Anda di halaman 1dari 13

INTERAKSI TUTORIAL SEMESTER MEI 2008

ILMU PENDIDIKAN PENGETAHUAN IKHTISAS

MODUL 3/3

UNIT 1 : GURU DAN PROFESION KEGURUAN

SOALAN TUTORIAL :

Soalan 1

a : Berdasarkan Program Tahunan Bimbingan dan Kaunseling


sekolah anda, kenal pasti dan huraikan aktiviti yang telah
dirancangkan.
Jawapan :

Setiap manusia perlu pada bimbingan untuk menjadi seorang yang lebih baik
serta dapat mempertinkatkan sesuatu kemahiran kea rah kehidupan yang
lebih selesa. Dalam kontek bimbingan di sekolah, bimbingan perlu diberi
kepada murid dalam aspek perkembangan akademik, peribadi atau sosial
dan prkembangan kerjaya.

Antara program tahunan Bimbingan dan Kauseling yang telah dirancang di


sekolah saya adalah:

1- Program motivasi murid tahun enam menghadapi UPSR

Motivasi pada murid tentang persediaan menghadapi UPSR yang akan


dihadapi pada September ini. Seorang Motivator akan di jemput ke
sekolah bagi membantu murid-murid tahun enam dengan tip-tip yang
berguna menghadapi UPSR. Ia juga member semangat dan keyakinan
pada murid dalam menghadapi UPSR.

2- Program motivasi kepada ibu bapa murid.

Nizar
Syarhan
INTERAKSI TUTORIAL SEMESTER MEI 2008

Program ini untuk semua murid dan ibu bapa murid dari tahun satu
hingga tahun enam. Ini untuk member kesedaran pada ibu bapa tentang
pentingnya ilmu pengetahuan. Selain itu juga ibu bapa juga akan diberi
tip-tip mendidik anak-anak supaya menjadi cemerlang.

3- Bimbingan kelas al-Quran dan Fardhu Ain.

Pada setiap malam selepas solat Maghrib murid-murid yang tinggal di


asrama akan diberi bimbingan oleh ustaz-ustaz tenang bacaan al-Quran
dan Fardhu ain. Ini untuk melengkapkan lagi murid tentang ilmu akhirat di
samping ilmu dunia agar seimbang dunia dan akhirat.

b : Pada pendapat anda, sejauhmanakah aktiviti-aktiviti ini


memenuhi keperluan-keperluan individu murid anda

Jawapan :

pada pendapat saya aktiviti-aktiviti yang telah dirancang hanya sedikit


sahaja memberi kesan dan memenuhi keperluan murid terutamanya
bimbingan UPSR. Ini kerana sekolah ini terletak di luar bandar dan kurangnya
persaingan dengan pelajar-pelajar di bandar. Oleh itu, program-program lain
perlu lagi dirancang contohnya lawatan dan sebagainya bagi
membangkitkan semangat murid untuk belajar.

Selaian itu, murid-murid yang lemah dalah pelajaran juga harus diberi
bimbingan secara individu untuk mengenal pasti masalah dan seterusnya
membantu murid tersebut mengamalkan sesuatu kemahiran agar dapat
diselesaikan.

Nizar
Syarhan
INTERAKSI TUTORIAL SEMESTER MEI 2008

Soalan 2

Berdasarkan apa yang telah anda pelajari mengenai profesion


keguruan, banding bezakan ciri-ciri professional dan bukan
professional kerjaya guru.
Jawapan :

Ciri-ciri Profesional Bukan Profesional


1) Mengamalkan etiket sosial yang 1- Penampilan yang tidak kemas,
baik
2) Adil dan bertanggungjawab 2- Tidak berbudi bahasa
3) Sabar, penyayang dan berpekerti 3- Beremosi ketika membuat
mulia keputusan
4) Berilmu pengetahuan dan 4- Kurang ilmu kemahiran,
berkemahiran dalam bidang- berakademik rendah.
bidang tertentu
5) Peramah, baik hati dan jujur 5- Moody,tidak
bertanggungjawab.
6) Mesra, prihatin dan amanah 6- Penting diri (selfish)
7) Memiliki sifat kepimpinan dan 7- Tidak berpendirian
luhur budi
8) Mempunyai unsur-unsur kecindan 8- Tidak berdisiplin
tetapi tegas dan berdisiplin.

Soalan 3

Nizar
Syarhan
INTERAKSI TUTORIAL SEMESTER MEI 2008

a : “Guru adalah pendidik dan juga pelajar” Bincangkan pernyataan


ini dalam konteks perkembangan profesional anda sebagai seorang
guru.

