Anda di halaman 1dari 9

EDUP2013 – FALSAFAH PENDIDIKAN DI MALAYSIA

Pengenalan

Falsafah tidak dinafikan kepentingannya kepada kehidupan manusia. Setiap


individu secara tidak langsung mempunyai falsafah di dalam kehidupannya kerana
falsafah berhubung kait dengan kebenaran dan fitrah manusia ke arah kebenaran.
Falsafah membantu manusia dalam usaha membangunkan kebolehan mengatasi
masalah yang timbul bagi mendapatkan jawapan yang lebih rasional, bijaksana dan
jelas. Falsafah pendidikan bukan sahaja menjadi asas kepada pembentukan sesuatu
sistem pendidikan, malahan juga menjadi panduan yang amat penting dalam
pelaksanaan sesuatu sistem pendidikan tersebut. Proses mendidik pelajar perlu
berlangsung secara terancang dan sistematik kerana tanpa ciri tersebut proses ini
akan mengalami banyak masalah dan halangan sehingga tidak mendatangkan hasil
yang diharapkan.

Daripada mazhab falsafah umum Barat, lahir banyak falsafah pendidikan yang
berasas kepadanya. Falsafah pendidikan Barat terbahagi kepada dua iaitu tradisional
dan moden. Falsafah pendidikan barat ini membincangkan aspek-aspek pendidikan
yang muncul di dalam masyarakat barat. Aliran fahaman pendidikan ini termasuklah
Perenialisme, Esentialisme, Progresivisme, Rekonstruktivisme dan Eksistensialisme.

1
EDUP2013 – FALSAFAH PENDIDIKAN DI MALAYSIA

Perenialisme

Perenialisme berasas daripada falsafah tradisional yang banyak dipengaruhi


oleh fahaman idealisme Plato (427-347 SM) dan Aristotle (384-322 SM). Sebagai
aliran falsafah pendidikan moden, perenialisme ini adalah dipelopori oleh R. M.
Hutchins (1899-1977), Mortimer J. Alder (I802-?) dari Amerika Syarikat, dan Jacques
Maritain (1882-1973) dari Perancis. Mengikut ahli-ahli perenialisme, oleh kerana
pengaruh materialisms, pragmatisme dan fahaman sains, nilai moral dan rasional
manusia semakin merosot (Mok Soon Sang, 2010). Untuk menyelamat tamadun
manusia daripada kelenyapan, fungsi asas pendidikan hendaklah mengutamakan
perkembangan potensi rasional individu, menolong mereka menemui prinsip-prinsip
mutlak, dan daripada itu, memahami dunia yang sebenar. Maka, tugas utama dalam
proses pendidikan ialah mendisplinkan mental dan jiwa pelajar, di samping
mengembang potensi menaakul.

Sehubungan ini, membaca bahan-bahan tulisan agung dari masa lampau


merupakan tugas yang penting bagi seseorang pelajar. Ahli perenialisme berpendapat,
melalui pembacaan tulisan-tulisan cendekiawan zaman lampau, pelajar dapat
bersemuka secara tidak langsung dengan pemikiran mereka dan mempelajari cara
memikir seperti mereka. Maka, tugas pendidikan ialah memupuk kelakuan moral,
menguasai alat pembelajaran, melatih pelajar dalam 3M, iaitu membaca, menulis dan
mengira, serta mengingat petikan-petikan daripada karya-karya agung sebagai asas
kehidupan yang rasional dan matang pada masa depan. Di samping itu, mereka
berpendapat pula bahawa pendidikan kemanusiaan, termasuk agama, ialah mata
pelajaran yang penting dan hendaklah dipelajari terlebih dahulu daripada pendidikan
sains.

Esentialisme

Falsafah pendidikan ini mula diguna pakai dalam pemikiran pendidikan oleh
William C. Bagley. Tokoh lain yang ada kaitan dengan falsafah esensialisme ialah
seperti James B.Conant, Hyman G.Rickover, Thomas Briggs, Frederick Breed dan
Issac L. Kandel. Esentialisme termasuk dalam kategori falsafah pendidikan yang
tradisional dan konservatif. Falsafah pendidikan ini mempunyai pegangan bahawa
pendidikan adalah melalui pengetahuan teras yang berkumpul dan berkekalan buat
beberapa lama bertujuan untuk menyampaikan warisan budaya dan sejarah. Falsafah
esentialisme ini juga melihat kepada apa yang perlu dan penting dalam hidup untuk
kehidupan yang sempurna dan baik di mana pendidikan adalah penting sebagai

2
EDUP2013 – FALSAFAH PENDIDIKAN DI MALAYSIA

persediaan untuk pekerjaan dan kewarganegaraan dengan menggalakkan


perkembangan intelek dan kecekapan individu.

