang
(b) Menyediakan bajet
(c) Mengawal
(d) Mengarah
(e) Mengelola
(f) Menyediakan jadual pertandingan
(g) Membuat keputusan
(h) Menilai

Untuk mencapai kejayaan dalam sesebuah pentadbiran dan pengelolaan


pendidikan jasmani dan sukan. Terdapat tiga elemen utama yang perlu diberi perhatian
iaitu:-
(a) Persediaan profesional
(b) Sikap profesional
(c) Perkembangan profesional

Jika ketiga-tiga elemen ini dapat dikuasai oleh individu, persatuan dan badan
pentadbiran dan pengelolaan pendidikan jasmani dan sukan. Kemajuan pentadbiran
dan pengelolaan pendidikan jasmani dan sukan akan Memperolehi kecemerlangan dan
kegemilangan.

1.1.1 Pengurusan Pendidikan Jasmani

Pendidikan jasmani merupakan satu proses yang bermatlamat untuk


mempertingkatkan kemampuan kecergasan dan nilai seseorang individu melalui
pendekatan aktiviti fizikal. Pendidikan jasmani (PJ) juga merupakan satu proses
pembelajaran yang menyeluruh yang merangkumi semua aspek domain seperti
psikomotor, kognitif, afektif, sosial, dan emosi. Melalui Pendidikan jasmani (PJ)
pelajar akan diberi ruang untuknya mencuba dan mengalami sendiri pengalaman
semua aktiviti fizikal yang dijalaninya. Secara ringkasnya Pendidikan jasmani (PJ)
adalah merupakan satu bentuk pembelajaran yang holistik dan
berupaya membangunkan pelajar dari pelbagai aspek dan dapat menghasilkan
kejayaan kepada satu kumpulan pelajar (Colfer, 1986)

Oleh yang demikian pendidikan jasmani boleh didefinisikan sebagai mata pelajaran
yang menumpukan penekanan terhadap proses pembelajaran dan pengajaran
insani melalui aktiviti fizikal yang menyumbang ke arah pertumbuhan mental,
fizikal, sosial, pembentukan nilai dan emosi. Pendidikan jasmani juga bertujuan
untuk menjadikan pelajar lebih sihat, cergas dan produktif melalui pemupukan dan
nilai, sikap, pengetahuan dan amalan kesihatan dan kecergasan dalam kehidupan
seharian.
Pengelolaan dan pentadbiran Pendidikan Jasmani adalah bagaimana kita mentadbir
dan menguruskan mata pelajaran pendidikan jasmani supaya mata pelajaran ini
dapat dilaksanakan atau di ajar dengan berkesan serta mencapai objektif yang di
harapkan.

(a) Kurikulum Pendidikan Jasmani di Malaysia


Pendidikan jasmani merupakan mata pelajaran teras di sekolah-sekolah di
Malaysia. Mata pelajaran pendidikan jasmani diajar selama 11 tahun dalam
sistem persekolahan di Malaysia. Kurikulumpendidikan jasmani merangkumi aspek-
aspek kemahiran sukan, rekreasi, pendidikan sukan serta kesihatan.
Kurikulum Pendidikan Jasmani di Malaysia digubal untuk memenuhi
keperluan pertumbuhan dan perkembangan individu bagi membentuk masyarakat
yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelektual. Kurikulum ini
dibahagikan kepada tiga tunjang pembelajaran iaitu Kecergasan, Kemahiran dan
Kesukanan.
Tiga tunjang ini membantu mencapai matlamat dan objektif Pendidikan Jasmani. Bagi
membentuk penghayatan yang tinggi terhadap mata pelajaran pendidikan jasmani,
pelajar perlu memahami dan menghayati pengetahuan, kemahiran
dan pengalaman pendidikan jasmani ke arah membentuk masyarakat Malaysia
yang mengamalkan gaya hidup sihat. Kurikulum Pendidikan Jasmani yang terancang
dan persekitaran yang kondusif dapat menggalakkan pengajaran dan pembelajaran
bagi meningkatkan potensi pelajar ke tahap optimum.