Jawapan :
Guru bertanggungjawab melahirkan insan yang seimbang bagi memenuhi hasrat dan
aspirasi negara. Guru mesti berupaya membentuk insan yang dapat memberi
sumbangan kepada kesejahteraan dan pembangunan negara. Bangsa dan negara
yang kuat tidak hanya bergantung kepada kekuatan fizikal yang bercorak kebendaan
dan teknologi. Sebaliknya, bangsa itu harus membina kekuatannya berdasarkan
budaya, ilmu pengetahuan, akhlak yang mulia, keyakinan diri yang teguh, semangat
dan bertanggungjawab yang kukuh, dan jati diri serta kesanggupan berkorban diri yang
tinggi. Justeru, pendidikan yang disediakan harus dapat memenuhi matlamat
pembangunan diri insan secara menyeluruh dan seimbang, meliputi komponen rohani,
intelek, emosi dan jasmani. Kebimbangan dan kesepaduan antara aspek keilmuan,
kerohanian dan kemahiran, disertai rasa bertanggungjawab terhadap agama, bangsa
dan negara, dijangkakan dapat membawa bangsa dan negara ke mercu
kecemerlangan dan kejayaan.
Dengan adanya guru yang berkualiti, ia merupakan asset yang penting kepada
sesebuah Negara dan menjadi aspirasi kearah melahirkan pelajar yang cemerlang,
menepati hasrat Negara bagi mewujudkan sebuah Negara yang maju menjelang 2020.
Tanpa guru yang berkualiti adalah sukar untuk menjayakan sebarang pembangunan
dan pembentukan disiplin seperti yang dirancangkan.
Bagi menjadi seorang guru yang seimbang dan berjaya serta berkualiti bagi melahirkan
anak bangsa yang cemerlang sebagaimana aspirasi Negara, maka seorang guru itu
mestilah sentiasa menimba ilmu pengetahuan yang secukupnya. Arus perjuangan guru
bukan sahaja mendidik tetapi menjadi lebih kompleks di zaman globalisasi ini.
Arus globalisasi ini akan mengurangkan jati diri dan patriotisme di kalangan generasi
muda dari pelbagai sudut kerana pelbagai budaya yang kurang sihat akan berkembang
Nizar
Syarhan
INTERAKSI TUTORIAL SEMESTER MEI 2008

dengan hebat tanpa batasan, oleh itu guru terpaksa menangani masalah ini dengan
memperkasakan dan melengkapkan diri dengan kecanggihan teknologi malah
memahami pendekatan ilmu terkini agar dapat menjadi seorang guru yang profesional
seterusnya mendidik anak bangsa yang mampu membina kekuatannya berdasarkan
ilmu, akhlak yang mulia, budaya dan keyakinan diri yang teguh.
Peranan guru bukan sekadar mengajar murid di dalam bilik darjah, malah guru perlu
berusaha untuk mempertingkatkan keupayaan dan kecermelangan diri demi kejayaan
masa depan. Guru yang hanya melihat dan memerhati kejayaan rakan-rakan guru yang
lain tidak akan membawa perubahan dan makna kepada murid mahupun kepada
masyarakat dan negara. Oleh itu, guru perlu memikirkan strategi untuk meningkatkan
keupayaan dan kecermelangan diri.
Guru juga perlu rajin membaca dan peka terhadap isu-isu semasa serta maklumat-
maklumat mengenai matapelajaran lain. Ini membolehkan guru membantu murid
menyelesaikan sesuatu masalah yang melibatkan bidang-bidang berkenaan. Selain itu
guru juga dapat berkongsi maklumat dengan murid-muridnya.
Oleh yang demikian, sebagai seorang guru mereka perlulah bersedia dengan
segala ilmu dan maklumat secara meluas. Ini penting agar mereka dapat
menjadi guru yang cemerlang, gemilang dan terbilang. Seterusnya
akanmelahirkan pelajar yang berguna kepada agama, bangsa dan negara
tercinta.

b: Bincangkan sejauh mana sekolah anda menyediakan peluang-


peluang untuk meningkatkan perkembangan profesional guru.

Jawapan :

Terdapat peluang-peluang yang dibuat di sekolah ini bagi meningkatkan


pekembangan professional guru antaranya :

1- Bengkel penggunaan ICT di sekolah.


