Anda di halaman 1dari 4

Di Malaysia terdapat ramai penganggur yang masih tiada sebarang pekerjaan.

Ramai graduan-graduan yang masih


menganggur selepas tamat pengajian. Ramai dari lepasan sekolah dan institusi pengajian tinggi kini sedang sibuk
mencari pekerjaan dalam mengisi pelbagai kekosongan jawatan di pelbagai sektor namun kadar pengangguran di
negara ini dilihat semakin membimbangkan dan perlu diambil tindakan sewajarnya.
Saban hari memperlihatkan begitu ramai pencari kerja memohon pekerjaan untuk ditemuduga secara terus oleh
syarikat-syarikat yang berdaftar dan mereka sememangnya tidak memilih pekerjaan dan menerima apa sahaja jawatan
sebagai langkah sementara untuk hidup sebelum mendapat pekerjaan yang lebih sesuai. Namun kita perlu bersedia
mengawal masalah pengganguran supaya penganggur-penganggur ini tidak membazairkan masa dengan menyertai
perkara-perkara yang tidak berfaedah.

Antara punca-punca kita menganggur disebabkan oleh:

Memilih Kerja - Kita mesti perlukan sesuatu kerja yang sesuai dengan ijazah dan Diploma yang dimiliki tetapi dengan
demand yang tinggi, dan ia tiada sebarang pengalaman. Siapa hendak beri pekerjaan tersebut, melainkan bermula dari
bawah.

Perlukan Pengalaman - Pergilah mana-mana Syarikat besar, mesti mereka akan menekankan tentang pengalaman kita
sebelum ini. Sekurang-kurangnya 1 tahun @ lebih lagi bagus. Bagi mereka, tidak perlu memberi tunjuk ajar lagi. Bagi
pendapat saya, bagus juga perlukan pengalaman, tapi fikir balik mereka perlulah memberi peluang kepada kita yang
ada Diploma @ Ijazah ini untuk mencuba nasib. Siapa lagi hendak memberi pekerjaan kepada kita selain mereka yang
mempunyai Syarikat besar-besar ini. Inilah satunya sebab ramai yang menganggur.

Kualiti Sijil/Diploma/Ijazah yang tak diiktiraf dan tidak menepati piawaian dan standard yang diperlukan -
Contohnya : Sesuatu couse di sesuatu Universiti itu menekankan kepada keseimbangan keperluan elemen teori dan
teknikal manakala di U yang lain bagi course yang sama pula hanya menekankan aspek teori sahaja dan tidak begitu
fleksibel jika nak dibandingkan dengan U yang satu lagi. Pernah terjadi di sebuah Universiti di malaysia ini.

Masalah Gaji yang dipohon - Ramai perlukan gaji yang banyak, tetapi baru sahaja graduate & tida sebarang
pengalaman kerja. Kita ambil dulu peluang yang ada walaupun gaji sikit. Kita kerja dulu macam mana, at least kita
dapat juga pengalaman selama kita kerja disitu.

Datang interview tiada persediaan - Dah tau nak pergi interview, bersedia dengan sebarang kemungkinan. Survey dulu
Company tu kat mana2. Selain daripada itu, sediakan sijil2 yang kita miliki, dah tahu nak interview hari ini, pagi ni
jugalah nak cari, macam mana tak lupa. Sekurang-kurangnya kita perlu membuat persediaan, berpakaian kemas wajib
bila pergi interview, jangan pakai ikut hati je.

Ketiadaan " soft- skill " - Seperti kemahiran komunikasi dan keyakinan menjawab soalan ketika ditemuduga, kurang
daya ketrampilan dan lemah penguasaan bahasa Inggeris. Oleh itu, para pencari kerka kini seharusnya
memperlengkapkan diri dengan ilmu dan kemahiran supaya halangan dapat diatasi semasa proses temuduga.