(b) Objektif Kurikulum Pendidikan Jasmani


Objektif utama kurikulum pendidikan jasmani ialah:
(i) Mempertingkat dan mengekalkan kecergasan berasaskan kesihatan
dan perlakuan motor
(ii) Menguasai kemahiran asas pergerakan dan permainan mengikut
kemampuan diri
(iii) Melakukan senaman dan aktiviti fizikal sebagai rutin harian
(iv) Mengaplikasikan pengetahuan kesihatan dan keselamatan semasa
menyertai pelbagai kegiatan fizikal
(v) Membentuk sahsiah dan disiplin diri dan
(vi) Membuat keputusan bijak dalam kehidupan

(Sukatan Pelajaran, Pendidikan Jasmani, 1999)

Aktiviti pendidikan jasmani yang dilaksanakan di sekolah adalah merupakan


aktiviti yang terancang dan berupaya memberi ruang persekitaran yang baik
bagi membantu murid menghayati kepentingan kecergasan dan penjagaan
kesihatan.
Oleh yang demikian guru perlu sentiasa memahami matlamat utama
pendidikan jasmani iaitu:

“Pendidikan jasmani adalah bertujuan membantu murid menjadi cergas melalui

pembelajaran aktiviti fizikal dan amalan kecergasan”

(Pusat Perkembangan Kurikulum, 1999)

Berdasarkan objektif pendidikan jasmani yang bertujuan untuk mencapai


tahap kecergasan dan menguasai kemahiran sukan. Objektif boleh tercapai
dengan memberi tumpuan khusus kepada hubungan antara amalan kesihatan
dengan kecergasan fizikal dan kemahiran motor. Kaedah ini dilihat mampu untuk
mengawal penyakit dalam kehidupan seharian.
Objektif dan matlamat Falsafah Pendidikan Negara yang berhasrat
untuk menghasilkan insan yang seimbang dari segi rohani, jasmani, emosi,
intelek dan sosial maka melalui pendidikan jasmani kesemua aspek ini boleh dicapai.
Ini adalah berdasarkan keperluan dan inspirasi yang telah dinyatakan di dalam Buku
Panduan Guru PJK (1988).

(c) Organisasi

Pendidikan jasmani merupakan disiplin pendidikan oleh itu di sekolah


pendidikan jasmani mempunyai ketua panitia dan di bawah kuasa guru penolong
kanan akademik

Pengetua/Guru Besar ---->Penolong Kanan (Akademik ) ----> Ketua Panitia ----


> Setiausaha ---->Ahli-ahli (Guru-guru yang mengajar pendidikan jasmani)

(d) Bidang Kuasa Ketua Panitia Pendidikan Jasmani

(i) Menjadi ahli jawatankuasa mesyuarat kurikulum sekolah

(ii) Mempengerusi mesyuarat panitia pendidikan jasmani

(iii) Memastikan rancangan tahunan pendidikan jasmani tersedia untuk digunakan

(iv) Mengagih dan menyimpan sukatan pelajaran pendidikan jasmani

(v) Menyediakan perancangan tahunan panitia

(vi) Memantau pengajaran pendidikan jasmani

(vii) Memeriksa buku latihan pelajar

(viii) Merancang pembelian alatan untuk panitia

(ix) Menyediakan anggaran perbelanjaan panitia

(x) Merancang latihan dalaman


(e) Perancangan Belanjawan

Perancangan belanjawan ialah pelan dan sistem perbelanjaan yang


sistematik. Ketua panitia pendidikan jasmani perlu menyediakan perancangan
belanjawan tahunan. Ketua panitia perlu menyenaraikan atau menyusun item
mengikut kepentingan. Perancangan belanjawan bergantung kepada peruntukan
kewangan pendidikan jasmani.