Nizar
Syarhan
INTERAKSI TUTORIAL SEMESTER MEI 2008

Program ini penting dalam meningkatkan professional guru dalam


Penggunakan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran. Memandangkan
sekarang ini zaman teknologi maklumat maka amat rugilah seorang guru
tidak pandai menggunakan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran.

2- Program 5 S ( sisih, susun ,sapu, seragam dan sitesuke)

Program ini dapat membentuk professional guru dalam membimbing guru


supaya sentiasa berdisiplin, kemas dan bertanggungjawab. Program ini
diadakan pada setiap hari isnin secara bergotong-royong, selain itu ia
dapat mewujudkan semangat kerjasama antara guru. Ia juga dapat
mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang kondusif yang
dapat memberi keselesaan kepada pelajar.

3- Pakaian yang sentiasa kemas.

Walaupun sekolah terletak di pedalaman namun, semua guru lelaki perlu


sentiasa memakai tali leher dan sentiasa kemas. Ini memberikan
keyakinan kepada murid untuk menimba ilmu dan sesuai dengan
personaliti sebagai seorang guru yang sentiasa kemas yang menjadi
model kepada setiap pelajar.

Soalan 4

Berdasarkan pengalaman mengajar anda, kenal pasti satu masalah


yang dihadapi dalam proses pengajaran dan pembelajaran . Buat
refleksi dan huraikan bagaimana mengatasi masalah ini mengikut
proses kajian tindakan.

Jawapan :

Nizar
Syarhan
INTERAKSI TUTORIAL SEMESTER MEI 2008

Masalah yang telah dikenal pasti semasa proses pengajaran dan


pembelajaran ialah murid kurang peka dan tumpuan semasa belajar. Ini
berlaku kerana keadaan suasana dalam pembelajaran tidak sistematik,
suram dan kurang tindakbalas daripada pelajar. Dalan hal sedemikian rupa
murid kurang tumpuan terhadap pembelajaran.

Untuk mengatasi masalah tersebut guru telah merancang pengajaran


mengikut kebolehan dan pengetahuan yang sedia ada. Hubungkaitkan
kemahiran asas yang telah dikuasai oleh murid dengan kemahiran baru yang
akan dipelajari. Hasil pemerhatian yang dibuat ke atas semua murid
beberapa perkara perlu diubah dan diberi nafas baru bagi mengatasi
masalah tersebut.

Guru perlu lebih kreatif menyediakan set induksi yang menarik. Ini dapat
menarik perhatian murid-murid, lebih-lebih lagi wujudnya suasana menarik
dalam bilik darjah, guru juga boleh menyediakan alat bantu mengajar yang
berkaitan serta dapat menarik perhatian murid, guru juga menghias bilik
darjah dengah hasil-hasil pembelajaran agar murid berada dalam suasana
pembelajaran yang selesa, Serta menggunakan pelbagai rangsangan untuk
mengekalkan minat murid terhadap pembelajaran, serta membangkitkan
naluri ingin tahu murid dengan menggunakan teknik mennyoal dan kaedah
inkuiri-penemuan.

Selain itu, salah satu kaedah yang dipraktik ialah kaedah permainan kerana
bermain merupakan aktiviti kegemaran murid-murid kerana ia dapat
mengekspresikan perasaan dan emosi gembira mereka. Dalam kaedah ini
guru perlu memberi penumpuan yang sepenuhnya terhadap setiap aktiviti
yang dilakukan oleh murid. Bermain sambil belajar terdiri daripada aktiviti-
aktiviti yang dijalankan secara spontan yang membawa kepada
pembelajaran.
Nizar
Syarhan
INTERAKSI TUTORIAL SEMESTER MEI 2008

Antara aktiviti permainan yang dilaksanakan ialah permainan boling. Dalam


permainan ini pin boling yang pelbagai warna yang telah dilabelkan dengan
berbagai huruf disediakan oleh guru. Pin boling yang disediakan disusun
mengikut bentuk segitiga seperti susunan boling yang sebenar.Jarak antara
garisan permulaan dengan pin boling adalah 2 meter mengikut kesesuaian.

