2
PERSEDIAAN SEBELUM HARI PENDAFTARAN
(a) Anda hendaklah melengkapkan Borang 9 (dalam kit pendaftaran) dan Borang
Permohonan Pemeriksaan Perubatan Institut Pendidikan Guru, Kementerian Pendidikan
Malaysia (Pin.1/2014). Kedua-dua dokumen ini hendaklah diserahkan kepada Pegawai
Perubatan kerajaan atau swasta yang berdaftar dengan KKM untuk mendapatkan
pemeriksaan doktor.
(b) Sila pastikan keputusan pemeriksaan perubatan (keratan Borang Pin.1/2014) tersebut
mengandungi nama pegawai perubatan yang membuat pemeriksaan, keputusan
pemeriksaan x-ray juga alamat lengkap hospital atau klinik di mana anda menjalani
pemeriksaan tersebut.
(c) Keputusan yang ”disahkan sihat” dalam pemeriksaan perubatan, hendaklah diserahkan
kepada pegawai bertugas ketika mendaftar. Anda perlu menyediakan satu keputusan
asal dan dua salinan fotostat keputusan pemeriksaan perubatan yang telah disahkan
untuk kegunaan IPG berkenaan
(d) Semua urusan dan perbelanjaan bagi pemeriksaan perubatan serta x-ray adalah
tanggungan anda.
PDPP*pada pindaan
*Tertakluk RM1,305.00 RM2,903.80 RM307.50 RM4,516.30**
(KDC)
a) Sila jelaskan yuran pengajian sebelum anda hadir mendaftar bagi setiap semester
(seperti jadual pembayaran di atas)
b) Pembayaran boleh dibuat dengan menggunakan Kiriman Wang (money order)
atas nama AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA–KPM-T dan slip bayaran dibawa
semasa hari pendaftran.
3
3.2 Yuran pengajian bagi guru INTERIM lantikan 2017, akan dibayar oleh KPM.
3.3 Yuran pengajian bagi calon guru yang taja oleh penaja akan dibayar oleh penaja
masing-masing (JHEAT, JAIJ, KEMAS, JPNIN)
4.1 Anda dikehendaki membuat bayaran pendaftaran pelajar baharu sebanyak RM200
sebelum mendaftar.
4.2 Cara bayaran hendaklah menggunakan Kiriman Wang (money order) atas nama
AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA–KPM-T dan slip bayaran dibawa semasa hari
pendaftran.
PENTING: Pihak kami tidak akan menerima wang tunai untuk pembayaran yuran semasa
hari pendaftaran
(c) Calon tidak akan didaftarkan sebagai pelajar di Institut Pendidikan Guru sekiranya
gagal mengemukakan semua dokumen ASAL.
Pelajar lelaki:
Hendaklah memakai baju kemeja berlengan panjang, bertali leher, berseluar panjang (slack)
dengan bertali pinggang dan berkasut kulit warna gelap serta berstoking.
Baju hendaklah dimasukkan ke dalam seluar. Lengan baju hendaklah dibutangkan dan tidak
boleh dilipat ke atas.
Memakai pakaian sukan ketika aktiviti riadah/sukan
Pelajar perempuan:
(a) Sebarang jenis pakaian yang tidak mendedahkan mana-mana bahagian anggota
dari paras bawah leher hingga ke paras bawah lutut, berkain dalam dan berkasut
(court shoes) ketinggian tumit tidak melebihi 1.5 inci (3.75 sm);
(b) Pelajar perempuan Islam digalakkan memakai pakaian yang menutup aurat dan bercirikan
wanita muslimah; dan memakai pakaian sukan ketika aktiviti riadah/sukan; dan
MAKLUMAT PENTING
1. PENDAFTARAN CALON
Calon dikehendaki hadir sendiri semasa mendaftar. Pendaftaran melalui wakil tidak
dibenarkan. Calon mesti melapor di IPG yang telah ditetapkan pada tarikh dan masa seperti
yang tertera dalam surat tawaran.
2. PENDAFTARAN LEWAT
Pendaftaran ini terbatal sekiranya calon tidak mendaftar pada tarikh dan masa yang ditetapkan.
Adalah diingatkan bahawa pertukaran Pusat kursus dan bidang pengajian (pengkhususan)
tidak dibenarkan (Rujuk Surat Tawaran).
5
4. CALON TIDAK LAYAK MENDAFTAR
b. Calon yang pernah mengikuti program ikhtisas di Institut Pendidikan Guru, tetapi gagal
dalam peperiksaan atau tidak menamatkan pengajian.
c. Calon yang pernah atau sedang disabitkan dengan kesalahan penyalahgunaan dadah,
jenayah atau tindakan mahkamah.
d. Calon yang didapati mengandung atau baru melahirkan anak dan masih belum melepasi
tempoh 60 hari bersalin atau ditimpa kemalangan atau sakit yang memerlukan rawatan
berpanjangan/beberapa bulan untuk sembuh sepenuhnya semasa menerima tawaran ini.
Penangguhan pendaftaran adalah tidak dibenarkan. Calon boleh memohon untuk
mengikuti program ini pada tahun berikutnya jika memenuhi syarat semasa.
5. DISIPLIN
Semua pelajar WAJIB mematuhi Akta 174 dan Peraturan Pelajar Institut Pendidikan Guru.