Bil Murid ------------------> Peruntukan

Kurang daripada 100 Orang RM 300.00

101-250 Orang RM 300.00(minimum) Rm2.80/seorang


(selepas 100 0rang)

251-500 Orang RM 720.00(minimum) Rm2.60/seorang


(selepas 250 0rang)

501-750 Orang RM 1370.00(minimum) Rm2.40/seorang


(selepas 500 0rang)

751-1000 Orang RM 1970.00(minimum) Rm1.80/seorang


(selepas 100 0rang)

1001 Orang atau lebih RM 2420.00(minimum) Rm1.00/seorang


(selepas 100 0rang)

(f) Pengurusan Stor Pendidikan Jasmani

Stor pendidikan jasmani merupakan bilik yang digunakan untuk menyimpan barang-
barang pendidikan jasmani. Stor yang di susun kemas dan teratur
akan menyenangkan guru pendidikan jasmani untuk menyimpan dan
mengeluarkan peralatan pendidikan jasmani. Barangan pendidikan jasmani kerap
digunakan atau dikeluarkan untuk proses pengajaran dan pembelajaran pendidikan
jasmani. Oleh itu Penyelenggaraan sebuah stor pendidikan jasmani memerlukan
kerjasama dari semua pihak termasuk pentadbir, guru-guru dan murid-murid.

Ciri-ciri stor pengurusan stor pendidikan jasmani

(i) Biasanya ketua panitia bertanggungjawab untuk menyelia stor


pendidikan jasmani.

(ii) Guru penyelia stor bertanggungjawab perlulah menyediakan buku stok


bagi alatan stor dengan

kemas kini.

(iii) Guru penyelia stor bertanggungjawab menerima dan membeli peralatan baru

(iv) Buku catatan barang keluar masuk perlu di sediakan bagi


merekodkan pergerakan alatan.

(v) Guru penyelia stor bertanggungjawab membuat pemeriksaan stok sekurang-


kurangnya sekali setahun.

(vi) Peraturan stor sukan perlulah di rangka dan dilaksanakan.

Keperluan Bilik Stor Pendidikan Jasmani

(i) Ruang

Ruang untuk menyimpan peralatan yang ada mestilah boleh


menampung keperluan alatan di samping tidak merosakkan alatan. Saiz yang sesuai
untuk stor pendidikan jasmani ialah lebih kurang 300 kaki persegi. Saiz
stor pendidikan jasmani bergantung kepada tiga perkara jenis dan jumlah alatan

yang disimpan jenis sekolah dan saiz sekolah.

(ii) Rak
Bagi mengoptimumkan ruang penyimpanan rak perlulah dibina di stor pendidikan
jasmani. Rak yang di bina perlulah bersesuaian dengan saiz barang yang hendak di
susun. Barang yang disusun hendaklah dalam kedudukan teratur dan senang di
capai. Ini bertujuan untuk menyenangkan proses

menyimpan dan mengambil barang.

(iii) Lokasi

Lokasi yang sesuai bagi stor pendidikan jasmani ialah di bangunan


yang berhampiran dengan padang. Ini bertujuan bagi mengelakkan masa
terbuang dalam proses menyimpan dan mengambi barang. Kita juga perlu
memastikan lokasi stor sukan tidak terpencil sehingga memudahkan pencuri
memecah masuk stor pendidikan jasmani.

(iv) Tingkap

Tingkap stor sukan sekiranya besar akan menyebabkan cahaya matahari masuk.
Keadaan yang panas akan menyebabkan alat yang dibuat dari kain yang di tenun,
alat-alat kulit dan alat-alat yang tahan panas akan rosak.

(v) Siling

Siling biasa bagi bangunan antara 8 hingga 12 kaki, ketinggian siling bergantung
kepada alatan yang hendak kita simpan. Sekiranya kita hendak menyimpan galah
panjang, tinggi stor perlulah mempunyai ketinggian yang sesuai.

(vi) Peredaran Udara

Peredaran udara perlu bagi memastikan barang yang tahan lama dan mengelak
bau yang tidak menyenangkan dalam stor pendidikan jasmani.