Tujuan teknik bermain ialah

1. Menggalakkan seorang kanak untuk menggunakan dan


mengembangkan kemahiran sosial dan kognitifnya.
2. Selain daripada itu ia juga bertujuan untuk memberi peluang kepada
kanak-kanak menguasai maklumat dan pengalaman baru kerana ia
mempunyai unsur-unsur keseronokan dimana ia dapat membangkitkan
naluri ingin tahu murid-murid serta dapat mengembangkan daya
imaginasi mereka.
3. Main membenarkan perkembangan murid mengikut kemajuan masing-
masing.Ketika bermain murid yang lemah akan mendaoat bantuan
daripada rakan-rakan dengan tidak berasa terdesak apabila
mempelajari sesuatu.
4. Melalui permainan murid-murid dapat menghilangkan rasa
kekecewaan atau kegelisahan.
5. Ia dapat memupuk daya kepimpinan murid.
6. Komunikasi dan interaksi dalam proses main akan meningkatkan
penguasaan bahasa murid.
Setiap jenis permainan memang mendatangkan keseronokan kepada murid-
murid. Sejauh mana ia bermanfaat kepada murid adalah bergantung kepada
pengurusan dan pengelolaan permainan itu. Oleh itu sebagai seorang guru ia
perlulah membuat perancangan dan hendaklah menilai potensi
pembelajaran permainan tersebut samada ia dapat meningkatkan lagi

Nizar
Syarhan
INTERAKSI TUTORIAL SEMESTER MEI 2008

pembelajaran murid-murid atau tidak.Bagi meningkatkan keberkesanan


strategi ini guru perlulah mengambil kira perkara berikut:

1. Menentukan tema. Kandungan sukatan pelajaran hendaklah


ditentukan, iaitu samada permainan yang dipilih itu berfaedah atau
tidak dan samada ada kaitan dengan isi pelajaran.
2. Menentukan tujuan. Guru hendaklah jelas dengan tujuan permainan itu
samada untuk memotivasikan murid atau memberi pengukuhan
kepada murid.
3. Menentukan aras. Guru hendaklah memilih permainan sejajar dengan
keupayaan dan kebolehan murid.
4. Menentukan bentuk permainan. Guru hendaklah menentukan bentuk
permainan samada dilakukan secara individu atau kumpulan.
5. Menentukan jenis-jenis permainan yang hendak dilaksanakan seperti
permainan boling, pancing ikan dan sebagainya.
Terdapat banyak kesan positif yang boleh diperolehi oleh murid mahupun
guru sendiri dengan mengaplikasikan strategi ini, antaranya ialah:

1) Banyak penglibatan murid, menggalakkan seorang murid untuk

2) menggunakan dan mengembangkan kemahiran sosial dan kognitifnya.

3) Interaksi murid dengan murid

4) Dapat mengembangkan kebolehan murid dalam mengaplikasikan

konsep dan sikap yang positif,

5) Menggalakkan motivasi, mengembangkan penyuburan diri dan

menggalakkan kemahiran sosial berkumpulan.

6) Murid diberi peluang berfungsi sebagai ahli kumpulan secara aktif dan
mengalami

berbagai-bagai pengalaman pembelajaran.


Nizar
Syarhan
INTERAKSI TUTORIAL SEMESTER MEI 2008

9) Maklum balas pembelajaran dapat diperolehi secara serta-merta dalam


keadaan

yang tidak tegang.

10)Ia mewujudkan semangat bersaing secara sihat dan ini akan terus
merangsangkan murid.

12) Memudahkan guru untuk mengawal murid.

Tidak dinafikan strategi ini juga mempunyai kelemahan-kelemahannya.


Antaranya ialah:

1. Jika terlalu kerap digunakan ia akan membosankan murid dan


meletihkan mereka.
2. Jika peraturan tidak diikuti dan diawasi oleh guru, suasana tegang akan
timbul disebabkan persaingan hebat.
3. Bagi guru yang kurang tegas masalah disiplin akan timbul.
4. Objektif pembelajaran tidak akan tercapai jika murid-murid tidak
memberi kerjasama dalam menjayakan satu-satu permainan.
5. Ia memerlukan masa perancangan yang lama kerana sesuatu
permainan itu perlu dikaji terlebih dahulu sebelum digunakan didalam
bilik darjah.
6. Oleh sebab minat yang kuat terhadap satu-satu permainan murid-
murid bermain untuk memperoleh keseronokan bukannya untuk
mencapai objektif pelajaran.
Tindakan susulan yang diperlukan untuk menambahbaik ke atas strategi
tersebut adalah bergantung kepada keupayaan dan kebijaksanaan guru itu
menggunakannya. Oleh itu, Strategi pengajaran yang baik ia perlulah
mempunyai sifat-sifat berikut:

1. Ia harus berupaya menarik perhatian, menimbulkan minat serta


mengekalkan di sepanjangpengajaran guru.
Nizar
Syarhan
INTERAKSI TUTORIAL SEMESTER MEI 2008

2. Ia harus dapat bertindak sebagai alat penyalur ilmu pengetahuan dan


kemahiran secara berkesan.
3. Ia harus dapat bertindak sebagai alat pengaliran deria yang
terbaik.Keadaan ini berupaya merangsangkan pembelajaran.
4. Ia harus mampu memberi penjelasan dan dalam masa yang sama
dapat memudahkan pembelajaran.
5. Ia harus berupaya mencorakkan dan mempelbagaikan aktiviti
pengajaran dan pembelajaran bilik darjah.
6. Ia harus mampu mebingkatkan kesan ingatan jangka panjang.