Pendatang Asing - Namun masalah kebanjiran pekerja asing di negara ini samada dari Indonesia, Vietnam, Kemboja,
India dilihat menjadi punca kepada pencari kerja untuk memilih kerja dan kerajaan perlu mengambil langkah-langkah
segera dan bijak untuk menangani isu pengangguran yang kian meruncing. Rakyat juga perlu membantu kerajaan
dengan menggubah sikap jika tidak mahu terus menganggur serta semua pihak perlu berganding bahu untuk
menyelesaikan isu yang serius ini kerana kita tidak mahu generasi akan datang terpaksa mencari pekerjaan di negara
asing kerana negara sendiri tidak dapat menawarkan peluang pekerjaan kepada penduduknya. Namun, buat masa ini
hakikatnya, golongan pekerja asing tetap diperlukan dan mereka juga menyumbang kepada ekonomi negara dan
mereka diuruskan dengan baik, pekerja-pekerja ini dengan secara tidak langsung dapat meningkatkan jumlah
pekerjaan bagi pekerja tempatan.

Sikap pekerja tempatan - Perlu dipersalahkan, mereka mempunyai sikap yang buruk dan sentiasa menuntut gaji yang
tinggi dan hari cuti yang banyak sebagai syarat perlantikan mereka di sesebuah syarikat. Pekerja tempatan yang
mempunyai sikap malas ini selalu datang kerja lewat dan bersikap ringan tulang ketika waktu bekerja manakala mereka
yang bekerja pula gagal mengikut kursus-kursus atau belajar semula di universiti untuk memperbaharui kepakaran dan
meningkatkan kecekapan. Oleh itu, kepakaran yang ada cepat luput dan insiden ini berlaku secara kerap di sektor
perkhidmatan seperti industri teknologi maklumat serta industri ini memerlukan pekerja-pekerjanya memperbaharui
kepakaran mereka kerana perkembangan teknologi kini dilihat begitu pesat.

Kesimpulannya - Setiap Institusi Pengajian Tinggi seharusnya dapat membina kurikulum akademik dan kurikulum
bukan akademik yang boleh melahirkan graduan yang yang berpersonaliti unggul dan menjadi pemangkin dalam
pembentukan masyarakat ke arah lebih progresif dan dinamik untuk siswazah atau peserta akan diserapkan memasuki
mana-mana syarikat swasta yang terpilih untuk menjalani latihan kerja terutama dalam jurusan teknologi maklumat.
Golongan siswazah pada hari ini bukan sahaja harus memiliki kelayakan akademik tetapi turut sama dilengkapi dengan
kemahiran kerja yang diperlukan oleh pasaran kerja kerana mereka berpeluang untuk menjalani latihan untuk menjadi
pekerja mahir.
Sesebuah negara dikatakan mempunyai pertumbuhan yang baik jika kadar penganggurannya
rendah. Sebaliknya jika kadar pengangguran tinggi, bermakna berlakunya pembaziran sumber
manusia.

Masalah pengangguran terus merupakan satu daripada masalah ekonomi yang sangat penting
dan harus ditangani dalam pasaran buruh. Sebab berlakunya pengangguran adalah pelbagai
dan kompleks.

Bagi sesetengah individu, pengangguran hanya berlaku dalam jangka masa yang pendek yang
mana ianya merupakan satu proses semulajadi bagi individu-individu yang bergerak di antara
satu pekerjaan ke pekerjaan yang lain atau pergerakan daripada alam persekolahan ke pasaran
kerja.

Bagi sesetengah individu yang lain pula beranggapan, pengangguran yang mengambil masa
beberapa bulan mungkin disebabkan kesukaran mencari pekerjaan. Kenyataannya, kadar
pengangguran merupakan petunjuk yang penting kepada prestasi kitaran ekonomi.

Mengikut statistik terbaru yang dikeluarkan, kadar pengangguran meningkat sebanyak 0.3
peratus kepada 3.3 peratus.

Sikap terlalu memilih pekerjaan merupakan faktor utama meningkatnya bilangan pengangguran
di negara ini. Walaupun pelbagai usaha dilakukan kerajaan bagaimanapun jika pencari
pekerjaan itu masih meletakkan beberapa syarat maka peluang pekerjaan seolah-olah tertutup
buat mereka.

Menurut sumber kaji selidik mendapati rata-rata daripada mereka memilih untuk tinggal bersama
keluarga dan bekerja di dalam pejabat sahaja. Ramai juga pencari kerja berminat bekerja di
dalam pejabat yang berhawa dingin daripada bekerja di ladang.