Tingkat kecil atau ruang udara perlu di sediakan di bilik stor pendidikan jasmani bagi
membenarkan pengaliran udara.

(vii) Keselamatan
Berbagai langkah keselamatan perlu di ambil bagi menjamin keselamatan alatan
dan pengguna. Antara yang harus kita fikir dan pastikan ialah:

�� Bangunan yang ditempatkan stor sukan kukuh untuk mengelak di cerobohi.

�� Susun alat berdasarkan keselamatan contohnya alat yang berat perlulah di susun
di bahagian bawah rak

simpanan.

�� Alatan yang tajam perlulah di susun secara menegak dengan bahagian

yang tajam menghala ke bawah.

�� Memastikan alatan yang di buat dari logam seperti lembing dan lain-lain

dalam keadaan kering sebelum di simpan bagi mengelak karat.

�� Memastikan tiada alat yang bersepah di lantai bagi menggelakkan


kita terpijak yang boleh

menyebabkan kecederaan kepada kita.

�� Memastikan stor pendidikan jasmani tidak sesak ketika mengambil


dan memulangkan alatan.

Gunakan sistem membenarkan pelajar tertentu sahaja yang mengambil barang


dan pelajar yang lain

tunggu di luar.

�� Memastikan alatan yang di buat dari kayu seperti kayu hoki dan lain-lain dalam
keadaan kering sebelum

di simpan bagi mengelak reput.

�� Peraturan mengambil barang dan memulangkan barang perlulah


di perkenalkan dan di kuat kuasa.

�� Memastikan stor sentiasa kemas dan teratur

�� Menyediakan alatan seperti kereta sorong bagi memudahkan pemindahan


barang secara pukal.
(viii) Pintu

Saiz pintu stor sukan bergantung jenis barang yang hendak disimpan.

Contohnya jika kita ingin menyimpan alat yang lebar dan tinggi seperti
tilam lompat tinggi, pintu stor pendidikan jasmani perlulah lebar dan tinggi.
Pintu yang tidak sesuai mungkin menyebabkan kerosakan kepada alat-alat dan
juga boleh mencederakan murid. Pintu perlu di lengkapi dengan alatan keselamatan

dan dibina dengan kukuh supaya barang pendidikan jasmani boleh di kawal dan
mengelak stor dari di cerobohi dengan mudah.

(g) Penjagaan Peralatan

Penyalahgunaan alatan pendidikan jasmani adalah penyebab utama


alatan pendidikan jasmani mudah rosak. Memandang keadaan di sekolah sekarang
kurang guru pendidikan jasmani, kebanyakan guru-guru yang mengajar pendidikan
jasmani bukan lulusan pendidikan jasmani.

Sebagai ketua panitia kita perlu memberi penerangan tentang penyalah


gunaan alatan oleh pelajar yang akan menyebabkan barang-barang pendidikan
jasmani rosak. Antara penyalahgunaan tersebut ialah:

(i) Duduk di atas bola

(ii) Menyepak bola yang bukan bola sepak seperti bola tampar, bola jaring
dan lain-lain

(iii) Mengetuk-getuk alatan seperti kayu hoki, baton dan lain-lain

(iv) Mengheret barang-barang yang di buat dari kanvas atau kain atau
material yang lembut

contohnya tilam lompat tinggi dan lain-lain.

1.1.2 Pengurusan Sukan


Sukan juga bermaksud aktiviti yang dipertandingkan mengikut peraturan dan
undang-undang yang telah ditetapkan oleh satu badan persekutuan sukan
antarabangsa.

Ringkasnya sukan merupakan bentuk permainan yang di kelolakan dengan teratur


dan mempunyai unsur pertandingan. Sukan perlu mempunyai unsur pertandingan,
tanpa pertandingan aktiviti fizikal itu lebih dikenali sebagai permainan atau
rekreasi. Sukan melibatkan perancangan, kemahiran motor dan strategi.

