I. Zaman Tabi’in
Ulama pertama yang berusaha ke arah penulisan dan mencatat tafsir
berkaitan dengan ayat-ayat al-Quran dalam bentuk buku adalah daripada
kalangan ulama Tabi’in yang dipelopori oleh Mujahid.
Ulama terkenal yang menjadi pengumpul dan berusaha untuk
mengumpulkan segala tafsir ayat-ayat al-Quran yang berselerak itu ialah:
i. Sufian Ibn Uyainah yang meninggal dunia pada tahun 198 Hijrah.
ii. Waki’ Ibn al-Jarah yang meninggal dunia pada tahun 160 Hijrah.
iii. Syu’bah Ibn al-Hajjaj yang meninggal dunia pada tahun 160 Hijrah.
iv. Ishak Ibn al-Rahawiyah yang meninggal dunia pada tahun 238
Hijrah.
Ramai daripada kalangan para sahabat terkemuka telah berpindah ke
kota-kota yang baru dibuka kerana wilayah Islam yang sudah mula
terbuka luas pada zaman Tabi’in menyebabkan munculnya beberapa
aliran di berbagai kota yang dipimipin oleh para sahabat.
Mereka yang paling terkenal dalam kalangan ahli Tafsir ialah Mujahid Ibn
Jabar dan Sa’id Ibn Jubair.
Sebagai rumusannya, majoriti ilmu Tafsir masih terus wujud dalam
bentuk pengajaran dan riwayat secara lisan.
Pembukuan ilmu Tafsir yang berlaku pada zaman Tabi’in masih belum
pesat cuma apa yang ketara dan jelas ialah pada waktu itu unsur-unsur
Israiliyat mula menyelinap masuk ke dalam disiplin ilmu Tafsir.
Kitab tafsir yang wujud pada zaman ini merupakan ekoran inisiatif
atau laluan yang dirintis oleh Mujahid. Antara kitab tafsir yang
terkenal pada zaman itu ialah:
b) Zaman Tadwin
Zaman ini atau gerakan pembukuan ilmu Tafsir secara khususnya berlaku
pada zaman akhir pemerintahan Bani Umaiyyah dan awal pemerintahan
Bani Abbasiyah.
Pembukuan tafsir atau juga zaman Tadwin berlaku pada akhir kurun
kedua Hijrah yang berlangsung selari dengan pembukuan Hadis dan dapat
dibahagikan kepada empat peringkat :
a) Peringkat Pertama : Pembukuan Tafsir dan Hadis. Tokoh permuka dan
pelopor antaranya ialah :
i) Thu’bah Ibn al-Hajjaj
ii) Waki’ Ibn al-Jarrah
iii) Sufian Ibn ‘Uyariah
b) Peringkat Kedua : Peringkat pengasingan di antara tafsir dengan hadis
yang mana munculnya ulama seperti :
i) Ibn Majah
ii) Ibn Jarir al-Tabari
iii) Abu Bakar Ibn al-Munzir al-Naisaburi
iv) Ibn Abi Hatim
v) Ibn Hibban
vi) al-Hakim
vii) Abu Bakar Ibn Mardawah