Pengetahuan yang diperoleh melalui pendidikan boleh diamalkan supaya


menjadi ilmu agar individu dapat memainkan peranan yang produktif dalam
masyarakat. Pengetahuan yang bersifat teras wajar disampaikan kepada semua pihak
terutama sekali kepada para pelajar. Pengetahuan ini, bersama-sama dengan
kemahiran, sikap dan nilai yang sesuai dan merangkumi unsur-unsur yang diperlukan
dianggap penting dan wajar diketengahkan.

Pembelajaran adalah usaha dan aplikasi yang bersungguh-sungguh dengan


guru lebih banyak peranannya berbanding para pelajar. Bahan pengajaran yang
digunapakai atau kurikulumnya dalam proses pendidikan adalah telah ditentukan oleh
guru. Guru ialah individu yang berada ‘ditengah-tengah’ alam pendidikan yang
bermaksud guru dianggap sebagai pakar dalam pelbagai disiplin dan sebagai role
model yang harus dicontohi. Guru perlu diberi penghormatan kerana penguasaan,
kepakaran dan kewibawaannya sebagai guru. Kelas atau bilik darjah ialah di bawah
pengaruh dan kawalan guru. Guru mestilah mempunyai pendidikan liberal yang
mengetahui pengetahuan dalam bidang pembelajaran seperti psikologi kanak-kanak,
proses pembelajaran pedagogi dan lain-lain. Guru juga bertanggungjawab mengajar
nilai-nilai tradisional selain menjadi model bernilai yang dicontohi.

Oleh yang demikian, esensialisme lebih banyak meletakkan pendidikan di


bahu guru berbanding pelajar. Kurikulum yang dilaksana dalam pendidikan adalah
berpusat kepada mata pelajaran, namun esensialisme agak berbeza dengan
perenialisme kerana lebih memfokus kepada masa hadapan. Di peringkat sekolah
rendah, penekanan ialah kepada kemahiran 3M iaitu membaca, menulis dan mengira.
Esensialisme yakin bahawa pengajaran adalah sebagai penyebaran pengetahuan
kemahiran dan nilai yang benar-benar diperlukan.

Progresivisme

Progresivisme berasas daripada falsafah naturalisme dan pragmatisme.


Falsafah naturalisme adalah dipelopori oleh Jean J. Rousseau (1712-1778: Perancis),
Heinrich Pestalozzi (bangsa Swiss: 1746-1827) dan Freidrich Froebel (bangsa
Jerman : 1782-1852), semasa zaman reformasi di antara tahun 1712 hingga 1860.
Mengikut Rousseau, kelahiran manusia adalah suci dan semula jadi seperti kain putih,
dan coraknya pada masa depan adalah dipengaruhi dan ditentukan oleh alam

3
EDUP2013 – FALSAFAH PENDIDIKAN DI MALAYSIA

sekitarnya. Maka, Teori Pembelajaran Semula Jadi, yang berasaskan daripada


falsafah pendidikan Rousseau ini, menekankan hasil pembelajaran seseorang adalah
dipengaruhi dan ditentukan oleh alam sekelilingnya. Teori pembelajaran ini
bercanggah dengan memaksa pelajar belajar seperti yang disarankan dalam Teori
Disiplin Mental. la sebaliknya menyarankan agar menunggu timbul minatnya terhadap
pembelajaran. Maka, Teori Pembelajaran Semula Jadi menekankan keberkesanan
pembelajaran bergantung kepada kesediaan pembelajaran seseorang, yang telah
menjadi salah satu prinsip pengajaran dan pembelajaran yang utama dalam masa kini.

Naturalisme merupakan teras falsafah pendidikan Rousseau. Beliau


menegaskan, untuk membentuk manusia yang ideal, kita harus melaksanakan
pendidikan bercorak naturalisme. Di dalam alam sekitar, mengikut kajian beliau,
kedudukan orang dewasa dengan kanak-kanak adalah berlainan. Oleh itu, di dalam
aspek pendidikan, kedua-dua kumpulan mereka hendaklah dipandang berlainan.
Tambahan pula, kanak-kanak hendaklah diajar cara yang sesuai mengikut peringkat
perkembangan umur mereka. Kanak-kanak akan menjadi mangsa sekiranya mereka
dipaksa belajar mengikut pendidikan orang dewasa.