Dari aspek psikologi sukan juga boleh disamakan dengan sesuatu aktiviti
yang menyeronokkan dan dewasa ini merupakan sebahagian kerjaya profesional
yang melibatkan keupayaan fizikal dan mental yang tinggi. Dengan kata lain sukan
merupakan suatu aktiviti yang boleh memberi keseronokan, kemewahan dan
kebanggaan kepada setiap individu yang menceburkan diri ke dalamnya. Selain
daripada meraih keuntungan dari aktiviti sukan.

Dari aspek afektif sukan yang beretika akan memberi ruang kepada masyarakat
untuk berinteraksi dan bergembira. Bersukan dapat mengerat perhubungan
sosial, membanteras kegiatan-kegiatan kurang sihat dan membina masyarakat
yang cergas. Memandangkan kepentingan sukan kepada masyarakat dan negara,
di Malaysia sukan sentiasa berkembang selaras dengan pembangunan negara
dan sentiasa di pandang serius oleh pemimpin masyarakat.

Di Malaysia sukan biasanya ditadbir oleh badan–badan amatur dan


profesional. Kementerian yang bertanggungjawab mengelola dan mentadbirkan
persatuan sukan ialah Kementerian Belia Dan Sukan. Sementara Majlis Sukan
Negara adalah badan yang bertanggungjawab menyelaras badan-badan sukan di
bawah naungannya. Dasar Sukan Negara yang di perkenalkan oleh Kementerian Belia
dan Sukan Malaysia pada 20 Januari 1988, membuktikan pengiktirafan kerajaan
terhadap kemajuan sukan negara. Dasar

sukan digubal dengan hasrat mewujudkan masyarakat Malaysia yang sihat dan
cergas.

(a) Dasar Sukan Negara

Dasar Sukan Negara merupakan dokumen yang sentiasa menjadi rujukan ke


arah perkembangan, kemajuan dan pembangunan sukan negara. Dasar sukan
digubal hasil kerjasama dan perbincangan yang melibatkan beberapa pihak seperti
agensi-agensi kerajaan dan bukan kerajaan, pertubuhan-pertubuhan sukan
rekreasi dan kecergasan, majlis-majlis sukan, institusi pengajian tinggi, badan-
badan sukarela

dan orang perseorangan yang mempunyai kepakaran dan kepentingan


dalam bidang sukan.

(b) Rasional Dasar Sukan Negara

Rasional Dasar Sukan Negara ialah ke arah menjadikan sukan sebagai alat
untuk menerapkan nilai moral dan membentuk masyarakat yang sihat jasmani dan
rohani. Manfaat Dasar Sukan Negara boleh dilihat dari aspek sumbangan sukan
kepada individu, masyarakat dan negara.

(c) Peringkat Individu

(i) Membentuk sahsiah, memberi kesedaran dalam diri individu


dan membangkitkan semangat

pertandingan yang sihat.

(ii) Meningkatkan tahap kesihatan dan kecergasan fizikal diri.

(iii) Dapat menggunakan masa senggang dengan aktiviti yang bermanfaat

(iv) Dapat menenangkan fikiran dan mengurangkan tekanan hidup.

(v) Interaksi sosial yang baik.

(vi) Mengasah kemahiran-kemahiran asas.

(d) Peringkat Masyarakat

(i) Merangsang pembinaan masyarakat yang mempunyai kualiti kesihatan fizikal dan
moral yang baik

bersesuaian dengan aspirasi nasional.

(ii) Mewujudkan suasana yang kondusif untuk memupuk perhubungan komuniti yang
lebih baik dalam

pelbagai kumpulan etnik dalam negara.

(iii) Meningkatkan tahap kesihatan masyarakat dan seterusnya


merangsang peningkatan produktiviti
negara.

(iv) Mengurangkan kadar jenayah dengan merangsang masyarakat memanfaatkan


masa lapang dengan

aktiviti berguna.

(e) Peringkat Antarabangsa

(i) Mencapai kecemerlangan di peringkat tertinggi.

(ii) Meningkatkan maruah bangsa dan negara di persada sukan antarabangsa.