Soalan 5

Dalam era teknologi maklumat dan komunikasi ini, kenal pasti dan
bincangkan pelbagai cabaran yang dihadapi oleh guru di dalam
profesion mereka.

Jawapan :

Cabaran –cabaran yang akan dihadapi guru dalam profesion di era teknologi
dan komunikasi ini antaranya :

Cabaran yang perlu ditempuhi ialah untuk mewujudkan negara Malaysia


bersatu. Ini merupakan cabaran dan perkara penting dalam membina
sebuah negara maju. Ini kerana, negara maju akan terhasil apabila rakyatnya
saling bersatu padu, bekerjasama, bertoleransi, saling hormat menghormati
dan banyak lagi. Apabila kata sepakat dan persetujuan dicapai maka suatu
kerja yang sukar akan menjadi mudah. Apabila rakyat bersatu padu maka
amat sukarlah pengkhianat membolosi negara untuk memporak-perandakan

Nizar
Syarhan
INTERAKSI TUTORIAL SEMESTER MEI 2008

masyarakat. Oleh itu, guru perlu sentiasa bersedia dan berusaha dalam
mendidik pelajar ke arah masyarakat yang bersatu padu.

Cabaran berikutnya ialah untuk mewujudkan masyarakat yang berjiwa


bebas dan maju. Ini kerana, kebebasan kepada rakyat untuk membuat
keputusan juga penting. Sekiranya kehendak rakyat disekat atau dihalang
maka jiwa mereka akan memberontak. Lama-kelamaan kemajuan yang
diinginkan kurang mendapat kerjasama dan tidak akan berjaya. Oleh itu,
rakyat perlu diberi kebebasan untuk memilih dan melakukan apa yang
diingini selagi tidak menyalahi undang-undang negara.

Cabaran yang seterusnya adalah untuk mewujudkan masyarakat yang


bermoral dan beretika. Ini kerana tanpa akhlak dan tingkahlaku yang
baik kemajuan sesebuah negara boleh runtuh. Ini terjadi apabila adanya
gejala sosial secara berleluasa maka pelbagai wabak penyakit yang tidak
ditemui ubatnya timbul. Secara tidak langsung mutu kerja dan kualiti tidak
dapat ditingkatkan. Tambahan pula dalam era teknologi maklumat ini
pelbagai maklumat yang salah senang diperolehi dengan sekelip mata
sahaja.

Selain itu cabaran untuk mewujudkan masyarakat penyayang dan


budaya menyayangi. Ini kerana apabila negara menuntut kepada
kemajuan dan pembangunan maka, pekerja dan rakyat terpaksa bertungkus-
lumus bekerja untuk mencapai hasrat kerajaan. Jadi, masa banyak
dihabiskan untuk bekerja dan kerja yang belum disiapkan. Akibatnya, rakyat
tidak berpeluang mengenali dan bertanya khabar sesama mereka sama ada
jiran dan saudara. Apabila sesuatu musibah berlaku terhadap seseorang
individu mereka tidak mengetahui dan mengambil berat. Sikap
mementingkan diri bermaharajalela dikalangan rakyat. Kempen masyarakat

Nizar
Syarhan
INTERAKSI TUTORIAL SEMESTER MEI 2008

penyayang yang dicetus pemimpin hanya sekadar laungan tanpa diimplikasi


oleh rakyat.

Oleh yang demikian, guru selaku pendidik anak bangsa haruslah berusaha
menyumbangkan peranan di era globanisasi ini. Ini semua dapat
mengangkat martabat kita sebagai pendidik. Guru perlu sentiasa bersedia
dan menimba ilmu secukupnya bagi menghadapai cabaran-cabaran yang
mendatang, Ini semua penting agar kita dapat mengecapi nikmat kemajuan
dan pembangunan negara di masa akan datang.

Nizar
Syarhan

Anda mungkin juga menyukai