Manakala, pragmatisme adalah dipelopori oleh John Dewey (1859-1952),


William H. Kilpatrik (1871-1965), Boyd H. Bode (1873-1953), dan Harold V. Rugg
(1886-1960) dari Amerika Syarikat. Falsafah pragmatisme adalah dilahir daripada
andaian bahawa ilmu pengetahuan dapat diperolehi melalui cara perhubungan
manusia dengan alam sekitarnya. Ahli falsafah yang menggunakan pendekatan
pragmatik ini berpendapat bahawa sesuatu idea, prinsip atau fakta hanya boleh
dikatakan benar dan bermakna apabila idea, prinsip atau fakta itu telah diuji secara
objektif serta saintifik, dan membawa hasil yang memuaskan. Dengan perkataan lain,
kebenaran sesuatu idea, prinsip atau hukum bergantung kepada hasil yang
diperhatikan secara objektif dalam sesuatu penyelidikan yang dijalankan.

Ahli-ahli falsafah pragmatisme, seperti Pierce dan John Dewey, berpendapat


pula bahawa cara yang paling berkesan untuk memperolehi ilmu pengetahuan ialah
menggunakan kaedah penyelesaian masalah. Mengikut mereka, usaha mencari
penyelesaian sesuatu masalah dilahir daripada keperluan dan minat.Aktiviti
menyelesaikan masalah akan dapat dilaksanakan dengan berkesan apabila timbulnya
keperluan dan minat untuk menyelesaikan masalah tersebut. Di bawah konteks
pendidikan,pendekatan pragmatik pula menjadi sesuatu kaedah mengajar dalam
aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Dengan penggunaan kaedah penyelesaian

4
EDUP2013 – FALSAFAH PENDIDIKAN DI MALAYSIA

masalah, pelajaran akan menjadi lebih mudah, lebih menarik dan lebih bermakna
kerana pelajaran adalah dirancang mengikut keperluan dan minat pelajar.

Kemunculan aliran progresivisme pada tahun 1930-an adalah bertujuan


menentang pendidikan tradisional yang disifatkan sebagai pasif dalam pembelajaran,
kerana ia mengutamakan kemahiran mengingat dan latihan yang rapi. Lantaran ini,
John Dewey dan ahli-ahli progresivisme yang lain menyarankan progresivisme untuk
menentang aliran perenialisme, khasnya mengritik autoriti guru dalam proses
pengajaran dan pembelajaran. Di dalam fahaman progresivisme, pelajar merupakan
peranan utama dalam pembelajaran. Mereka berpendapat segala aktiviti pengajaran
dan pembelajaran hendaklah dirancang berdasarkan minat, keperluan dan kebolehan
pelajar. Mereka menggambarkan pelajar sebagai individu yang berpengalaman,
bermotivasi kendiri dan mempunyai naluri ingin tahu.

Oleh itu, mereka harus diajar dengan pendekatan kajian sosial, projek,
penyelesaian masalah dan ujikaji. Guru yang berkesan adalah guru yang memainkan
peranan sebagai pembimbing dan penasihat dengan membimbing pelajar
menggunakan kaedah inkuiri dan penemuan untuk memperolehi ilmu pengetahuan
melalui usaha diri sendiri. Sehubungan ini, pcrkara-perkara yang hendak disampaikan
patutlah berlandaskan minat pengalaman dan kebolehan pelajar.

Mengikut Dewey, pendidikan di sekolah merupakan sebahagian kehidupan


harian pelajar. Maka, sekolah bukan sahaja tempat untuk memperolehi ilmu
pengetahuan, tetapi juga sesuatu tempat untuk pelajar bckerja dan hidup secara
bermasyarakat. Sehubungan ini, beliau menyarankan mata pelajaran seperti
Kemahiran Hidup diperkenalkan dan tlipelajari dengan kaedah praktik di dalam
bengkel sekolah, demi memupuk kemahiran daya cipta di kalangan pelajar.

