Anda di halaman 1dari 16
JABATAN PENDIDIKAN NEGERI TERENGGANU. Jalan Bukit Kecil, 20604 Kuala Terengganu, Terengganu Darul Iman, val 8-621 a000001 Folks. (Fax) 09-622 720709623 415 lamnan Web : prerengganu noe. goumy Ruj, Kami: PT. 07017-03/06 (43) Tarikh (th Disember 2016 Pengetua Sekolah menengah Program Pendidikan Khas Integrasi Negeri Terengganu Tuan, PELAKSANAAN KURIKULUM STANDARD SEKOLAH MENENGAH (KSSM) PENDIDIKAN KHAS SECARA BERPERINGKAT-PERINGKAT MULAI TAHUN 2017 Dengan hormatnya saya diarah merujuk Surat Pekeliling Ikhtisas Kementerian Pendidikan Malaysia Bilangan 9 Tahun 2016, KP/KPPMI6 Jld.2 ( 23 ) bertarikh 2 November 2016. 2. Sukacita dimaklumkan Kementerian Pendidikan Malaysia melalui Bahagian Pembangunan Kurikulum akan melaksanakan Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) secara berperingkat-peringkat di semua sekolah menengah termasuk Sekolah Pendidikan Khas dan Program Pendidikan Khas Integrasi (PPK!) bermula dengan murid Tingkatan 1 pada tahun 2017. 3. Sehubungan dengan itu, pihak sekolah hendaklah menggunakan DSKP bagi semua mata pelajaran KSSM Pendidikan Khas di Program Pendidikan Khas Integrasi (PPK!) yang disediakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Pelaksanaan jadual waktu bagi Pendidikan Khas adalah tertakluk kepada Peraturan-Peraturan Pendidikan (Pendidikan Khas) 2013. Sekolah boleh memuat turun DSKP Pendidikan Khas melalui laman sesawang htto://bpk.moe.gov.my atau memuat turun bahan tersebut melalui google drive Unit Pendidikan Khas Terengganu (login id unitpendkhasganu@amail.com / password : Kh@s123456). 4. _Bersama-sama ini disertakan Lampiran Panduan Pelaksanaan KSSM Pendidikan Khas, Mata Pelajaran KSSM Pendidikan Khas dan Peruntukan Masa Minimum Jam Setahun KSSM Pendidikan Khas untuk tindakan pihak sekolah. (Gila catatkan rujukan Jabatan ini apabila berhubung) 5. Sebarang pertanyaan sila hubungi Encik Mohd Shukri bin Abdullah, Penolong Pengarah Pendidikan Khas (Pegawai Meja Kurikulum Pendidikan Khas), Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu di talian 09-6213145 / 013-2696459 Kerjasama tuan diucapkan ribuan terima kasin. Sekian “Memperkasakan Transformasi Pendidikan” “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” sk - _ Pengarah Pendidikan Negeri Terengganu = makluman = Timbalan Pengarah Pendidikan ~ makluman - Ketua Sektor Pengurusan Akademik (SPA), JPNT ~ makluman - _ Semua Pegawai Pendidikan Daerah Negeri Terengganu = makluman ‘Shukrikssm pend khas Lampiran 17 PELAKSANAAN KSSM PENDIDIKAN KHAS LATAR BELAKANG KSSM Pendidikan Khas, dilaksanakan secara berperingkat-peringkat bermula dengan Tingkatan 1 pada tahun 2017. KSSM Pendidikan Khas ini diguna pakai oleh semua murid berkeperluan khas (MBK) yang berada di tahap kefungsian sederhana dan rendah. MBK berkefungsian tinggi yang berada di Program Inklusif akan mengikuti KSSM. Walau bagaimanapun, MBK berkefungsian tinggi boleh juga dibenarkan memilih untuk mengikuti KSSM Pendidikan Khas. 1. TAHAP KEFUNGSIAN MURID BERKEPERLUAN PENDIDIKAN KHAS. (MBK) A. Murid Berkeperluan Pendidikan Khas (MBK) Berkefungsian Tinggi MBK Berkefungsian Tinggi bermaksud MBK yang berpotensi dan mampu mengikuti kurikulum arus perdana di sekolah pendidikan khas dan sekolah harian biasa. B. Murid Berkeperluan Pendidikan Khas (MBK) Berkefungsian Sederhana MBK Berkefungsian Sederhana bermaksud MBK yang berupaya menguasai kemahiran asas literasi dan numerasi dan berupaya dari segi bahasa dan komunikasi, sosio emosi, tingkah laku, dan psikomotor. C. Murid Berkeperluan Pendidikan Khas. (MBK) Berkefungsian Rendah MBK Berkefungsian Rendah bermaksud MBK yang mempunyai kombinasi ketidakupayaan kognitif dan, satu atau lebih ketidakupayaan yang melibatkan bahasa dan komunikasi, sosio emosi, tingkah laku, dan psikomotor. 33

Anda mungkin juga menyukai