Anda di halaman 1dari 3

Apa Itu DVD?

DVD (juga dikenali sebagai "Digital Versatile Disc" atau "Digital Video Disc" - lihat
Etimologi) ialah sejenis format media storan cakera optik yang popular. Kegunaan
utamanya termasuk penyimpanan video dan data. Kebanyakan DVD sama dimensinya
dengan cakera padat (CD) tetapi boleh menyimpan enam kali lebih data berbanding CD.

Kelainan-kelainan istilah DVD selalu menghuraikan cara data disimpan dalam cakera DVD-
ROM mengandungi data yang hanya boleh dibaca dan tidak boleh ditulis, DVD-R dan
DVD+R boleh ditulis sekali serta berfungsi seperti DVD-ROM, manakala DVD-RAM,
DVD-RW, atau DVD+RW pula menyimpan data yang boleh dipadam dan ditulis semula
banyak kali. Jarak gelombang yang digunakan oleh laser DVD biasa adalah 650 nm.

Cakera-cakera DVD-Video dan DVD-Audio masing-masing merupakan kandungan video dan


audio yang diformat dan distrukturkan dengan sebetulnya. Jenis-jenis DVD yang lain, termasuk
yang mengandungi video, boleh dipanggil cakera DVD-Data. Istilah "DVD" sering
disalahgunakan untuk memaksudkan format cakera optik definisi tinggi secara amnya,
seperti Blu-ray dan HD DVD (namun HD DVD kini sudah lapuk). Kesannya, DVD yang asal
kadang-kala dipanggil SD DVD (untuk "definisi biasa").
DVD-R bercelup ungu.

Sejarah
Pada tahun 1993, dua piawaian storan optik kemampatan tinggi sedang
dikembangkan. Salah satunya ialah MultiMedia Compact Disc yang dicipta oleh Philips
dan Sony, dan yang satu lagi merupakan Super Density disc yang disokong Toshiba, Time
Warner, Matsushita Electric, Hitachi, Mitsubishi Electric, Pioneer, Thomson, serta JVC.
Presiden IBM, Lou Gerstner selaku tukang risik, memimpin dan berusaha untuk
menyatukan kedua-dua jenis CD/DVD tersebut lalu membentuk satu, kerana khuatir akan
berulangnya perang format pita video antara VHS dan Betamax yang banyak menelan
wang pada 1980-an.

Philips dan Sony meninggalkan MultiMedia Compact Disc mereka lalu menerima
SuperDensity Disc Toshiba sepenuhnya dengan hanya satu pengubahsuaian, iaitu bertukar
kepada pemodulatan EFMPlus. EFMPlus dipilih kerana amat kuat menahan kerosakan
cakera seperti kesan calar dan cap jari. EFMPlus rekaan Kees Immink yang juga mereka
EFM ini adalah 6% kurang cekap berbanding teknik modulasi yang asalnya digunakan oleh
Toshiba, yang menghasilkan muatan sebanyak 4.7 GB berbanding 5 GB yang asal. Hasilnya
adalah spesifikasi DVD yang memuktamadkan pemain wayang DVD dan aplikasi komputer
DVD-ROM pada Disember 1995. Pada bulan Mei 1997, Konsortium DVD diganti oleh Forum
DVD yang terbuka kepada semua syarikat lain.

Nama
"DVD" pada mulanya digunakan sebagai singkatan bagi istilah tidak rasmi digital
videodisk. Pada tahun 1995, dilaporkan pada masa spesifikasi dimuktamadkan, bahawa huruf-
huruf tersebut secara rasminya adalah singkatan untuk digital versatile disc ("cakera
serba guna digital", kerana mengambil kira aplikasi selain video), namun, teks siaran
akhbar yang mengumumkan penetapan spesifikasi hanya memanggil teknologi itu sebagai
"DVD" tanpa menyebut apa yang dimaksudkan huruf-huruf itu.

Dokumen-dokumen spesifikasi DVD rasmi tidak pernah sekalipun mendefinisikan DVD.

Di laman web Forum DVD ada satu bahagian bertajuk "DVD Primer" di mana jawapan kepada
soalan "Apakah erti DVD?" adalah seperti berikut "Kata kuncinya ialah 'versatil.' Cakera
serba guna digital memberikan storan dan capaian video, audio dan data yang sangat
hebat segalanya dalam sekeping cakera."

Jenis media: Cakera optik


Muatan: 4.7 GB (lapisan tunggal), 8.54 GB (single-sided double-layer)
Mekanisme baca: 650 nm laser, 1350 kB/s (1×)
Mekanisme tulis: 1350 kB/s (1×)
Penggunaan: Data storage, audio, video, games