Sebagai masyarakat kecil, sekolah hendaklah berperanan untuk


mendorongkan kerjasama di kalangan anggota-anggotanya di samping mengamalkan
kepimpinan demokratik dalam hal pengurusan dan pelaksanaan aktiviti pengajaran
dan pembelajaran. Dengan perkataan lain, ahli-ahli progresivisme menyokong
penggunaan strategi kolaboratif dan koperatif dalam aktiviti-aktiviti pendidikan. Guru
hendaklah menggalakkan pelajar mengambil inisiatif sendiri dan menggunakan
kaedah kerja praktik dan pengalaman sedia ada untuk memperolehi ilmu pengetahuan
dan menguasai kemahiran menyelesaikan masalah. Ilmu sains sahaja merupakan
ilmu yang sebenar. Oleh itu, proses pengajaran dan pembelajaran hendaklah
dilaksanakan berdasarkan langkah-langkah kajian sains, termasuk aplikasi prinsip
"membuat sambil belajar".Kaedah sains merupakan kaedah koperatif, dan di bawah

5
EDUP2013 – FALSAFAH PENDIDIKAN DI MALAYSIA

aplikasinya dalam kehidupan bermasyarakat ialah sesuatu kaedah bersifat demokratik.


Ini bermakna, mengikut mereka, sekolah hendaklah beroperasi sebagai organisasi
yang bercorak demokratik.

Rekonstruktivisme

Rekonstruktivisme merupakan falsafah pendidikan yang dipecahkan daripada


aliran fahaman progresivisme dan menjadi suatu falsafah sendiri. Pelopor utama aliran
fahaman rekonstruktivisme ialah George S. Counts (1899-1974) dam Harold O. Rugg
(1886-1960), kedua-duanya adalah penyokong pragmatisme John Dewey.

Ahli-ahli rekonstruktivisme berpendapat falsafah pendidikan progresivisme


hanya sesuai digunakan dalam masyarakat yang stabil; oleh itu, adalah perlu
mengadakan sesuatu falsafah 'krisis'seperti rekonstruktivisme untuk menyelamat
kebudayaan masyarakat yang kian diancam dan menghadapi masalah keruntuhan.

Tambahan pula, mengikut mereka, progresivisme terlalu mementingkan


pendekatan dan proses pendidikan, hingga mengabaikan objektif dan hasilnya.
Mereka berpendapat, tugas utama pendidikan hams mengandungi objektif eksplisit,
iaitu membentuk "Order Baru Masyarakat" sebagai objektif yang ideal, membaiki
masyarakat, merealisasikan demokrasi untuk masyarakat dan sarwa jagat, demi
membawa kebajikan dan kesejahteraan untuk manusia.

Aliran fahaman rekonstruktivisme mula menjadi perhatian di dalam tahun


1950-an, apabila Theodore Burghard Hurt Brameld (1904-?) menggabungkan teori
progresivisme dengan behaviorial sains sebagai asas rekonstruktivisme. Beliau
berpendapat pengalaman sebenarnya ialah hasil interaksi manusia dengan elemen-
elemen dalam alam persekitaran dan alam sosial, di mana pengalaman individu
merupakan tempat utama dalam proses interaksi tersebut. Nilai berubah mengikut
perubahan masyarakat. Nilai yang tertinggi akan dapat dicapai apabila individu dan
masyarakat memperolehi kepuasan dalam peringkat penyempurnaan. Sehubungan
ini, sekolah seharusnya menjadi sesuatu organisasi yang mengamalkan prinsip
rekonstruktivisme. Hal ini memerlukan pelajar mematuhi segala prinsip tingkah laku
yang ditentukan dan berusaha mempertingkatkan kualiti pembelajaran mereka.

Mengikut mereka, teori progresivisme yang menyarankan kaedah


penyelesaian masalah tidak mempunyai objektif dan nilainya, dan cara yang berkesan
untuk mengkaji masalah sosial ialah teknik perbincangan, yang akan dapat mencapai
matlamat penyelesaian masalah sosial, dan seterusnya membentuk masyarakat

6
EDUP2013 – FALSAFAH PENDIDIKAN DI MALAYSIA

sosial yang harmoni dan sempurna. Maka, teori rekonstruktivisme, di dalam usaha
membina masyarakat baru, menumpukan usaha kepada perkembangan ekonomi dan
kebajikan sosial manusia. Mereka percaya bahawa sekolah bolehmemainkan peranan
membentuk semula masyarakat yang harmoni dan sempurna. Maka, peranan guru
bukan sahaja menyampaikan ilmu pengetahuan, tetapi juga, yang lebih pentingnya,
membawa isu-isu sosial yang penting untuk dibincang dan diselesaikan secara
usahasama.

Ringkas kata, teori rekonstruktivisme menekankanteknik perbincangan dan


penggunaaan kemahiran berjikir kritis dan kreatif dalam penyelesaian masalah. Untuk
mencapai matlamat pendidikan ini, bahan-bahan pelajaran hendaklah distrukturkan
secara sistematik dan bersepadu. Mata pelajaran kemanusiaan hendaklah menjadi
fokus utama dalam rancangan kurikulum sekolah, agar membentuk pelajar yang
berperikemanusiaan, berlandaskan kebudayaan masyarakat yang ideal.