(iii) Memupuk persahabatan.

(iv) Menjadikan sukan sebagai satu industri yang mempunyai nilai-nilai komersial yang
tinggi.

Objektif Dasar Sukan Negara

Antara objektif dasar sukan negara ialah:

(a) Membentuk masyarakat yang sihat, berdisiplin dan bersatu padu melalui
penyertaan yang meluas dan

peluang yang lebih baik dalam sukan di semua peringkat masyarakat.

(b) Menyediakan peluang-peluang dan kemudahan-kemudahan bagi


memenuhi keperluan asasi sosial,

psikologi dan fisiologi individu melalui sukan.

(c) Membangun dan meningkatkan pengetahuan dan amalan sukan bagi


kepentingan kebajikan sosial

individu dan kenikmatan masa senggang di kalangan orang awam.

(d) Mencapai kecemerlangan dengan semangat kesukanan yang tulen di


pertandingan peringkat kebangsaan
dan antarabangsa dengan harapan muhibah dan imej negara dapat
dipertingkatkan.

Strategi dan Pelaksanaan Dasar

Objektif-objektif dasar ini dapat dicapai dengan memberi penekanan pada aspek-
aspek yang berikut :

(a) Perancangan

Pertubuhan-pertubuhan sukan perlulah merancang program-program


jangka panjang dan mempunyai struktur yang baik untuk pembangunan ahli sukan,
jurulatih, pentadbir dan pegawai sukan. Dalam merancang program-program jangka
panjang untuk sukan prestasi tinggi, perkara-perkara yang berikut perlu
dipertimbangkan:

- Jenis sukan yang lebih maju dari aspek kemudahan dan penyertaan sedia ada.

- Jenis sukan yang sesuai dengan bentuk fizikal masyarakat Malaysia.

(b) Organisasi

Hasil daripada kerjasama antara pelbagai badan sukan dengan kerajaan dilihat
akan membuahkan satu program yang bersepadu ke arah kemajuan sukan di negara
ini. Satu jawatankuasa ditubuhkan bertujuan mengarahkan hubungan yang lebih rapat
di kalangan organisasi-organisasi sukan, swasta dengan kerajaan. Majlis
Sukan Negara (MSN) bertugas menyediakan jentera ini bagi sukan berprestasi
tinggi.

Kementerian Belia dan Sukan perlu mewujudkan mekanisme ini


untuk menyelaraskan program Sukan Untuk Semua (Sukan Massa). Mekanisme ini
perlu menggalakkan Sukan Untuk Semua (Sukan Massa) dan aktiviti-aktiviti rekreasi
yang berlandaskan konsep MALAYSIA CERGAS di kalangan rakyat Malaysia.

MALAYSIA CERGAS merupakan satu program yang berdasarkan kepada


konsep sukan untuk semua. Melalui program ini masyarakat mengamalkan gaya hidup
yang aktif melalui penyertaan dalam aktiviti-aktiviti sukan dan rekreasi fizikal.
Tema ini menekankan kecergasan fizikal dan kesihatan mental ke arah
peningkatan produktiviti dan mengukuhkan perhubungan sosial dan perhubungan
antara kumpulan etnik.

Kementerian Pendidikan Malaysia pula memainkan peranan


dengan memperuntukkan masa yang cukup untuk mata pelajaran Pendidikan Jasmani
dan kokurikulum di sekolah. Selain itu, Bahagian Pendidikan
Guru dipertanggungjawabkan melatih guru-guru yang berkebolehan mengajar
mata pelajaran Pendidikan Jasmani di sekolah-sekolah. Di institusi pengajian
tinggi,aktiviti-aktiviti sukan juga digalakkan di kalangan siswa. Majlis Kebajikan dan
Sukan Anggota-Anggota Kerajaan (MAKSAK) berperanan menggalak dan
menyelaraskan semua aktiviti sukan di dalam pelbagai perkhidmatan awam. Majlis
Olimpik Malaysia

(MOM) merupakan badan induk kepada semua persatuan sukan


kebangsaan. Tanggungjawab utama ialah menggalakkan sukan di kalangan rakyat
untuk pergerakan Olimpik. MOM bekerja rapat dengan MSN dalam hal pemilihan
dan latihan atlet untuk pertandingan peringkat antarabangsa.