Selain itu masalah utama yang menyebabkan kegagalan mereka mendapatkan pekerjaan ialah
prestasi calon berkenaan yang terlalu tinggi daripada jawatan ditawarkan. Sebagai contoh,
jawatan juruteknik hanya memerlukan kelulusan sijil tetapi kebanyakan calon yang hadir adalah
di kalangan pemegang diploma dan ijazah. Jika mereka diterima bekerja akan menimbulkan
masalah dari aspek skim gaji yang tidak sesuai dengan kelulusan.

Meskipun ekonomi berasaskan pembuatan sejak setahun lalu menampakkan sedikit


pertumbuhan, namun kadar pengangguran ini masih tidak dapat dielakkan. Dengan pemulihan
ekonomi dan peluang pekerjaan buruh kasar yang agak murah, banyak negara pelabur asing
mula memandang negara-negara seperti Vietnam, Indonesia, Kemboja dan China untuk
dijadikan tempat melabur.

Kemasukan pelaburan terus asing atau FDI ke dalam negara-negara ini sejak ekonomi sedunia
mulai nampak pulih setahun lepas melenyapkan beberapa harapan penggerak dana serantau
negara kita di dalam memperolehi modal baru antarabangsa.

Para pelabur luar berasa bimbang dengan situasi dan melabelkan Malaysia sebagai negara tidak
selamat memandangkan iklim politiknya tidak stabil dan isu-isu seperti hak sosial, hak maklumat
dan kelambatan transformasi proses demokrasi di dalam negara.

Meskipun begitu, keadaan huru-hara politik di Thailand kurang memberi impak kepada para
pelabur asing untuk membuka perdagangan mereka di sana. Ini adalah kerana kos perniagaan
dan kos buruh adalah jauh lebih rendah daripada di Malaysia.

Sungguhpun demikian, syarikat-syarikat dari Malaysia pula semakin banyak menceburi


usahasama perdagangan dengan negara luar. Syarikat-syarikat Malaysia sanggup
menghabiskan lebih banyak wang syarikat untuk melabur di luar negara dengan alasan yang
sama iaitu kos buruh yang rendah.

Mungkin kerajaan perlu berbuat sesuatu supaya mereka ini pulang membuka kilang-kilang di
Malaysia dengan insentif tempatan yang lebih baik bagi mengisi kilang-kilang yang ditinggalkan
pelabur asing. Walaupun Malaysia memberikan infrastruktur dan pelepasan duti-duti yang agak
menarik, namun keadaan sosial dan politik semasa menggerunkan para pelabur.

Setelah berlakunya keadaan ini, dengan jumlah kadar pengangguran yang hanya mengambil
kira sejumlah pekerja yang diberhentikan kerja kerana kemelesetan perniagaan, ia tidak
menampakkan betapa lebih meruncingnya keadaan yang berlaku.

Kadar berkenaan tidak mengambil kira jumlah graduan yang dikatakan sejak 2 tahun lepas yang
masih gagal memperolehi pekerjaan dan juga tidak mencerminkan sejumlah golongan bekerja
yang berhenti kerja secara sukarela tetapi gagal mendapat pekerjaan baru.

Antara punca utama mengapa ramai graduan yang menganggur adalah kerana percambahan
pusat-pusat pengajian tinggi yang menawarkan program sijil, diploma dan ijazah sama ada
kerajaan dan swasta.

Dengan pengambilan kemasukan pelajar yang nampak mudah tidak seperti 15 tahun lalu, ramai
mereka yang sekadar lulus SPM tidak menghadapi masalah untuk memperolehi diploma atau
pun sijil. Yang membezakan mereka hanyalah samaada mereka adalah graduan universiti awam
ataupun swasta.

Jika 12 tahun lalu, untuk insitusi pengajian tinggi kerajaan, negara hanya mempunyai 10
universiti awam tetapi hanya dengan sekelip mata dan 3 tahun berikutnya, jumlah itu bertambah
lebih sekali ganda. Bukan itu sahaja, jumlah pengambilan setiap tahun semakin bertambah.

Kesan daripada kehadiran graduan-graduan ini tidak nampak pada pertengahan tahun 2000an.
Ini adalah kerana peluang pekerjaan dalam sektor awam dan swasta mampu menerima
graduan-graduan ini.

