2012-01-02 - Kertas Konsep Guru Penyayang PDF
2012-01-02 - Kertas Konsep Guru Penyayang PDF
Anjuran:
1.0 PENGENALAN
TUGAS pendidik atau guru bukan setakat menyalurkan ilmu pengetahuan, tetapi
merangkumi pendidikan akhlak kepada anak murid. Mengajar dalam apa bidang
sekalipun, aspek membina sahsiah peribadi seharusnya diletakkan sebagai teras
kepada usaha pendidikan. Dalam zaman serba moden serta mencabar, kerjaya guru
juga semakin mencabar. Banyak kali dilaporkan mengenai adanya segelintir kecil guru
yang tidak dapat mengawal emosi lantas mengambil tindakan menghukum anak didik di
luar batas etika sebagai seorang pendidik. Justeru, guru perlulah sentiasa ingat bahawa
mendidik manusia memerlukan kesabaran tinggi dan nilai kasih sayang yang kental.
Tanpa dua sifat penting itu, guru akan berhadapan masalah.
Kisah Rasulullah SAW itu juga mengajar kita perlu bersikap lemah lembut
apabila mengendalikan seseorang yang jahil dan mestilah mengajar orang seperti itu
perkara yang patut diketahuinya tanpa memarahinya, selagi dia tidak menunjukkan
sikap berdegil. Imam al-Ghazali pernah menggariskan beberapa kriteria unggul seorang
pendidik antaranya, guru harus sabar menerima pelbagai masalah murid dan
menerimanya dengan baik. Guru hendaklah bersifat penyayang dan tidak pilih kasih
terhadap anak didiknya.
Confucius, seorang ahli falsafah dan pendidik Cina yang sangat terkenal. Dirinya
sebagai seorang guru, menggunakan kaedah dan pendekatan pendidikan yang sangat
informal, bersesuaian dengan karektor individu yang berbeza-beza. Beliau
mencadangkan kepada anak didiknya apa yang perlu dipelajari, berbincang dengan
mereka dan kadang kala hanya mendengar hujah dan ulasan anak didiknya dengan
sabar. Cadangan diberikan anak didiknya untuk memperkembangkan kekuatan, dan
memperbaiki kelemahan. Beliau mengatakan bahawa pendidikan hendaklah
dilaksanakan dengan penuh kasih sayang. Oleh itu, beliau mendidik tanpa mengira
latar belakang anak didiknya.
Anna Eleanor Roosevelt, warga Amerika Syarikat, seorang pejuang hak asasi
manusia yang terkenal, pernah mengatakan bahawa “The giving of love is an education
in itself”. Beliau berpendapat bahawa tindakan memberi kasih sayang itu sudah
merupakan satu bentuk pendidikan. Pandangan ini menunjukkan betapa pentingnya
seorang pendidik untuk sentiasa menunjukkan sifat kasih sayang dan mencipta hasil
signifikan ke atas orang yang dididiknya.
Guru yang penyabar dan penyayang akan berjaya dalam kerjayanya. Apabila
nilai itu tersemat kukuh, guru pasti akan menyedari bahawa sabar itu memberkati usaha
gigihnya mendidik. Selain itu, guru juga perlu bersedia menerima kepelbagaian watak
dan perbezaan tahap kecerdasan anak didik supaya proses pengajaran akan dapat
dilaksanakan dengan fikiran tenang.
2.0 RASIONAL
2.1 Permasalahan murid-murid pada masa ini perlukan medium yang sesuai
bagi membantu murid tersebut dan menggunakan kaedah dan
pendekatan yang terkini serta disukai oleh murid tersebut.
2.2 Generasi murid hari ini yang terdiri daripada generasi Y dan Z yang unik,
di mana mereka mempunyai pemikiran yang liberal dan terbuka.
2.3 Mengurangkan jurang beza tara antara guru dengan murid
3.0 OBJEKTIF
3.1 Membentuk karektor serta sahsiah diri murid yang disenangi oleh warga
sekolah.
3.2 Mewujudkan satu suasana yang harmoni antara guru dan murid selaras
dengan keperluan semasa.
3.3 Menimbulkan rasa dihargai dan diterima dalam kalangan murid.
4.0 JUSTIFIKASI
4.1 Terdapatnya peningkatan salah laku disiplin dalam kalangan murid.
4.2 Peningkatan kadar ponteng murid.
4.3 Terdapat laporan/aduan pelanggaran etika profesion keguruan.
4.4 Peningkatan bilangan guru yang mengalami tekanan emosi dalam
menjalankan tugas.
5.0 ANJURAN DAN KELOLAAN
6.0 PERSONALIA
8.0 SASARAN
11.0 PENUTUP