(c) Personel

Badan-badan sukan di semua peringkat hendaklah melantik personel bertauliah


dan berpengalaman bagi merancang, melaksana dan menilai program sukan.
Keperluan mempunyai jurulatih telah merangsang Majlis Sukan Negara
mewujudkan skim persijilan kejurulatihan sukan kebangsaan.

(d) Kewangan

Yayasan sukan kebangsaan membiayai kegiatan-kegiatan sukan berprestasi


tinggi dan sukan massa. Sumber kewangan yayasan sukan diperolehi daripada
kerajaan persekutuan, kerajaan negeri, sektor korporat dan individu. Dalam
usaha menggalakkan sumbangan kewangan dan material dari sektor swasta dan
individu, kerajaan telah membuat keputusan segala sumbangan dikecualikan dari
cukai.

Persatuan-persatuan juga perlu mempertingkatkan usaha dan strategi


pemasaran aktiviti mereka untuk mendapat sumbangan bagi membiayai kegiatan
persatuan.

(e) Insentif
Pegawai-pegawai sukan dan ahli-ahli sukan yang mewakili negara
dan mengharumkan nama negara perlu diberi pengiktirafan dan insentif . Insentif
boleh diberi dalam berbagai berbentuk contohnya peluang memasuki IPTA,
biasiswa, penganugerahan, cuti, elaun sara hidup, perlindungan insurans,
perbelanjaan untuk latihan dan yuran pendidikan.

(f) Kemudahan

Kementerian Belia dan Sukan bertanggungjawab untuk menyediakan


kemudahan bagi sukan massa, sukan berprestasi tinggi dan sukan untuk
golongan istimewa. Persatuan sukan bertanggungjawab menyelaras perancangan
dan agihan kemudahan sukan. Di peringkat negeri, kerajaan negeri menyediakan
kemudahan sukan untuk negeri masing-masing. Sektor-sektor korporat dan badan
sukarela juga di galakan memainkan peranan dengan aktif bagi melengkapi usaha
kerajaan dalam pembinaan kemudahan-kemudahan sukan.

(g) Am

Kerajaan Malaysia sentiasa berusaha bersungguh-sungguh ke arah


membentuk budaya sukan kepada rakyat Malaysia. Di antara usaha yang dirintis oleh
kerajaan ialah mengurangkan cukai-cukai dan eksais ke atas peralatan sukan
supaya lebih ramai orang mampu membeli alatan sukan pada harga yang murah.
Galakkan ini secara tidak langsung merangsang lebih ramai penduduk negara ini
melibatkan diri

dalam sukan. Pengusaha-pengusaha tempatan juga perlu diberi galakan


untuk menghasilkan peralatan-peralatan sukan yang berkualiti dan diterima di
peringkat antarabangsa.

Kementerian Pelajaran Malaysia telah membina beberapa buah sekolah


khas sebagai pusat kecemerlangan untuk menggalakkan pembangunan beberapa
jenis sukan tertentu seperti Sekolah Sukan Bukit Jalil dan Sekolah Sukan
Bandar Penawar serta pusat tunas cemerlang di setiap negeri. Institut Sukan
Negara memainkan peranan dalam penyelidikan dan pembangunan sukan di
negara ini.

Kerjasama daripada media massa dan pelbagai organisasi diperlukan


untuk menyebarkan dapatan penyelidikan dan mempromosikan sukan.
Dasar Sukan Negara yang telah digubal dan di perkenalkan pada 20 Januari
1988 merupakan satu dasar sukan untuk semua bentuk rakyat Malaysia. Dasar
ini merangkumi dua komponen iaitu:

sukan untuk semua dan sukan prestasi tinggi.

Anda mungkin juga menyukai