Eksistensialisme

Aliran fahaman eksistensialisme merupakan falsafah pendidikan Barat yang


berasaskan naturalisme Rousseau dan mazhab humanis,adalah dipelopori oleh Carl
Rogers (1902-1987), dengan mengutamakan pembelajaran kendiri dan bukan ilmu
pengetahuan. Ahli-ahli eksistensialisme berpendapat pelajar tidak patut mengorban
individualiti mereka untuk memperolehi ilmu pengetahuan. Maka, pembelajaran yang
berkesan harus mempunyai makna kepada individu yang berkenaan. Hanya melalui
cara ini, pelajar barulah berupaya bertindak berdasarkan ilmu pengetahuan dan
kefahamannya dalam situasi mengikut masa dan keadaan yang sesuai. Mereka
menekankan kurikulum yang menjadi fokus utama hendaklah dipindahkan daripada
perkara alam dunia kepada dunia personaliti. Ini bermakna bahan pembelajaran, cara
belajar, kuantiti pembelajaran dan nilai-nilainya hendaklah ditentukan oleh pelajar
sendiri. Pemilihan dengan tepat atau silap adalah tanggungjawab pelajar sendiri.

Guru hendaklah menghormati pandangan dan pemilihan pelajar dan tidak


patut memaksa pelajar menerima nilainya. Permainan yang mempunyai unsur kreatif
dan pendidikan seni mengandungi nilai etika dan estetik yang tinggi, kerana kedua-
duanya membongkar konflik di antara individualiti dengan alam persekitaran,
mencetuskan perasaan dan emosi pelajar, dan oleh itu, membolehkan pelajar
mengembangkan potensi mereka dengan sempurna. Maka, sekolah hendaklah
menyediakan peluang untuk pelajar menemui kendiri diri dan memupuk kemahiran
berfikir secara reflektif untuk menilai diri serta keupayaan disiplin diri. Amalan falsafah

7
EDUP2013 – FALSAFAH PENDIDIKAN DI MALAYSIA

pendidikan eksistensialisme banyak didapati daripada sekolah-sekolah terbuka di


Amerika Syarikat, Taiwan, Jepun dan model Sekolah Summerhill di United Kingdom.

Kesimpulan

Falsafah merupakan aktiviti berfikir secara meluas, mendalam, kritis, holistik,


sistematik, radikal, integral, konsepsual dan universal untuk menemui kebenaran.
Falsafah pendidikan barat Perenialisme, Esentialisme, Progresivisme,
Rekonstruktivisme dan Eksistensialisme berteraskan mazhab falsafah umum iaitu
idealisme, realisme, pramatisme dan eksistensialisme. Falsafah pendidikan barat
menekankan nilai sesuatu ilmu sebagai keperluan untuk membezakan taraf individu
dengan individu yang lain. Pendidikan di barat berfokuskan kepada proses
pembelajaran di institusi seperti sekolah untuk menjadikan murid mendapat
pengetahuan dan mengaplikasinya secara berkesan.

8
EDUP2013 – FALSAFAH PENDIDIKAN DI MALAYSIA

Rujukkan

Marsh, C.J. & Willis, G. 2003. Curriculum: Alternative Approaches, Ongoing Issues.
Edisi Ke-5. Ohio: Pearson Education.

McKimm, J. 2010. Curriculum design and development. http://www.faculty.


londondeanery.ac.uk/e-learning/setting-learning-objectives/
Curriculum_design_and_development.pdf diakses [27 November 2011].

Mohd Asnawi Satdimin, Md Shufian Awang, Avelyn Siang, Nur Atiqah Basri. 2010.
Apakah yang dimaksudkan dengan kurikulum. Bincangkan pendapat dan
pandangan pakarpakar tentang kurikulum. images.shv4193.multiply.
multiplycontent.com diakses [27 November 2011].

Mohd Daud Bin Hamzah. 1993. Penerokaan Teori Kurikulum. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka. Oliva, P.F. 2009. Developing The Curriculum. Edisi Ke-7.
United States: Pearson Education.

O’Neill, Geraldine. 2010. Programme design: overview of curriculum models.


http://www.ucd.ie/t4cms/ucdtlp00631.pdf diakses [27 November 2011].

Anda mungkin juga menyukai