Anda di halaman 1dari 3

PERMULAAN CATATAN BERGU

 Sistem catatan bergu dipercayai bermula di Itali pada abad ke-14 selaras dengan perkembangan
perdagangan.

 Pada tahun 1494, Luca Pacioli, seorang ahli matematik dan rahib Francisca berbangsa Itali, telah
menerbitkan buku matematik beliau berjudul Summa de Arithmetica geometrica Propotionalita di
Vanice. Dalam buku itu terkandung satu bahagian penting tentang sistem simpan kira secara catatan
bergu. Buku ini merupakan buku perakaunan pertama yang pernah diterbitkan.

 Simpan kira yang berasaskan catatan bergu dikenali sebagai Kaedah Vanice.

 Sejak pengenalan catatan bergu, sistem ini merupakan asas rekod perakaunan bagi semua bentuk
organisasi dan saiz perniagaan sehinggalah ke hari ini. Luca Pacioli merupakan perintis dalam bidang
perakaunan dan digelar 'Bapa Perakaunan'.

PERKEMBANGAN SISTEM PERAKAUNAN

 Pada pertengahan abad ke-18, revolusi perindustrian di England memperkembangkan perdagangan dan
memajukan simpan kira.

 Permintaan yang meningkat menggalakkan pengeluaran secara besar-besaran di kilang. Perakaunan


kos dibentuk untuk menganalisis pelbagai kos yang terlibat dalam pengeluaran secara besar-besaran.

 Kemajuan dalam bidang simpan kira diperkembangkan dengan pembentukan syarikat. Pihak
pengurusan syarikat perlu membentangkan laporan perakaunan kepada pemegang saham yang
merupakan pemilik syarikat. Laporan perakaunan dalam bentuk Penyata Kewangan Tahunan perlu
disediakan berdasarkan piawaian perakaunan yang minimum. Dengan ini, wujudlah perakaunan
kewangan.

 Pada abad ke-20, perkembangan pesat dalam organisasi perniagaan mewujudkan perakaunan
pengurusan. Maklumat-maklumat perakaunan digunakan oleh pihak pengurusan untuk
membuat keputusan perniagaan dan mengurus perniagaannya dengan lebih cekap.

 Sejak tahun 1990, bidang perakaunan telah mencapai taraf profesional. Badan Perakaunan
Profesional ditubuhkan untuk menentukan taraf minimum bagi kelayakan profesional dan
membentuk kod etika profesional perakaunan serta memastikan kod ini dipatuhi oleh semua akauntan.

 Di Malaysia, Malaysian Institute of Accountants (MIA) mengawal dan memperkenalkan profesion


perakaunan dan bertindak sebagai pendaftar akauntan.
 Institut Akauntan Awam Bertauliah Malaysia (Malaysian Institute of Certified Public Accountants -
MICPA) bertujuan untuk memajukan profesion perakaunan di Malaysia dengan memberi latihan dan
peperiksaan.

PENGENALAN KEPADA MASB (Malaysian Accounting Standard Board)

 Lembaga Piawaian Perakaunan Malaysia atau Malaysian Accounting Standard Board (MASB) telah
ditubuhkan pada tahun 1997 di bawah Akta Pelaporan Kewangan 1977.

 Tujuan utama MASB ditubuhkan adalah untuk menyemak dan memperbaiki piawaian perakaunan yang
sedia ada dan memastikan bahawa penyediaan laporan kewangan mengikut amalan-amalan perakaunan
piawai yang diakui dan diluluskan oleh MASB sendiri.

 MASB melaksanakan tugas sebagai penasihat awam.

 Selain itu, MASB bertanggungjawab menentukan kehendak-kehendak minimum dan garis panduan
untuk penyediaan laporan kewangan di Malaysia.

 SSAP
Pada tahun 1969, Jawatankuasa Panduan Piawaian Perakaunan (Accounting Standards Steering
Committee) ditubuhkan di England dan Wales untuk mengeluarkan Penyata Amalan Perakaunan
Piawaian (Statements of Standard Accounting Practice atau S.S.A.P). Tujuan piawaian itu
dikeluarkan adalah untuk menyeragamkan amalan perakaunan supaya perbandingan prestasi
perniagaan dan kedudukan kewangan perniagaan antara tahun perakaunan atau antara firma
perniagaan lain dapat dibuat dengan saksama.

 IAS
Pada tahun 1973, Jawatankuasa Piawaian Perakaunan Antarabangsa (International Accounting
Standard Committee atau I.A.S.C) ditubuhkan oleh badan-badan perakaunan dunia di Sydney
untuk mengeluarkan piawaian perakaunan yang disebut Piawaian Perakaunan Antarabangsa
(International Accounting Standard atau IAS. Tujuan keluaran IAS ialah untuk mengeluarkan
penerimaan dan perlaksanaan sedunia piawaian-piawaian perakaunan asas dalam penyediaan
akaun dan penyata kewangan.

IFRS ialah Piawaian,Tafsiran dan Kerangka untuk penyediaan dan pembentangan laporan
kewangan(sekiranya ketiadaan Piawaian atau Tafsiran) yang diterima oleh Lembaga Piawaian
Perakaunan Antarabangsa (International Accounting Standards Board, IASB).
Kebanyakan piawaian yang membentuk IFRS ini pernah dikenali sebagai Piawaian Perakaunan
Antarabangsa (International Accounting Standards, IAS). IAS ini dikeluarkan dari tahun 1973 hingga 2001
oleh Lembaga Jawatankuasa Piawaian Perakaunan Antarabangsa (International Accounting Standards
Committee, IASC). Pada 1 April 2001, IASB yang baru ditubuhkan mengambil alih tugas menetapkan IAS yang
dipikul IASC. Dalam mesyuarat sulungnya, Lembaga yang baru ini menerima IAS dan SIC (Jawatankuasa
Tafsiran Sah, Standing Interpretations Committee) yang sedia ada, lalu terus memajukan piawaian perakaunan
dengan nama barunya IFRS.

Anda mungkin juga menyukai