Tetapi pada tahun 2007, apabila ekonomi negara dan serantau mengalami kemelesetan, kesan
ini mula ternampak dan diakui apabila ramai graduan terbaru sukar mendapat pekerjaan di saat
industri sedang memberhentikan pekerja kerana tiada sumber dan peluang perniagaan.

Ada yang menganggap segalanya bermula apabila geraf kelulusan pelajar di dalam keputusan
SPM dipermudahkan atau direndahkan bagi menunjukkan kepada rakyat bahawa saban tahun
tahap lulus SPM meningkat. Hasilnya lebih ramai pelajar yang diciptakan "pintar" boleh mengisi
ruang kosong kemasukan ke dalam IPT terutamanya IPT-IPT swasta.

Sungguhpun begitu, mungkin kerajaan menyedari akan masalah ini. Semasa pentadbiran Tun
Abdullah Ahmad Badawi, banyak peluang berniaga ataupun program keusahawanan
diperkenalkan kepada para graduan dan pengganggur terutamanya di dalam bidang pertanian
moden dan biotek.

Malah, menggalakkan graduan ijazah sarjana muda untuk menyambung pengajian ke peringkat
sarjana dan profesional dengan insentif-insentif yang menarik. Namun, pengenalan ransangan-
ransangan berkenaan kurang berhasil kerana golongan graduan muda negara lebih suka
memperolehi pengalaman bekerja dan kurang berminat berniaga sendiri.

Lebih memburukkan lagi apabila lebih banyak IPT swasta diluluskan untuk menawarkan
pelbagai program. Jumlah graduan hasil daripada IPT swasta saban tahun meningkat dengan
banyak dan ramai beranggapan universiti-universiti dan kolej-kolej swasta dalam tempoh 10
tahun ini laksana industri kilang menghasilkan tenaga kerja yang melebihi daripada permintaan
industri pekerjaan.

Bagi mereka yang berhenti kerja dan cuba mendapat pekerjaan baru juga turut mengalami
masalah ini. Ada penganggur yang berhenti kerja pada 3 tahun lepas tetapi masih gagal
sehingga hari ini mendapat pekerjaan tetap meskipun mempunyai pengetahuan dan
pengalaman luas dalam bekerja. Malah ada yang mempunyai ijazah sarjana atau Master.

Disebabkan kerana pihak majikan tidak mampu membayar permintaan gaji yang tinggi dari
golongan-golongan ini, majikan melihat bahawa lebih baik mengambil graduan yang lebih muda
dan yang pentingnya dengan gaji yang lebih rendah semata-mata untuk mengurangkan kos
operasi.

Nasib baiklah situasi berkenaan masih boleh membantu pengangguran di kalangan graduan
tetapi golongan pekerja berpengalaman atau mahir terus dipinggirkan semata-mata isu gaji
meskipun mereka ini mampu memberikan perkhidmatan terbaik kepada industri dengan
pengetahuan dan pengalamannya.

Sewajarnya, pihak majikan perlu nampak mereka tidak memerlukan banyak wang untuk melatih
graduan-graduan muda yang diambil bekerja jika mereka mengrekrut pekerja-pekerja mahir ini.

Walaubagaimanapun, pihak kerajaan dan sektor swasta perlu menumpukan lebih perhatian
untuk mengurangkan kadar pengangguran tidak rasmi yang dihuraikan di atas.

Disebabkan para graduan muda ini adalah antara yang terbabit, pastinya usaha kerajaan untuk
mendapatkan mereka pekerjaan adalah satu benda penanda aras atau KPI. Mereka tidak mahu
kerajaan terus menyalahkan mereka kerana terlalu memilih pekerjaan. Bagi mereka, mereka
tidak memilih tetapi mahukan pekerjaan yang sesuai dengan ilmu yang mereka perolehi.

Jika keadaan ini tidak ditangani dengan segera serta tindakan sewajarnya diambil, kadar
pengangguran dijangka meningkat sehingga 6% menjelang 2020. Usaha komprehensif dan
menyeluruh diperlukan dari semua pihak iaitu masyarakat, majikan dan juga kerajaan agar
masalah ini dapat ditangani.

Anda mungkin juga menyukai